Tuesday 18 September 2012

NEGERI BERADAT : MENTERI BESAR TAK TAHU MENJUNJUNG ADAT- BAKAL MENGUNDANG PADAH

ADAT PERPATIH- ADAT DIJUNJUNG : TIADA ADAT TIADA UNDANG, TIADA UNDANG TIADA  YANG DI PERTUAN.  DATO UNDANG YANG EMPAT BERSERTA YANG DI PERTUAN BESAR  DIJAGA HAKNYA DIDALAM PERLEMBAGAAN NEGARA SEPERTI RAJA-RAJA MELAYU. KENAPA MENTERI BESAR ATAU AHLI POLITIK KERAJAAN PEMERINTAH CUBA MENAFIKAN HAK MEREKA DI JAJAHAN MASING-MASING. SIAPA YANG TAK IKUT ADAT ??


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang berbeza dari negeri-negeri lain diMalaysia didalam corak pemerintahan beraja. Negeri Sembilan diterajui olih kuasa yang diwakilkan olih Dato' Dato' Undang Yang Empat iaitu :-
                     YTM  Dato' Undang Luak Sungai Ujong
                     YTM Dato' Undang Luak Jelebu
                     YTM Dato' Undang Luak Johol
                     YTM  Dato' Undang Luak Rembau.
kepada  yang dilantik yang dipanggil :-
                     Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan
untuk mewakili YTM Undang Yang Empat  bagi  mewakili jajahan pemerintahan masing-masing diperingkat Kerajaan Persekutuan.

Sebagai pembuktian untuk peristiwa sejarah yang termaktub , sewaktu kemangkatan Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan yang lalu iaitu Almarhun Tuanku Jaafar Ibni Al Marhum Tengku Abd Rahman, penggantian Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan hanya diputuskan olih Dato' Undang Yang Empat  melalui  persidangan  Dewan Keadilan yang dianggotai olih Dato' Undang Yang Empat . Memandang didalam hireaki pemilihan semuanya tertakluk kepada keputusan mereka berempat dan semestinya diketuai olih Jawatan Yang Tertinggi atau Terkanan didalam Undang Yang Empat iaitu YTM Dato' Undang Sungai Ujong yang disandang dengan Gelaran Dato Klana Putra. Hak tertinggi untuk menabal bakal pengganti Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan adalah d  YTM Dato Undang  Luak Sg Ujong . Mengikut turutan Luak Sungai Ujong merupakan Abang Sulung daripada Empat beradik yang memerintah jajahan di Negeri Sembilan dimana adik kedua adalah Luak Jelebu diikuti olih Luak Johol dan Luak Rembau disandang olih adik bongku daripada keturunan yang sama. Mengikut sejarah keturunan keempat-empat Luak Undang ini adalah adik beradik kandung. Itulah serba sedikit sejarah negeri yang masih diikat olih adik perpatih yang masih lagi mengamalkan 'syariat" mengikut ajaran Nabi Muhammad melalui Al Quran iaitu melalui "wanita" sebagai pendokong utama didalam membentuk perilaku anak-anak. begitulah uniknya adat Pepatih di Negeri Sembilan.

DATO' UNDANG LUAK SG UJONG YTM DATO KLANA. PETRA RAJA JAJAHAN  SG UJONG YANG 'DINAFIKAN'  HAK  DAN  KEISTEMEWAAN OLIH MENTERI BESAR SEBAGAI RAJA MELAYU. WALAU PUN KEDUDUKAN YTM DATO UNDANG YANG EMPAT MERUPAKAN TONGGAK UTAMA DIDALAM PEMERINTAHAN  YANG DIPERTUAN BESAR . HAK PEMERINTAHAN RAJA SERI MENANTI  HANYA TERTAKLUK  DAN  HANYA MELIPUTI SERI MENANTI SAJA  NAMUN AHLI POLITIK YANG BERKUASA   DINEGERI SEMBILAN SEAKAN MENAFIKAN HAK UNDANG YANG EMPAT SERTA . PEMIMPIN POLITIK TEMPATAN HARUS INGAT BAHAWA DIDALAM MENANDATANGANI PERLEMBAGAAN PENUBUHAN TANAH MELAYU UNTUK MERDEKA DATO' UNDANG YANG EM[PAT MERUPAKAN RAJA RAJA MELAYU YANG TERPAKSA MENYERAHKAN KUASA PEMERINTAHAN KERPADA RAKYAT DAN HAK KEISTEMEWAAN MEREKA SEBAGAI RAJA-RAJA MELAYU TETAP TERPELIHARA ITULAH JANJI YANG DITANDATANGANI UNTUK NEGARA KITA UNTUK  MENCAPAI KEMERDEKAAN. KENAPA HAK MEREKA DINAFIKAN SEDANGKAN  MEREKA ADALAH ULUL AMRI .
.Pada waktu ini bermacam-macam perkara terjadi didalam Negara kita, institusi Beraja dipermainkan secara rakus olih "ahli Politik". Apa yang dapat kita lihat Parti Pemerintah mahupun Parti yang membantah parti Pemerintah dengan sewenang-wenangnya membelakangkan institusi Beraja ini. Dibibir mereka saja mengatakan bahawa kita mengamalkan Raja Berpelembagaan tetapi pada hakikatnya kedudukan Raja Raja Melayu hanyalah sebagai 'pohon' untuk mereka berpaut apabila dilanda 'perubahan' minda rakyat yang sudah mula menunjukkan gelombang ketidakpuasan hati kepada pemerintah mahupun pembangkang. Disana sini mereka menjaja nama Raja Raja Melayu untuk kepentingan politik dan kuasa mereka.

Berbalik kepada N. Sembilan . Politik Negeri Sembilan diterajui olih Barisan Nasional yang memenangi PRU 12 tetapi kemenangan mereka tidaklah sebesar mana hanya kelebihan beberapa kerusi saja. Kalau dibandingkan dengan keputusan PRU 11 banyak kerusi yang dimenangi olih BN telah terlepas kepada tangan penentang ideologi  BN  iaitu DAP, PKR dan PAS. Olih itu keputusan mutlak pemerintahan politik di Negeri Sembilan bukanlah mutlak kepada BN tetapi sebahagian besar adalah dibawah parti penentang BN.

Apa yang menyedihkan adalah sikap Pemimpin Melayu dari Parti Pemerintah yang diketuai olih Adun Rantau iaitu Dato Seri Mohammad bin Hassan yang telah dipilih olih pucuk pimpinan Parti Pemerintah iaitu BN sebagai Menteri Besar N. Sembilan. Pada awal pemerintahan beliau, banyak pergolakan politik berlaku di Negeri Sembilan terutama kepada parti teras BN iaitu UMNO. Banyak suara suara sumbang yang tidak sealiran dengan beliau datangnya dari pemimpin UMNO sendiiri. Perbalahan mereka berlarutan dan perpecahan berlaku dikalangan mereka. Disebabkan kerakusan kuasa maka cerminan peribadi Adun Rantau bertukar wajah. Beliau seakan-akan bersifat talam dua muka terhadap rakyat,  ahli UMNO dan juga terhadap Undang Yang Empat. Beliau hanya mahu membodek kalangan  Payung Kuning di Seri Menanti saja, itu pun untuk ajenda kepentingan peribadi.

Diawal beliau memegang kuasa sebagai Menteri Besar  beliau telah menobatkan" darah daging" beliau untuk mengisi jawatan Ketua Perhubungan UMNO, N.S, dan dikala peristiwa itu berlaku maka manusia yang memegang jawatan tersebut telah 'terlupa diri'. Mereka mendakwa pada ketika itu banyak perkara "ajaib"  berlaku dimana banyak kontraktor dari kalangan UMNO berasa tidak puas hati kerena setiap kerja kerja yang melibatkan Kerajaan Negeri harus menerima kata putus dari beliau dan untuk beberapa tahun beliau dikenali sebagai "Menteri Paling Besar " di N. Sembilan walaupun Mohammad Hassan  merupakan Menteri Besar. Cerita ini tersebar keseluruh pelosok N. Sembilan dan juga diperingkat Pusat. Itulah 'pesen' nya kata orang negori kepada Menteri Besar.

Berbalik kepada institusi 'beradat' dinegeri Sembilan. Tanpa perjalanan Beradat bagi Dato' Undang Yang Empat, maka tiadalah tertubuhnya 'Institusi Yang Di Pertuan Besar", sekiranya Dato' Undang Yang Empat tidak membuat perjalanan " adat-istiadat" beradat mengikut adat, maka, , Yang Di Pertuan Besar, tidak akan ' Di Pertuankan", itulah keunikan dan kebesaran dan hak Dato' Undang Yang Empat . Hak perlantikan itu terpakai sehingga kini dan tiada siapa-siapa lagi selain Dato' Undang Yang Empat berkuasa untuk tujuan ini.. Itulah Negeri Sembilan, negeri yang bersandarkan kepada nama 'angka", satu-satunya di Malaysia dan juga di dunia. Selagi matahari  terbit dari timur dan selagi itu hak perlantikan Yang Di Pertuan Besar, terpikul dibahu Dato' Undang Yang Empat .

Akhir-akhir ini apa yang dapat kita saksikan, ahli politik terutama dari parti pemerintah seakan meminggirkan hak dan keistimewaan Undang Yang Empat. Terdapat  desas-desus dikalangan , Lembaga Lembaga dan Tiang Balai di Luak Yang Empat ini merungut akan ' kejahilan" ahli politik terhadap institusi 'berundang" ini. Perjalanan kehidupan ahli politik masa kini kebanyakannya ' "tiada beradat"  kerana mereka berasa mereka berkuasa diatas tiket politik dan bolih melakukan sewenang-wenangnya. Disebabkan keangkuhan sesetengah ahli politik Melayu yang tidak "beradat" ini maka perhubungan diantara Menteri Besar serta Adunnya terhadap Dato' Undang Yang Empat ibarat seperti melepaskan batuk ditangga saja. Menteri Besar  menganggap darjatnya  lebih tinggi dari Dato Undang yang Empat, itu sebab Bangsa asing memperlekehkan institusi Raja Raja melayu sebab orang tak beradat ini menunjukkan contoh tauladan tak baik kepada mereka. Salah siapa??? Ahli Politik pemerintah??


Ikhlas " Cahaya Al Majid - "  MERAWAT LEBIH BAIK DARI BERI UBAT"






1 comment:

  1. Esay setuju dengan pandangan tuan. Sekolah tinggi tapi hasil kepoket sendiri.
    Perantau Negeri Sembilan.
    Kalau berani dio orang...lotakan jawatan..buek kojo macam kito orang..mencari rozoki ditanah tak ber adat.

    ReplyDelete