Tuesday 23 August 2022

THE PROMISED LAND : NAJIB KEPENJARA , ISMAIL SABRI HILANG KEAHLIAN?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Setelah segala usaha untuk memasukkan bukti baru ditolak Mahkamah dan tahap keraguan kini semuanya dirasakan terhadap Ketua.Hakim yang telah dibangkitkan Peguam Najib terhadap Mahkamah.

Natijahnya kini implikasinya akan tertimpa kepada diri Ismail Sabri.

Ketidakpuasanhati Ahli UMNO terhadap Ismail Sabri mula memuncak serta keraguan Akar umbi UMNO bahawa Mahkamah tidak berlaku adil terhadap Najib, bakal, meruntuhkan Kerajaan Ismail Sabri dengan kadar yang paling cepat.

Kehilangan sokongan majoriti dari 150 bahagian UMNO akan meranapkan lagi imej dan masa depan politik Ismail Sabri.

Membandingkan antara Mahathir,.diera 22.bulan bersama Pakatan Harapan, Mahathir telah melantik orang orang yang beliau percayai.untuk menjayakan ajendanya.

DiJabatan Kehakiman ,Ketua Hakim Negara, Richard Melanjun dilantik .

Pejabat Peguam Negara Tommy Thomas dilantik.

SPRM. Lateefa Koya dipileh sebagai Persuruh Jaya.

PDRM Hamid Bador dipanggil semula dan dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

Apa yang dapat disaksikan kesemua personaliti ini adalah pilihan Mahathir bagi menjayakan ajenda peribadi beliau sendiri.

Ajenda beliau hanyalah Najib Razak dan bukan UMNO sebenarnya.  Dendam adalah motifnya.

Dengan menggunakan jawatan jawatan utama Kerajaan  yang disebutkan diatas maka "dendam" itu dilaksanakan olih mereka ini tanpa "tangan Mahathir". 

Semua ini dilakukan mereka atas nama "jawatan atau tamggungjawap".

Robot robot inilah yang melaksankan misi masing masing tanpa perlu "diremote control " olih Mahathir.

Personaliti ini tidak tahu atau tidak sedar bahawa mereka sedang digunakan.

Kerajaan yang didirikan atas Kalam "fitnah' akhirnya tersungkam menyembah bumi.

Namun semua susun atur Mahathir berjalan sampai sekarang.

Pada pandangan Ahli UMNO pula, sekiranya Mahathir bolih melantik semua Penjawat tersebut atas kehendak beliau sendiri demi kelangsungan politik dan ajendanya bagitu juga perkara serupa telah dilakukan olih Mahiaddin demi kelangsungan kepentingan diriinya dan Partinya tetapi kenapa Ismail Sabri tidak melakukan perkara yang serupa.

Dan peninggalan 'saka Mahiaddin " yang berada kini berada dipuncak "kuasa utama" segala tindak tanduk mereka dilihat banyak merosakkan tiang seri UMNO dan dilihat seolah olah Ismail Sabri serta Kluster Menteri UMNO didalam Kerajaan juga dirasa dan dilihat  seakan.akan mahu melemahkan Parti UMNO itu sendiri.

Dengan berbagai bagai dalih bagi melewatkan PRU 15 dan melalui ucapan Ismail Sabri sendiri, kini dirasakan .halatuju beliau sebagai Naib Presiden UMNO telah merencatkan memontum kebangkitan "luah rasa" rakyat yang telah tertekan dengan Kerajaan PH 22.bulan serta Kerajaan PN 17.bulan.

UMNO tiada pilihan lain lagi demi menyelamatkan Parti Mereka, samaada mahu mengorbankan Ismail Sabri sebagai PM atau seluruh Parti UMNO akan dikorbankan olih musuh dalam selimut yang beberapa kerat ini.

Fikirkan lah..Musuh UMNO tidak takut dengan kehebatan Ismail Sabri tetapi musuh musuh UMNO takut  dengan Najib..

Cahaya Al Majid.










No comments:

Post a Comment