Saturday, 14 July 2012

SHAABAN DI PENGHUJUNG- RAMADHAN MENJELMA. ADAKAH KITA SEPERTI DAHULU ?

SEMPENA RAMADHAN INI MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHULUR BANTUAN KEPADA MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK INI. DENGAN KELEBIHAN YANG KITA PUNYAI MARILAH KITA MERINGANKAN BEBAN  KESUSAHAN KUMPULAN INI. SEMOGA SEGALA KEBAIKAN YANG KITA LAKUKAN HANYA ALLAH SWT YANG AKAN MENGANJARKAN  KEBAIKAN KEPADA KITA  . ALLAHHUAKBAR
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Alhamdullilah dengan berakhirnya Bulan Shaaban ini maka akan datanglah bulan Ramadhan. Bulan dimana turunnya Al Quran yang menjadi pegangan dan panduan umat Islam. Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, akan mengisafkan kita semua. Inshaallah, dibulan yang mulia ini sama-samalah kita  merasakan kenikmatan yang dijanjikan Allah SWT, kepada kita semua, agar kita semua akan melalui atau merasakan bagaimana kesusahan manusia-manusia yang kelaparan diseluruh dunia terutama umat Islam yang daif dan tidak berkemampuan yang manusia terlepas pandang atau sengaja tidak mahu ambil peduli akan kesusahan yang dilalui mereka. Semoga dengan lapar dan dahaga, menahan nafsu duniawi, akan memberi satu pengajaran kepada kita semua agar tidak berlebihan didalam kehidupan dan bersifar serdahana didalam semua segi. Kesabaran  amat dituntut didalam menjalani ibadah "berpuasa" ini.
Dibulan inilah kita sekali lagi diuji dengan nafsu dan keimanan samaada kita boleh mengatasinya. Kebanyakan ujian lapar dahaga ini ,kita berjaya atasi tetapi ujian nafsu kebendaan dan nafsu rasa inilah yang gagal dibendung dan ditundukan oleh manusia.
Sifat berbelanja berlebihan sewaktu membeli juadah berbuka serta menyediakan  berbagai-bagai hidangan akan berulang lagi. Tetapi diharapkan pada Ramadhan yang akan datang ini akan menyedarkan kita agar tidak berlebihan didalam mnyediakan juadah. Cubalah kita renungkan nasib insan-insan yang tidak bernasib baik atau kurang keberadaan, apakah, mereka ini akan melalui frasa yang sama seperti yang kita lalui seperti mempunyai hidangan juadah berbuka yang bermacam-macam seperti yang kita inginkan.?
?Cuba kita bayangkan, kita menjamu selera dengan makanan kesukaan kita yang bermacam-macam sementara mereka yang tidak bernasib baik ini terpaksa berkongsi sepeha ayam untuk dikongsi bertiga dengan  air masak.
Tujuan saya mengingati sahabat dan juga diri saya  adalah untuk kita sama-sama perbanyakan sedekah kepada mereka yang tidak bernasib baik ini. Ringankanlah tangan kita membantu mereka ini semoga kebaikan yang kita perbuat ini akan dapat meringan kehidupan mereka .Perbanyakkan lah menjenguk rumah mereka-mereka yang tidak bernasib baik ini hulurkan sumbangan, semoga kebaikan yang kita lakukan ini akan menjadi contoh kepada yang lain untuk dijadikan tauladan.

Iklas : Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment