DUNIA HIBURAN -ARTIS DAN PENGHIJRAHAN- SPRITUAL ATAU IKUT- IKUTAN. SETIAP MANUSIA AKAN MELALUI PERUBAHAN TETAPI PERUBAHAN YANG MACAMMANA YANG AKAN MEMBENTUK DIRI SENDIRI |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Alhamdullilah syukur kehadrat Illahi kerana memberikan 'hidayah' kepada segelintir golongan yang berjaya mengukir nama dipersada seni tanah air.
Walaupun kehidupan masa silam mereka diselubungi 'kelabu-kelabu' cahaya yang mana ketika berada dipentas seni mereka dilimpahi lampu-lampu ciptaan manusia yang berbagai warna tetapi akhirnya terjumpa cahaya jalan pulang. Tetapi ! Perlukah cahaya yang diterangi itu perlu ' dipentaskan' atau ' dipublisiti' kepada umum seperti yang berlaku ketika ini?
Maaf, sekiranya pertanyaan ini mengusarkan artis yang dimaksudkan.
Perlukah kita mendabik dada dan menjaja 'bahawa kita diberi "petunjuk" di pentas 'politik'. Apa benarkah segala dosa dan kesalahan lampau akan terhapus apabila balik dari Umrah? Perlukah menunjuk-nunjuk akan perubahan diri? Anda melakukan perbuatan ' riak' diatas perlakuan itu Apa hukumnya? Adakah dengan memakai tudung dan berpakaian berjubah kita sudah menjadi Islam sebenar? Apakah dengan berjuang didalam parti politik akan mendekatkan diri dengan Allah. Apabila menatap diri di cermin jangan dibandingkan dengan cerminan orang lain.
Melakukan 'penghijrahan' politik tidak akan menghapuskan dosa dan kesalahan lampau tetapi sekiranya kita berhijrah roh dan jasad kepada Allah SWT serta menyeru kepada kebenaran Al Quran tanpa menuntut imbuhan keduniaan, inshaallah, hidup kita akan dirahmati Tuhan. Bukan fahamah poliitik yang menjamin keselamatan kita di akhirat tetapi keimanan kita terhadap Al Quran dan Sunnah , itu Janji Allah SWT. Melihat wajah di cerminan retak seribu tidak akan menampakkan tubuh sebenar diri sendiri.
Bertudung dan berjubah bukan lesen untuk menobatkan diri sebagai seorang Muslim tetapi lebih kepada pakaian yang sopan yang sealiran dengan pertambahan umur . Penghijrahan yang anda lakukan lebih menjurus kepada ketidakpuasan hati didalam soal pentadbiran manusia dimana anda merasakan bahawa anda tidak dilayan seperti yang anda hajatkan. Jangan menyalahkan orang lain diatas kegagalan rumahtangga sendiri. Cerminan penghidupan adalah diri sendiri. Keinginan melampaui kehendak .Jangan disebabkan nada dan irama tidak mengikut kehendak kita maka kita katakan mereka tidak pandai berkarya.
Walaupun kita menyangka kita telah mendapat hidayah tetapi sekiranya kita belum lagi berubah rohani dan jasmani serta belum lagi berubah dari mengatakan sesuatu yang bukan hak anda untuk mengatakannya maka awak masih lagi dikategorikan sebagai orang awam. Anda perlu menjadi contoh terbaik kepada anak dan keluarga anda sebelum anda menyeru kepada yang lain.Anda menjadi contoh kepada yang terdekat dengan anda. Kegagalan mendidik diri sendiri adalah cerminan hidup anda. Kegagalan membentuk anak-anak cerminan kegagalan anda sebagai ketua, jangan menyalahkan orang lain. Lihat dalam hati! Apa yang anda lihat? Diri anda?Keturunan Anda?Kesalahan anda? Dosa Anda?..Renungkan..
Tidakkah anda renungkan kenapa " anda dipertontonkan dengan ' wanita dipanggang dengan api neraka' sewaktu anda bersujud sehingga melekat sejadah di dahi anda?. Sehingga begitu sekali Yang Maha Esa perlu menundukkan hati anda untuk merendahkan sayap anda untuk tunduk dan sujud kepada Nya? Apabila anda sudah mendapat 'petunjuk' olih itu jangan lah anda 'riak' 'takbur' dan 'bermegah-megah' kerana sifat itu amat di keji olih Allah SWT. Jangan dipentaskan 'penghijrahan' itu...sesungguhnya kemudaratan akan menjengah kemudian. Kegagalan mendidik diri sendiri adalah kesalahan sendiri. Cerminan itu adalah anda.
Sesungguhnya pemberian hidayah daripada Allah tidak terbatas kepada sesiapa . Semuanya adalah untuk kebaikan tetapi kadang-kala hidayah yang kita terima itu kita salah ertikan dan salah terjemahkan didalam realiti kehidupan. Maka apabila tersalah langkah bermacam-macam alasan akan dikeluarkan demi mempertahankan diri sendiri. Pernahkah setiap seorang dari mereka yang diatas pernah memohon kemaafan dari orang ramai atau pun dari peminat mereka, diatas ' keterlanjuran' perbuatan , kata-kata, dan sikap yang mereka pertontonkan dikhalayak ramai sewaktu mereka dipuncak kejayaan yang pernah rakyat merhain tontonkan . Bermacam-macam foto dan cerita glamour mereka di media elektronik dan juga media cetak. Tidakkah ini terkesan dihati mereka. Walaupun mereka memanjangkan keampunan kehadrat Allah SWT, tetapi kesalahan kepada orang ramai tidak perlukah mereka memohon kemaafan? Kalau benda sekecil ini belum lagi dipelajari bagaimana hendak 'menjadi yang terbaik" dan contoh kepada umum.
PENGAJARAN
Sepatutnya makin kita mengenal Islam semakin tunduk dan gementar hati kita. Ketakutan bukan digambarkan sebagai ancaman olih manusia tetapi ' amaran' dari Yang Maha Kuasa, Pencipta Alam, yang Maha mengetahui. Memaparkan cerita-cerita mendapat ' petunjuk' adalah untuk 'peringatan' diri sendiri agar kita selalu bermusabbah diri dan selalu melakukan kebaikan terutama pada diri sendiri. Petunjuk yang kita terima terlebih dahulu di praktikan kepada mereka yang terdekat dengan kita , seperti tanggungan kita, ibu-bapa, adik beradik, saudara mara, sahabat-sahabat dan terkemudian barulah orang awam. Apabila terbukti apa yang kita lakukan itu bolih merubah seluruh struktur keluarga barulah strukur masyarakat akan turut terubah.
CONTOH TERBAIK
Masih ingat lagi kepada Noorshila Amin? Penyanyi Kad Ucapan , Da Di Du dan juga Rambu Ramba. Didalam kamus perjalanan hidup beliau sebagai penyanyi dan penghibur, beliau berdakwah secara tersembunyi dan telah berjaya menyampaikan Ayat Ayat Allah kepada mereka yang belum mengambil Allah sebagai Tuhan dan akhirnya mereka-mereka ini ; memeluk Islam", dan berhijrah kepada Islam. Sebahagian pendapatannya digunakan untuk jalan Allah. Pernahkah beliau 'pentaskan' kisah terbaik ini. Pernahkah beliau dendangkan??
Tahukah anda bahawa sewaktu misi ini dilakukan beliau masih lagi belum ' bertudung'. Kenapa?
Bukan tudung dan jubah itu menentukan siapa anda tetapi ' hati' dan ' sifat ketakwaan' yang tiada berbelah bagi yang menjadi pegangan.
Kepada pembaca semua : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
No comments:
Post a Comment