BAHAGIAN PERTAMA : ALQURAN DAN HADITH. : BENARKAH UNTUK MENGUATKAN FIRMAN ALLAH PERLU BERSANDARKAN KEPADA HADITH ? |
Bismillah-hir-rahman-nirrahim
Sudah melebihi seribu empat ratus tahun Nabi Muhammad s.a.w meninggalkan kita dan membekalkan kepada kita sebuah Kitab yang di panggil Al Quran yang diturunkan olih Allah SWT melalui Jibrail a.s melalui lafas kata kata baginda dengan keizinan Tuhan Yang Maha Esa Lagi Suci.
Puluhan tahun selepas kewafatan Baginda Rasullulah maka terciptalah atau terzahirnya hadith-hadith yang dikatakan pernah diungkap olih Baginda Rasullulah sewaktu hayatnya. Hadith-hadith ini pula diriwatkan dari mulut ke mulut dan ada diantaranya mula dibukukan olih perawi-perawi. Ada pula yang mengatakan bahawa sekiranya ingin memahami Islam dan ajaran Muhammad s..a.w maka hadith merupakan rujukan utama kerana bagi mereka naskah Al Quran susah untuk dimengertikan kerana Firman yang terdapat didalamnya berbentuk umum dan berbentuk kiasan dan sukar dimengertikan sepenuhnya. Itulah dakwaan dakwaan yang sering kita dengar disana-sini.
Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah. adakah kita sebenarnya mengikut panduan yang dibawa olih Rasullulah yang berpaksikan kepada Al Quran. Adakah kita mengikutinya sepenuhnya atau sekadar mengikut apa yang diajarkan olih guru-guru agama kita yang sebenar-benar mengikut Al Quran?
Apa yang pernah dilafaskan olih rasullulah Baginda Nabi Muhammad s.a.w yang berupa amanat atau pesanan terakhir atau wasiat adalah menyuruh umatnya agar mengikuti "Al Quran dan Sunnah Rasul". Tetapi pada masa kini kita dihidangkan dengan tiga bentuk amanah pula iaitu, Al Quran, Sunnah dan Hadith. Yang menjadi persoalan dan permasaalah kini adalah ' hadith". Kita tidak menolak hadith, sekiranya ianya benar-benar dari kata-kata atau ungkapan Rasullulah tetapi bagaimana sekiranya 'hadith' ini adalah tidak benar. Apakah hukum yang akan terpikul dibahu kita. Kita faham persoalan ini amat rumit untuk dirungkai atau dibuktikan secara sahih kerana ramai yang mempraktikkanya.
Terdapat beribu-ribu bentuk dan jenis 'hadith' yang mengisi ruang yang disangka kosong didalam mempraktikan agama Islam. Sehinggakan di Universiti University ternama seluruh dunia Islam menjadikanya sebagai subjek untuk dipelajari.
Al Quran hanya mempunyai 6,236 ayat saja yang diturunkan olih Allah SWT kepada baginda Rasullulah sepanjang baginda di pilih sebagai utusaNya. Untuk menurunkan ayat-ayat tersebut , ianya mengambil masa selama lebihkurang 23 tahun . Wahyu pertama iaitu "Iqra" turun sewaktu Baginda Rasullulah berusia lebih kurang 40 tahun. Yang menjadi persoalan adalah apakah 'hadith' yang dituturkan sebelum baginda dimenjadi rasul. Bagaimana kita ingin membezakan 'kata-kata' Baginda sebelum bergelar Nabi dan Rasul dan kata-kata selepas Baginda dilantik sebagai Rasul. Didalam ratusan ribu hadith tersebut mana satu yang benar-benar dituturkan olih baginda Rasullulah dan mana yang bukan. Tiada siapa didunia yang dapat memberi kepastian akan perkara ini.
Untuk mengelak akan kekeliruan ini, didalam Al Quran Allah SWT berfirman ,' ikutlah Al Quran dan Sunnah Rasul". Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Pencipta menyuruh kita untuk mengikut firmannya. Tetapi banyak manusia yang terkhilaf atau sengaja menyeleweng dari fakta. Adakah kita ingin mengikut seperti kaum Nasrani . Kitab Injil yang terdapat sebelum era Rasulullah yang Allah SWT janjikan didalam Al Quran bahawa isi kandunganya telah diseleweng olih orang pandai agama. Tiada satu pun ayat didalam Kitab tersebut terpelihara dari Allah SWT . Kebanyakan kata kata sebenar Isa Al Masih adalah berbentuk 'kiasan' atau 'parables" tetapi semua kata-kata Baginda ditulis olih mereka-mereka yang mengaku berguru dan rapat dengan Al Masih. Kata-kata yang diungkapkan semuanya disandarkan keatas Baginda Isa Putera Mariam tetapi ianya adalah hasil tulisan mereka-mereka yang tidak rapat dan mengenali Baginda Isa Putra Mariam secara peribadi . Inilah yang terjadi kepada Kitab yang dikatakan hasil dari Firman Tuhan yang diturunkan kepada Isa Putera Mariam. Hasil dari Kitab Injil tersebut hanya beberapa ayat saja yang bersamaan dengan isi kandungan Al Quran . Hanya Al Quran saja yang dijanjikan Allah SWT akan terpeliharanya ayat-ayat tersebut sehingga kiamat.
'Firman Allah Yang mana satu yang ingin kamu nafikan?".
Berbalik kepada isu 'hadith", sekiranya kita bersandarkan kepada 'hadith' yang dipetik yang dikatakan ' diucapkan' olh Baginda Rasullulah, maka, tiada hak untuk kita jadikan sandaran kebenarannya kerana ianya merupakan kata-kata yang dikatakan didengari olih manusia manusia tertentu sahaja dan kesahihanya hanya Allah SWT yang mengetahui. Tetapi yang hak adalah mengikut Al Quran dan mengikuti Sunnahnya.
Adakah kita semua tahu apakah itu 'sunnah"? Semua tahu bahawa sunah itu adalah contoh perbuatan Rasul. Siapakah Rasul kita?. Kita mempunyai 25 orang Rasul yang sememangnya kita ketahui. Contoh tauladan mereka inilah yang contohi seperti : Surah As-Shaafaat ayat 102-107 , Nabi Ibrahim bermimpi untuk mengorbankan puteranya Ismail dan perbuatan itu menjadikan uparacara korban sebagai satu kemestian kepada Islam. Safa dan Marwah , kejadian yang dilalui olih Siti Hajar ketika berulang alik berlari-lari anak untuk mencari air dan kejadian ini merupakan satu rutin kewajipan untuk Haji yang semua umat Islam lakukan walaupun Siti Hajar bukan lah Nabi tetapi isteri kepada Nabi Allah Ibrahim. . Semuanya difirmankan Allah SWT didalam Al Quran. Ada segelintir masyarakat pula mengatakan kalau tidak ikut hadith macam mana nak tahu sembahyang?.
Sekiranya kita ikuti kembali kisah Isra dan Mikraj sepatutnya kita tahu kejadian ini. Sewaktu Rasullulah s.a.w diangkat dari langit ketujuh menuju Sidratul Muntaha, disana baginda ditunjukkan bentuk sembahyang . Berhubung dengan berapa banyak waktu sembahyang yang perlu didirikan telah diwahyu kepada baginda didalam firman Allah SWT yang termaktub didalam Al Quran.
Setelah peristiwa Isra Mikraj, maka tertubuhnya atau terbentuknya sembahyang sepertimana yang diajarkan kepada Baginda Rasullulah s.a.w dan seperti yang kita lakukan kini. Contoh perbuatan itu tidak berubah dari dulu hingga kini dan selamanya.Dengan terbentuknya solat yang dibawakan olih Baginda Rasullulah itu maka berbezalah sembahyang kita dengan mereka-mereka yang tidak menyembah Allah SWT.(Nasrani dan Yahudi dan Kafir lain)
(Maka Firman Tuhan yang mana satu yang ingin kamu nafikan"
Kita sambung dilambaran yang lain
IKHLAS : CAHAYA AL MAJID
salam99,
ReplyDeleteterima kasih tuan..tak sabar tunggu yg seterusnya..yg ditunggu tunggu telah tiba. Alhamdullilah. Allahuakhbar313
T312-6307