Sunday, 27 May 2012

MELAYU DIPERSIMPANGAN , ISLAM TERHINA-KAFIR KETAWA

MELAYU MENANG SORAK KAMPUNG DAN TERGADAI- MACAM LUNCAI AND LABU LABUNYA
Assalammualaikum.


 KEKAYAAN MELEBIHI PENDAPATAN
Perasaan Melayu diruntun dan dihiris oleh kumpulan-kumpulan yang mendewakan pemimpin-pemimpin serta berasa amat taksub dengan parti-parti yang dianuti. Tidak kiralah UMNO ke, PAS ke, PKR atau apa saja nama parti tersebut namun halatuju mereka adalah 'kuasa' semata-mata. Dengan adanya kuasa maka bertambahlah 'kekayaan'. Itulah yang kejar siang dan malam oleh golongan ini. Dengan menjaja segala keburukan atau keaiban orang lain maka berbondong-bondonglah rakyat marhein yang 'bersubahat' mendengar lelongan cerita keburukan orang lain tanpa menghiraukan 'dosa-dosa' yang bakal dibawa pulang serta  dikumpulkan' ditabung simpanan' masing-masing tanpa sedar ,yang disediakan oleh Penguasa Maha Agung.
Disatu pehak pula mereka akan menceritakan segala 'kebaikan' yang telah dilakukan dan menjanjikan  bermacam-macam umpan untuk meraih simpati atau membuai persaan kelompok yang disasar. Begitu juga dengan satu pehak lagi dengan angkuh dan dengan nada yang lantang pula menuduh satu pihak lagi sebagai tidak bertanggungjawap dan melakukan segala pembohongan dan penipuan yang didakwa dilakukan.Namun semua itu menjadi topik atau 'lolongan' yang dijaja dimerata tempat. Yang amat mengecewakan adalah mereka 'membakar' hati dan 'menyalai' perasaan mereka yang mendengar. Itulah yang diharapkan oleh 'kumpulan' ini.
PAKAIAN MACAM ISLAM CAKAP MACAM SETAN
 Tetapi adakah kita perasan,   pemimpin " bukan Islam" tidak menggunakan ' cara yang sama apabila berdepan dengan masyarakat mereka. Mereka tidak memburukan peribadi orang yang ditentang tetapi lebih terjurus kepada 'kegagalan' yang didakwa gagal diperjuangkan untuk parti kaum mereka.Cuma yang terjadi seketika dahulu adalah kes 'Chua Soi Lek",tetapi mereka tidak membesarkan isu ini kerena ianya bersifat 'peribadi' dan perkara telah menjadi sebahagian dari corak kehidupan mereka, iaitu mempunyai 'perempuan simpanan', kerana bagi 'kaum perempuan' mereka lebih mementingkan 'harta kekayaan' dan jaminan kehidupan yang kaya dan selesa.
Berlainan dengan masyarakat Melayu, selagi terjumpa keburukan dan 'keaiban' peribadi orang lain maka inilah yang  akan menjadi topik utama yang akan disiarrayakan keseluruh negara. Inilah yang terjadi dan menjadi trend apabila berkesempatan untuk berucap.Adakah ini sikap orang Melayu? suka 'menyampai atau menceritakan' keburukan orang lain?Adakah ini yang telah diajarkan oleh 'ibubapa' mereka atau pun ajaran yang diikuti iaitu Islam? Adakah ini Islam?.
KUMPULAN DUA ALAM
Disatu pihak yang lain pula, lain pula cara interaskinya, mencemuh, menghina dan mengkafirkan orang lain telah menjadi perkara biasa. Walaupun kebanyakan mereka yang 'dikata' sebagai ulamak atau pun "ustaz' ciptaan 'diri sendiri' tanpa segan silu menuduh pihak yang tidak sependapat dengan kumpulan mereka sebagai ' ahli neraka' dan 'kafir' . Walaupun pada satu ketika dahulu mereka pernah mengeluarkan 'fatwa' dari kelompok mereka yang mengatakan sekiranya pihak yang ditentang bersengkokol dengan bukan Islam, maka mereka tergolong sebagai 'kafir'. Tetapi kali ini, pihak ini juga 'bersengkokol' dengan bukan Islam demi mencapai niat dan tujuan mereka, tidakkah? 'fatwa' ini terpakai keatas kelompok mereka juga? Begitulah kelompok yang mengejar kuasa , apasaja yang berkepentingan dengan mereka semuanya bolih. Itulah 'nikmat' nya 'Ulama Politik" dipenghujung dunia ini.
KES INILAH - MELAYU BANYAK MATI DAN CACAT
Disatu kelompok kumpulan lain pula, yang menjadi pejuang kepada bukan Melayu, telah dengan sengaja dan berniat jahat telah melemparkan kata-kata yang menghina 'bangsa Melayu' walaupun mereka ini adalah "melayu" ciptaan.Kenapa harus membakar ' hati' bangsa lain untuk meruntuhkan 'Bangsa Melayu' dengan mengatakan bahawa 'Pemimpin Melayu' menghina 'bangsa mereka'. Adakah tujuan 'Melayu' ini inginkan agar bukan Melayu bangun  'bergaduh' atau 'berparang' dengan  Melayu. Cuba kita renung negara kita selepas era kemerdekaan. Dimana bangsa ini? Bangsa Cina dengan bantuan penjajah dengan secara terancang telah meletakan atau mengumpul Cina-Cina ini  pekan-pekan dan bandar .  Bagi kaum India yang diimpot pula mereka ini ditempatkan diestate dan yang pandai berbahasa Inggeris pula diletakan dipejabat Konsul Inggeris tetapi Melayu masih lagi dikampung-kampung. Untuk menjamin keselamatan Bangsa Cina dan India yang diestate yang dipunyai oleh Bangsa Penjajah serta kepentingan penjajah ini maka dengan menggunakan kuasa Raja Raja Melayu maka anak Melayu ditawarkan untuk menganggoti anggota keselamatan iatu tentera dan Polis. Oleh itu anak-anak Melayu terpisah dengan bapa mereka dan mereka dibesarkan oleh ibu"tunggal' dikampung.
 Anak  Cina dan anak  India  menikmati saat kegembiraan kerana kehidupan mereka ditemani oleh ibu dan ayah, yang menjadi mangsa adalah Bangsa Melayu, itulah yang terjadi. Bangsa mereka mempunyai kelebihan atas  bangsa melayu. Segala bentuk perniagaan semuanya di monopoli oleh golongan ini begitu juga dengan India , kebanyakan Doktor dan Lawyer kebanyakan dari bangsa mereka. Kenapa? Disebabkan kemiskinan bangsa Melayu serta kesalahan ulama yang mangajar maka inilah terjadi. Nak buat macam mana datuk nenek moyang kita tak tahu baca  'otak dan fikiran; mereka senang diputarbelit'. Jangan menyesalai kisah dahulu, apa yang penting adalah yang akan datang. Kita harus ingat kita berada dipusingan terakhir oleh itu berhati-hatilah, jangan sampai tersalah membuat pilihan, 
 Ingatlah.masa hadapan Islam dan bangsa Melayu ditangan kita, kita yang mencorakan. Kita pileh siapa yang kita suka dan kita tolak siapa yang kita tidak suka. Semestinya kita mendahulukan mereka yang mendahulukan Islam . Kita harus mencontohi sifat Rasullulah s.a.w didalam memileh 'khalifah' bagitu juga dengan kita' kita ada pilihan nanti' lakukan kerana Allah dan Islam, inshaallah, keputusan pasti terbaik.HAYATI SURAH DIBAWAH INI- ALI IMRAN AYAT 31-32
                                              Tafsir Surat Ali-Imran ayat 31 - 32         
(31) Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyanyang.
(32) Katakanlah: hendaklah kamu taat kepada Allah dan Rasul. Tetapi jika kamu berpaling, maka sesungguh­nya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

No comments:

Post a Comment