Tuesday 8 February 2022

THE PROMISED LAND: SIAPA JANTAN YANG BERANI SEKARANG!?.

Bismillahhirrahmannirrahim.

22 bulan Jantan' UMNO berdiri tegak sebagai pembangkang. 

Walaupun beberapa pemimpin tertingginya diheret dan didakwa di Mahkamah olih Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Mahathir, namun, kegentaran mereka ini untuk menghadap Hakim di Mahkamah, langsung tidak terjejas, malahan, suara mereka semakin lantang dan berani.

Tetapi segelintir pemimpin UMNO yang hilang sifat jantannya telah meninggalkan parti dan menyertai seteru iaitu Bersatu atau PPBM dibawah naungan Mahathir. 

UMNO tidak melakukan sebarang gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan tetapi disebabkan sikap gelojoh dan gila kuasa dikalangan komponen dalam Pakatan Harapan iaitu PKR ,DAP dan Amanah yang tidak sabar sabar mahu menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan Mahathir, maka, strategi penyilangan kuasa untuk menafikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah dilakukan.

Gerakan Sheraton mula digerakkan.olih para pengkhianat mandat rakyat ini.

Kelompok yang ketuai olih Mahiaddin and the Gang bersama sama Azmin dan kelompok PKR nya secara senyap telah menawarkan "gencetan' terhadap BN/UMNO dan PAS untuk menafikan 'mandat dan pilihan rakyat" yang dipegang Pakatan Harapan.

Akhirnya Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Mahathir berkecai.

Anak jantan UMNO tetap akur dengan pemilehan Geng Sheraton. 

Sebenarnya sedari awal lagi mereka telah berstrategi  untuk mengangkat Mahiaddin sebagai Perdana Menteri untuk merealisasi perancangan ini.

17 bulan Mahiaddin berkuasa namun tidak banyak kemajuan yang dicapai buat rakyat . Apa yang ketara berlaku hanyalah berstrategi untuk mengekalkan kuasa, itu saja. 

Kerana tindak tanduk Mahiaddin yang banyak melanggar protocol Perlembagaan sehingga sanggup mengenepikan amanah YDPA akhirnya anak jantan UMNO menarik sokongan demi untuk menyelamatkan negara.

Begitulah pengakhiranya kuasa Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

Kalau Anak Jantan' UMNO sanggup tarik sokongan terhadap Mahiaddin kerana berbagai kegagalan yang dihadap negara namun dikala negara juga didalam dilema kekalutan politik, ketidakstabilan politik kuasa politik, ketidaktentuan ekonomi, pelabur menjauhkan diri, nilai matawang menjunam, harga barangan meningkat dan rakyat terjejas akibat Covid-19 berpanjangan malapetaka banjir dan semuanya kerana kelemahan pentadbiran Putrajaya,maka, beranikah anak jantan UMNO menyelamatkan negara sekali lagi? dengan memulangkan semula mandat ketangan rakyat?

Anak Jantan' UMNO wajib menurunkan Ismail Sabri demi menyelamatkan negara.

 Bukan kuasa politik pihak tertentu perlu dijaga tetapi nasib rakyat dan masa depan negara adalah terlebih utama untuk diselamatkan.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment