Tuesday, 14 August 2012

ULANGKAJI :TAKWA ATAU BERTAKWA MENGIKUT AL QURAN

PADA PENGHUJUNG RAMADHAN INI MARI LAH KITA ULANGKAJI SEBAGAI PERINGATAN UNTUK SEMUA

Seawal Surah Al Bakarah Allah SWT telah menggariskan kepada kita apa itu 'TAKWA" yang dituntut .
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan atas orang yang dulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Apakah yang dimaksudkan 'takwa' pada ayat diatas :-
Didalam Surah Al Bakarah Allah menerangkan maksud 'TAKWA'  maksudnya :- Ayat 1-5.
Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



A001
Alif, Laam, Miim.


A002

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
A003
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

A004

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
A005
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.
Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".(dzahir dan bathin)
Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya.

PENGERTIAN BERTAKWA :-
 beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, 
mendirikan (mengerjakan) sembahyang
membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki
-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" 
beriman denga -kitab yang diturunkan terdahulu daripadamu
mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa..."
(Surah al-Imran, ayat 102)
Memandangkan hari raya ini dikenali sebagai Hari Raya Fitrah maka setiap genap lapisan masyarakat Islam yang sudah mempunyai pendapatan sendiri diwajibkan untuk mengeluarkan 'zakat fitrah'. Zakat Fitrah ini adalah wajib dikeluarkan oleh setiap individu yang dinyatakan diatas. Sebaik-baiknya Zakat Fitrah ini dibuat atau diserahkan atau diakadkan didalam Mesjid dan bukannya dikaunter-kaunter yang disediakan olih Majlis Agama Negeri. Mengikut syarak perbuatan membayar zakat fitrah ini seharusnya dilakukan didalam mesjid. Sekurang-kurangnya dengan melapangkan sedikit masa dirumah Allah (Mesjid) setidak-tidaknya kita akan bersolat sunat untuk menyempurnakan hajat zakat fitrah itu. Memandangkan kita didalam negara yang aman damai ini maka perbuatan membayar zakat fitrah didalam mesjid adalah dituntut melainkan kalau negera kita didalam peperangan maka pembayaran selain mesjid diharuskan.
Untuk renungan semua, lapangkan sedikit  masa didalam mesjid untuk menunaikan tanggungjawap ini kerana Allah  SWT. Allah SWT memberikan kita kelapangan 24 jam sehari..olih itu menafaatkanlah 15 minit dari waktu itu untuk tujuan zakat firtah ini. Semoga perubahan ini akan membawa keberkatan kepada semua .

Ikhlas : CAHAYA ALA MAJID

No comments:

Post a Comment