Tuesday 22 May 2012

HARUS BACA- MELAYU BERCAKARAN-ISLAM TERABAI-RAJA DI BUAI-PEMIMPIN TERKAPAI

BANGSA MELAYU
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Assalammualaikum
Ketika umat Melayu dibumi Malaysia bercakaran sesama sendiri terutama dari ideologi yang dibawa oleh para pemimpin terutama berhubung dengan kebebasan, iaitu kebebasan bersuara, kebebasan berugama dan segala macam kebebasan yang dituntut samada ianya membawa kebaikan atau sebaliknya telah menjadi agenda utama bagi kelompok ini tanpa menghiraukan batas batas yang telah digariskan oleh agama dan syarak .Berbagai-bagai tuntutan diutarakan samaada ianya berfeadah atau tidak kepada  kelangsungan Islam tidak diambil kira.Tiap-tiap kelompok yang memperjuangkan ideologi mereka dengan terangan melakukan berbagai cara dan strategi bagi menonjolkan kelebihan sendiri, samaada ianya baik untuk mereka atau sebaliknya, hanya, masa yang akan menentukan.
PENCACAI DAJJAL
Didalam kekalutan kelompok-kelompok ini berjuang mempromosikan ideologi yang dirasakan boleh memonopoli fikiran pengikut, mereka teralpa atau lalai samaada secara sengaja atau tidak, telah membenarkan agenda tersembunyi kelompok yang berkepentingan , terutama kumpulan yang ingin merosakan imej Islam mengambil kesempatan yang terhidang untuk menular masuk kedalam negara bagi mempromosi 'agenda' mereka. Didalam diam mereka berjaya menembusi benteng Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Imigresen untuk menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan hukum Tuhan. Kealpaan pihak pemerintah yang kebelakang ini amat terarah kepada agenda politik telah memberi ruang kepada individu ini untuk memesongkan fikiran dan minda anak-anak muda Malaysia terutama yang berugama Islam agar dapat bersama-sama mereka untuk menghayati 'dakyah' songsang ini.
Bersidang untuk poket atau untuk Islam
Penghinaan demi penghinaan terhadap ajaran Islam berlaku , tanpa sedar isu ini sudah menjadi-jadi ibarat virus yang masih lagi belum diketemui penawarnya. Penyebaran yang dilakukan secara sistematik dan terancang serta halus.  Apakah agendanya? Adakah untuk menonjolkan  ketidakupayaan Melayu Islam serta pemimpin Islam didalam membenteng keutuhan dan kesejahteraan Islam dibumi Tanah Melayu? Ketidakupayaan pemimpin Islam yang bergelar Yang Berhormat yang dipileh oleh rakyat untuk bersuara secara  lantang bagi membela kesucian Islam juga sunyi dan bisu. Apakah katagori pemimpin Islam yang kita punyai ketika ini? Adakah mereka berkelayakan dan berkebolehan untuk mempertahankan kesucian Islam? Adakah pemimpin Islam ini sanggup mati atau berkorban apa saja untuk mempertahankan Islam? Saya rasa tidak.! Mereka ini tidak sanggup dan juga tidak berani untuk mempertahankan atau berkorban nyawa untuk Islam. Sifat dan naluri yang dimiliki hanyalah untuk kuasa dan kekayaan dunia dan bukan untuk kesejahteraan Islam mahupun kepentingan Islam. Mereka hanya pandai berkata-kata ibarat' burung tiung yang diasah lidah' untuk mengikut kata-kata 'tukang karut', itulah ketegori Pemimpin Islam sekarang.
Memandangkan Islam ketika ini agak lemah berbanding puluhan tahun dahulu dimana pada masa dahulu pemimpin dan rakyat sanggup mempertaruhkan nyawa dan harta demi Islam tetapi kini senario itu tiada lagi. Islam tinggal Islam, Melayu tetap Melayu. Jati  diri Melayu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam hanya terzahir dimulut tetapi tidak dengan sunnah Rasululah s.a.w.
Alhamdulilah, mungkin ini adalah perjalanan yang harus dilalui oleh Bangsa yang bergelar Melayu Islam yang hanya pandai berkata-kata.Mungkin ini merupakan  perjalanan  kepenghujung kepada peradaban Melayu Islam yang dipelihara sejak dari dahulu berakhir. Mungkin ini juga merupakan prasa terakhir Melayu berkuasa diTanah yang diberinama Tanah Melayu. Mungkin juga dengan kelemahan umat Melayu yang tunduk kepada 'ajaran  harta duniawi' ini akan menjadikan Islam sebagai satu cabang 'ikutan' yang dipandang serong oleh masyarakat bukan Islam.
Mungkin hanya tinggal kenangan untuk Melayu
Mungkin juga kuasa-kuasa yang dikatakan dimiliki oleh para-para Raja-Raja Melayu ini sudah 'berkubur' atau 'telah dipindahmilik' kepada Parlimen sepenuhnya, telah menjadikan mereka ini seperti rakyat biasa. Itulah agaknya kejadian yang mungkin kita terlepas pandang.Mungkin juga  payung 'Kuning' yang dikatakan memayungi kesucian Islam dan orang Melayu, telah tercabut atau hanya sekadar ungkapan?Anda jawaplah sendiri.
Alhamdullilah,kita  kini telah masuk kedalam bulan Rajab, iaitu Bulan Allah, mengikut 'hadith' Rasulllulah s.a.w. dan  dibulan ini juga adalah hari ulangtahun kejadian Isra Mikraj dan kalau mengikut pengiraan yang saya buat, bulan ini juga merupakan bulan ulangtahun didalam kalander Islam kelahiran Putera Meriam Al Masih iaitu bersamaan Hari Isra Mikraj(sila rujuk post terdahulu) dan sehari sebelum kedatangan Rajab, seluruh Asia telah menyaksikan kejadian besar Allah SWT itu gerhana matahari. Adakah ini merupakan satu kebetulan? Hanya Allah SWT saja yang mengetahui rahsiaNya.
Sejarah
Sekiranya diimbas kembali perjalanan saya terdahulu dimana Allah SWT selalu memberi petunjuk dan pedoman adakala diwaktu sembahyang adakala disampaikan secara ghaib, maka segala kemungkinan  kebarangkalian untuk terjadi adalah tinggi. (Untuk mengetahui kejadian kebesaran Allah SWT yang saya lalui, sila rujuk ke post yang lalu). Mengimbau kembali sewaktu PRU 12, seminggu sebelum Pilihanraya diadakan, semua keputusan telah saya ketahui dan Alhamdullilah keputusan tersebut benar semuanya.
Melalui perkabaran ghaib ini membuatkan saya takut dengan masa hadapan Bangsa Melayu dan orang Melayu, terutama di Tanah Melayu.
Ketidaktentuan kuasa orang- orang Melayu serta kelemahan pemimpin-pemimpin Melayu yang beragama Islam didalam menangani isu yang melibatkan Islam amat membimbangkan masyarakat .Rata-rata perasaan ketidakpuasan hati, sakit hati dan menyampah kepada perilaku pemimpin sudah tidak terbendung lagi dan hampir mencapai kemunchak. Kemungkinan yang terjadi ini akan memberi impak yang besar kepada pengamal politik. Perpecahan satu kelompok besar orang Melayu telah terjadi dan mungkin kali ini kesan dan bahana yang akan melanda adalah lebih besar dari yang dijangka.Sekiranya ini adalah ketentuan Allah SWT terhadap negara Tanah Melayu, maka, kami redha . Tetapi sekiranya diberi pilihan, semestinya kami ingin mengibarkan 'panji panji' hitam' berserta pemimpinnya sekali agar bersatu , bermula dan berjalan menuju tujuan yang satu, berjuang demi ' LailahaailallahMuhammadaRasullulah". 
Marilah kita bersatu dan beramai-ramai menyahut pangillan " LAILAHAAILALLAH"

1 comment:

  1. tajuk hang memang sempoi akai jenoh baguih2
    memang sempoi aku dengaq terbahak-bahak aku kuuiikuiii kuii

    ReplyDelete