Thursday, 24 May 2012

RENUNGAN JUMAAT- PERNAHKAH TERLINTAS DIHATI KITA

SEMOGA HIDUP KITA DIBERI SINAR OLEH ALLAH SWT


Bismillah-hir-rahmah-nir-rahim


Assalammualaikum.
Selawat dan salam dipanjatkan keatas Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta para Nabi dan Rasul yang telah mendahului kita.
Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi kesempatan untuk kita bertemu dengan satu lagi hari Jumaat yang pertama dibulan Rajab ini, semoga dengan kedatangan bulan Rajab ini akan dapat memberikan kita keberkatan dari yang Maha Esa. Kepada para sahabat yang telah mendahului kita untuk bertemu Yang Maha Esa , kami 'Fidyah'kan Al Fatihah kepada roh-roh mereka, agar ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman di taman 'firdausi'.




Saban hari Allah SWT menunjukkan kebesaranNya kepada kita, namun, manusia gagal melihat ayat-ayat kebesaran itu disekelilingnya. Pernahkah terlintas dihati kita untuk bertanya, apakah akan terjadi sekiranya udara yang kita nikmati tiada lagi. Pernahkan kita memikirkan sekiranya hujan yang diturunkan tiada lagi. Pernahkan kita memikirkan sekiranya sepanjang tahun matahari sentiasa bersinar?Pernahkan kita memikirkan bahawa dilangit tiada lagi bulan dan bintang. tetapi pernahkan kita memikirkan bahawa sekiranya selepas ini kita dimatikan. 




Pernahkan kita menghitung  , cukupkah amalan kita, cukupkah sedekah kita,sempurnakah solat kita, pernahkah kita menyampaikan kata-kata Allah . Hanya kita yang mengetahui hakikatnya.
Wahai sahabat, marilah kita ramai-ramai bersujud dihadapan Allah SWT, merendahkan sayap, merendahkan diri, merendahkan suara, datanglah kepada Nya dengan keikhlasan. Semoga Allah SWT merahmati dan memperlihara kita semua. Amin.

No comments:

Post a Comment