Monday, 28 January 2013

ADAKAH ANDA BERTAREKAT ATAUPUN JIWA ANDA TERIKAT : KECELARUAN JIWA YANG KOSONG: TERDESAK MENCARI 'ALLAH'

ISLAM ITU MUDAH: MUHAMMAD S.A.W TIDAK MENYUSAHKAN UMATNYA TETAPI UMATNYA MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI., SERTA TIDAK  FAHAM APA YANG DIBAWA BAGINDA.

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

"Perjalanan Baginda Rasullulah adalah terang dan nyata, tiada yang tersembunyi dan terselindung dari Kalam Allah, begitu jugalah para sahabat Baginda serta pengikutnya, mengikuti perkara yang nyata dan asas seperti yang dilakukan Baginda"Pernahkah para sahabat "mendahului " baginda didalam menyampaikan  'Agama Allah". 

Terpanggil sekali lagi untuk saya membicarakan berhubung topik yang berkaitan dengan perkumpulan atau ' puak yang memanggil diri mereka 'kumpulan tarekat'. 
Terdapat berpuluh-puluh mungkin beratus kumpulan tarikat  yang bergerak secra aktif dan juga secara tersembunyi di mereta pelosok didunia tidak terkecuali  dinegara kita Malaysia . Kenapa dan mengapa tidak saya ketahui sebabnya , tetapi melalui pembacaan  serta percampuran saya dengan kumpulan ini, jelas dan nyata, mereka percaya bahawa kefahaman  'syeikh' yang didakwa ' berada' dimakam paling tinggi'  sekali iaitu bertarafkan ' wali allah' dan mungkin juga mendakwa 'sebagai'  sahabat Rasullulah"  yang nyata dan mendapat 'pengiktirafan' dari baginda sendiri tersebar luas.  
Kefahaman serta kepercayaan  ini sudah ditanamkan dan menjadi sebati dihati dan jiwa-jiwa  pengikut mereka yang berbagai-bagai laterbelakang ini. Ada yang miskin, ada yang kaya, berdarjat dan manusia kebanyakkan semuanya terhimpun dan 'tergoda' dengan 'sandiwara' ini.
Diantara kumpulan yang bergerak aktif dan yang mendemonasi tarekat ialah 'tarekat' yang dibawa dan diasaskan oleh Sheikh Nazim yang berasal dari Cyprus, Istanbul. Kini pengaruhnya telah melampaui  sempadan dan kini berleluasa hingga ke nusantara tanah Melayu. Objective dan tuju arah perkumpulan ini dikatanya hanyalah  ' mencari reda Allah SWT" sehingga kemakam tertinggi. Bagaimana kayu pengukur untuk tujuan ini tidaklah diketahui dan hanya ' Syeikh" saja yang" tahu ". 

Dibawah ini adalah diantara kejadian atau makam yang didakwa diterima oleh murid-muridnya ketika mereka mengikut tarekat ini atau berbai'ah dengan kumpulan ini yang diterima secara langsung dari 'Sheikh" atau '" pembantu sheikh". Ini adalah diantara dakwaan-dakwaan yang diperkatakan oleh pengikut 'terikat' bawaan Sheikh ini.

There are some mureeds who have been given the gift by Mowlana Sheikh Nazim of being able to see the Holy Prophet Muhammad (Sal) appearing before them. To some of them the Holy Prophet (Sal) appears to them in flashes. Some are in the presence of the Holy Prophet (Sal) at all times ? 24 hours a day. They are able to communicate with the Holy Prophet (Sal). They are able to put questions to Holy Prophet Muhammad (Sal) and they are answered by him. The Holy Prophet Muhammad (Sal) teaches, instructs and guides them.


The existence of Seyyidina Mahdi (Alai) in these times is doubly confirmed by some mureeds of Mowlana Sheik Nazim who have been given the gift of seeing Seyyidina Mahdi (Alai). He is so powerful that it is not possible for people to look at his eyes. Mowlana Sheikh Nazim has however, granted some of his mureeds the power to look directly into the eyes of Seyyidina Mahdi (Alai) and also to communicate with him.
Of course there are also certain mureeds who have had the opportunity of being transported beyond the limits of this world, beyond the limits of this Galaxy even, and to the very edges of the far Galaxies. They have been taken to the Paradises and have experienced the delights therein. They have even seen the hells too. They have also visited other worlds and met with their occupants.

Diatas adalah diantara dakwaan yang dibuat berhubung ' kehebatan' dan 'kelebihan' yang dimiliki oleh pengikut atau murid-murid nya.

Kalau benar apa yang didakwa oleh Sheikh Nazim bahawa 'perjalanan' atau ' tarekat' yang diasaskannya adalah benar belaka, kenapa tiada satu pun penemuaan yang berguna untuk dijadikan 'hak-milik' umat Islam yang boleh digunakan untuk seluruh dunia setidak-tidaknya untuk ahli-ahli mereka? Kenapa tiada seorang pakar saintis atau pakar perubatan terhebat yang dapat dilahirkan dikalangan murid-murid mereka yang dikatakan boleh menembusi 'langit allah' serta ' melawat ' perbendaharaan Allah." dan kenapa tidak dizahirkan ' harta' tersebut sekiranya mereka sudah boleh menguasai dua alam ini, iaitu ' alam zahir' dan ' alam bhatin".  Sekiranya mereka mendakwa 'melihat Rasullulah' dan berkata-kata dengannya', kenapa tidak ditanya perihal ' Tongkat Sulaiman" atau 'ilmu Sulaiman' agar dapat dimenafaatkan oleh Umat Islam didalam melindungi Umat Muhammad yang ketika ini 'pasak' dan di kerjakan oleh orang kafir. Kenapa ' kehebatan" yang didakwa ini tidak dapat dimenafaatkan?? Sekiranya mereka mendakwa bahawa setiap penjuru alam ini dikawal oleh 'mereka-mereka' yang ' Sheikh" ini kenali serta 'berkawan' dengannya' kenapa?? tidak diberikan amaran awal akan 'terjadinya" kemusnahan didunia Islam? Tidakkah 'doa' Sheikh ini 'berkaramah" dan didengari oleh Yang Maha Esa? dan boleh menyelamatkan Umat Muhamad, kenapa masih gagal didalam 'menangani" isu Yahudi? kenapa terbatas?? serta tidak meninggalan sebarang impak kepada bangsa Yahudi?

Apa yang dapat saya perhalusi melalui 'tarekat' ini  adalah beliau  Sheikh Nazim berjaya 'membelai' jiwa-jiwa yang "kekosongan"  yang tidak mengenali ' diri sebenar diri' seperti yang difirmankan Allah SWT serta kegagalan diri pengikut mereka memahami 'perjalanan' yang dibawa oleh Baginda Rasullulah s.a.w serta Al Quran.

Sebenarnya 'pengikut terekat' ini sudah tersasar jauh dari tuntutan Allah SWT dan 'pesanan Baginda ". Sesungguhnya Firman Allah SWT itu terang dan nyata dan tidak perlu digali-gali atau disandarkan dengan maksud yang lain. Sesungguhnya Nabi Muhammad itu 'kekasih' Allah dan  Allah SWT inginkan yang mudah dan simple untuk 'umat" kekasihnya. Umat Muhammad tidak perlu menyusahkan diri, kerana, keperluan atau persediaan prasarana dan yang  lain akan diagihkan kepada Umat selain Islam untuk memikirkannya. Umat Muhammad hanya perlu membuat kebaikan dan berserdahana didalam kehidupan .

Kini, Umat Islam, sifatnya suka terikut-ikut dan tidak mempunyai keyakinan diri serta pegangan Islam yang 'bercelaru" Mereka tidak memahami apakah tuntutan sebenar didalam kehidupan. Yang mana keperluan yang mana satu tuntutan, kedua-duanya gagal difahami.

Hanya yang perlu dilakukan oleh Umat Muhammad hanyalah menyampaikan ayat-ayat Allah SWT kepada mereka yang belum mengambil Allah SWT sebagai tuhan. Maksudnya serulah dengan kata-kata Allah SWT  kepada mereka yang belum mengambil Islam sebagai 'jalan' hidup' dan beriman dengan Al Quran dan bukan 'memesongkan' fikiran atau ' mengada-adakan' perkara yang bukan hak.

Oleh itu janganlah kita mendahului Baginda Rasullulah, janganlah kita mengada-adakan apa yang tidak ada didalam menyampaikan  Agama Allah, iaitu Islam kepada bukan Islam.

Kenali dan fahamai mereka yang berhampiran dengan anda baru boleh melangkah jauh. Sekiranya perkara ini gagal dikenali sebagimana anda mengenali 'diri' sendiri, tiada satu akan berubah. Yang berubah adalah 'rasa' anda. Anda masih dititik yang sama.

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid



3 comments:

  1. salam,
    Saya cadangkn saudara membaca buku perkembangan tasawuf dari abad ke abad tulisan buya hamka.agak tidak adil rasanya kita menghukum segolongan itu sesat hasil pemerhatian kita dari video2 youtube atau tulisan2 yg diragui kesahihannya.saya sendiri sebagai pengamal tarekat amat tidak setuju dgn bahan yg saudara highlight kan tetapi tidak dapat saya nafikan memang ada sebahagian pengamal tarekat yg mengagungkn guru/tarekatnya lebih yg sepatutnya lantaran menyaksikan karomah/kasyaf pengamalnya.apa pun bersangka baiklah,moga Allah membimbing kita ke jalan yg lebih baik.insyallah
    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Apa yang saya paparkan adalah ' kesepakatan' yang dibuat oleh Pengasas itu sendiri. Maaf bahan rujukan saya hanyalah "Al Quran" saja. Manusia disertakan dengan akal fikiran oleh Allah SWT oleh itu gunakan dengan sebaik mungkin untuk menentukan arah tujuan. Saya tidak bersifat 'menjatuhkan hukum' tetapi sebaliknya mahukan umat Islam berfikir sewaras-warasnya tentang hala tuju sendiri. Wajar bagi kita ' mencetuskan' minda umat untuk menyadarkan bukan membiarkan seseorang itu terus hanyut. Tugas kita adalah menyampaikan 'kata-kata Allah" . Selainnya terpullangkan kepada individu-individu untuk mencorakkanya.

    ReplyDelete
  3. Admin,.lebih baik anda rujuk al-quran dan hadis...
    Jangan ikut logik akal sahaja...

    ReplyDelete