Monday, 19 November 2012

RENUNGAN DAN NASIHAT SERTA PANDUAN UNTUK PAS : KEINGINAN UNTUK KEHANCURAN TETAPI KEKUATAN DAN POWER YANG DIPOHON

SEPATUTNYA PERISTIWA SOLAT HAJAT DISTADIUM SULTAN MUHAMMAD MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR RAKYAT PALESTIN DILINDUNGI DARI KEKEJAMAN ZIONIST TETAPI SEBALIKNYA MENDOAKAN PULA KEMGHANCURKAN  UMNO DAN BN SEOLAH OLAH DAP KAFIR LEBIH MULIA DARI MELAYU PENDOKONG KERAJAAN. 

Terkedu, tergamang, tersentak, terperanjat dan ternganga  . Itulah ungkapan  dan bayangan yang dapat saya terjemahkan disini. Rata-rata jemaah  yang menghadirkan diri  serta menjadi jemaah didalam upacara 'slot  hajat' yang diadakan di Stadium Muhammad amat memeranjatkan ramai orang dan mungkin juga seluruh warga Melayu Islam di Malaysia dan mungkin juga diseluruh nusantara tentang 'perbuatan bidaah terlampau' yang dilakukan oleh k Tok Gurus atau Ulamak yang diiktiraf oleh PAS,  Rata-rata yang bersama terdiri dari   Pak Haji- Pak Haji, Pak Lebai -Pak Lebai dan mungkin juga Tok Gurus Pondok , yang berserban serta berjubah mengalahkan Pak Arab, bersama-sama 'melaungkan atau meng'amin'kan doa yang dibaca oleh Imamnya iaitu, adik kepada Nik Aziz, dan diselang selikan dengan 'laungan ' KO BN, KO BN, BN KO. BN KO' .
Yang di 'AMIN'  oleh jemaah buta hati yang menyebut Ko BN KO BN, membawa maksud :-
 BN KUAT , BN POWER, BN BERKUASA, maksud seperti catatan dibawah. Secara tidak langsung PAS mendoakan agar BN Kuat, BN Power dan BN Berkuasa.
Kalau hidup atau berpolitik hanya setakat 'ikut-ikut' :- beginilah jadinya.

Sebutan ko'akh atau ko (dlm bahasa hebrew) bermaksud :-
Definition :-
strength, power, might
human strength
strength ( of angels)
power ( of god)

Keperibadian mereka-mereka yang digelar ' ulamak' dan 'tok-gurus' ini tercemar dan tercalar dengan perlakuan dan keperibadian tok lebai-tok lebai yang mengaku pandai agama ini yang menampilkan PAKAIAN SERAGAM 'BERSERBAN DAN BERJUBAH' yang seolah-olah mengayakan sifat 'kealiman dan keberimanan' kepada Tuhan mereka. Itulah yang ingin dipertontonkan kepada rakyat marhean yang berfikiran jumud. Ingatlah wahai ' sipembaca doa' dan juga ' sipengamin' doa, tidak kah anda tahu bahawa perbuatan yang anda lakukan tersebut amat dimurkai Allah SWT. Sekiranya itulah matlamat dan tujuan anda sekalian, iaitu mendoakan kehancuran atau memohon didatangkan kemudaratan kepada saudara seIslam kamu, maka, dengan sendiri doa keburukan itu akan berbalik kepada anda sekalian. Saya menyeru kepada mereka yang berserban dan berjubah yang menghadirkan diri bersama mendoakan keburukan kepada saudara seagama, agar, menanggalkan 'serban , kopian, songkok mahu pun jubah menanggalkan 'pakaian tersebut' kerana pakaian yang anda pakai tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang muslim yang mukmin kerana perbuatan anda tidak secara langsung telah mencemar keperibadian Rasullulah s.a.w yang mana pakaian baginda seperti itu merupakan sunnah Baginda s.a.w. Penampilan pakaian dan perbuatan yang begitu sesungguhnya telah ' memfitnah' sunnah Rasullulah s.a.w. Adakah anda sedar>>

"KO BN"  KO UMNO " .  DOA IMAM MEMBAWA MAKSUD  KUAT BN, POWER UMNO. KEBEBALAN IMAM MENIMBA ILMU   MAKA TERDOA KEKUATAN DAN  KEHEBATAN UNTUK LAWAN. ALLAH SWT MAHA KAYA.DAH DI TERBALIKAN DOA TERSEBUT. 
Tidakkah anda tahu  bahawa pada hari  anda 'mendoakan' keburukan' kepada mereka yang tidak sealiran politik dengan anda, satu kejadian yang lebih besar terjadi kepada 'penduduk Islam Palestin. Dimanakah kesedaran anda tentang nasib saudara seagama anda yang bermatian-matian menggadaikan nyawa tanpa senjata menentang kekejaman tentera Zionist? Sepatutnya anda mendahulukan mereka dan mendoakan agar ' penduduk Islam Palestin' yang sedang berjuang mempertahankan bumi  ' Mikraj" Rasullulah dilindungi Allah SWT dan diberi kekuatan keimanan didalam mengharungi keganasanan tentera Zionist, tetapi, alangkah malangnya, ' Imam dan makmum ' pada malam tersebut telah di' buta' kan hati dan ' ditutup ' minda' dari memikirkan nasib umat Islam Palestin.
Alanagkah kesiannya nasib Pak Lebai- Pak Lebai malang ini apabila 'hati di tutup' oleh Allah SWT.

Tetapi sekiranya Iman atau abang  kepada Nik Aziz yang 'mengimankan' solat itu, membuat pembacaan doa yang memohon kepada Allah SWT agar ' ahli umno sekaliannya' diberikan hidayah agar terbuka hati mereka dan dibalikan hati mereka supaya menyenangi parti Pas atau bersama-sama Pas menegakkan syiar Islam dan memepertahanan kesucian Islam seperti yang dituntut ", inshaallah, banyak mata atau penyokong UMNO akan tertarik hati  dengan Pas. Salah seorangnya adalah saya. Tetapi perkara ini tidak terjadi. Alangkah sedihnya apabila ' doa kemudaratan' pula yang dipohon.

Dengan perbuatan ini jelas menunjukkan bahawa ' perang sikologi' Pas gagal kerana tidak dapat membaca
situasi. Situasi yang memungkinkan Pas memenangi hati rakyat tidak dapat diterjemahkan secara nyata. Ini mungkin juga merupakan satu ' signal' dari  Allah SWT  agar  parti Pas ini wajar ditolak kerana terlalu mementingkan 'kuasa' dari ' membela Islam' .

Walaupun UMNO yang didakwa tidak Islam dan hari ini dicop sebagai  ' murtad' oleh Nik Aziz, namun, orang UMNO tidak  pernah pula  mendoakan ' bala' ditimpa kepada Pas walaupun bermacam-macam ' umpatan' dan 'sumpah seranah' yang dilemparkan kepada mereka.
Keperibadian Orang UMNO pula  yang tidak berserban dan berjubah ini  lebih menampakan  ' kealiman' dan perkerti yang baik jika dibandingkan dengan ' kelompok yang mengaku alim' ini. Jadi dimana silapnya ? strategi Pas ini.
LA!! LAIN YANG AKU SURUH LAIN PULA YANG ABANG AKU DOAKAN. MAK AII!! SENJATA MAKAN TUAN LAH PULAK.
                                     
Walaupun kita tahu bukan semua orang UMNO itu  tidak baik tetapi tiada pula kita mendengar kumpulan ini mencerca dan mangkafirkan orang lain. Jadi, perkerti siapa lebih baik?
Sekiranya Pas atau Nik Aziz tidak bersetuju dengan pemimpin UMNO, jangan lah sampai 'memurtadkan' orang. Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa rakan sekutu beliau yang ' memakmurkan' murtad, dan membenarkan kaedaan ini".
Nik Aziz menuduh orang UMNO murtad tetapi pada masa yang sama segala hasil terdahulu, kini  dan akan datang yang dijana melalui pemimpin UMNO , 'halal' pula untuk di'rembat' sekonyong-konyong.Tahukah Nik Aziz atau pengikutnya, apakah hukumnya memakan hasil  yang diraih dari manusia yang murtad?Keluarkanlah ' fatwa' berhubung hasil ini??
Dari apa yang saya lihat, semakin hari semakin jauh Nik Aziz ini dari jalan Tuhan.Makin tinggi ilmu ' yang didakwa' makin 'menyongsang' pula kefahamanya. Jangan hanya nampak 'cantik' diluar' saja? Tuhan itu maha Adil Maha Kaya dan Maha Mengatahui, siapa sesat, siapa murtad, siapa berdosa, siapa bersalah, semuanya "dipengetahuan" Allah SWT semuanya, Tiadalah gunanya kita mengatakan sesuatu yang bukan 'hak', kerana kita juga akan diperhitungkan dihadapan Allah SWT. Ingatlah..

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

7 comments:

  1. bagaimana pula pembunuhan umat islam di memali dulu yang dilakukan oleh pemerintah malaysia ketika mahathir dulu, kenapa didiami aj a hal ini. bekankah zalim namanya itu?

    ReplyDelete
  2. tindakan mereka berdoa seperti ini same macam al-arqam buat dlu.cuma al-arqam xbuat ditempat terbuka je dan mereka menggunakan kanak2 yg tak tahu ape2 utk mendoakan dan mengaminkan doa tersebut..saye just nak tegelak je bile tengok sume ni jadi...rase nk gelak guling2...come on la man..jgn la become worse..pulanglah ke jalan yg benar..sesungguhnya islam itu adalah mudah dan tak rumit mcm ni..jgn nak kata kerajaan teruk,rasuah segala..percayalah yg kalian pun akan ber'rasuah' juge klu jadik kerajaan..sye berani jamin punye..hihi

    ReplyDelete
  3. saya setuju komen diatas

    ReplyDelete
  4. saya kira partai yang benar benar mau menegakkan islam di malaysia ini adalah parti PAS itu, tanya lah hati kalian jangan bohongi hati kalian ya kerna Alloh saja yang tahu dalam hati kalian. Parti PAS dan umno saya kira seperti bumi dan langit.

    ReplyDelete
  5. bila kita mendengar kabar dari sumber yang yang diketahui memeng kerja dia sangat benci dengan parti islam itu maka selidiki dulu berita itu , adakah benar seperti yang diberitakan itu. Nasihat saya jangan hanya mendengar dari sebelah pihak saja, berlaku adil lah kalian dalam berbahas.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Islam itu indah, Islam itu mudah, Islam itu harmoni..Islam bukanlah sekadar memakai serban dan jubah.Rasulullah pun suruh kita mendidik umat mengikut zaman..Ketahuilah juga bahawa semua umat manusia di atas muka bumi ini adalah hamba Allah walopun dia bkn Muslim & Allah akan beri yang terbaik untuk hamba-hambanya..Allah jugalah yang telah menentukan Malaysia ni ditadbir oleh BN selama ini..Kalau kita tak percaya,tanya lah balik iman kita..

    ReplyDelete