Thursday, 3 May 2012

KASIH IBU DAN TANGGUNG JAWAB KITA DIDALAM MEMBINA SAHSIAH YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.


Assalammualaikum.


Perjalanan hidup manusia setiap  hari dilingkari oleh manusia. Yang masih dibawah umur dikelilingi oleh ibubapa, yang dewasa pula dikelilingi oleh ahli keluarga sendiri, anak-anak serta isteri yang menjadi teman . Bagi mereka yang masih lagi dibawah jagaan ibubapa maka pelajaran adalah agenda utama tetapi bagi mereka yang dewasa pula terpaksa berkerja untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan kehidupan berkeluarga. Setiap saat fikiran manusia berputar ibarat gasing , mencari-cari kebendaan yang perlu bagi memenuhi sifat keinginan yang terpahat disanubari. Didalam kesibukan seharian adakalanya kita terbabas didalam tanggungjawap kita kepada Sang Maha Pencipta. Namun didalam kealpaan itu, kita terlalai dengan 'fantasi' dunia yang dibentangkan oleh Yang Maha Mengetahui. Tetapi pernahkah kita merasa menyesal akan kelalaian itu? Hanya kita yang tahu jawapannya.


kesakitan ibu semasa melahirkan kita
Kita dilahirkan melalui 'kasih-sayang' ibubapa kita. Mereka membelai dan menyayangi kita setiap hari .Bermula dari lahirnya kita sehinggalah kita dewasa tidak jemu-jemu mereka mencurahkan  kasih sayangnya .Bagi ibu pula , tanggungan yang dirasainya amat besar sekali,  ibu  ' mengandungkan' kita selama sembilan bulan. Disertakan kepayahan yang dilaluinya namun 'sengsara' itu  berubah menjadi 'kenikmatan' apabila anak yang dikandung dilahirkan. Siang dan malam mereka membelai tanpa rasa jemu. Pengorbanan yang dilakukan oleh sang Ibu sangat besar .Setiap titik susu yang diminum oleh sang anak merupakan makanan berkhasiat  berupa kasih sayang tetapi adakalanya susu yang diminum ini bertukar menjadi 'duri' dan 'onar' kepada siibu. Kanapa?


ibu-ibu berdoa utk keberkatan anak-anak
Jauh disudut hati si ibu, tanpa sekatan akan mendoakan kesejahteraanya anak-anaknya walaupun adakalanya sianak menguris hati dan perasaanya. Tetapi bukan semua ibu akan bersikap bagini. Manusia dijadikan dengan bermacam-macam perangai dan ragam oleh Maha Pencipta. Seburuk mana sekali pun ibu yang melahirkan kita, kita wajib mendoakannya walau didalam keadaan mana sekali pun, itulah 'hak' yang diberikan oleh Yang Maha Esa kepada mereka yang bergelar 'ibu'.Tanpa doa dan keampunan sang 'Ibu' nescaya kita tidak akan kemana-mana dan Yang Maha Esa sekali pun tidak dapat merubahnya. Ibu adalah segala-galanya didunia ini.


Cuba tanya pada diri kita, bilakah kali terakhir kita memeluk erat, mencium kedua pipi ibu serta mengucapkan kata-kata 'I love u Mak dan memohon keampunan dari mereka.? Begitu juga dengan bapa kita, bila kah kali terakhir kita memeluk dan mencium mereka?. Sebenarnya , sekiranya perkara ini dapat kita lakukan, inshaallah, seluruh institusi keluarga kita akan bertukar kepada kebaikan. Perasaan kasih sayang akan terserlah dikalangan kita. Begitu juga dengan abang-abang dan kakak-kakak kita bilakah kali terakhir kita memeluk dan mencium pipi nereka? Mungkin tidak ramai yang melakukan perkara ini, tetapi yakinlah, sekiranya ini dapat kita praktik didalam kehidupan kita , Allah SWT akan ganjarkan bermacam-macam kebaikan dan tidak mustahil seluruh institusi keluarga akan bertukar kepada kebaikan. Yang perlu kita lakukan adalah ' mulakan' dengan diri kita.


Dengan terpancarnya cahaya kasih sayang diantara kita kepada kedua ibu-bapa serta  adik-beradik, inshaallah, Allah SWT akan memberkati institusi keluarga kita dengan menganugerahkan kepada kita anak-anak yang baik serta menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Memandangkan institusi keluarga masa kini sudah menjadi terlalu rapuh maka penyatuan keluarga teramat perlu bagi menjamin kesinambungan ketertiban didalam berkeluarga.


Sekiranya kita inginkan anak-anak yang baik, maka, bermulalah dengan diri kita sebagai contoh tauladan kepada mereka. Penggunaan kata-kata yang indah dan baik serta perlakuan yang sopan akan membangkitkan sifat baik budi  bagi anak-anak  dan ini akan membentuk sahsiah budi perkerti  serta jati diri yang kental seperti yang dituntut didalam Al Quran.


Akhirkalam untuk hari Jumaat yang berkat ini marilah kita sama-sama mengucapkan selawat dan salam keatas Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta marilah kita memfidyahkan 'Al-Fatihan" kepada semua umat Muhammad , yang hidup mahupun yang sudah bersemadi.


AL-FATIHA TUJUH AYAT  YANG DIBACA BERULANG-ULANG




Amin, Amin Ya Rabul Alamin.

1 comment:

  1. Ibu ibu
    Engkaulah ratu hatiku
    Bila ku berduka
    Engkau hiburkan selalu

    Ibu ibu
    Engkaulah ratu hatiku
    Tempat menyatakan kasih
    Wahai ibu

    Betapa tidak hanya engkaulah
    Yang menyinari hidupku
    Sepanjang masa engkau berkorban
    Tidak putusnya bagai air lalu

    Ibu ibu
    Engkaulah ratu hatiku
    Tempatku menyerahkan kasih
    Wahai ibu

    Source » http://liriklagu.rizkikhaizir.com/2011/10/lirik-lagu-p-ramlee-ibu.html#ixzz4HE93btwE

    ReplyDelete