Monday, 28 May 2012

ORANG MELAYU HARUS FIKIRKAN...APALAH AGAKNYA YANG ORANG MELAYU SUKA!!!

ADAKAH ANDA MAHU MANUSIA INI JADI KETUA ANDA? DIA MENGHINA BANGSA MELAYU, MENYOKONG LGBT, MENYERU BANGSA LAIN UNTUK MENGHAPUSKAN HAK MELAYU, KEPERIBADIAN DAN MORAL DIPERSOALKAN. KALAU INI TERJADI ISLAM AKAN DISAMARATAKAN DENGAN AGAMA LAIN, MAHUKAH ANDA MENGIKUTNYA.'JANGAN JADI TIKUS MEMBAIKI LABU
 Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Assalammualaikum

Berbondong-bondong segelintir masyarakat Malaysia yang termakan hasutan yang diilhamkan oleh Ambiga  serta kuncu-kuncunya yang  terdiri daripada mereka mereka yang ingin menjadi juara rakyat telah menyertai perhimpunan yang dikatakan ' BERSIH 3.0' .Sebenarnya  'demo' yang dilakukan merupakan satu perbuatan yang bolih dikategorikan sebagai 'menceroboh hak privasi kaum majority' yang cintakan kedamaian dan perbuatan ini seharusnya dikenakan tindakan undang-undang yang keras terhadap mereka. Tindakan mereka ini adalah sesuatu yang  kotor dan jelek dimata masyarakat dan tidak harus dibiarkan berleluasa kerana ini akan  menjejaskan rezeki dan emosi bamyak pihak. Disatu pehak pula anggota keselamatan terpaksa dikerah untuk menjaga keselamatan 'pendemo' yang bolih diketegori sebagai sekumpulan 'keldai'  Tujuanya  tidak lain dan tidak bukan ialah  untuk memburukkan imej pemerintah serta imej  kepimpinan orang Melayu Islam di Malaysia.. Disebabkan  keinginan untuk merealisasikan impian dan cita-cita pihak-pihak tertentu didalam mencapai ajenda politik yang mereka saja tahu  niatnya maka terjadilah huruhara dibandaraya Kuala Lumpur seperti yang mereka inginkan.Yang menjadi keaiban dan tandatanya ialah  kenapa begitu ramai sekali orang Melayu menyertai perhimpunan haram ini. Apa tujuan mereka? Adakah mereka ini terdiri daripada golongan yang dinafikan hak untuk mengundi?.Apa benarkah kerajaan menafikan hak-hak mereka bersuara ? Apa benarkah kerajaan menganaktirikan kehidupan mereka.  Pernahkan kerajaan kepimpinan Melayu Islam ini mengabaikan social obligation mereka terhadap rakyat.  Tidakkah ada sedikit kebaikan oleh kerajaan pemerintah? 
MELAYU- ADAKAH ANDA INGIN GADAIKAN APA YANG BANGSA  ANDA MILIKI
ADAKAH ANDA INGIN LIHAT ANAK BANGSA ANDA SELAMANYA BEGINI
ADAKAH ANDA INGIN MENJADI MELAYU PELARIAN DIBUMI SENDIIRI
ANDA INGIN KE NEGARA JADI BAGINI
Tahukah mereka apa yang terselindung disebalik  rancangan jahat ini? Sedih dan kecewa apabila melihat Mejoriti Melayu yang berdemo ini terdiri dari mereka yang berpendapatan serdahana dan rendah, dan kalau ada yang kaya raya pun mungkin seorang dua saja, tetapi, tahukah mereka, kelompok mana atau kasta mana yang mengerakkan  agenda ini. Semestinya 'pencatur' adalah dari kelompok yang sudah kaya raya dan hidup senang dan tidak payah membanting tulang lagi untuk kehidupan. Namun pernahkah majority Melayu yang berdemo ini yang rata-rata terdiri dari kelompok yang kehidupan mereka seperti digambar yang di paparkan tahu implikasinya dan akibat dari tindakan bodoh ini.?. Inginkah mereka sekali lagi melihat bangsa mereka merempat dan hidup dengan belas ihsan orang lain? Pernahkah mereka memikirkan bagaimana 'bangsa Melayu' dipinggirkan oleh bangsa lain ? Tidakkah Melayu sedar bahawa 'hak' bangsa mereka ingin dihapuskan dibumi ini. .Seburuk-buruk UMNO namun hak keistemewaan anak Melayu dan Bangsa Melayu serta Islam tetap dijaga. dan didahulukan. Kita tahu UMNO itu tidak sempurna banyak kelemahan terutama berhubung intregiti kepimpinan namun semua itu bolih kita ubah dengan 'UNDI", tetapi janganlah sampai kita membakar jambatan yang kita bina, kerana, bangsa lain tidak akan membela kita, sewaktu kita kesusahan. Yang akan mereka sogokkan adalah ' ikut Kristian' anda akan diberi ganjaran, itulah yang terjadi . Kalau anda pernah membaca post saya terdahulu iaitu berhubung ' Mentarbiah Kristian ke Asia Tenggara' , ini adalah salah satu dari perancangan mereka,. Olih itu saya berharap orang Melayu sedar akan perancangan ini.


Tidakkah contoh dan pengalaman yang terjadi dinegara-negara luar yang berdemo serta mengugat kententeraman awam gagal mengharungi malapetaka ini? Jawapannya 'Tidak". Kebanyakan negara yang membenarkan virus 'demo' ini berkesudahan dengan pergaduhan sesama sendiri. Kita lihat dinegara benua Arab, apa yang terjadi, Arab Islam membunuh Arab Islam, siapa yang mendapat menafaat? Apa keuntungan kepada masyarakat Islam disana? Betul!! mereka mendapat kebebasan! Tetapi kebebasan bagaimana yang mereka dapat? Setiap hari mereka berperang sesama mereka. siapa yang rugi? Tidakkah Bangsa Arab dan Islam  yang menerima kesanya. Oleh itu fikirkan lah untuk masa hadapan anak-anak , bangsa dan agama kita iaitu Islam.
 Sekiranya gambar permasaalahan kemiskinan dan kekurangan bantuan kepada Melayu ini  dipaparkan  dan dijadikan isu kegagalan pemerintah didalam memperjuangkan nasib segelintir masyarakat  adakah ''pendemo' ini akan  turut serta? Adakah mereka akan bergolok bergadai nyawa untuk  membela Melayu? Fikirkanlah sendiri..
Para-para pendemo membelanjakan ratusan malah mungkin ribuan ringgit untuk menyertai ' demo' dengan belanja sendiri, tetapi  tidakkah terlintas dihati mahupun difikiran mereka seandainya wang yang digunakan uktuk perbelanjaan 'berdemo' itu disalurkan kepada golongan ini .Kan ianya lebih baik .
 Rata-rata yang berdemo itu terdiri daripada masyarakat Melayu Islam dan hanya segelintir saja masyarakat bukan Islam menyertainya. Mengikut sumber BBC hanya terdapat 25ribu saja yang menghadiri demonstrasi tersebut. Rata-rata sekiranya setiap orang membelanjakan RM50-00 pada hari tersebut maka sejumlah RM1.25 juta berjaya dikumpul dan alangkah baiknya sekiranya wang sejumlah RM1.25 juta ini dapat disalurkan kepada perkara yang berfaedah seperti menolong golongan tidak bernasib baik ini.Walaubagaimana pun mungkin masyarakat yang sudah dikategorikan sebagai maju ini mempunyai alasan tersendiri untuk menyertai pesta 'demo' ini .Mungkin juga disebabkan sudah terlalu 'demokrasi' maka mereka bolih bertindak mengikut sesuka hati mereka atau pun mengikut acuan mereka sendiri tanpa memikirkan implikasi kepada bangsa Melayu, rakyat dan negara.
Kedaifan pemikiran sesetangah masyarakat sangat mendukacita hati kita, walupun kita sudahpun merdeka lebih 50 tahun dan hidup dengan kedamaian serta keselesaan , namun kepekaan terhadap hak orang lain tidak pernah diambil kira.  Dimana silapnya?Salah ibu bapa ke? Salah Guru ke? Pemimpin kah? Rakyat kah? Sistem kah? atau pun Tuhan kah yang salah?  
ADAKAH INI INGIN KITA MUSNAHKAN ATAU KITA GADAIKAN DEMI CITA-CITA  MUSUH KITA
Walaupun Malaysia sudah berjaya mengukir nama diperingkat dunia dan juga menjadi pelopor kepada negara membangun terutama kepada negara Islam namun peningkatan kemajuan itu sangat tidak disenangi oleh jiran dan sahabat mahupun  musuh Islam. Berbagai taktik dilakukan demi untuk menjejaskan negara kita Malaysia, hakikat ini tidak dapat dinafikan.Tetapi pergolakan didalam negara yang sedang membangun ini semestinya tidak terlepas dari terukir dan terzahirnya  kumpulan yang tidak sealiran dengan pemerintah.Sepatutnya kita menggunakan 'peti undi' untuk menzahirkan penentangan bukannya 'berdemo'. Tetapi disebabkan racun dan tuba telah ditabur maka 'inilah yang terjadi. Mahukah orang Melayu sekali lagi hidup merempat dan menagih simpati  dari bangsa lain? 


Mahukah Melayu melihat :-
1. Sistem beraja dihapuskan?
2. Perdana Menteri  dari bukan Melayu
3.Islam disamarata dengan Agama lain
4.Kemasukan ke University mengikut merit (tiada kuota khas Bumiputra)
5. Penghapusan Maktab Rendah Sains MARA
6.Hak pemilikan tanah terbuka secara purata
7. Kerakyatan diberi sesuka hati
8.Petronas diagihkan kepada yang 'berduit'
9.Hak 'tanah' wakaf dijadikan 'hak' untuk kaum lain
10. Wang zakat ditadbir oleh bukan Islam
11. Wang zakat digunakan untuk membina Kuil Hindu , Kuil Buddha dan Church.
12. Arak dijual dikampng-kampung Melayu
13. Rumah urut dan rumah pelacuran dikampung Melayu yang bersebelahan Mesjid atau surau
13, Kedai judi dikampung Melayu
Mahukah kita melihat semua ini berlaku? Tepuk dada tanya salera.
 Berbagai  ketidakpuasan hati diluahkan secara terangan dan juga dengan tersembunyi. Kelompok-kelompok ini mengerak dan menanam  'ideologi' jahat  di kepada pengikut mereka yang taksub dan juga kepada mereka yang kecewa dengan pemerintah tetapi  apakah kepuasan yang dapat mereka dapat?Oleh itu Melayu jangan jadi :-


 MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI
 SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA
 MENDENGAR GURUH DILANGIT , AIR TEMPAYAN DI CURAHKAN
 MENANG JADI ABU KALAH JADI ARANG
 KOKOK BERDERAI-DERAI, EKOR BERGELUMANG TAHI
KAN LEBIH BAIK SEKIRANYA PAS BERDIRI DIATAS KAKI SENDIRI TANPA DAP DAN PKR
Sekiranya PAS berdiri diatas platform sendiri tanpa bergabung dengan DAP dan PKR , maka, ini akan membuka ruang dan peluang untuk PAS menerajui Putrajaya. Tetapi disebabkan keangkuhan sesetengah 'pemimpin' tertinggi maka kali ini melayu  PAS akan kecewa. Disebabkan kelancangan mulut serta ketidakpastian 'halatuju' perjuangan serta 'sifat' dolak-dalih pemimpin maka, kali ini PAS akan berhadapan dengan laluan sukar untuk mempertahankan Kelantan dan Kedah serta kawasan-kawasan yang dimenangi terdahulu. Tetapi sekiranya diakhir waktu ini PAS bertukar arah untuk berdiri diatas kaki sendiri tanpa gabungan dengan DAP dan PKR serta memohon kemaafan kepada rakyat diatas kesilapan dan kesalahan lalu maka peluang untuk PAS meraih lebih banyak kerusi DUN  dan Parlimen akan menjadi lain. Kemenangan luar jangka akan terjadi, namun semua ini terpulang kepada PAS, samaada seluruh ahli PAS sanggup untuk 'bersujud' kebumi atau sebaliknya .  Terpulanglah  kepada mereka.


" Pilihlah mereka yang beriman dikalangan kamu sebagai pemimpin dan janganlah kamu memilieh orang kafir sebagai pemimpin kamu"."
 Janganlah kamu dipimpin oleh kaum kafir melainkan kamulah yang memimpin mereka"
"Janganlah kamu meminta orang kafir menunjukkan jalan kesurga melainkan kamulah yang menunjukkan kebenaran syurga kepada mereka".
'Janganlah kamu biarkan orang kafir menyesatkan  kamu  melainkan kamulah yang membimbing mereka kejalan Allah"
CIRI-CIRI CALON BERIMAN , BERINTERGRIITI DAN BERMORAL
Sepekara lagi yang ingin disentuh adalah mengenai calon yang ingin diketengahkan oleh parti politik kelompok orang Melayu, samaada UMNO atau pun PAS. Bagi UMNO kelompok yang ingin diketengahkan ialah  calon yang di panggil 'winnable candidate". Apa yang dimaksudkan dengan 'winnable candidate' ini ?. Adakah kategori dari kalangan mereka yang diterima oleh masyarakat "UMNO" saja atau masyarakat keliling? Seharusnya UMNO perlu melihat didalam skop yang lebih luas dan tidak tertumpu kepada kalangan 'ampu' bodek saja, kerana ini akan ditolak oleh masyarakat .Begitu juga dengan PAS seharusnya parti ini menengahkan calon yang berkaliber, berintregiti, ada maruah diri dan semestinya berilmu yang bermenafaat kepada yang dipimpin.Calon-calon 'implant' akan membawa kemudaratan kepada semua parti.Bagi UMNO pula sekiranya ingin kekal berkuasa , seharusnya terpaksa menelan dan mengorbankan 'mereka-mereka' yang bermasaalah yang masih lagi berkuasa agar tidak dipileh untuk PRU 13 ini. Inshaallah sekiranya kedua-dua Parti orang Melayu ini menengahkan calon yang berkaliber dan berintregiti maka kita akan punyai wakil rakyat dan ahli Parlimen yang baik dan bermaruah dari kedua-dua pihak untuk Bangsa Melayu, walaupun berlainan pendapat.
-sekian-

No comments:

Post a Comment