Sunday, 15 July 2012

GERAKAN OREN- DAJJAL ATAU MAJAL: KAMU YANG MENABUR FITNAH. JANGAN DISEBABKAN NYAMUK SEEKOR KELAMBU YANG KAMU BAKAR-JANGAN KAMU TENTANG KEBAIKAN INI.

SESUNGGUHNYA ALLAH YANG MENUMBUHKAN TUBUH-TUMBUHAN DAN DIANTARANYA DAPAT DIMENAFAATKAN OLEH MANUSIA OLEH ITU BERTOLONG-TOLONGANLAH KAMU UNTUK JALAN KEBAIKAN SESAMA KAMU.SESUNGGUHNYA AKU (ALLAH) SEBAGAI PELINDUNG KAMU.
Assalammualaikum.

Syukur kepada Yang Maha Esa yang telah memberikan kesuburan tanah yang kita pijak di bumi bertuah ini. Apa yang ditanam semestinya akan membuahkan hasil untuk dinikmati samaada secara kecilan mahupun secara besar-besaran. Dengan  kesungguhan mereka-mereka yang mengusahakanya, inshaallah, akan diganjarkan dengan pulangan dengan baik sekali.
Alhamdullilah, kelapa sawit yang suatu ketika dulu tidak memberikan publisiti yang besar kepada masyarakat tetapi kini ianya merupakan komoditi yang sangat berharga dipasaran dunia. Walaupun produk buah sawit terpaksa bersaing dengan hasil bumi yang lain namun permintaan dari hasil ini bertambah dan berkembang dari hari ke sehari.
Dengan sokongan Kerajaan yang sedia ada, alhamdullilah, kumpulan terbesar yang mengendalikan hasil produk peneroka iaitu FELDA telah mendapat pengiktirafan seluruh dunia. Alhamdullilah. Dengan penyenaraian FGVH baru baru ini telah membuka mata seluruh mata masyarakat seluruh rakyat Malaysia dan juga pemain utama produk komoditi dunia untuk mencari peluang dibidang ini.
Peneroka FELDA sendiri tidak menjangka bahawa keringat yang jatuh kebumi satu ketika dulu kini telah menghasilkan pendapatan yang lumayan sehingga melebihi pendapatan graduan lulusan Ijazah pada setiap bulan. Alhamdullilah.
Namun didalam perancangan yang dibuat untuk mengangkat 'produk' hasil keluaran peneroka ini, tiba-tiba disusuli dengan 'perangkap' 'sidajjal' yang ingin mengagalkan ' usaha' baik ini. Apakah 'motifnya". Dengan bermodalkan 'air-liur', 'sidajjal Melayu' ini mula memukul gendang keseluruh pelusok gugusan Felda kononnya hasil perncangan untuk menaikan taraf Felda ini adalah untuk menipu dan men'gadai' kan apa yang diusahakan oleh peneroka. Kita sedia maklum, manusia ini adalah lemah. Sememangnya adalah segelintir peneroka yang 'terjerat atau terpengaruh' dengan dakyah ini..nak buat macammana..kalau dah setiap hari hati mereka dicurah dengan kebusukan oleh 'sipenentang' kebaikan ini.
Harus diingat..sebelum ini tidak pula mereka ambil peduli hal-hal peneroka..yang disebarkan pada satu masa dulu adalah hal-hal politik..tetapi kini..sipenentang..sudah mengorak langkah kedepan..sipenentang sudah terhidu bahawa usaha mereka untuk mengungguli pemikiran peneroka untuk menentang kebaikan yang dibawa tidak mendatangkan hasil..maka..mula lah perancangan untuk menjahanamkan kaum peneroka ini dengan berbagai persepsi. Memandangkan corak kehidupan peneroka sudah bertambah baik..mungkin lebih baik dari..kehidupan sipenentang..maka..untuk menakutkan kaum peneroka..maka bermacam-macam isu dicipta untuk mengagalkan usaha kebaikan ini.
Kepada 'sidajjal' Melayu ini, cuba lah bermusahabbah diri, dengan kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan dan seluruh anggota pengurusan, cuba tanyakan..berapa ramai dari kelompok FELDA ini telah berjaya menunaikan ibadah Haji rukun Islam yang Ke 5, hasil dari pulangan tanaman mereka? Tidak kan ini satu keberkatan kepada peneroka tersebut. Sudah beribu-ribu peneroka berjaya membuat ziarah dan umrah ke Mekah dari hasil perancangan kebaikan Kerajaan ini. Janganlah kita lihat kejayaan dunia dulu..ini adalah kejayaan spritual yang tertinggi yang dapat dimenafaatkan oleh seluruh peneroka..oleh itu..kepada 'sidajjal Melayu' hentikanlah..penentangan kepada jalan kebaikan ini..bertaubatlah dari bersekutu dengan 'syaitan' dan hentikan bersubahat' dengan ' dajjal'..bertaubatlah.
Dengan berlangsungnya' gerakan oren' baru-baru ini..kepada pemimpin parti politik pmbangkang ..janganlah dimusnahkan kebaikan yang dicipta..sepatutnya..sipembangkang..mencipta lagi kebaikan kepada peneroka..barulah ada menafaatnya..Jangan mencuba memusnahkan kebaikan yang dinikmati tetapi..menambah lagi kebaikan yang ada..? barulah kita dinamakan insan berhati mulia.
Jangan disebabkan -perbedaan' politik maka 'keseluruhan' kebaikan pun dipandang buruk..apakah sifat manusia bagini..
Kepada Pak Chik-Pak Chik, Mak Chik-Mak Chik, Abang- Abang, Adik- Adik dan seluruh saudara sekalian yang mengambil Allah SWT sebagai Tuhan, Muhammad s.a.w sebagai Rasullulah, Al Quran sebagai Panduan, Ka'abah sebagai Kiblat..tinggalkanlah..cubaan meruntuhkan kebaikan..ini..marilah kita..bersatu..menambahkan lagi kebaikan yang yang ada..bersatulah dibawah kalimah..
Cubaan tuan-tuan dan puan-puan 'berarak' menyampaikan 'bantahan' beramai-ramai di 'laungan oren' akan menjejaskan nilai saham FGVH..dan merosakan nilai hadapan komoditi ' sawit' adakah anda sedar bahawa anda sendiri yang ingin meruntuhkan kesejahteraan peneroka FELDA.yang dibina??Adakah kebaikan ini yang anda cemburukan??? PERBANYAKAN ISTIFAR..semoga Allah SWT tunjukan jalan kebenaran.

No comments:

Post a Comment