Thursday 31 May 2012

RENUNGAN JUMAAT SEMPENA RAJAB- MARILAH BERSOLAT MENGIKUT SUNNAH RASULLULAH S.A.W

BERSAMALAH BERSUJUD DAN BERSOLAT DENGAN LAFAS NIAT YANG SATU
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Assalamualaikum

Selawat dan salam dipanjangkan kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w berserta para-para Nabi dan Rasul yang tedahulu. serta mendoakan kesejahteraan kepada kepada ibubapa, isteri dan suami, anak-anak, saudara terdekat, jiran tertangga, sahabat handai serta seluruh Umat Muhammad s.a.w.
Alhamdullilah, dipanjangkan hayat untuk menempuh hari Jumaat pada minggu kedua dibulan Allah swt ini, Rajab. Sepertimana yang kita ketahui pada minggu ini akan terjadinya kejadian besar yang didatangkan Allah swt yang ingin dipertontonkan kepada seluruh manusia iaitu kejadian 'planet Zuhal akan merentasi matahari' yang mana mengikut kajian sains, kejadian ini hanya berlaku 2 kali didalam tempoh 100 tahun. Sebab musabab terjadinya kejadian ini hanya Allah swt saja yang mengetahui. ' Allahhuakbar.
Semestinya pada bulan ini adalah merupakan bulan dimana Nabi Muhammad s.a.w melalui frasa baru didalam 'kenabian' baginda. :
“Maha suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Isra’: 1
Al Baqarah : 286
“Allah s.w.t tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.”
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.


قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَداً
: "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
"Sesungguhnya aku menyembah Allah dan tidak mempersekutukan Nya dengan sesiapapun" 





Tetapi yang terpenting sekali , ketika inilah  Rasullulah s.a.w  telah diajar bagaimana untuk bersolat. Dengan terbentuknya solat tersebut, maka, terpisahlah diantara sembahyang kaum terdahulu dengan 'solat' Umat Muhammad.yang kita ikuti. Yang membezakan diantara lafas niat  Rasullulah s.a.w dan umatnya adalah ', 'kita mendirikan sesuatu solat itu kerana waktunya kerana Allah swt tetapi berlainan dengan Rasulullah s.a.w :- contoh yang kita praktikan  :-" Sesungguhnya aku mendirikan solat fardu Maghrib, kerana Allah Taala" ( begitu juga dengan solat-solat yang lain). Lafaz niat inilah yang membezakan diantara solat kita dan solat yang Rasullulah s.a.w dirikan,, walaupun' bentuk'  solatnya adalah sama tetapi t lafas niat tidak  serupa. Sila rujuk dibawah untuk panduan:-

Surah Al-Jinn ayat 1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآناً عَجَباً
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
Surah Al-Jinn ayat 19
وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَداً
"Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".
قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَداً
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
Semoga kehadiran kita di bulan Allah ini ( Rajab) , akan membuka pintu hati kita untuk melakukan atau mengikut seperti apa yang Rasullulah s.a.w sunahkan kepada umatnya. Amin.

2 comments:

  1. RAHSIA SOLAT... Selagi bersolat cara ikut2an mazhab2 Sunni ASWJ itu namanya solat Syok Sendiri. Selagi bersolat cara tradisi mazhab2 Syiah itu namanya solat Menipu Diri. Carilah solat ketika Rasulullah SAW kembali dari Israq Mikraj, karna mesejnya Nabi menerima Rahsia Solat. Itulah yg sebenar2 solat Nabi. Yg pertama2 bersolat ikut bawaan solat ajaran Nabi SAW selepas peristiwa Israq Mikraj adalah hanya kepada 2 orang, yaitu kepada Bonda Siti Khodijah dan Imam Ali yg maseh kanak2 lagi...

    ReplyDelete
  2. SEJARAH SOLAT BERJAMAAH / BERSENDIRIAN ...

    Ada dikhabarkan pertama2 sejarah Solat Berjamaah bermula tatakala selepas Paduka Nabi Muhammad SAW pulang dari peristiwa bersejarah "Israq dan Mikraj", bagi menerima Rahsia dan Fardhu Solat. Lalu baginda Nabi SAW membangun kejutkan Bonda Siti Khodijah dan Imam Ali dari tidor mereka, utk sama2 mendirikan solat secara berjamaah...

    (PERTAMA) Bermulanya mereka diajarkan cara mengambil Wudhuk.
    (KEDUA) Kemudian diajarkan mereka cara bersyahadah, mengadakan penyaksian serta membuat pengakuan..
    (KETIGA) Kemudian mereka diajarkan cara2 Solat Berjamaah, Nabi SAW sebagei Imam, dan kedua mereka sebagei Makmum...
    (PERTAMA2 PEMELUK ISLAM) : Maka Bonda Siti Khodijah dan Imam Ali yg maseh kanak2 lagi, mereka itulah orang pertama2 memeluk Islam serta telah berbaiah terus dgn Nabi SAW...

    PERSOALANNYA : Dunia Islam telah dilanda awal2 lagi oleh Fitnah Awal Zaman. Kini Dunia Islam telah ranap digodam Fitnah Dajjal diAkhirul Zaman. Semenjak Rasulullah SAW, Bonda Siti Khodijah dan Tok Imam Ali wafat, sudah lebeh 1,400 tahun Dunia Islam telah terbelah dua - antara Syiah dan Sunni ASWJ. Masing2 dgn doktrin sendiri2 kononnya merekalah yg bener2 sah ikut Sunnah Nabi SAW. Namun jawabannya perhati dan hakimkanlah sendiri2..

    (1) Adakah cara2 mengambil Wudhuk yg Nabi SAW ajarkan itu, bersamaan dgn apa yg sekarang kita lakukan..??
    (2) Adakah Syahadah yg Nabi SAW ajarkan itu, bersamaan dgn apa yg kita ucapkan lafazkan..??
    (3) Adakah cara Solat Berjamaah ato yg Nabi ajarkan itu, bersamaan dgn apa yg kita amalkan sebagei Imam dan Makmum..??
    (4) Solat Bersendirian - Adakah sama dgn apa yg didirikan oleh Sunnah Nabi SAW..??

    JAWABANNYA : Ngak diketahui, karna kita Dunia Islam - antara Syiah dan Sunni ASWJ telah diasuh Bab Islam secara tradisi, ikut2an dari generasi kegenerasi, semenjak zaman berzaman lagi. Hinggalah Dunia Islam sedang berada diambang liku2 Fitnah Akhirul Zamani...

    SANG PENYELAMAT TELAH DATANG : AlHamdulillah... Allah Rabbul Izzati telah bangkitkan saorang Sang Juru Penyelamat, saorang Ahlulbait Nabi dari Nasab Wali 7. Kini Sang Ratu Adil Sejati aka Imam Mahdi AS sedang memerhati... Semalem Sabtu 21/5/2016 dia Imam Mahdi Sejati berserta sebahagian Pemuda2 Bani Tamim dari Tanah MIM N10, telah datang keTanah Adat Rembau N9, ketemu Cahaya AlMajid Original warisan leluhurnya sendiri.... Selamet mencari... semoga kalian bisa ketemu siapa dia yg akan dibangkitkan itu nanti....

    ..... WALLAHU'ALEM ..... SALAH SILAP MOHON DIAMPUNI & SALAM PERMISSI.....

    ReplyDelete