Tuesday, 31 July 2012

ISLAM DIJULANG :ALHAMDULLILAH: MELAYU SELAMAT:

MELAYU MASIH LAGI KUASA DOMINAN

Bismillahhirrahmannirrahim

Sesungguhnya apa yang saya tuliskan ini adalah benar dan hanya Allah swt sebagai saksi.

Sewaktu saya bersolat Isyak pada lewat malam,didalam kekhusukkan merendahkan sayap , sewaktu membaca tahyat akhir, saya telah ditunjukkan dengan dengan dua objek seperti burung melintasi ruang udara dan subjek itu terus melanggar satu bangunan dan terbakar. Dalam sekelip mata api sangat marak dan membakar seluruh bangunan tersebut.
Lebih kurang sebulan dari peristiwa tersebut ; kejadian 11 September terjadi.

Pada suatu petang selepas solat maghrib, saya didatangi oleh ' makhluk Allah' berjubah putih, dan memberitahu aku bahawa ' seorang pembesar dari negeri kelahiran aku akan meninggaldunia dan 'hamba tersebut berasal dari Kuala Pilah.

Seminggu kemudian berita gempar melanda tanah air Tun Ghaffar Baba meninggal dunia, walaupun ibubapa nya adalah orang Melaka tetapi Tun Ghaffar di lahirkan di Kuala Pilah.

Pada satu malam apabila aku lihat dilangit, terpandang aku akan "makhluk Allah" seremai 40 orang ' berjubah putih' turun lalu menyingahi aku, lalu aku bertanya, 'Apa kah jemputan ini. Aku diberitahu aku bahawa seorang pembesar  akan kembali rahmatullah.

Seminggu berlalu Asia Tenggara digemparkan dengan berita 'Gur Dur" kembali ke Rahmatullah.

Ketika aku bersolat Maghrib, dipertengahan bersolat, aku digambarkan satu kejadian besar akan berlaku.

Sesungguhnya benar belaka, seminggu berselang dunia dikejutkan dengan kejadian Tsunami melanda dunia.dan ramai manusia terkorban.

Sehari sebelum PRU 2008 aku mendapat perkabaran bahawa keputusan pilihanraya adalah 51/49, maksudnya kemenangan parti Pemerintah adalah tipis. Pada petang selepas 5 minit peti undi ditutup, saya mendapat perkabaran secara detail dan keputusannya adalah sama seperti yang diumumkan.

Kemenangan KJ juga telah saya ketahui pada petang tersebut dan aku telah sampaikan kepada 'macai' beliau bahawa KJ tidak akan dilantik sebagai Menteri walaupun itu adalah keinginan beliau dan keputusan itu terkesan hingga kini.

Dan banyak lagi peristiwa besar yang berlaku telah saya ketahui, namun semuanya tidak saya tuliskan disini. Yang terbesar adalah kejatuhan ekonomi Amerika dan Eropah, semuanya telah saya ketahui sebelum terjadi.

Alhamdullilah, didalam kekhawatiran saya melihat pola politik Melayu yang kusut dan bercekaru ini, kegentaran dihati menjadi bimbang, ditambah dengan kebimbangan perpecahan orang Melayu Islam diantara  Melayu UMNO, Melayu PKR dan Melayu Pas yang tercetus ketika ini. Keadaan ini amat membimbangkan saya.

Malam semalam saya tidak berkesempatan untuk "tarawikh", diatas sebab-sebab tertentu, olih itu solat Isyak agak lewat saya dirikan. Dipertengahan solat ' saya ditunjukkan dengan keputusan PRU 13. Alhamdullilah dibawah ini saya paparkan keputusan :-

BARISAN NASIONAL : 124 KERUSI PARLIMEN

               




 


               

PARTI BEBAS 20 KERUSI PARLIMEN











PAKATAN PEMBANGKANG 78 KERUSI PARLIMEN












Barisan Nasional akan kekal menjadi peneraju dengan beberapa Negeri . Walaupun Barisan Nasional mengungguli keputusan kali ini, banyak upset dan keputusan  luar jangkaan akan terjadi. Keputusan yang memeranjatkan akan berlaku dikem  Barisan. Nantikan...

Sebelum ini hanya isteri dan rakan terdekat yang mengetahui..berita yang saya terima..
 Ini bukan ramalan tetapi petunju yang saya dapat.

Ikhlas : - CAHAYA AL MAJID
                 



3 comments:

  1. ALHAMDULILLAH.... ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Rabbi..
      satukanlah hati-hati kami.
      perteguhkanlah agama yang kami genggam dan anuti.
      gemilangkanlah bangsa kami..bani jawi.
      gemilangkanlah zuriat keturunan kami..

      Delete
  2. Alhamdulillah. Cuma nak tau cerita orang tua tu..? Kalau saudara faham maksud saya insyaAllah.

    ReplyDelete