MANA LEBIH BAIK.' HADITH' YANG DIKATAKAN OLIH RASULLULAH ATAU FIRMAN ALLAH : HILANG KE PEHALA JUMAAT KALAU BERCAKAP KETIKA IMAM BACA KHUTUBAH? |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Dibawah ini dituliskan 'Hadith" yang amat popular yang dibacakan pada setiap hati Jumaat. Fikirkan adakah Rasullulah s.a.w akan mengucapkan sesuatu yang bukan hak Baginda untuk menetapkanya?
Hadith dari Abu Hurairah r.a.
" Janganlah kamu berkata-kata pada hari Jumaat ketika imam membaca Khutubah, walaupun dengan menyuruh kawan kamu berhenti bercakap dengan perkataan "diam' sekalipun nescaya akan hilanglah pahala Jumaat kamu".
Ini adalah ungkapan atau peringatan yang selalu diwar-warkan pada setiap hari Jumaat sebelum Imam naik keatas mimbar untuk membaca Khutubah.
Mari kita renungkan dimana kebenaran dan kesahihannya berhubung 'hadith" ini.
Allah SWT sudah berjanji kepada kita bahawa setiap niat kepada kebaikan yang ingin kita lakukan nescaya kita akan diganjarkan dengan pahala , itu adalah janji Allah SWT. Dan sebarang perkara keburukan yang kita niatkan sebelum kita lakukan keburukan itu mahupun kejahatan sehingga belum terjadinya perbuatan itu maka tiada dosa akan ditimpakan kepada kita sehinggalah kita melakukan kejahatan/keburukan itu, barulah dicatitnya dosa keburukan/kejahatan itu. Itulah keadilan Allah SWT yang dijanjikan kepada kita.
Berbalik kita kepada "hadith" diatas, dimana kebenaran ungkapan yang dikatakan diucapkan atau dilafaskan olih Baginda Rasullulah s.a.w. Sepertimana kita semua tahu bahawa keperibadian Baginda hanya mendahulukan firman Allah SWT dan tidak sekali-kali akan menghukum perbuatan manusia dengan menjatuhkan hukum 'akan kehilangan' pahala, dimana perkara kebaikan telah pun dilakukan olih seseorang sedangkan Allah SWT telah menjanjikan setiap perbuatan kebaikan akan diganjarkan dengan 'pahala'.
Setiap kali 'hadith' ini dibaca olih khatib, maka pada setiap kali lah nama baginda Rasullulah s.a.w akan disandarkan untuk menguatkan 'hadith" ini yang dikatakan dilafaskan olih baginda Rasullulah s.a.w. Baginda Rasullulah s.a.w tidak akan mengucapkan sesuatu yang berbentuk " menjatuhkan" atau ' menghukum" sesuatu yang telah ditentukan Allah SWT seperti pahala dan dosa kerana itu adalah 'hak' Allah SWT dan baginda tidak akan sekali-kali mendahulukan diri sendiri dari Allah SWT. Baginda Rasullulah s.a.w adalah bersifat lemah-lembut dan beramanah seperti yang difirmankan Allah SWT didalam Al Quran.
Olih itu janganlah kita mendahuluikan barang sesuatu yang bukan dilafaskan olih Baginda Rasullulah s.a.w kerana perbuatan/ungkapan itu berupa "fitnah" terhadap baginda Rasullulah s.a.w. Tidakkah kita tahu apakah hukum nya perbuatan "fitnah"?.
TETAPI
sekiranya kita ingin mengingatkan para jemaah supaya berdiam diri ketika bacaan khutubah olih Imam maka seeloknya peringatan bagini harus dilakukan "-
Allah SWT mewahyukan kepada Baginda Rasullulah s.a.w yang berbunyi " , Sesungguhnya Mesjid adalah rumah Ku dan kamu adalah tetamu rumahKu ", olih itu marilah kita sama-sama menghormati Rumah Allah dan tetamu-tetamunya , marilah kita mendiamkan diri dan jangan berkata-kata ketika Imam membaca kutubah kerena didalamnya terdapat Kata-kata Allah, olih itu marilah kita sama -sama mendengarkanya dan sesungguhnya mengingati Allah SWT itu lebih baik bagi kamu dari dari berkata-kata ,semoga kita berolih keberkatan dan pelajaran dari Yang Maha Suci, Allah Maha Agung.
Ikhlas : Cahaya Al Majid.
Surah Al Wakiah "-
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
No comments:
Post a Comment