Saturday, 11 August 2012

WAJIB BACA :ISLAM BAWAAN PAS MENENTANG UMNO YANG MENGIKUT ALQURANT

ISLAM CERMINAN  PAS BERSEKUTU DENGAN MELAYU PKR SERTA  SILUNCAI MELAYU DAP MENENTANG MELAYU UMNO YANG MENJUNJUNG ISLAM ANUTAN NENEK MOYANG BERPANDUKAN AL QURAN DAN AS SUNNAH.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Imej Islam di Melaysia ibarat ,'Menang jadi Abu, Kalah Jadi Arang". Itu lah perumpamaan yang dapat saya gambarkan pada ketika ini. Kalau dahulu Islam diMalaysia tidak pernah dimusuhi olih orang bukan Islam, tetapi kini, disebabkan 'kuasa' maka Islam telah menjadi 'taruhan politik' yang disandarkan atau dipertaruhkan' sebagai bahan 'perebutan' yang diwar-warkan olih PAS. Sekali imbas UMNO tidak pernah memperdagangkan jenama "Islam" sebagai rebutan diarena politik tetapi PAS sedari dahulu lagi 'mempertaruhkan "Islam" sebagai 'dagangan politik"demi mencapai cita-cita politik pemimpin dan pengikut PAS.
Dengan teruhan 'Islam" yang sengaja dijaja  olih PAS telah memulakan perpecahan yang ketara didalam kelompok orang Melayu. Melayu kini terpecah kepada dua kelompok besar iatu Melayu PAS dan Melayu UMNO .Dengan terpecahnya kelompok majoriti orang Melayu ini sekali gus telah membawa implikasi yang besar kepada Islam terutama apabila PAS tidak menerima Islam UMNO yang dikatakan tidak mengikut Al Quran dan Sunnah.(dakwan PAS)
Sebenarnya PAS tidak bolih mengaku bahawa Islam ikutan mereka adalah benar kerana apa yang diwar-warkan olih pemimpin mereka juga banyak yang bercanggah dan berlawanan dengan Islam bawaan Nabi Muhammad s.a.w. Pemimpin PAS yang pada satu ketikadahulu pernah memfatwakan  bahawa 'sembelihan orang UMNO haram dimakan, sembahyanag mengikut Imam UMNO tidak sah, sehingga terjadinya sembahyang dua Imam dan bermacam-macam lagi perkara bersalahan dengan Islam dilakukan. Namun semua yang dilakukan olih UMNO adalah salah belaka . Sebelum ini UMNO tidak pernah menyerang Islam bawaan PAS adalah salah tetapi PAS dengan riak mendabik dada dengan melaungkan bahawa sokong Pas masuk syurga. Tidakkan ini satu perbuatan yang keterlaluan disisi Allah SWT.Tidak ada satu pun nas al quran yang membenarkan dakwaan PAS ini.
Apa yang membimbangkan adalah perpecahan kuasa orang Islam dibumi Malaysia, dan ini amat merugikan kepada Islam di Malaysia. Kalau sebelum ini institusi Mesjid amat dilindungi tetapi kini apabila PAS dan PKR bergabung maka banyak kejadian dimana didalam mesjid kita dapati banyak unsur caci mencaci, umpat mengumpat dan melafaskan perkataan yang tidak baik mulai berleluasa.  Sifat kebencian ditabur kepada jemaah, adakah ini Islam yang diajarkan olih Nabi Muhammad s.a.w. .Sewaktu UMNO mentadbir , seperti Negeri Selangor, perkara ini tidak pernah terjadi tetapi apabila PKR berkuasa dengan bantuan PAS dan DAP maka perkara ini menjadi lebih serius dan berleluasa. Perkara ini amat mendukacitakan kita semua. Sebelum ini tidak  pernah orang kafir dibenarkan berceramah didalam mesjid tetapi dibawah 'kawanan' sijahil ini perkara ini terjadi . Dimana kah letaknya 'maruah Islam" yang dijaja olih puak PAS ?
Penghinaan demi penghinaan terhadap Islam berlaku dinegeri yang ditabir mereka, tidakah  ini menunjukkan bahawa orang Melayu yang mengaku Islam ini amat 'dayus" sifatnya.
Bukan saya membela UMNO tetapi ini adalah kenyataan.  Kita tahu bukan semua pemimpin UMNO itu baik akhklaknya tetapi sekurang-kurangnya pemimpin Pertubuhan UMNO itu amat lantang didalam memperjuangkan martabat Islam dan membela Islam dan Melayu. Walaupun didalam UMNO terdapat "kawanan"  yang tidak bermoral tetapi pihak PAS dan PKR juga mempunyai masaalah yang sama. Disebabkan pertembungan 'mengejar kuasa' ini janganlah sampai Islam yang kita junjung dipijak dan dikencing sejadahnya olih kafir ini. Mereka hanya menunggu sehingga kelemahan Islam terserlah .
Dengan bermacam-macam pembaharuan telah dilakukan olih parti pemerintah didalam memertabatkan Melayu dan Islam, kami berharap agar ianya berterusan dari masa kesemasa.

WAHAI SAUDARA SAUDARA KU !!!
KITA BERSAHADAH YANG SAMA
KITA MENYEMBAH ALLAH SWT YANG SATU
KITA MENJUNJUNG KITAB ALLAH AL QURAN YANG SATU
KITA MENERIMA  NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI RASUL KITA
KITA BERKIBLATKAN PADA ARAH YANG SAMA
KITA BERPUASA DIBULAN RAMADHAN YANG SAMA
KITA MENGERJAKAN HAJI PADA TEMPAT YANG SAMA
KITA MEMUJI DAN MEMOHON PADA TUHAN YANG SAMA
T E T A P I    K E N A P A  K I T A  H A R U S   B E R B E Z A 

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA MILIKI DAN MARILAH KITA BERSATU DEMI       


                                                I           S          L          A          M

IKHLAS : CAHAYA AL MAJID

2 comments:

  1. salam. dulu pernah ditanyakan kawan lukis satu bentuk teko lalu dilukiskanlah teko. sekarang cuba cari apa kurangnya atau cacatnya teko tersebut. maka masing-masing bercerita panjang bermacam2 siri cacat celanya habih diulas luar dalam. senang cerita ditelanjangkan. masing2 seronok bercerita sisi keburukan teko tersebut. kemudian diminta pula cari kebaikan dan keelokan teko tersebut. maka terkebil2 la cuba mencari kebaikan atau kecantikan teko itu, malang amat sedikit yg elok dan cantik untuk diceritakan. "adat manusia biasa, amat mudah nampak keburukan daripada kebaikan . untuk mengelakkan perpecahan dan mencari titik temu adalah dengan mengingat dan menyebut2 kebaikan dan memadamkan kejahatan dan keburukan. salam

    ReplyDelete
  2. Salam. Sebenarnya kita diwajibkan untuk melihat kepada kebaikan tetapi apabila terlihat keburukan maka seharusnya perbuatan itu dipadamkan dari kotak pemikiran dan hati. Allah SWT memfirmankan kepada kita agar kita melhat kepada kecantikan dan tidak menkeji kepada keburukan. Menjadi tabiat manusia yang selalu dipertontonkan dengan keburukan tetapi semua itu terpulang kepada kita untuk menilainya. Baik kita fikir maka baiklah jadinya, sekiranya buruk yang kita singkap maka sebaliknyalah jawapan nya. Semuanya terpulang kepada kita untuk membezakanya. Yang baik dari Allah SWT dan yang buruk dari tangan kita sendiri.

    ReplyDelete