Tuesday, 30 October 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : A MAN WITH TUMOR : I'II ONLY HAVE 6 MONTH TO LIVE

  KLIEN YANG BAKAL DITEMUI DISINGAPURA MENGHIDAPI  'BRAIN TUMOR' KATA AKU. PERJALANAN  PERTAMA MENGUJI KEIMANAN 'SIMON ATAU NOAH' SELEPAS BERGELAR ISLAM.

                                                                 
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

"sesungguhnya semua yang aku tuliskan disini adalah kebenaran hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami"
                                                           BAHAGIN XII
Lewat petang Simon menalipon aku dari Singapura dan memberitahu bahawa semuanya beres dan dia dijadualkan akan berlepa ke Switzerland pada keesok harinya. Simon juga memberitahu aku bahawa orang yang ditemui itu mengakui bahawa beliau menghidapi ‘brain tumor”atau “ketumbuhan diotak”dan orang  itu ingin sekali menemui aku.Katanya itulah soalan pertama yang  beliau ajukan kepada lelaki tersebut apabila pertama mereka bertemu. Lelaki tersebut bertanya kepada Simon bagaimana dia (Simon) mengetahui ketumbuhan yang dialaminya. Jelas Simon lagi,” melalui seorang kawan yang berada di Langkawi, dimana dia (Simon) tinggal.”Lelaki tersebut bernama Don Frazier yang berketurunan Inggeris.Itulah sebabnya lelaki Inggeris itu teringin sekali menemui aku, kata Simon. Kata Simon lagi, dia (Simon) berjanji dengan lelaki tersebut, sekiranya segala urusan telah selesai, maka dia akan membawa lelaki itu ke Langkawi untuk melawat aku.Itulah penjelasan Simon sewaktu kami berhubungan melalui talipon petang itu. Perkabaran yang aku terima dari Simon aku panjangkan kepada Amin dan juga Hj Kamaruddin termasuklah Mama Maryam.Perihal tahap kesihatan lelaki tersebut telah aku perkata kepada semua sahabat tidak terkecuali isteri aku.Oleh itu kedatangan beliau, Don Frazier, ke Langkawi sememangnya kami nanti nantikan dan hanya Allah SWT saja yang menentukan saat dan waktunya.
Selang beberapa hari, aku menerima panggilan daripada Simon.Dia memberitahu aku bahawa beliau telah pun sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Memandangkan perjalanan mereka tiba dari jauh, aku menasihatkan agar Simon kembali dahulu kerumah untuk merihatkan diri dan aku berjanji pada sebelah malamnya aku akan menemui mereka berdua. Simon juga memberitahu aku bahawa lelaki tersebut akan menginap disalah sebuah hotel berdekatan pekan Kuah iaitu Hotel Grand Continential.  Aku berjanji kepada mereka bahawa selepas waktu Maghrib aku akan kesana untuk menemui mereka. Perjumpaan dengan tetamu dari jauh itu aku beritakan kepada Amin dan juga Hj Kamaruddin agar sama sama dapat berkenalan dengan Don Frazier. Selepas solat Maghrib aku bergerak menuju ke hotel dan perjalanan dari rumah aku hanya mengambil masa lebih kurang 10 mint saja.Apabila sampai diperkarangan parkir hotel, aku menalipon Simon untuk bertanyakan dimanakan kami akan berjumpa dan aku beritahu Simon bahawa aku menunggu Amin yang  masih didalam perjalanan kesini. Lebih kurang 10 minit, Amin pun sampai dan kami sama sama menaiki lif untuk ke bilek Don Frazier menginap. Sampai saja dipintu bilek,
BOARD WALK-CAFE AWANA - DISINILAH DON FRAZIER MELAFASKAN BAHAWA BELIAU AKAN MENGAMBIL ALLAH SWT SEBAGAI TUHANNYA
                                     
 Amin mengetuk pintu sambil memberi salam. Pintu dibuka dan kami dijemput masuk. Turut berada didalam bilek tersebut selain Simon dan Mama Maryam aku dapati John dan Andrew juga turut serta. Simon mengenalkan aku dan Amin kepada lelaki tersebut.’ Don, this is Peter or Amin’, sambil memegang bahu kiri Amin, and the person that I told you”, sambil menunjukkan jari kepada aku, “this is Izan”, kata Simon. Aku menghulur tangan untuk bersalaman dengan beliau, lalu tangan aku ditarik lalu aku dipeluknya erat.’ Yes, this is the man, this is the man’, kata Don.Diulang lagi kata kata itu, ‘Simon, yes this is the man, thank you God’ katanya dengan sepenuh hati dan didengari oleh mereka  didalam bilek itu. Kesemua yang hadir malam itu tergamang dan kehairanan apa yang dimaksudkan oleh Don Frazier .Dia masih lagi memeluk aku seeratnya.Apabila pelukan dilepaskan. Don terus menghulur tangan kepada Amin, mereka berjabat tangan. ‘How are you Peter?’, tanya Don,’Fine, thank you, and you?, tanya Amin pula. Lalu Don menjawap,’Great, tonite is the greatest night for me’, ungkap Don Frazier lagi.Habis bersalaman dengan mereka semua, Don Frazier mengajak kami semua ke Coffee House untuk makan malam . Kami semua turun bersama-sama menuju ke Coffee House yang terletak ditingkat satu. Setelah selesai makan malam, kami meneruskan perbualan dan tajuk yang kami perbincangkan agak serius. Don Frazier memulakan pertanyaan kepada aku, bagaimana aku tahu, yang orang yang akan Simon temui di Singapura (merujuk kepada dirinya) menghidap penyakit ‘brain tumor’ .Aku pun menjelaskan kepada beliau serba sedikit tentang perkara tersebut .Sebenarnya tidak banyak yang dapat aku perjelaskan kepada beliau kerana “penjelasan’ secara spiritual mungkin akan mendatangkan keraguan bagi beliau.Walau bagaimanapun beliau mengerti dan faham akan situasi aku.Lalu aku tanya kepada Don Frazier,’How serious is the tumor?’,Don Frazier termenung sejenak , agak lama juga beliau mengambil masa untuk menjawap soalan aku itu. Dengan suara perlahan Don Frazier menjawap,’I’ve only 6 months to live’. Aku tersentak mendengar jawapan beliau. Sebenarnya Don Frazier tidak boleh bertutor dengan lancar dan sekiranya kami ingin bercakap dengan beliau, kami harus memandang tepat kearah muka beliau kerana pendengaran beliau tidak beberapa jelas dan dia perlu merenung mulut kita untuk membaca apa yang kita pertuturkan.Perkara ini dijelaskan kapada kami oleh beliau. Ini disebabkan ubatan yang beliau ambil telah membuatkan pendengaran beliau terganggu. Sekiranya beliau mengambil preskripsi maka selepas setengah jam saja kita boleh berbual dengan beliau kerana preskripsi ubatan tersebut membuatkan beliau seperti orang khayal.Dengan penjelasan beliau itu membuat aku rasa simpati dengan apa yang beliau lalui lalu topic perbualan itu aku putuskan kerana aku tidak mahu beliau merasa serba salah dan tersinggung. Kami berbual mesra dan tajuk perbualan kami berkisar mengenai kerjajaya dan family masing-masing. Don Frazier memberitahu kami bahawa beliau merupakan seorang duda dan mempunyai dua orang anak. Anak lelaki beliau bernama Scott dan menetap di London dan anak perempuan beliau bernama Catherine yang menetap di Australia. Anak perempuan beliau sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata dan Scott masih lagi bujang. Don Frazier merupakan seorang jutawan yang mengusaha dan memiliki ladang buah Kiwi di New Zealand.Ini disahkan oleh Simon  dan tujuan Don Frazier dan Simon ke Switzerland adalah untuk tujuan pelaburan dimana Simon merupakan konsultan bagi pihak Don Frazier.Aku bertanya kepada Don Frazier,’How do you find Langkawi?’.”This island is so special to me”, kata Don Frazier.”What do you mean, you were here only today?”, tanya aku lagi.”He answered my question, I mean God”, sambung Don Frazier lagi. Perasaan ingin tahu aku memainkan perasaan dan diminda aku, lalu aku bertanya lagi,”Oh, I see, anything special that we can share?’, lalu Amin pun menyampuk, yang selama ini hanya berdiam diri dan hanya mendengar perbualan kami saja. “Don, can we share the secret?’, tanya Amin pula. “I will show to everybody later in my room”, kata Don lagi.’ Amin menjawap,”Ok, Don”.Pada malam itu Hj Kamaruddin tidak dapat bersama kami kerana diHotelnya ramai pelancong dan ditambah banyak kerja yang perlu didahulukan.Beliau memohon maaf kepada semua terutama Don Frazier dan juga kepada Mama Maryam.Berita itu aku telah sampaikan kepada semua yang hadir pada malam itu. Sejurus selepas itu kami dijemput sekali lagi untuk ke bilek . Setelah bil dijelaskan kami semua naik keatas.Bilek yang ditempah oleh Don Frazier itu amat selesa dan besar dimana ruang tamu dan bilek tidur berasingan. Melalui tingkap ruang tamu, permandangan amat jelas menghala jeti Kuah dan pulau pulau berhampiran, serta  air laut yang kebiruan menghampar disetiap sudut dari jendela bilek Don Frazier.Don memulakan cerita yang tergantung tadi sewaktu diCoffee House . “This evening I woke up at about 6.00pm. Before I took my shower, I walk to the window to look at the view.I look towards that island.” sambil jari beliau menuding jari kearah sebuah peta mengenai pulau pulau disekeliling Langkawi yang tergantung didinding bilek beliau.Dia berjalan kearah peta tersebut dan menandakan salah sebuah pulau tersebut.’This island”,kata beliau.’I ask God and seek his guidance, and  I say, Oh God, please show me a sign, Is this is  the man that we are waiting ?”Suddently the lighting strike to this island”, sambil jari beliau menunjukkan kearah pulau tersebut.’ I said, Thank you God, you have answered me”, kata Don Frazier lagi. Kami semua diam tidak berkata kata ketika Don Frazier menceritakan hal tersebut.’ Simon, can you please read this”, sambil menunjukkan ejaan yang tertera diatas peta tersebut.” Pulau Timun”, kata Simon. Don Frazier cuba mengikut sebutan Simon tetapi sebutan dan telonya lain sekali bunyinya. Amin pun cuba menjelaskan makna perkataan tersebut,” Pulau mean island and Timun mean cucumber”, jelas Amin lagi.’ Oh no! Thank you God,’sambil Don Frazier memandang kearah aku dan berkata ,”You’re the man, you’re the man,’ berulang ulang dilafaskan oleh Don Frazier.’ I cannot eat cucumber” sambung Don Frazier. Aku kebingungan mendengar kata kata Don Frazier, tidak mengerti dan tidak memahami apakah maksud yang cuba disampaikan.Sebelum aku dan Amin meninggalkan mereka, Don Frazier memohon sesuatu kepada aku, kata Don Frazier,’Izan, thank you very much and I want to know you more. Can I see you tomorrow?’” Of course Don, I will joint you for breakfast tomorrow’, kata aku lagi. Lalu dipeluknya aku, sambil berkata,’ Thank you, I love you myfriend,’ Setelah aku dan Amin bersalaman lalu kami meninggalkan mereka.

                                                                         BERSAMBUNG
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

WAJIB BACA BERITA TERKINI : KEMARAHAN RAKYAT MALAYSIA : BN AKAN MENERIMA PADAH?

MALAYSIA BOLEH!!!

BUKAN RAKYAT MENENTANG PEMBELIAN ATAU PEMEROLEHAN ASET ASET INI UNTUK KESEJAHTERAAN  SERTA PERTAHANAN NEGARA TETAPI PEMBELIAN PADA HARGA YANG MELAMPAU DAN MERUGIKAN WANG RAKYAT ITU YANG DIPERSOALKAN..

SETIAP PEMBELIAN ASET ASET ATAU PROJEK INI TERDAPAT JUGA MANUSIA YANG "DIRANCANG" UNTUK MENDAPAT 'LEBIHAN DALAM TAWARAN".

SUDAH TERLALU  BANYAK PERKARA INI BERLAKU DIDALAM PEMBERIAN KONTRAK KERAJAAN.... YANG KENYANG ADALAH ORANG TENGAH DAN YANG BERKEPENTINGAN

KERAJAAN SELALU BERKATA " PEMBELIAN DIBUAT TERUS DARI SYARIKAT PEMBEKAL" JADI BAGAIMANA SYARIKAT ORANG TENGAH INI BOLIH DAPAT KOMISEN?? BUKAN SEORANG TETAPI RAMAI..ADAKAH MEREKA YANG DIKEMENTERIAN MENDAPAT IMBUHAN JUGA?..

BEGITU JUGA DENGAN MENTERI MENTERI YANG KEHIDUPAN MEREKA MELEBIHI STANDARAD JUTAWAN..MANA DATANGNYA KEKAYAAN INI??ADAKAH DARI GAJI ATAU IMBUHAN LAIN???

ANTARA PROJEK PROJEK MEGA YANG BERNILAI BERBILLION RINGGIT  PENYELEWENGAN WANG RAKYAT INI ADALAH DISEBABKAN  KERAPUHAN DAN RASUAH YANG BERLELUASA DIBUMI MALAYSIA TERUTAMA DIKEMENTERIAN YANG DIDAKWA DILINDUNGI OLEH PEMIMPIN TERTENTU.

PUAK PARTI PEMERINTAH PUSAT MELAPUN PROJEK KERAJAAN PUSAT
PUAK PEMBANGKANG PULA MEROMPAK HASIL BUMI NEGERI YANG DIPERINTAH

DUA DUA PUAK INI SAMA SAJA :- MEROMPAK DAN MEMUSNAHKAN

AES: Satu Lagi Projek BN Merompak Rakyat


Kos projek ini ialah RM700juta.
2 syarikat yang mendapat projek ini tidak mempunyai kemampuan mengadakan RM700juta. 
Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle Sdn Bhd
Kamera AES merupakan satu lagi projek BN merompak dan menindas rakyat dan membocorkan pendapatan negara. 

Scorpene’s Sting: Malaysia’s Bribery & Murder Scandal

Scorpene malaisien vue de trois quart arriere 2.jpg
Scorpene TAR
PERIMAKER SDN BHD.
Builders
DCN, Cherbourg and Navantia Cartagena
DCN, Cherbourg and Izar, Cartagena
Mazagon Dock Ltd Mumbai
It

Price
USD 221 Million per unit
USD 250 Million per unit
USD 135 Million per unit




Isu pembelian Eurocopter



Bernama - Malay 2008-11-01NILAI, 1 Nov (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah mula membuka kertas siasatan berhubung pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar bagi menggantikan helikopter Nuri. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ahamd Said Hamdan... more »
RoleTactical Transport helicopter
ManufacturerEurocopter Group
First flight27 November 2000
IntroductionFebruary 2005
StatusActive service
Primary userBrazilian Armed Forces
Mexican Air Force
French Armed Forces
Unit costUS$25 million, 15 million[citation needed]
Developed fromEurocopter AS 532
VariantsEurocopter EC225


Eurocopter Cougar EC725 berharga RM200 juta sebuah - terlalu mahal untuk TUDM Malaysia. Sepatutnya Caugar EC725 dujipandu terlebih dahulu dan bukan beli berdasarkan kertas brosur semata-mata. Hanya tentera Perancis menggunakan Eurocopter Caugar EC725 , itupun hanya 14 buah sahaja.

SEMUA PEMBELIAN ASET DIATAS AKAN DISANDARKAN DENGAN MENGATAKAN SEMUANYA MENGIKUT PROSIDUR KERAJAAN TETAPI DISEGI HARGA PULA KENAPA TERLAMPAU MAHAL?

KENAPA ORANG MELAYU MARAH BARISAN DAN UMNO.

PENYALAH GUNAAN KUASA DAN KEPENTINGAN PERIBADI MELEBIHI KEPENTINGAN BANGSA.

KENAPA ORANG MELAYU MARAH PAS

SEBAB PAS BERSENGKOKOL DENGAN DAP DAN TIDAK DOMINAN DALAM PAKATAN 

KENAPA ORANG MELAYU MENOLAK PKR

KERANA MELAYU TIDAK MEMPUNYAI KUASA MUTLAK DAN DOMINAN DIDALAM PKR

KEMANA KUASA MELAYU SELEPAS INI??

MELAYU AKAN JADI  SEPERTI ' HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU"
HAK MELAYU DIBERI  KEPADA ORANG LAIN.. SIAPA PANDAI ...PEMIMPIN MELAYU
ORANG MELAYU HILANG STATUS.BANGSA MELAYU...SIAPA PANDAI ...PEMIMPIN MELAYU
NEGERI MELAYU CINA KUASA EKONOMI..SIAPA PANDAI....PEMIMPIN MELAYU
MELAYU BAGI MUKA KEPADA INDIA..HINDRAFF NAIK TOCANG.. SIAPA PANDAI...PEMIMPIN MELAYU
MELAYU BERI LALUAN CINA HINA ISLAM ..SIAPA PANDAI...PEMIMPIN MELAYU
MELAYU BERI KUASA KEPADA MELAYU..MELAYU KENA TIPU ,KENA GADAI,,SIAPA PANDAI....MELAYU !
PEMIMPIN MELAYU KELENTONG ORANG MELAYU..SIAPA TERKENA..ORANG MELAYU
SIAPA YANG BODOH...ORANG MELAYU....
KAUM MAMAK INDIA HIDUP CARA MELAYU..INDIA DAPAT  STATUS MELAYU..SIAPA PANDAI..MELAYU
PARTI MELAYU CAKAP ' UNDI MEREKA' MASUK SYURGA..SIAPA TERTIPU??..MELAYU GAK
KITA SEMUA SAMA,..SATU MALAYSIA..BUKAN MELAYU.BUKAN CINA.BUKAN INDIA..TETAPI SATU MALAYSIA..SIAPA BODOH?? MELAYU YANG GADAI STATUS BANGSA SENDIRI..

SIAPA YANG PANDAI???
DATIN SRI ROSMAH MANSOR ORANG REMBAU.
KENAPA??
KERANA DIA TAHU KELEMAHAN DATO' SRI NAJIB..MAKLUMLAH LELAKI..
DIA DAPAT MENGAWAL PERGERAKAN NAJIB DAN KESELURUHAN KABINET NAJIB
SEBELUM NI TIADA SEORANG PUN ISTERI PERDANA MENTERI YANG CUBA MELAKUKAN SESUATU UNTUK ANAK BANGSA?
DATIN SRI ROSMAH DENGAN " PROJEK PERMATA" TERLALU BAIK UNTUK RAKYAT
SIAPA PANDAI??
 NAJIB KAH? ANWAR KAH? WAN AZIZAH KAH? NIK AZIZ KAH? KARPAL SING KAH?

YANG PANDAI ADALAH DATIN SRI ROSMAH MANSOR ORANG GHOMBAU, N.SEMBILAN.
SYABAS DATIN SRI ROSMAH ANDA TELAH MENGALAHKAN RAMAI NAMA TERSOHOR MALAYSIA

                                                                 S   Y   A  B  A   S



Monday, 29 October 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID:SIAPA ABANG IZAN SEBENARNYA? RUPA BELIAU MACAM ABANG, DIA YANG BAWA SAYA TURUN DARI LANGIT: KATA NINI


AKU MENJADI "ASBAB" KEBESARAN ALLAH  SWT KEPADA NINI DAN SIMON. ADAKAH MEREKA MENGERTI ATAU MENGAMBIL PERHATIAN  ATAS APA YANG TERJADI ATAU  SEKADAR SUKA-SUKA. HANYA ALLAH SAJA YANG MENGETAHUI.
                                                                  BERSAMBUNG XI
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
"sesungguhnya semua yang aku tuliskan adalah kebenaran dan hanya Allah SWT menjadi saksi diantara kami"

Perjalanan aku berjalan seperti biasa, disebelah siang aku akan menghabiskan masa dengan para sahabat aku dan sebelah malam pula aku menemani isteri ditempat beliau menyanyi.** Sebelum isteri aku menyertai kumpulan muzik yang terbaru ini, kumpulan ini dianggotai oleh Allen selaku ketua serta isteri beliau dan seorang penyanyi berbangsa Melayu bernama Nini yang berasal dari Kuantan, Pahang. Aku tidak berapa kenal dengan penyanyi Melayu ini kecuali Allen dan isterinya, itu pun sewaktu isteri aku menganggotai kumpulan tersebut sewaktu di Burau Bay Resorts dulu.Isteri aku agak rapat dengan Nini dan kami pernah menyaksikan beliau membuat persembahan disalah sebuah Hotel di Pantai Chenang, hotel yang bertaraf lima bintang. Dari permerhatian aku, aku dapati Nini merupakan seorang penyanyi yang berbakat, cantik dan muda. Kriteria untuk menjadi seorang ‘artis’ memang dimiliki oleh Nini. Sekali sekala aku dan isteri aku akan sana untuk menyaksikan persembahan mereka dan adakala kami akan menunggu mereka sehingga kepenghujung persembahan dan adakalanya kami akan bersembang sehingga lewat malam. Perhubungan isteri aku dengan mereka amat baik sekali. Pada suatu hari isteri aku mendapat perkabaran dari Allan bahawa Nini sedang sakit dan telah dihantar pulang kekampung halamannya di Pahang.Sejauh mana kebenaran cerita Allen yang mengatakan bahawa Nini terkena “perbuatan orang” hanya Allah SWT dan Nini saja yang mengetahui.
‘Assalammualaikum’, sambl pintu rumah aku diketuk. ‘Waalaikumsalam”, jawap isteri aku, ketika itu aku berada diruang tamu. Lantas pintu dibuka oleh isteri aku.’Ini rumah Kak Shila ke?’,pertanyaan itu aku dengar dengan jelas dan aku lihat seorang lelaki bediri dihadapan pintu rumah aku.’Iya’,ada apa?’ tanya isteri aku lagi.’Ada orang nak jumpa kakak la’, jawap lelaki itu.’ Siapa dia?’, tanya isteri aku lagi. Lelaki yang datang ini tidak pernah kami kenali dan oleh sebab itu aku pun menuju kearah isteri aku.’Nini dari Kuantan’,kata lelaki tersebut. ‘Nini, Nini yang mana?, kata isteri aku, tidak perasan dengan nama tersebut.”Nini, yang menyanyi dengan Allen tu’, jelas lelaki itu lagi. “Oh, ya,’jawap isteri aku pula.”Mana dia?’, tanya isteri aku.’Ada dalam kereta kat bawah’, jawap lelaki itu.’Jemput lah dia naik’, pelawa isteri aku kepada lelaki tersebut. Lelaki itu pun bergegas turun kebawah. Lebih kurang 15minit kemudian mereka berdua berada didepan pintu , aku lihat lelaki itu memegang bahu Nini, keadaan Nini amat lemah. Kami menjemput mereka berdua masuk dan mempersilakan mereka duduk disofa.Aku menghulur tangan bersalaman dengan lelaki tersebut setelah dia membantu mendudukkan Nini disofa. Aku menjangkan bahawa lelaki tersebut mungkin suami beliau.Setelah mereka kelihatan selesa , isteri aku bertanya ,’ Nini apa khabar dan dari mana?’,’Saya dari Kuantan Kak Shila, semata mata nak jumpa abang dan Kak Shila’,katanya dengan nada yang lemah seperti orang yang tidak bertenaga.Dari raut wajahnya aku lihat Nini seakan akan sakit, muka nya pucat dan tidak bermaya. Aku tidak bertanya apa apa, hanya isteri aku saja yang bercakap dengan Nini.’Kenapa jadi macam ni, Nini, apa sebabnya?’, tanya isteri aku.’Macam ni ceritanya Kak Shila’,’Sewaktu saya meninggalkan Langkawi dahulu, saya balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang. Saya duduk ditepi tingkap. Sewaktu berada diudara, lebih kurang 15 minit berlepas, awan agak tebal, dan penerbangan agak tidak stabil. Saya terpandang disatu arah, kelihatan awan berkumpul dan terbentuk berubah menjadi muka manusia, wajah itu amat sempurna keadaannya, tiba tiba saya lihat wajah itu berkata dan saya mendengar suaranya dengan jelas.Katanya “ mahu kah saya berubah”,saya menjadi ketakutan, lalu awan tebal itu berubah menjadi seperti biasa. Saya termenung dan kebingungan dan membiarkan persoalan itu terbenam difikiran saya. Setelah mendarat di Kuala Lumpur saya terus balik ke Kuantan kerumah ibubapa saya. Selang beberapa hari berada dikampung, saya jatuh sakit. Saya ingat demam biasa saja, jadi tiada keperluan saya untuk kekelinik. Demam saya bertambah teruk , ibubapa saya membawa saya ke kelinik berhampiran tetapi Doktor menasihati bapa saya agar saya dibawa segera ke hospital kerajaan kerana keadaan sudah amat kritikal. Keadaan saya ketika itu amat lemah dan tidak bermaya dan saya tidak dapat mengambarkan bagaimana perasaan ketika itu.Saya ditahan dihospital. Bapa saya mengatakan bahawa saya ‘koma’ selama lebih sebulan. Apa yang saya ingat sehingga kehari ini, sewaktu saya  “koma’, ‘diri saya dibawa naik kelangit , disana, saya telah ditanya samaada ingin terus tinggal ataupun pulang’, saya tidak menjawap pertanyaan itu,tiba tiba muncul seorang lelaki, rupa dan wajahnya  lelaki itu saling tak tumpah seperti abang Izan,lalu dia membawa Nini turun.Tetapi katanya, namanya bukan seperti nama abang . Apabila saya tersedar dari koma, saya terus datang kesini mencari abang dan ingin bertanya, siapa abang sebenarnya?.Saya amat pasti bahawa orang yang membawa saya turun itu adalah abang Izan.
 BEGINILAH AGAKNYA KEADAAN  NINI YANG TERLANTAR KOMA SELAMA SEBULAN DI HOSPITAL KUANTAN "
                                         
Pengalaman saya itu telah saya ceritakan kepada ibubapa dan keluarga saya, oleh sebab itulah mereka mengizinkan saya ke Langkawi untuk mencari abang Izan walaupun keadaan saya lemah macam ni. Aku hanya mendiamkan diri apabila mendengar cerita Nini itu. Katanya lagi, beliau boleh melihat yang “terselindung” dari kacamata manusia biasa serta mendengar suara suara dari dunia sebelah sana. Setelah mendengar cerita dari Nini aku pun  menjelaskan dan menerangkan prasa yang dilalui oleh Nini. Kata aku lagi,” Siapa aku tidak penting untuk Nini tahu, biarlah Allah SWT saja yang mengetahui, dan peristiwa yang dialamai itu biarlah Allah SWT saja yang tahu, maksud yang tersurat dan yang tersirat dan kita sebagai hamba harus selalu merapatkan diri dengan Nya dan segala sesuatu yang menimpa adalah untuk kebaikan diri kita agar kita berkesempatan memperbaikinya. Anugerah atau kelebihan yang dilimpahkan kepada diri kita hendaklah kita gunakan untuk tujuan kebaikkan walaupun mereka itu seteru kita. Ingatlah segala sesuatu yang terjadi bukan atas kehendak kita tetapi ketentuan Illahi dan dia memilih sesiapa yang dia redai dengan melebihkan seseorang daripada yang lain kerana sifat Allah SWT itu Maha Mengetahui. Oleh itu jangan lah kita sedih, kesal dan berprasangka atau was was kerana apa yang terjadi itu akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih tabah dan yakin dengan ketentuan Yang Maha Esa. Perbanyakkan solat, taubat dan jangan sesekali kita mendurhakai kedua ibu bapa kita, kerana itu merupakan laluan kesempurnaan untuk ke syurga Firdausi. Itu lah kata kata akhir kepada beliau.Pada malam itu Nini bermalam dikediaman kami  dan keesokkan harinya Nini berlepas pulang ke Kuantan. Didalam kesempurnaan ada kecacatan, didalam kecacatan ada persamaan, didalam persamaan banyak persoalan. Mampukah manusia merungkap dan merungkai persoalan. Hanya Allah SWT yang mengetahui.
Bukit  yang tinggi sekiranya ditarah setiap hari akan rata pada akhirnya. Itu lah perumpamaan Melayu. Begitu juga dengan wang simpanan sekiranya dipakai setiap hari akan berkurangan jumlahnya sekiranya tiada usaha untuk menambah dilakukan. Begitu juga dengan keadaan Simon. Setelah sekian lama tidak mempunyai pendapatan tambahan maka sesuatu perlu dilakukan demi kelangsungan kehidupan.Untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang bukan dari kepakaran sendiri, amat payah untuk memulakan. Oleh itu kepakaran yang sedia ada perlu digunakan untuk memulakan sesuatu.Pada suatu hari Simon memberitahu aku bahawa beliau ingin kembali aktif didalam perniagaan yang ditinggalkan sejak sekian lama.Memang menjadi kelaziman, Simon akan meminta pandangan aku terlebih dahulu sekiranya dia ingin melakukan sesuatu walaupun berhubung dengan anak anaknya, keluarga dan bermacam macam lagi.Begitu juga keadaannya Aunty Lili, Joshua dan Amin, mereka terlebih dahulu akan mendapatkan pandangan aku terlebih dahulu begitu juga dengan Joshua, sekali sekala akan menghubungi aku untuk mendapatkan pandangan dan juga bertanya kabar akan keadaan kawan kawan di Langkawi.
Pada satu petang aku terjumpa Simon dipekan. Kami duduk bersembang dan perjumpaan itu pula tidak dirancang seperti kebiasaan.Aku lihat dari riak wajah beliau seperti ada sesuatu yang merungsingkan beliau dan keadaan Simon agak tertekan . Aku tanya beliau,’What happen Simon,, you look so down, not like usual, anything bothering you?’. “Yes, Izan, I’m very depress”, ‘ Why?’, kata aku .’For so long i didn’t do anything, no work, everyday expenses only depending on my saving and i don’t know for how long it will last’, kata Simon terus terang. Aku juga amat bersimpati dengan keadaan beliau, tetapi, bagaimana aku boleh menolong beliau sedangkan aku sendiri juga tidak berkerja kata hati aku. “What can I do to help you Simon?, tanya aku lagi.’I want back my old job as a financial consultant’, jawab Simon.’ Ok”, kata aku, seakan akan merestui keinginan beliau.’Macammana’, tanya Simon lagi.’You prey, and ask Allah, macam biasa’, kata aku lagi.’I dah buat but so far belum ada indication’, kata Simon.’ Oh..iya ke’, kata aku. ‘ Are you sure you want this’, tanya aku merujuk kepada pekerjaan yang diinginkan.’Of course Izan, I wanted to change my family life and especially for that two boys (merujuk kepada John dan Andrew). Aku faham dan mengerti akan maksud dan keinginan Simon.Lalu aku jawap ‘ Inshaallah Simon, I will prey and ask God about you request’’ Thank you, Izan’, kata Simon.
Berselang dua hari aku pergi kekediaman Simon, Ucapan salam aku tuturkan dan salam aku disambut oleh Simon. Aku dijemput masuk dan kami berbual diruang tamu.Aku kabarkan kepada beliau berhubung dengan permintaanya. ‘ You will be flying soon, kata aku. ‘Alhamdullilah” sambut Simon. ‘They will call you, inshaallah’, kata aku.’Thank you, Izan’, kata Simon.Setelah selesai perbincangan maka aku bermohon untuk pulang awal kerana pada sebelah petangnya isteri aku ada temu janji di Pelangi Beach Resorts untuk kontrak akan datang.
Alhamdullilah, Allah Maha Kaya, keesokkan harinya Simon menghubungi aku, katanya dia sudahpun menerima panggilan tersebut dan seterusnya beliau ingin berbincang selanjutnya dengan aku. Selalunya, apabila perjumpaan yang melibatkan hal hal peribadi aku tidak akan memaklumkan kepada Amin mahupun Hj Kamaruddin, kerana ini merupakan kebiasaan yang aku praktikkan dengan sesiapa pun.Pada hari itu aku berjumpa Simon diSamudera, salah sebuah pusat membeli belah termoden dan terkini di Langkawi. Pertemuan petang itu kami tetapkan disebuah restoran makanan segera , Mc Donald. Semasa aku tiba  aku lihat Simon dan anak anaknya sudahpun sampai. Aku terus berjalan kearah mereka dan aku dijemput duduk oleh Simon sambil John dan Andrew datang kearah aku sambil memeluk pinggang aku. Kedua duanya amat rapat dengan aku, itulah John dan Andrew, aku ibaratkan mereka dan melayan mereka seperti anak anak aku sendiri. Aku memesan kepada John agar dia belikan aku  Big Mac dan Coffee . John dan Andrew berlalu dari meja kami.Simon pun memulakan perbualan.’Izan, I received a call from New Zealand, its from Tye ‘,Aku kenal lelaki bernama Tye yang dimaksudkan itu, kerana aku pernah berjumpa dengannya beberapa kali sewaktu Ken Peddler datang ke Langkawi. Nama penuh lelaki itu ialah Tye Abrahem, berbangsa Mauri.’Ok’, kata aku.’He ask me to go to Singapore to meet his client’.kata Simon. “ok, that good’, kata aku kepada Simon.’When are you leaving?’, tanya aku lagi.’ Maybe in two or 3 days time’.’What about the boys?, aku tanya Simon.’Aunt Lily will look after them’, ‘Good’, kata aku ‘ Can I ask you something, Izan?’ tanya Simon.’ Yes, anything?’, tanya aku pendek. “How do you know about this call’, tanya Simon lagi.Perasaan ingin tahu dan kepastian bagaimana itu amat tinggi didalam diri Simon ketika itu. ‘ Lalu aku jawap,’You seek my help, right?,What i’ve told you, do you remember?,I said I will prey for you and ask Allah regarding your request’, it that right Simon. ‘Yes Izan”, kata dia , terkedu agaknya, kerana aku mengulangi kata kata aku tempoh hari .’Simon, sometime, there is thing that we can’t explain but sometime, its “unexplainable”, i hope you understand. Simon terdiam. Bagi aku beliau masih belum lagi mengenali aku secara dekat dan hanya mengenali aku secara luaran saja.Itu lah pandangan aku terhadap Simon. Selepas habis makan aku pun beredar dari situ dan meninggalkan Simon kerana beliau terpaksa membeli beberapa barangan keperluan sebelum pergi ke Singapura. Sehari sebelum beliau pergi ke distinasi yang “diperkenankan”, kami berjumpa di restoran kebiasaan dan hari tersebut Mama Lili sudah pun berada di Langkawi tetapi pada petang itu Mama Lili tidak turut serta kerana beliau keletihan kerana perjalanan jauh dari Kuala Lumpur dan sampai seawal jam 8.00 pagi di jetti Kuah dan Simon memberitahu aku bahawa Mama Maryam tidak berapa sihat . Kami meneruskan perbualan kami.’ Simon, tomorrow you will meet this man, he has a tumor in his head’, jelas aku kepada Simon.’Could you please ask him ?’, kata aku.”Inshaallah’, jawap Simon. Terlihat aku Amin berjalan menuju kearah kami, mungkin dia baru keluar dari konti agaknya. Salam diberi , lalu Amin duduk dimeja bersama kami. Aku sampaikan berita kepada Amin bahawa Simon akan ke Singapura, namun Amin memberitahu aku bahawa beliau sudahpun dimaklumkan oleh Simon. Berita berhubung dengan seseorang yang akan Simon temui juga aku kabarkan juga kepada Amin juga. Pada sebelah malam nya aku dan Amin melawat Mama Maryam dikediaman Simon seperti biasa jam 2 pagi baru  pertemuan itu berakhir namun aku memaksa diri agar memendekkan pertemuan itu kerana pada keesokkan harinya Simon harus berada di lapangan terbang seawal jam tujuh pagi.

                                                              BERSAMBUNG
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Sunday, 28 October 2012

KISAH BENAR : SIMON, PETER, JOHN, ANDREW DAN JOSHUA SERTA AUNTY LILY BERHIJRAH KEPADA ISLAM: SETIAP MEREKA DICURAHKAN KERAHMATAN DIHATI UNTUK MENERIMA MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI RASUL JUNJUNGAN MEREKA DAN MENGIKTIRAF JESUS SEBAGAI NABI DAN BUKAN LAGI ANAK TUHAN.


DISINILAH KAMI  DIMESJID AISHAH  IAITU SIMON, PETER, JOHN, ANDREW DAN JOSHUA PADA SETIAP JUMAAT AKAN BERSOLAT MENDIRIKAN FARDU JUMAAT DAN DISINI JUGALAH ARWAH PAK HAMID DISEMADIKAN UNTUK SELAMA-LAMANYA..

                                                       SAMBUNGAN BHG 10
"sesungguhnya semua yang aku tuliskan semuanya benar dan hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami"
Pada suatu petang, aku menemani Joshua ke taman permainan kanak kanak . Menjadi rutin harian Joshua untuk membawa Ashley, anak perempuan Amin, untuk beriadah disitu. Kami duduk disalah sebuah pondok yang disediakan oleh Majlis Daerah Langkawi untuk kegunaan penduduk taman beriadah, sambil memerahatikan Ashley bermain sendirian. Didalam kelekaan memerahatikan Ashley tiba tiba Joshua bertanya,”Abang, saya ni selalulah susah nak tidur dan selalu alami ,mimpi mimpi yang menakutkan, kenapa ya?.”Joshua, kalau diri kita tidak bersih, kotor dan terutama sekali sekiranya kita tidak mengingati Tuhan, shaitan selalu kacau”, kata aku. “Ye ke Bang?, ada benda kotor ke kat badan saya”, tanya Joshua lagi. “Ada” jawap aku. Joshua terperanjat dengan kata kata aku tadi. Dia bertanya lagi,” benda apa , bang?’.” Benda kotor yang kau simpan dalam dompet kau tu la”, kata aku lagi.”Alamak Bang!, macammana abang tahu”, tanya Joshua kehairanan.”Benda tu la yang selalu mengikut dan mengacau kau”.kata aku lagi. Muka Joshua menjadi pucat dan berubah”Benda tu tak elok, lebih baik kau buang je”, kata aku lagi. Joshua menyeluk poket seluarnya dan terus mengeluarkan dompetnya,lalu mengeluarkan bungkusan kecil dari poket dompetnya.”Ini bang, abu mayat datuk saya”, kata Joshua. Mengucap panjang aku melihatnya,”astagafirullah”, kenapa kau simpan benda ni, kau sepatutnya meletakkannya ditempat asalnya, dari tanah kita dijadikan dan kedalam tanah juga kita disemadikan”,kata aku.’Saya tak tahu Bang, bapa saya suruh saya simpan, jadi saya simpanlah, sampai hari ini’, kata beliau lagi.’Abang nasihatkan, lebih baik Joshua tanamkan abu mayat ni, ini untuk kebaikkan awak juga”, kata aku lagi.’Ok bang, nanti saya tanam’, jawap Joshua lagi. Setelah selesai aku pun minta diri untuk balik kerumah kerana aku belum lagi menunaikan solat asar petang itu, lalu aku pun berlalu dari situ.
'SESUNGGUHNYA AKU MENYEMBAH KAU YA ALLAH DAN TIDAK MEMPERSEKUTUKAN KAU DENGAN  SESIAPAPUN DAN SESUATU PUN DIDALAM IBADAH AKU TERHADAP MU"
 Pada keesokkan harinya aku menunggu Amin dan Joshua ditempat biasa seperti yang kami janjikan. Setelah beberapa minit Amin dan Joshua tiba disitu, aku tahu bahawa Amin terpaksa ke pejabat kerana hari itu dia bertugas disebelah pagi dan aku jangkakan Amin tidak akan berkesempatan untuk bersarapan bersama sama aku pagi itu. Setelah sampai Amin memberitahu aku dia terpaksa meninggalkan kami kerana waktu kekonti sudah agak hampir. Tinggal aku dan Joshua direstoran tersebut. Kami bersarapan pagi bersama sama sambil berbual bual kosong. Pada kebiasaanya Simon selalu bersama kami tetapi pada hari itu di mempunyai urusan peribadi yang harus didahulukan. Sewaktu kami berbual bual kosong, aku dikejutkan oleh Joshua dengan berkata,’Abang, saya nak peluk Islam’, aku terhenti makan, terperanjat dengan kata kata Joshua.’Betul ke’, tanya aku.’Saya dah tanya Tuhan malam tadi bang’,katanya lagi. ‘Alhamdullilah’, kata aku lagi.Aku pun bangun lalu aku peluk Joshua’, lalu aku tanya dia, ‘Amin dah tahu ke?’,’Belum lagi Bang, saya nak abang tahu dulu’,kata Joshua lagi. Lalu aku lepaskan Joshua dari pelukan aku, dan terus duduk disebelah beliau.’Tak pa Joshua, lepas Amin habis konti, kita selesaikan semuanya dan hari ini juga kita akan ke Pejabat Agama,ok’, kata aku lagi.’Baikla Bang’, jawap Joshua lagi. Aku terus menalipon Amin, alhamdullilah, dia ‘off air’ ketika itu, aku memberitahu Amin perkabaran terbaru ini dan memberitahu dia bahawa kami masih lagi ditempat yang sama. Tidak berapa lama lepas aku bercakap dengan Amin, aku lihat dilaluan biasa ,laluan yang digunakan oleh Amin untuk ke pejabat, aku lihat dia berjalan dengan cepat dan dari jauh aku lihat wajah beliau tersenyum tanda kegembiraan berjalan menuju kearah kami. Sebaik saja beliau menghampiri meja, dia mengucapkan salam, ‘Assalammualaikum”, “Waalaikumsalam”, jawap aku.Lalu dia menghampiri Joshua,lalu dipeluknya Joshua. Mereka berpelukan, dan aku lihat kedua duanya menangis kegembiraan,Aku terdengar Joshua berkata,’Peter, i want to embrace Islam’,Didalam keadaan itu aku lihat Amin mengatakan sesuatu kepada Joshua sambil melepaskan Joshua dari pelukannya. Lalu Amin berjalan menuju aku, lalu aku dipeluknya aku sambil berkata,’Abang, you’re so great, nobody are like you, you’re so special’.Kata kata Amin itu  menusuk hati dan jantung aku, aku menitiskan airmata juga lalu aku katakan kepada Amin,’Only God is great, not me, I’m only his servant”, kata aku lagi. Setelah aku terangkan akan ungkapan tadi, barulah Amin mengerti akan maksud kata kata aku itu.
Setelah habis berbincang dengan Joshua dan Amin, kami pun berlalu dari situ menuju ke Pejabat Agama Kuah, yang jauhnya lebih kurang 1km saja dari tempat kami. Alhamdullilah, syukur kepada Allah SWT, dengan perkenan Nya setiap kali aku membawa “saudara baru’ pasti Tuan Sheikh Allaudin, Ketua Agama Daerah Langkawi ada di pejabat dan aku tidak mempunyai sebarang masaalah untuk berurusan dipejabat tersebut. Bagi aku,ini merupakan urusan Allah SWT, Tuhan Semesta Alam ,Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Pencipta, Tuhan yang mengaturkan segala sesuatu mengikut kehendakNya dan perlu disegerakan .Setelah selesai majlis “akad” dan pendaftaran, kami pun pulang. Berita penghijrahan terbaru Joshua atau nama Islamnya Muhammad Fitri ini aku kabarkan kepada semua sahabat sahabat.Alhamdullilah pada setiap hari Jumaat kami akan bersama-sama kemesjid Aishah menunaikan solat fardu Jumaat dan pada setiap hari Jumaat kebiasaannya aku,  Amin,Simon,John, Andrew dan Joshua akan berkumpul dan berbincang hal hal berbangkit sekiranya ada selepas solat. Persahabatan dan rasa persaudaraan antara kami semua bertambah erat. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah manusia. Joshua atau Mohammad Fitri terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerena percutian beliau sudah berakhir. Aku dan Amin menghantar Joshua yang jeti Feri Kuah. Itulah hari perpisahan kami untuk seketika, agaknya.Semoga Allah memberi petunjuk dan rahmat kepada beliau.
Masa berjalan begitu pantas, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan sileh berganti dan tahun bertukar angka. Semakin lama aku di Langkawi, semakin ramai penduduk tempatan aku kenali.

                                                            BERSAMBUNG
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

RENUNGAN :-
Surah Al Jinn :-


A006
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
A009
`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.



A013
`Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
A019
"Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".
A020
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".


Saturday, 27 October 2012

KAU PILIH MEREKA DARI KALANGAN YANG BERIMAN DENGAN KITAB INJIL : KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID " BHG IX


MEREKA DIKELILINGI AKU KINI MULA BERHIJRAH KEPADA ISLAM. TERAMAT MUDAH  BAGI  MU YA ALLAH MENUMPAHKAN KERAHMATAN KEATAS MEREKA YANG KAU PILIH. AMIN. ALLAH ,MAHA BESAR. PULAU LANGKAWI DI KELILINGI OLEH 99 PULAU YANG  PENUH DENGAN MISTIK DAN LEGENDA SUMPAHAN 'MAHSURI'.TETAPI KEBERKAHAN LANGKAWI TERTUMPAH KEATAS AKU. ADAKAH INI SATU PERANCANGAN KEPADA PENGAKHIRAN.
                                                        SAMBUNGAN BHG IX

                                                        
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

"sesungguhnya semua yang aku tuliskan disini adalah kebenaran dan Allah SWT sebagai saksi diantara kami"

Pada sebelah malamnya, kami semua ke Hotel Awana Porto Malai kerana memenuhi undangan Hj Kamaruddin. Segala peristiwa yang terjadi pada sebelah petangnya kami ceritakan kepada Hj Kamaruddin.”Alhamdullilah”, itulah kata kata yang mampu diluahkan tanda kegembiraan, dengan linangan airmata Hj Kamaruddin memberi salam pertamanya kepada Aunt Lili sempena penghijrahannya kejalan yang Allah SWT diredai. Dalam keindahan yang penuh kegembiraan kami malam itu aku memanjatkan kesyukuran  kehadrat  Illahi kerana melengkapkan kami dengan seorang ibu yang tidak kami punyai di Langkawi. Subhanallah, Walhamdullilah, Allahhuakbar.
Keesokkan harinya aku ke Pejabat Agama Daerah Langkawi membawa Aunt Lili untuk membuat pendaftaran dan pengistiharan diri beliau sebagai seorang Muslim. Seperti biasa , pegawai agama melakukan sepenuhnya kewajipan berhubung dengan “saudara baru’. Aunt Lili menyuruh aku memilih nama Islam untuknya. Aku menamakan beliau Mariam bt Abdullah, memandangkan beliau tidak pernah berkahwin dan sewaktu beliau di”jalan yang lama”, beliau mengakui bahawa Mariam adalah seorang wanita yang suci yang telah melahirkan Isa Al Masih dan mengakui bahawa Isa Al Masih adalah anak Tuhan (Itu kepercayaan beliau terdahulu) . Setelah segala urusan sudah dibereskan, aku menemani beliau balik kerumah  Simon. Setibanya kami dirumah Simon, aku berbual dan menceritakan apa yang telah berlaku di Pejabat Agama Tiba tiba Simon menyampaikan hasrat hati kedua dua anaknya John dan Andrew. Mereka dua beradik sudah sepakat dan mendapatkan kebenaran daripada bapa meraka untuk memeluk Islam. Aku bertanyakan kepada Simon adakah dia merestui keputusan kedua anaknya untuk berhijrah dan memeluk agama Islam. Kata Simon lagi, dia tiada halangan langsung diatas keputusan kedua dua anaknya. Aku terangkan lagi kepada Simon  bahawa sesungguhnya kedua dua mereka dibawah umur dan persetujuan terletak dibawah tanggungjawap beliau. Simon berkata beliau tiada bantahan akan keinginan anak anak mereka itu.Keinginan kedua dua anak beliau itu aku tangguhkan untuk sementara waktu dan aku tinggalkan mereka untuk memberi  mereka ruang untuk berfikir dan berbincang dan aku katakana bahawa pada sebelah petang nanti aku akan datang semula.
Seperti yang dijanjikan aku datang semula kerumah Simon pada sebelah petangnya. Aku menemui Simon serta John dan juga Andrew disaksi oleh “saudara baru” ibu kami Mariam bt Abdullah. Aku tanya berkali-kali kepada mereka, apakah benar mereka ingin mengikuti jejak Uncle Amin dan Unty Lili(Mariam). Mereka amat amat teruja ingin memeluk Islam. Aku terangkan semuanya kepada mereka,agar mereka mengerti dan faham atas kelangsungan dan tindakan mereka. Setelah aku berpuas hati dan yakin dengan pendirian mereka maka aku memohon kebenaran kepada bapa mereka, Simon, untuk aku mengajar mereka untuk melafaskan “dua kalimah sahadah” dan selawat untuk anak anaknya, John dan Andrew. Simon dengan rela hati memberi persetujuan. Dengan bersaksikan senaskah Al Quran berserta aku, Amin Peter Carlos dan Mariam bt Abdullah, aku menyuruh mereka John dan Andrew mengikut apa yang aku lafaskan iaitu sahadah (mengucap dua kalimah sahadah ) berserta selawat keatas junjungan , Nabi Muhammad s.aw.. Setelah selesai aku memeluk mereka berdua tanda kasihnya aku kepada mereka dan aku menamakan mereka Yazid kepada John Paul dan Hassan kepada Andrew James. Kedua-dua mereka pun dipeluk oleh Amin Carlos dan juga oleh nenek saudara mereka iaitu, Mariam ataupun Aunt Lili. Kami semua menangis kegembiraan begitu juga reaksi Simon dengan linangan air mata dicium dan dipeluk kedua dua puteranya tanda kasih seorang ayah terhadap anaknya yang kini berlainan pegangan dengan bapanya. Syukur kehadrat Illahi yang mengaturkan segala galanya, dengan kehendakNya jua terjadinya penghijrahan ini. Allah Maha Besar, Allah Maha Agung, Allah Maha Pengasih. Pada malam itu kami semua berkumpul dirumah Simon termasuklah Hj Kamaruddin yang agak terlewat sampai namun semua perkembangan dan keajaiban ini kami kongsikan dengan beliau.
Sebenarnya aku tidak pernah mengimpikan perkara ini terjadi kepada aku, cepat dan pantas . Bukan aku yang mengaturkan semua ini, ini semua ketentuan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Agung, aku tidak mampu dan berupaya melakukan sebegini, Allahhuakbar, Allahhuakbar,Allahhuakbar. Maha Suci Allah padaNya terletak segala sesuatu yang tiada manusia mengetahui.
                                                           

KESEMUA YANG BERHIJRAH DIBAWAH SAYAP AKU ADALAH MEREKA YANG BERIMAN DENGAN KITAB  INJIL DIANTARANYA SIMON, PETER, JOHN, ANDREW, AUNT LILY, ALICE, JOSHUA, DON FRAZIER RONNIE DAN LAIN LAIN  . SETIAP MEREKA YANG DILANGKAWI MENYAKSIKAN 'KEBESARAN' ALLAH SWT.
                                                  
Pada keesokkannya pula aku mendapat satu lagi berita gembira, Simon memberitahu aku bahawa beliau juga ingin beralih arah. Hijrah. Beliau juga ingin menyempurnakan dirinya sebagai seorang Muslim. Aku kata ‘Alhamdullilah”, dan aku berjanji bahawa aku akan kerumahnya pada sebelah petang bersama sama Amin Carlos dan juga Hj Kamaruddin. Apabila semua sudah berkumpul dirumah Simon, aku bertanyakan sekali lagi akan hasrat Simon, kerana aku ingin benar benar pasti akan pilihannya. Aku tanyakan kepada beliau adakah kerana kerana Amin, Aunty Lily dan anak anaknya memileh Islam membuatkan dia serba salah atau sekadar ikutan. Kata Simon menjawap soalan aku,”tidak”,dia memileh Islam adalah diatas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa , dan keinginan ini memang datang dari hatinya sendiri’.”Alhamdullilah” sahut aku. Sekiranya inilah jalan yang awak pileh Simon, inshaallah, kami semua bersyukur dan semoga Allah SWT memberkati awak’.Memandangkan diantara kami, Hj Kamaruddin merupakan sahabat yang lebih tua dari aku dan pula pernah mengerjakan ibadah ‘Haji”, maka aku menyuruh beliau untuk menyempurnakan tanggungjawap ini, untuk mengajar lafas sahadah serta berselawat bagi menyempurnakan “akad” bagi Simon untuk bergelar seorang Islam.Alhamdullilah, Hj Kamaruddin melakukan dengan baik sekali begitu juga dengan Simon, terang , fasih dan tenang ketika melafaskan sahadah serta selawat yang disaksikan dengan senaskah Al Quran serta para sahabat yang lain termasuk aku.Alhamdullilah, syukur aku kepada Allah SWT, diperkenankan sahabat sahabat aku memileh Islam sebagai pegangan dan jalan kehidupan mereka.
Setelah segala urusan yang dibuat di Pejabat Agama selesai, Simon memileh Noah bin Abdullah nama Islamnya  sempena nama Nabi Allah, Nabi Nuh .Maka termaktublah  di Langkawi para sahabat aku yang memileh Islam sebagai pegangan mereka, Peter Carlos sebagai Amin, Alice sebagai Nora, Simon sebagai Noah, John Paul sebagai Yazid, Andrew James sebagai Hassan dan Lily sebagai Mariam bt Abdullah. Bermula dari itu maka bermulalah perjalanan baru bagi semua saudara saudara baru dengan pegangan dan kepercayaan yang dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w iaitu Islam. Alhamdullilah, bermula dari saat itu maka bermulalah episode dan perjalanan masing masing dan aku sebagai pembantu, mencuba sedaya upaya membantu mereka didalam apa jua keadaan, masa dan tempat dan mereka ini merupakan keutamaan aku. Kebanyakkan masa yang aku punyai selalu aku habiskan bersama sama mereka dengan dibantu oleh isteri aku dan juga Hj Kamaruddin. Perkembangan keajaipan ini aku panjangkan kepengetahuan kepada sahabat sahabat aku di Kuala Lumpur, kesemua mereka kegembiraan dan bersyukur dengan perubahan terbaru ini. Setiap hari diwaktu terluang aku akan gunakan untuk mentelaah Al Quran dan mengajarkan segala sesuatu berkenaan Islam keseluruhanya.
Pada satu hari Amin datang kepada aku dan memperkenalkan dua sahabat beliau kepada aku yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Salah seorang dari mereka merupakan lelaki Melayu bernama Razali dan seorang lagi bernama Joshua, keturunan  Serani. Kata mereka tujuan mereka ke Langkawi adalah untuk berehat sambil mencari peluang yang sekiranya ada untuk perniagaan mereka.Boleh dikatakan setiap hari aku akan berjumpa dengan mereka dan kami menghabiskan banyak masa bersama dan mereka memanggil aku “abang”. Dengan panggilan sebegitu, itu membuatkan persahabatan kami bertambah erat. Aku dan Amin selalu menghabiskan masa dengan mereka berdua. Ditakdirkan Allah SWT, Razali terpaksa pulang ke Kuala Lumpur sebelum tamatnya percutiannya kerana ada urusan perniagaan yang harus diselesaikan di Kuala Lumpur. Tinggallah Joshua seorang di Langkawi. Memandangkan beliau keseorangan, Amin menjemput Joshua untuk tinggal bersamanya dan perkara ini dibincangkan terlebih dahulu dengan aku. Sewaktu Amin ke pejabat maka Joshua akan berada bersama-sama aku kerana adalah tidak manis sekiranya Joshua berada dirumah Amin tanpa kehadiran Amin kerana Nora dan anaknya saja tinggal  dirumah. Ini adalah cara terbaik yang kami fikirkan untuk mengelakkan salahfaham dan fitnah . Penghijrahan Amin sekeluarga kepada Islam sudah pun diketahui oleh Joshua. Ketika aku bersama sama Joshua, dia selalu bertanya kepada aku tentang  Islam dan perbezaan antara Kristian . Kami selalu berterus terang didalam perbincangan walaupun melibatkan perkara perkara yang sensitif.

                                                               BERSAMBUNG

Thursday, 25 October 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID " BHG VIII :ADA DIANTARANYA KAU BERIKAN PETUNJUK DAN ADA DIANTARANYA KAU SESATKAN : MAHA SUCI ALLAH

ALLAH  DAN AL-QURAN  MENJADI ,SAKSI PENGHIJRAHAN AMIN SEKELUARGA . AUNT LILY PEMUJA JESUS JUGA MENDAPAT  PETUNJUK DAN  KINI ALLAH SWT ADALAH KEPERCAYAANYA. ALHAMDULLILAH . SESUNGGUHNYA SEMUANYA ADALAH KEHENDAK KAU YA ALLAH.
                                                              SAMBUNGAN VIII

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


"sesungguhnya semua yang aku tuliskan adalah kebenaran hanya Allah SWT menjadi saksi diantara kami"

Pada keesokkan harinya, awal pagi aku sudah bersedia untuk menemani Peter ke Pejabat Agama, di Kuah. Lebih kurang jam 8.30 pagi aku keluar rumah menuju ke Kuah. Disana kelihatan Peter kesaorangan, menunggu kedatangan aku. Aku lihat keceriaan terpancar diwajahnya, dan aku tumpang gembira dengan perubahan ini serta bersyukur kehadrat Illahi kerana beliau memileh Islam sebagai pegangan hidupnya, iaitu Islam ugama yang suci pilihan Allah SWT. Setelah mendaftar dan mengisi borang, aku dan Peter dipanggil untuk ditemubual oleh Pegawai Agama Daerah Langkawi, Tn Sheikh Alauddin dan beliau menjemput kami duduk. Aku menceritakan semuanya dan memberitahu Tn Sheikh Allaudin akan niat sebenar aku menemani Peter di pejabat beliau. Dengan penuh semangat dan berhemah serta padat Tn Sheikh Allaudin menerangkan serta memberi penerangan dengan jelas kepada Peter berhubung dengan niat hendak memeluk ugama Islam. Dengan ungkapan yang terang dan fasih berserta perasaan yang tenang Peter mengakui bahawa dia ingin memeluk Islam dengan kerelaan hatinya dan diri sendiri tanpa paksaan oleh sesiapa maupun dipengaruhi oleh sesiapa jua. “Alhamdullilah”, kata Sheikh Alauddin. Lalu beliau menerangkan tentang Rukun Iman, Rukun Islam dan peratutan solat kepada Peter.Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh pegawai tersebut sudahpun dipelajari oleh Peter terdahulu, kerana aku telah pun mengajarkannya terdahulu disesi suai kenal tentang Islam dan pengenalan Islam semasa kami berkumpul. Pegawai agama menyuruh Peter ikut apa yang dibeliau lafaskan. Dengan hati yang tenang dan lidah yang fasih, Peter, melafaskan “sahadah”bersaksikan Al Quran, Pegawai Agama tersebut, Tn Hj Alauddin dan aku. Air mata aku berlinangan tanda kegembiraan. Aku tidak menyangka sama sekali bahawa persahabatan yang aku jalinkan selama ini dengan seiklas hati telah dihadiahkan dengan satu pemberian yang tidak ternilai harganya, Aku memanjatkan kesyukuran aku kepada Allah SWT, Allah Maha Besar dan Allah Maha Mengetahui Yang Tersembunyi. Peter mendaftarkan nama Islam nya sebagai Amin Peter Carlos bin Abdullah. Berlanjutan dari itu isteri beliau juga memeluk Islam dengan nama Islamnya Nora. Dengan penghijrahan terbesar itu maka kini mereka sekeluarga adalah merupakan sebuah keluarga muslim. Perhubungan aku sekeluarga dengan keluarga Amin menjadi bertambah erat.
Selepas Amin dinobatkan sebagai seorang Islam, berita itu aku sampaikan kepada Hj Kamaruddin, tetapi tidak aku sampaikan kepada Simon kerana aku tidak mahu Simon, mungkin akan memandang serong dan menjejaskan tali persahabatan kami yang telah terbina. Bagi aku biarlah masa dan Allah SWT yang menentukannya bila dan ketika, dan aku berharap agar berita tentang penghijrahan Amin itu datang nya bukan melalui aku. Hj Kamaruddin amat gembira dengan perkembangan terbaru ini. Seperti biasa pada sebelah petang aku ketempat biasa,aku bertemu Simon dan anak anaknya John dan Andrew. Simon memberitahu bahawa Aunt Lili akan datang bercuti, dan Aunt Lili teringin sekali melawat aku sekeluarga. Kata Simon lagi,” aunt akan datang lusa”. Pada petang itu Amin tidak ada bersama kerana waktu itu dia bertugas dikonti.  Berita kedatangan Aunt Lili ke Langkawi aku panjangkan kepada Hj Kamaruddin dan Amin.
Pada hari yang dikatakan, Simon memberitahu aku melalui talipon bahawa Aunt Lili sudah pun sampai dan aku menasihatkan kepada Simon agar membawa Aunt Lili kerumah beliau agar Aunt bolih berihat terdahulu kerana perjalanan beliau dari Kuala Lumpur ke Langkawi hampir mengambil masa lebih kurang 12 jam. Oleh itu kemungkinan Aunt Lili kepenatan dan perlu merihatkan diri. Aku berjanji kepada Simon, bahawa aku akan kekediamannya selepas jam 2.00 petang. Lebih kurang jam 2.00 petang aku menerima panggilan dari Simon, dia mengatakan bahawa mereka (Aunt Lily, Simon, John dan Andrew) berada di Restoran biasa. Simon menjamu Aunt Lili makan tengahari disana. Aku memberitahu Amin dan Hj Kamaruddin bahawa Aunt Lili sudah berada di Langkawi dan aku memberitahu mereka bahawa aku dalam perjalanan kesana (Restoran).Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa dia tidak dapat bersama kerana ini adalah waktu pejabat tetapi beliau berpesan agar aku menjemput mereka semua ke Hotel disebelah malamnya manakala Amin pula akan menyusul kemudian. Aku terus kesana,sampai disitu aku dapati mereka semua sudah pun habis makan. Aku terus kearah Aunt Lili sambil berkata, “Hai Mama”.Aunt Lili pun bangun lalu memeluk aku, aku cium pipinya ibarat seorang anak mencium pipi ibunya, itulah perasaan aku terhadapnya. Aku pun duduk disebelah Aunt Lili, menghadap Simon, John dan Andrew. Sambil mengengam tangan aku, dia bertanya “How are you?’ dan aku jawap,’good mama’.’I’ve a great news for you’. Amin pun sampai, sambil memberi salam,’assalammualikum”, aku pun menjawap,’Waalaikumsalam”. Simon terperanjat. Amin mendekati aku sambil menghulur tangan. Kami bersalaman. “katanya lagi “ Hai abang”, “Hai Aunt Lili’, lalu Amin menghulur tangan bersalaman dengan Aunt Lili dan juga Simon. Amin terus duduk disebelah aku. Aunt Lili terus menyambung kata katanya yang terganggu tadi apabila kemunculan Amin. Sambil memegang erat tangan kanan aku dengan kedua tangan nya, dia berkata,’Izan, I want to follow your faith, can you accept me’, sambil memandang tepat kearah muka aku. Kata kata itu menusuk terus kejiwa and kalbu aku, sayu hati aku mendengarnya, luruh air mata ku tak tertahan, ibarat air sungai mengalir laju, itulah yang dapat aku gambarkan tentang persaaan aku ketika itu.”Sure Mama, sure mama”, itulah kata kata yang mampu aku luahkan, kerana perasaan teramat gembira. Amin yang duduk disebelah aku juga menitiskan air mata , apa bila mendengar ungkapan Aunt Lili, sambil mengurut belakang aku.Lalu aku peluk Aunt Lili,sambil mulut aku mengucapkan kata kata “Alhamdullilah Mama, Alhamdullilah Mama”, God is great”.Aku panjatkan kesuyukuran aku kehadrat Allah SWT yang memberi hidayah kepada Aunty Lili untuk menerima Agama Islam sepertimana Amin menerima ketentuan Yang Maha Esa bahawa segala sesuatu yang terjadi semuanya adalah kehendak Yang Maha Esa, Allah yang memberi Petunjuk kepada sesiapa yang dipilih. Allahhuakbar.
‘Alhamdullilah Bang, God is great, I love you Bang’.sahut Amin, lalu Amin pun mengaku kepada Aunt Lili bahawa beliau sekeluarga sudah pun memeluk Islam. Aunt Lili mengucapkan tahniah kepada Amin lalu beliau bekata kepada aku ,’Izan, can you perform it to me’,maksud Aunt Lili,’bolehkah aku mengajarkan beliau bersahadah ‘,’Inshaallah Mama, i will ’, kata aku lagi.’Thank you”, kata Aunt Lili. Aku lihat Simon diam dan tidak berkata kata, tetapi lain yang terjadi, anak beliau, John dan Andrew pula berkata,’Daddy, I want to follow Aunt Lili, maksud beliau,”mereka ingin mengikut penghijrahan Aunt Lili’, Simon terdiam.’Uncle Izan, I want to follow too,just like Aunt Lili and Uncle Amin’ kata John pula.Lalu aku menasihati mereka berdua, ‘John dan Andrew, I want you to discuss this matter with you daddy ,ok? Kata aku. Tiba tiba Simon bersuara,” Let go to my house, its not proper to discuss this matter here’.Kami semua bersetuju untuk meneruskan perbincangan dirumah Simon. Kami pun beredar dari situ menuju kerumah Simon. Setibanya kami dirumah Simon aku dijemput masuk oleh Simon dan Aunt Lili.  Aku berjalan terus  menuju paip dilaman rumah lalu aku mengambil wuduk. Setelah selesai aku terus masuk kedalam dan duduk di sofa diruang tamu. Aku duduk diantara Amin dan Aunt Lili. Aku mula mukadimah petang itu dengan bacaan “Bismillahhirrahnirrahim”., lalu aku terangkan satu persatu kepada Aunt Lili bagaimana cara terbaik bagi mereka  yang ingin memeluk Islam. Aku terangkan semua dengan terang dan Alhamdullilah Aunt Lili memahami apa yang  aku perkatakan. Lalu aku ajarkan beliau ‘bersahadah”dan serta “berselawat” dan aku ulang 3 kali diselang selikan  dengan menyebut “ALLAH” dan beliau mengikut kata kata itu dengan perlahan dan perjalanan “penghijrahan’ itu disaksikan dengan senaskah Al Quran yang aku bawa bersama yang aku tempatkan diatas meja dihadapan Aunt Lili. Syukur aku kepada Allah SWT Tuhan Yang Maha Kaya kerena mengizinkan  aku untuk menyempurnakan “akad” dan memberi  kesempatan kepada aku sama sama menjadi saksi untuk upacara “penghijrahan” yang amat besar ini. Amin Yarabulalamin.Tuhan Semesta Alam. Berhubung dengan permintaan John Paul dan Andrew James iaitu kedua dua anak Simon, aku menasihati mereka  berbincang dahulu dengan bapa mereka demi kebaikan  kerana mereka masih lagi dibawah umur dan ditanggung sepenuhnya oleh bapa mereka.

                                                          BERSAMBUNG

Tuesday, 23 October 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : BHG VII : PERKARA PELIK : APA SEBENARNYA YANG MAHA ESA INGIN BUKTIKAN KEPADA AKU.


ADAKAH INI KEBESARAN  BUMI LANGKAWI. SETIAP PERKARA BERLAKU SILEH BERGANTI  "KEBESARAN ALLAH TERJADI KEPADA AKU."
                                                       
                                                      SAMBUNGAN VII
 Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

" sesungguhnya semua yang aku tuliskan adalah benar hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami"

Tinggallah aku dengan Hj Kamaruddin meneruskan perbualan. Memandangkan kami tinggal ditaman yang sama maka tidak menjadi masaalah bagi aku untuk pulang. Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa Pak Chik saudaranya dari Singapura menginap disitu. Kata Hj Kamaruddin lagi, sepatutnya percutian mereka berakhir hari ini tetapi mereka melanjutkan percutian untuk satu malam lagi. Aku pun menyampuk kata kata Hj Kamaruddin,’Oh ia ke?’. Pak Chik saya tu tak berapa sihat, tetapi dia kuatkan semangat juga untuk datang sini, kerana mereka tidak pernah sampai ke Langkawi’.kata Hj Kamaruddin lagi.’Mereka anak beranak datang kesini’,jelas Hj Kamaruddin lagi.’Ok tak kalau kita lawat dia at this hour’,’sebab esok beliau dah nak balik’, sambung Hj Kamaruddin lagi.’Aku no problem’, kata aku lagi.’Kalau macam tu jom naik”, kata Hj Kamaruddin. Kami pun berjalan meninggalkan Boardwalk Cafe menuju kearah bangunan utama.Kami terus kebilek penginapan Pak Chik saudara beliau. Kamaruddin mengetuk pintu bilek tersebut,sambil memberi salam “’”Assalammualaikum”. Pintu dibuka,’waalaikumsalam”, kedengaran suara wanita menjawap  salam .”Jemputlah masuk Din”, kata suara wanita itu. Ketika itu aku masih diluar .’Pak Hamid macammana’, tanya Hj Kamaruddin,’macamtulah Din’,jawap wanita itu.’seorang je!’, tanya wanita itu.’Allah! lupa saya, saya datang dengan kawan’,kata Hj Kamaruddin, “Jemputlah masuk” sahut wanita itu. Aku pun memberi salam, ’Assalammualaikum”, “Waalaikumsalam”,terpandang aku wajah wanita itu, agak berumur juga , dan pangilan Mak Chik amat sesuai untuknya. Aku pun melangkah masuk, sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan beliau yang sedang duduk diatas kerusi bersebelahan katil. ‘Aku pun berkata,’Apa kabar mak chik’, ‘baik’, masuklah’jawap wanita itu. Apabila aku meluruskan pandangan aku kearah lelaki yang terbaring diatas katil itu, lelaki itu pun bersuara dengan nada yang agak tinggi tetapi suara beliau tersekat sekat, seolah olah ingin melepaskan kemarahan, sambil merenung tepat kearah aku.’Mana kau pergi?, sudah tiga hari aku tunggu kau”, aku tersentak terpinga pinga. Aku lihat Mak Chik bangun dari kerusi, terperanjat agaknya. Aku tidak berkata apa apa ketika itu.’Mak Chik  bertanya kepada suaminya yang terbaring itu, ‘kenapa dengan dia?’,sambil memandang kearah aku. Aku pun bertanya kepada lelaki yang terbaring itu dengan nada yang perlahan dan lembut,’kenapa Pak Chik?’,’Aku nak kau ajarkan aku bertaubat, dah tiga hari aku tunggu kau’, kata Pak Chik itu lagi.Ketika itu anak perempuan beliau bersama suaminya yang duduk dibilek bersebelahan datang menjenguk, mungkin mereka terdengar suara tetamu datang melawat bapa mereka. Kedua dua mereka duduk bersebelahan ibu mereka.’Pak Chik, bila bila masa kita boleh bertaubat, tidak perlu tunggu saya’, kata aku kepadanya.’Aku hendak engkau ajarkan aku bertaubat malam ni juga’, pintanya lagi.’Inshaallah’, jawap aku. Hj Kamaruddin, Mak Chik berserta anak dan menantunya terdiam tidak berkata apa apa, kyushuk mendengar perbualan kami. Keadaan kesihatan lelaki tersebut tidak berapa baik , penafasan beliau seolah olah tersekat sekat, susah untuk bernafas, lalu aku meminta secawan air kosong daripada isterinya. Air kosong itu aku fidyahkan Al Fatihah lalu aku berikan kepada beliau lalu diminumnya. Alhamdullilah, Allah Maha Besar dan Maha Mengerti, beberapa minit kemudian, penafasan beliau bertukar menjadi seperti biasa.Beliau boleh bertutur dengan lancar seolah olah tiada apa apa berlaku sebelumnya.Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan Semesta Alam, Penyembuh Segala Sesuatu, lalu ,aku memanjatkan kesyukuran aku kepada Illahi, ‘Manusia yang tiada aku kenali ini, terlantar terbaring, susah bernafas serta  kesukaran berkata kata, dengan sekelip mata bertukar menjadi sebaliknya”, Ya Yabbi , Yarabullamin.

DISALAH SEBUAH BILEK DIAWANA INI AKU MENGHADAP PAK HAMID . "TIGA HARI AKU TUNGGU KAU, MANA KAU PERGI", AKU NAK KAU AJARKAN AKU BERTOBAT" KATA PAK HAMID. ARWAH PAK HAMID ADALAH RAKYAT SINGAPURA YANG TIDAK AKU KENALI SEBELUM INI.
Dengan hati yang terbuka , aku pun mengajarkan kepada beliau “bersahadah dua kalimah”, beristifar serta melafaskan niat bertaubat. Alhamdullilah semuanya berlaku dengan tenang dan baik. Alhamdullilah, sebelum aku memohon untuk balik, aku menghadiahkan kepada beliau seutas ‘tasbih’ yang sentiasa aku gunakan kepada beliau.Aku berpesan kepada beliau agar banyakkan bertasbih dan berzikir dengan menyebut “lahilahaainallah”, lalu kami berdua pun meninggalkan mereka.Sepanjang perjalanan pulang Hj Kamaruddin sempat bercerita serba sedikit berhubung dengan latar belakang serta cerita perihal Pak Chik nya tadi iaitu Pak Hamid.
Pada keesokkan harinya aku dikejutkan dengan berita daripada Hj Kamaruddin. Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa Pak Hamid sudah meninggal dunia dan ketika itu jenazahnya sedang dihantar ke Hospital Langkawi. Berita itu kongsikan dengan isteri aku dan aku sampaikan juga berita  kepada Peter dan juga Simon. Aku pun bergegas ke hospital. Setibanya aku di hospital, jenazah masih lagi didalam bilek rawatan  Doktor. Aku tidak dibenarkan untuk melawat waktu itu. Selepas beberapa ketika apabila urusan dihospital telah selesai, barulah aku dibenarkan untuk melawat. Waktu aku sampai dibilek Doktor, jenazahnya terbaring diatas “trolli” dan tidak ditutup .Jenazahnya hanya mengenakan kain pelikat  yang dipakainya semalam tanpa baju ditubuhnya.Jenazahnya ditemani Mak Cik disisi, beliau hanya menangis kesedihan. Aku menghampiri jenazah Pak Hamid,’Allahhuakbar’Maha Suci Allah”, airmuka jenazah nampak tenang dan manis seolah olah seperti orang tidur.  Lalu aku pegang tangan beliau, “Maha Suci Mu Ya Allah”,badan beliau masih lagi kehangatan’, aku tidak dapat memastikan adakah beliau benar benar sudah tidak bernyawa atau didalam keadaan “koma”, aku tidak pasti, begitulah keadaannya jenazah Pak Hamid.Aku difahamkan oleh pihak hospital bahawa mereka perlu mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa untuk “pengesahan kematian” kerana jenazah beliau amat berbeza dari jenazah jenazah yang lain. Walaupun sudah hampir dua jam nyawa berpisah dari badan namun keadaan dan suhu tubuh badan Pak Hamid tidak berbeza, badan jenazah tidak “sejuk” seperti biasa, ini yang memuskilkan pihak berkuasa dan pihak Hospital Langkawi tidak berupaya untuk mengesahkan kematian tersebut. Ketua Polis daerah dipanggil juga namun persepsi mereka sama saja.Pihak berkuasa terpaksa memanggil Doktor dari Alor Star untuk mengesahkan kematian, Alhamdullilah, semuanya selesai selepas beberapa jam.Setelah selesai semua urusan maka jenazah Pak Hamid tidak dibawa pulang ke Singapura tetapi disemadikan di tanah perkuburan di perkarangan Mesjid Aishah. Bersyukur aku kepada Mu Ya Allah, Kau berikan kesempatan kepada aku untuk mengajarkan sesuatu kepada Pak Hamid dipenghujung nyawanya, dan aku berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang yang terpileh. Amin.
Persahabatan diantara aku, Peter, Simon dan anak anaknya serta Hj Kamaruddin bertambah akrab dari hari kehari dan kami kerap bertemu apabila berkesempatan.Sekali sekala aku kerumah Peter Carlos. Kediaman beliau tidak berapa jauh dari rumah aku, memandangkan isteri beliau Alice agak rapat dengan isteri aku, maka, kesempatan itu kami gunakan untuk merapatkan persahabatan kami.Aku selalu memberi  dorongan ke pada Peter agar selalu bersikap sabar dan bertolak ansur dengan pasangan didalam melayari bahtera rumahtangga kerana isteri beliau mengadu kepada isteri aku berhubung  sikap Peter Carlos dan menginginkan agar aku dapat menasihati beliau . Tanggungjawap itu telah aku laksanakan.
Selalunya , apabila kami berkumpul tajuk bual bicara kami selalu berkisar mengenai bagaimana ingin menjadi i insan yang baik, bagaimana hendak merapatkan diri dengan Tuhan,perhubungan diantara manusia dengan manusia, perhubungan antara anak dan ibubapa serta tentang kejadian alam dan seluruhnya mengikut kepercayaan masing masing.Selalunya mereka akan memberikan buah fikiran  mengikut apa yang difahami melalui kepercayaan sendiri.
Pada suatu petang Peter menalipon aku, katanya dia ingin berjumpa kerana ada hal mustahak yang ingin dibincangkan dengan aku. Pada petang itu kami berjumpa ditempat biasa , sebuah Restoran yang berhampiran dengan pejabat beliau iaitu, Stesen Radio Langkawi. Perjalanan aku dari rumah ke pekan Kuah mengambil masa lebih kurang 10 minit tetapi petang itu aku terlewat kerana terpaksa ke Petrol Station untuk mengisi minyak kenderaan, lampu kuning sudah menyala tanda minyak hampir habis dan kesesakan pula terjadi disitu, banyak kereta bersusun menunggu giliran masing masing. Apabila aku sampai direstoran tersebut, kelihatan Peter sudahpun menunggu aku disana. Aku melangkah masuk terus merapati beliau sambil tangan aku hulur bersalaman dan duduk bertentangan beliau.Dengan beliau perbualan kami selalunya didalam bahasa Malaysia kerana beliau amat fasih berbahasa Melayu kerana beliau berasal dari Pulau Pinang . ‘Hai Peter’, kata aku.”Hai abang”,sahut Peter,(panggilan abang selalu digunakan oleh beliau untuk bercakap dengan aku)’Lama sampai” tanya aku ,’Baru lagi, baru habis konti’,( merujuk kepada tugasan beliau sebagai DJ Radio),’minum apa abang’, tanya Peter lagi,’macha teh tarik kow’, pinta aku kepada pelayan restoran. Tokey restoran memang sudah biasa dengan kami kerana kami selalu betemu direstorannya pada setiap perjumpaan, mudah bagi kami semua, senang parking, mudah untuk semua kawan kawan kami.’Bang, saya ada hal penting nak bincang dengan abang’, serius bunyinya kata kata Peter. “Ok”, kata aku ringkas.”Abang, saya nak peluk Islam, boleh tak?”,tanya Peter kepada aku. “Betul ke ni”, jawap aku lagi. Memandangkan Peter ni merupakan seorang yang suka berseloroh maka kata kata itu tidak aku ambil serius.”Betul Abang, saya tak main main, saya dah fikir dah”, jelas beliau dengan wajah yang serius. Aku terus bangun, lalu aku peluk Peter, “Alhamdullilah”, kata aku , air mata mula bergenang dikelopak mata dan aku rasa pipi aku dibasahi, berlinangan tanda kegembiraan, lalu aku cium pipi beliau kiri dan kanan. Aku sedar Peter pun menitiskan airmata, lalu aku berkata kepada Peter ,”Semoga Allah Memberkatimu, Semoga Allah Memberkatimu”, kataku berulang ulang.Alhamdullilah, Maha Suci Allah Engkau yang memberi rahmat kepada siapa yang Engkau sukai. Berlarutan dari itu kami terus berbincang berhubung dengan niatnya, bagaimana,macammana dan bila untuk mendaftarkan diri di Pejabat Ugama.Setelah berbincang dengan mendalam perihal perkara itu maka kami pun beredar. Sekali lagi sebelum berpisah aku memeluk Peter dan aku ucapkan kepadanya,”semoga Allah SWT menunjukkan kamu jalan yang benar”, lalu aku ucapkan salam kepadanya,”Assalammualaikum”,. Tiba tiba beliau menjawap ,’waalaikumsalam’,’Syukur’ kata ku, Itulah perkataan pertama yang aku dengar dari mulut Peter.

                                                          BERSAMBUNG

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid

Renungan :- 
Surah Al Araf

181. Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan. (QS. 7:181)
182. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui. (QS. 7:182)


204. Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat 591. (QS. 7:204)
205. Dan sebutlah (nama) Rabbmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (QS. 7:205)