Saturday, 15 September 2012

NASIB MELAYU KEUNTUNGAN KEPADA SIAPA :SEJAUH MANA KEBERKESANAN BN DALAM MENANGANI ISU YANG MELANDA.


Saya amat tertarik untuk membicarakan strategi dan perancangan Barisan Nasional didalam mengenengahkan serta melupuskan Pemimpin Pemimpin yang dianggap sudah lapuk serta berkarat dan bermasaalah untuk dijadikan cagaran untuk mewakili Barisan Nasional pada PRU 13 nanti.

Sesetengah dari mereka yang masih lagi menganggap bahawa diri mereka masih relevan dan diterima pakai olih pengundi seharusnya bermuasabbah diri dan membenarkan suara majoriti untuk menentukan calon atau wakil yang akan dipilih.

Senario pemilihan calon amat kritikal pada PRU 13 ini, sekiranya tidak berhati-hati silap langkah banyak nama besar kecundang. Ada beberapa tokoh politik yang agak besar namanya tetapi mempunyai masaalah intregriti dan ada diantaranya beberapa menteri yang kita lihat tidak relevan  atau membawa erti langsung didalam kabinet harus dikekalkan, kerana diantaranya bersifat 'play safe' didalam mengutarakan pandangan dan ada juga diantaranya terlalu 'ampu bodek' atau 'kaki ampu' terhadap kepimpinan tertinggi terutama terhadap PM ataupun TPM.

Sebagai contoh perlukah BN mengekalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Shaidan Kassim  atau pun Nazri Aziz yang ternyata mendatangkan implikasi berat kepada BN begitu juga kepada sesetengah Menteri lain, Hishamuddin Tun Hussein yang dah berkarat dan tidak berfungsi didalam Kabinet . Banyak lagi nama nama besar yang sepatutnya dinyahkan dari barisan kabinet baru nanti. Begitu juga kepada calon BN dari MCA atau pun MIC yang diantara akan bakal kecundang didalam PRU 13 ini. Untuk MCA dan MIC yang berhajat untuk bertanding dikawasan yang bermajority Melayu, harap-harap BN perlu memikirkan berpuluh kali untuk meletakan calon ini sebagai sandaran, kerana, keputusannya akan berpihak kepada calon Melayu tak kira dari parti mana sekali pun, itu lah hakikat yang perlu ditelan olih barisan kepimpinan tertinggi BN. Salah letak calon, kawasan tergadai. Melayu ini bukannya bersifat 'perkauman' tetapi orang Melayu dan jelak mengalah untuk kepentingan bangsa lain, apa yang Melayu dapat hanyalah penghinaan dan cercaan dari kaum-kaum ini yang tak sedar dek untung.Orang Melayu dah banyak berkorban , jadi untuk pertama kalinya Melayu akan menuntut hak mereka, walau dengan apa cara sekali pun demi kelangsungan bangsa Melayu dan Islam.

Kebanyakan sifat pemimpin Melayu yang berada didalam UMNO tidak banyak yang benar-benar memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputra. Apa yang dapat dilihat hanyalah setakat melepaskan batuk ditangga.Tetapi akhir-akhir ini mereka bertungkus lumus untuk memperbetulkan keadaan tetapi lagi banyak mereka ingin membaiki makin banyak kerosakan dilakukan.Kenapa saya katakan begitu? Kini Kerajaan memerintah melalui kuasa BN telah membelanjakan berbilion ringgit untuk membeli hati rakyat terutama anggota Perkhidmatan Awam (pekerja gomen) bermacam-macam imbuhan diberikan namun hasil kerja mereka masih ditahap lama. Penyeludupan berleluasa, dadah ada dimana-mana, kelab malam berunsur sex seperti cendawan tumbuh, pendatang tanpa izin berjuta meliputi berbagai bangsa, pelacur luar negara ibarat menjual goreng pisang, terdapat dimana-mana dan bermacam-macam lagi rungutan warga tempatan terhadap isu yang melanda ini ibarat virus yang seakan tiada vaksin  untuk menahan  penularanya.Disini rakyat menilai akan kerapuhan atau kegagalan kerajaan memerintah untuk menanganinya.Kegagalan ini disandarkan kepada BN dan sekutunya.

Pada setiap hari kerajaan melaungkan kepada umum bahawa ekonomi kita tetap stabil dan berada dibawah paras yang terkawal serta mengumumkan bahawa terdapat banyak FDI masuk kedalam negara, sejauh mana kebenaran, hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau dilihat secara kasar kebelakangan ini kebanyakan kontaraktor sedang sunyi dibuai mimpi ngeri kerana kebanyakanya tiada 'kerja' yang mana rata-rata mengharapkan 'job atau tender' dari  kerajaan. Bagi Kontraktor atau supplier bukan bimiputra , job mereka tiada putus kerana job dari pembangunan swasta yang dicipta dari bangsa mereka akan diagihkan kepada kaum kerabat bangsa mereka sahaja, olih itu aliran kewangan mereka tidak terjejas langsung.Kelangsungan kontraktor Melayu ibarat 'telur di hujung tanduk".

Berbalik kepada senario BN, apakah yang dapat mereka perlakukan untuk memulihkan keadaan ini?Apa yang dapat kita saksikan kini hanyalah himpunan raksasa PM dan TPM di serata pelusuk negeri menjaja atau mempertaruhkan pemberian 'imbuhan' secara "one-off " kepada golongan sasar. Itu lah yang berlaku ketika ini. Selain daripada kehadiran PM dan TPM maka himpunan rakyat biasa dengan pemimpin tempatan mahu pun Menteri Besar amat dingin sekali. Perkara ini berlaku juga kepada himpunan PKR, PAS dan juga DAP, kurang sambutan. Kenapa begini??? Mungkin rakyat sudah jelak atau muak dengan omongan kosong pemimpin mereka..begitulah keadaannya.

Barisan Nasional sedar akan perubahan ini, tetapi apakah yang perlu mereka lakukan? Adakah BN akan berlagak seperti pembangkang, menceritakan keburukan atau mencanangkan keaiban orang lain? Nampaknya dikebanyakan perhimpunan yang diadakan semuanya adalah 'janji manis mu" saja yang ditaburkan kepada rakyat marhein, namun madu hanya mereka saja yang menikmati. Kekayaan dan kekuasaan hanya pada mereka dan kehinaan dan keburukan dijuruskan kepada rakyat. itulah pemimpin yang ada ketika ini.

Harus diingat, calon yang bertanding atas tiket BEBAS mempunyai kelebihan untuk menang. Tatapi bagi parti DAP sokongan yang akan diperolehi daripada bangsa Cina amat padu dan nasib MCA dan Gerakan untuk memenangi Kerusi pada PRU kali ini amat tipis kerana undi Cina untuk DAP akan kekal berkuasa dikawasan Bandar dan pekan besar. Strategi BN untuk meletakkan calon bukan Melayu dikawasan majoriti Melayu kali ini akan berkesudahan dengan kekalahan dipihak BN, untuk itu peluang BEBAS amat cerah.

Disebabkan kesedaran tentang Islam amat tinggi dikalangan pengundi Melayu maka calon UMNO /BEBAS yang berpendidikan Agama dan mempunyai intregiti dan perwatakan warak akan mengungguli pertembungan dengan PAS. Bukan Pas itu tidak baik tetapi hala tuju Islam bawaan PAS itu tidak menentu dan terlalu bersifat menghukum maka ini merupakan kebencian orang Melayu Islam yang lain tetapi disebabkan perkahwinan atau perbuatan sumbang mahram mereka dengan PKR dan DAP maka undi dari bangsa Cina dan India akan berpihak kepada mereka apabila dua kuasa ini meluluskan hanya PAS akan bertarung disatu-satu kawasan, olih itu keseluruhan undi yang akan dirain hanya dari ahli DAP dan PKR dan bukan dari Melayu Islam.

Salah satu lagi faktor yang membantutkan atau mengekekang  usaha BN adalah kisah dan peranan over expose  isteri PM.,  Rosman Mansor. Rata-rata cerita yang didengari adalah Rosmah terlalu menonjol melebihi watak PM sendiri seakan-akan PM dipanduarah olih isteri beliau. Cerita ini bertebaran diserata pelusok negeri, waima dinegeri kerajaan BN sekalipun cerita ini dengar dikata olih pemimpin UMNO sendiri. Kalau kita selak pula kepada usahawan mee segera ahli politik dan macai politik pula, nama Rosmah sememangnya  dimulut mereka ini, " ada ungkapan diluar sana berbunyi " hulur kepada Kak Ros, semua settle" tapi bahagian dia mesti ada", itulah ungkapan yang dilontarkan olih peraih-peraih 'peminta minit" daripada PM. Siapa punya angkara ni??Kalau bukan mereka yang berada disekeliling dan hampir dengan PM dan Rosmah Mansor.. siapa lagi.inilah kelompok yang merosakan kredibiliti dan intregiti PM dan isteri. Tetapi kalau diamati dengan teliti ada juga kebenaran  kata-kata ini. Kebanyakan mereka-mereka yang rapat dan banyak menghabiskan masa dengan Rosman Mansor  semuanya kaya raya dan hidup mewah walaupun bukan dari kelompok usahawan tetapi mendapat imbuhan 'ghaib'.Ini yang menghairankan. Penama seperti Dato' Mumtaz Jaafar, Dato  Shah Rezza , Dato' Syed Sobri dan Azie ( Penyanyi tetap)  yang didakwa mempunyai rantaian rapat dengan Rosmah Mansor kini semuanya kaya raya bertaraf jutawan..Ini adalah nama nama popular yang didakwa teramat rapat dengan Rosman Mansor. Kekerapan segmen hiburan di kediaman Perdana menteri sehinggalah ke Hotel yang dinaungi Rosmah Mansor menjadi bualan artis-artis yang rapat dengan isteri PM serta  mendapat  bayaran yang lumayan. Ini merupakan sebahagian cerita-cerita tidak enak yang berlingkar dipersada yang merosakan reputasi dan kredebeliti PM sendiri.

Namun begitu cerita negative pemimpin yang lain jarang kedengaran kecuali  kisah anak pak menteri yang hidup kaya raya dan mempunyai body guard dan memandu kereta  mewah serta menyewa helikopter untuk menunjukkan kekayaan dan kemewahan. Cerita sensasi ini walau pun terpencil tetapi membawa implikasi yang besar kepada keseluruhan BN . Darimana datangnya kekayaan yang melampau sedangkan bapa mereka cuma bertaraf menteri sahaja? Disebabkan nila yang setitik dua inilah yang merosakkan keseluruhan susu yang sebelanga itu.Nampaknya kerosakan yang dicipta itu bukan datang nya dari UMNO tetapi dari anak benih yang disemai..inilah kerosakan. ibarat anai-anai memakan kayu..akhirnya reput lalu tumbang..

Anak Melayu yang dicop sebagai tercicir atau yang tersisih serta menjadi Mat Rempit dan Mat Gian, apakah yang termampu dilakukan untuk membimbing mereka ini. Adakah kita hanya menyerahkan kepada NGO NGO untuk membentuk mereka. Begitu juga ada juga mereka ini terdiri dari anak pemimpin dan pak menteri yang terjebak dengan dadah ,arak, sex bebas tetapi disebabkan mereka dari keluarga kaya raya maka penghidupan mereka terjamin tetapi apa akan terjadi kepada anak-anak melayu?? Anak jutawan ciptaan BN  terutama UMNO kebanyakannya akan dihantar keluar negeri untuk meneruskan  pelajaran dikolej atau Universiti tetapi anak Melayu dari keluarga serdahana dan miskin ini perlu berentap mengikut merit untuk ke Universiti tempatan  tetapi apabila sudah mempunyai segulung Ijazah maka jawatan yang dipohon selalunya akan terarah kepada anak-anak pemimpin untuk menduduki ranking teratas sementara anak rakyat marhein jadilah pegawai biasa mengikut kuota .Untuk anak melayu berpeluang  berkerja dikengolomerat bukan Melayu memanglah susah itu pun sekadar untuk memenuni kuota yang terpaksa dan kebanyakan jawatan yang diberikan hanyalah pegawai biasa. Inilah yang terpaksa ditelan olih anak melayu sekarang ini. Kerana disebabkan kekangan ini maka pemikiran anak Melayu menjadi kental dan berani untuk menegakan ketidakpuasan hati..akibatnya..itulah yang dapat kita saksikan semasa "Perhimpunan Bersih" tempoh hari. Fikirkan, "salah siapa".. Adakah UMNO dan BN sedar akan perkembangan yang membimbangkan ini??

Perangai pemimpin UMNO dan BN hanya baik dikhalayak ramai tetapi apabila rakyat biasa masuk ke pejabat mereka untuk bertanyakan sesuatu..sifat mereka menjadi lain..ibarat sesumpah..itulah kenyataan. Tidak banyak pemimpin ini yang berjiwa rakyat..dan istilah rakyat didahulukan rakyat diutamakan hanya terpakai kepada penjawat awam saja itu pun bukan semua yang implimen.

Sadar tak sedar didalam Penjawat Awam terdapat ramai dikalangan mereka yang menyokong pembangkang, itulah hakikat sebenar  dan Kerajaan memerintah harus sedar akan hakikat ini.

Disebabkan elemen-elemen negative ini maka keseluruhan empayar Barisan Nasional menjadi rosak. Semestinya apa yang harus dilakukan  untuk menangkis  cerita negative ini  olih kepimpinan BN .Apa pun strategi yang akan diformulakan olih BN, halatujunya adalah untuk mengekalkan mereka kekal berkuasa itulah hala tujunya, samada  Melayu akan terjamin atau terpelihara hak mereka dibumi Malaysia ini, kita serahkanlah kepada Yang Maha Esa..sebenarnya nasib Melayu ini ibarat 'nasi sudah menjadi bubur' hanya sesuai dimakan olih mereka yang tidak bergigi saja.. itulah perumpamaan yang paling senonim dan terbaik untuk BN .
Nota "
Sekiranya harta dunia  ini yang dapat menjaminkan kebahagiaan anda didunia tanpa memikirkan rezeki orang lain   maka makanlah  sekonyong-konyongnya kerana diakhirat nanti tiada apa yang tinggal lagi untuk anda.. hanya nyalaan api neraka dan air mendidih minuman anda.












No comments:

Post a Comment