Tuesday, 17 July 2012

ADAKAH INI 'WAHYU' ALLAH :-KESESATAN YANG MENYESATAN


ISLAM KU JUNJUNG, RAJA KU SANJUNG, KEBENARAN KU TATANG, KESESATAN KU TENTANG- ITU LAH AKU  CAHAYA AL MAJID
Kemaafan jua aku pohonkan kepada mereka yang berasa hati, namun, teguran berbentuk tulisan harus saya dahulukan untuk menegur kekhilafan perbuatan dan terkhilaf bahasa saudara-saudara yang meluahkan kehampaan hati dan kecelaruan nurani.didalam memperjuangkan 'apa yang saudara fikirkan benar' walaupun ianya bersalahan' dengan ajaran Islam yang dibawa olih Rasullulah s.a.w.
Saya bukan ahli mana-mana pertubuhan politik tetapi saya tidak mahu saudara se Agama saya menggunakan Allah/Agama  sebagai benteng untuk membenarkan 'kecelaruan fikiran" kelompok ini  dari  menimbulkan keraguan bangsa lain dari  mendekati Agama Islam yang di redai Allah SWT.
 Perbuatan , percakapan serta tingkah laku kamu menyusahkan 'kerja' saya.

1. Adakah Allah yang disebut didalam Al Quran berlainan dengan Allah yang Pas sembah.?
2. Adakah 'Kalimah sahadah' yang dilafaskan oleh manusia selain PAS tidak diterima Tuhan?.
3. Adakah Kiblat orang bukan Pas berlainan  dengan pengikut Pas?
4. Adakah bentuk 'solat' orang Pas dan bukan Pas berbeda?
5. Apa benarkah Pemimpin Pas menerima 'wahyu' dari Allah mengarahkan manusia merampas/membebaskan  Puterajaya?bukan Baitul Mukaddis?
6. Adakah Pas ingin menyatakan bahawa Kepimpinan mereka bertaraf "Nabi" (Hanya Nabi yang menerima wahyu).

 "Sesungguhnya apa yang kamu perjuangkan hanyalah untuk 'berkuasa' olih itu janganlah kamu menyamakan perbuatan kamu dengan perbuatan Nabi, kerana itu, sesungguhnya satu pendustaan yang kamu lakukan terhadap Nabi dan Rasul Allah." sekiranya mereka itu adalah musuh Allah, maka gunakanlah perkataan yang baik untuk menegur mereka,.sekiranya mereka engkar juga maka itu adalah urusan Tuhan kamu Yang Maha Adil dan Maha  Saksama."
'Janganlah kamu bersekutu dengan musuh Allah (kaum kafir) dan bertolong-tolongan sesama mereka didalam memerangi saudara kamu, sesungguhnya itu adalah perbuatan tidak disukai olih Allah"

.

  ADAKAH INI MISI PERJUANGAN ISLAM SEBENAR?
                                                          
Didunia ini tidak ada satu perjuangan yang lebih suci dari perjuangan orang-orang Pas, penyokong dan pejuang Pas menuju Putrajaya, kerana apa ? kerana ini perjuangan suci.

Kenapa kita mahu ke Putrajaya ? Allah mengarahkan kita ke Putrajaya, Allah mahukan kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah dan musuh kita, inilah perjuangan yang suci.

Apabila Allah Taala memberikan secalit kuasa kepada manusia didunia ini, maka Allah Taala tidak memberikannya kecuali kepada hamba-hambanya yang beriman, tetapi apa yang berlaku ! yang berlaku ialah syaitan dan orang-orang yang menyembah syaitan telah merampas kuasa ini daripada orang-orang  yang beriman.
(Kuasa yang Tuhan beri bukan lah bermakna seseorang itu beriman tetapi Tuhan ingin menguji akan keadilan yang akan diterjemahkan didalam reality pentadbiran seseorang yang diberi kuasa untuk memerintah) 
1. Berapa ramai umat Islam di Malaysia ditindas dan dinafikan haknya olih Parti Pemerintah/
2. Ada ke orang kafir telah dibunuh secara zalim dan secara tersembunyi?


"Sematkan dalam hati, setiap kali perjuangan ini menuntut saudara berhimpun, jangan ada diantara kita yang mengundur diri, kerana sesungguhnya pada perhimpunan itu adalah kekuatan iman." 
Perbedaan Perjuangan Pas dan Islam yang di bawa Rasullulah s.a.w : -
Pas :-    menyeru pengikut untuk berhimpun beramai-ramai 
Rasullulah :- manusia dengan rela hati berhimpun 

Perbedaannya :- Pas - menyeru (adakalanya pengikut dibayar)
Islam                 :- Rasul : rela hati/suci hati-tiada paksaan

Pas                   :- maki/hamun/caci/cerca/keji-mengkeji/
Islam                 :- pertuturan dan sikap terpuji  

(Keimanan tidak bolih diukur dengan perhimpunan atau kekuatan kumpulan  tetapi " kekuatan iman hanya terbukti apabila kelaparan menjengah ke perut kita)

Alhamdullilah, sekiranya ini telah atau pun sedang dirancang , ianya adalah baik untuk semua tetapi bukankah PAS sudah memerintah Negeri Kelantan melebihi 15 tahun..Kenapa masih lagi belum berjaya melakukannya? Dimana silapnya?
Jangan menjadikan alasan kesalahan orang lain diatas kegagalan diri sendiri dan kepincangan serta kegagalan pentadbiran.

PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR 
PERTANIAN.   
PERHUTANAN  
PERIKANAN  
PENTERNAKAN  
PERINDUSTRIAN.  
KEUSAHAWANAN 
PELANCONGAN.  
PENTADBIRAN TANAH  
TANAH TERBIAR  
PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN   
PERLOMBONGAN DAN KUARI  
KEWANGAN  
PERBADANAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI.  
MPKB/MAJLIS DAERAH  
PEMBANGUNAN WILAYAH/BANDAR BARU.  
PERUMAHAN 
PENDIDIKAN 
WANITA 
WARGA TUA DAN KURANG UPAYA 
PROGRAM AM  

SERULAH MEREKA KEJALAN KEBAIKAN DENGAN PERKATAAN PERKATAAN YANG ENAK DIDENGAR DAN JANGANLAH KAMU SAKITKAN HATI MEREKA SESUNGGUHNYA PERBUATAN INI TIDAK DISUKAI OLIH ALLAH. TEGUR MENEGURLAH SESAMA KAMU DENGAN JALAN KEBAIKAN SESUNGGUHNYA TUHAN MU MENYUKAI PADA JALAN KEBAIKAN.
 Saya mengerti bukan semua Pemimpin parti memerintah itu baik tetapi jangan lah sampai mengatakan ' sokong Pas masuk syurga dan sokong UMNO " masuk  neraka" atau " UMNO sesat" 
 Syurga dan neraka dan menjatuhkan hak kesesatan dimulut kita, itu tidak bolih,   ia adalah hak Allah bukan kita yang menentukanya.
Allah yang menentukan segala-galanya..kita hanya manusia yang diminta menyembah pada yang satu, Allah SWT.

Iklas : Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment