Wednesday 9 May 2012

BERMULANYA 'MENTARBIAH' ASIA TENGGARA DI LANGKAWI. KISAH PENUH LANJUTAN DARI PENDEDAHAN

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim










Semua yang aku tuliskan ini adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi


Assalammualaikum


Terpanggil aku sekali lagi untuk menceritakan perkara yang sebenar berlaku dipost yang lalu dimana  Blog Sangtawal telah memberi perhatiam sepenuhnya untuk menyebarkan pengalaman yang aku sendiri lalui didalam kejadian yang aku tuliskan. Terima kasih diucapkan kepada Blog Sangtawal.


Memandangkan ada sesetengah pihak cuba untuk menafikan kejadian yang aku lalui dengan mengatakan bahawa cerita ini adalah 'rekaan' yang ditulis untuk kepentingan pihak-pihak tertentu terutama 'politik', maka, disini aku tuliskan fakta-fakta kejadian tersebut. Sesungguhnya aku telah melafaskankan janji bahawa semua yang aku tuliskan adalah benar dan hanya Allah SWT sebagai saksi.


Holiday Villa Langkawi
 Kejadian ini berlaku di sebuah pusat peranginan yang bertaraf 5 bintang iaitu Holiday Villa Resorts Langkawi. Ketika itu isteri aku  mengikat kontrak sebagai penyanyi disana. Maka pada setiap hari aku akan menemani beliau   dan kebanyakan aktiviti yang berlangsung disitu sememangnya aku ketahui.  Keakraban aku dengan pengurusan dihotel tersebut sangat baik malahan aku mengenal dengan rapat Pengurus Besar hotel tersebut ,nama beliau Mr Hossam. Mr Hossam berasal dari Mesir dan sudah berkeluarga namun isteri dan dua anak beliau berada di Mesir . Mr Hossam  telah lama bertugas di Langkawi dan memahami serba sedikit budaya orang Melayu.. Assistant F & B Manager ketika itu ialah En Ismail yang berasal dari Johor dan  beliau sudah berkeluarga serta  menetap dan di Langkawi.


Memandangkan pada setiap hari isteri aku membuat rehearsal maka kesempatan untuk berkenal-kenalan dengan staff tidak terbatas. Pada satu malam selepas isteri aku habis waktu bertugas lalu aku menemani beliau untuk 'supper'. Isteri aku memberitahu  bahawa pada sebelah pagi terdapat Kumpulan Pemimpin Kristian dari serata negara telah check-in di resorts, lebih kurang 40 orang tetapi isteri aku tidak pasti apakah agendanya.  Kata isteri aku lagi kumpulan ini akan berada di Resorts tersebut untuk tempoh yang lama , mungkin 3 atau  4 minggu. Memandang yang datang terdiri dari berbagai bangsa, Mat Salleh, Black, Jepun, Cina, India dan juga dari wakil  Malaysia dan j Indonesia maka kata isteri aku, beliau terpaksa membuat rehearsal setiap petang untuk persediaan lagu-lagu berbagai bahasa. 


Pada keesokkan harinya aku menemani isteri aku untuk rehearsal. Benar kata isteri aku, aku lihat terpampang 'banner' diluar lounge yang mengalu-alukan kedatangan 'kumpulan' ini. Sewaktu isteri aku menjalani rehearsal, aku berkesempatan untuk 'mengambil tahu' kehadiran kumpulan ini. Diserata coffee-house dipenuhi oleh ahli kumpulan ini. Setiap meja dipenuhi ada yang duduk berlima, berenam dan ramai lagi. Di resorts tersebut terdapat sebuah dewan yang boleh memuatkan sitting chair sebanyak 50 he 60 kerusi. Ketika aku melalui sisi tepi dewan tersebut, aku mendengar ucapan didalam bahasa Inggeris. Aku amati ucapan itu,hati aku tidak berasa tenteram dan selesa. Keinginan aku untuk mengetahui rahsia selanjutnya semakin mebuak-buak namun semua itu aku pendamkan juga perasaan ini.


Pada sebelah malamnya aku berkesempatan bertanyakan perihal kumpulan ini kepada En Ismail. Beliau menjelaskan kepada aku, benar seperti sangkaan aku terhadap 'perkumpulan' ini . Lalu aku memohon pertolongan beliau untuk aku mendapatkan sesuatu 'indikasi' berhubung agenda mereka.
Alhamdullilah, lebih dua minggu aku menanti peluang, Allah SWT Maha Besar, Tuhan 'memberikan' kesempatan untuk aku memasuki dewan tersebut dengan alasan untuk memeriksa 'PA System" yang dikatakan tidak berfungsi. Alhamdullilah, kesempatan yang aku miliki, aku gunakan sepenuhnya, ketika semua perserta menjalankan  aktiviti diluar, aku seperti ' James Bond 007' menyiasat dan membongkar semua helaian 'pamplets' dan 'nota-nota' yang terdapat disitu.


Benar, tujuan mereka adalah untuk menawan Asia Tenggara dan mentarbiah ' Kristian' ke semua kepelusuk Nusantara dan Asia Tenggara. Itulah tujuan kumpulan ini 'bercuti' di Langkawi, 'Bagaimana Mengkristiankan  Penduduk Asia Tenggara'dan Nusantara .Berita ini pernah aku bincangkan dengan Imam Mesjid Aishah Langkawi, tetapi, tiada apa tindakan berlaku selepas itu.
Melalui perjumpaan yang terdiri dari Paderi, Pastor dan juak-juak itu satu kerangka berantai telah dimulakan dinegara kita. Dengan kemudahan kewangan untuk pergerakan ini, maka, langkah mereka semakin maju dan berkesan.


Church terbesar dalam pembinaan di Bt Jalil
 Setelah 2 tahun berlalu, kini perancangan dan strategi kumpulan ini telah membuahkan hasil, kini diserata pelosok rumah-kedai dan juga rumah rumah persendirian telah dijadikan markas untuk tujuan ini.Kita lihat kini rumah ibadat mereka tumbuh ibarat cendawan selepas hujan diserta dengan kemudahanan kewangan yang meragukan puncanya.


Kini kita semakin banyak mendengar berita tentang pemberian dana kepada mereka yang memerlukan tidak kira pegangan kepercayaan tetapi yang terutama kepada mereka yang beragama Islam itulah tujuan mereka. Sesungguhnya benar firman Allah SWT " Yahudi dan Nasrani adalah musuh kamu yang terang , oleh itu jangan lah kamu mengambil  mereka sebagai pemimpin kamu". Bagi mereka yang sanggup menggadaikan "iman' dengan harta kekayaan' maka tunggulah' .


Sebenarnya kes penyebaran agama Kristian  kepada orang lain tidaklah aku pedulikan, tetapi apabila 'kumpulan' ini menggunakan 'wang ringgit' untuk membeli kepercayaan seseorang untuk menganut agama kepercayaan mereka, ini adalah salah .Oleh itu percubaan ini harus ditentang habis-habisan kerena menyalahi hukum dan perlembagaan Negara kita.


Inshaallah, sekiranya keimanan dan ketakwaan kita menebal dihati, inshaallah, ini tidak akan terjadi tetapi bagi anak-anak remaja serta golongan tepelajar yang kurang mendapat perhatian kasih sayang ibubapa dan keluarga ini akan menjadi 'pemasaalahan' kepada masyarakat kemudian hari. Oleh itu sama-samalah kita bergabung tenaga membenteras gejala 'pemurtadan' ini.


Sekian. Terima kasih.













1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete