AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Wednesday, 30 January 2013
ANWAR IBRAHIM HILANG TABIAT KE?? RAKYAT DILIMPAHKAN PEMERINTAH JUTAAN RINGGIT
Assalammualaikum
Ramai rakyat mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala usaha yang dilakukan oleh Sdr Anwar Ibrahim, Bekas Timbalan Perdana Malaysia kerana 'membogelkan' atau 'membentangkan' segala salah laku serta 'rasuah' yang didakwa dilakukan oleh 'bekas sahabat beliau dan juga diri beliau sendiri" sewaktu berbulan madu didalam kem parti pemerintah (BN) dahulu.Atas kesalahan yang 'didakwa' dilakukan beliau, beliau dihantar ke penjara tanpa kerelaan dan meringkuk disana selama lebih 6 tahun, disitu beliau mendapat pelajaran yang termahal sekali yang terpaksa dibayar oleh dirinya.
Kini beliau sebebas-bebasnya kesana kemari mendendangkan atau mencanangkan 'salah laku' para-para sahabat dan teman beliau dahulu tanpa sempadan. Mungkin selama ini rakyat tidak membuka mata atau mengambil berat diatas dakwaan 'penyelewangan' yang didakwa oleh beliau yang telah dilakukan oleh 'parti yang pernah beliau wakili' dahulu iaitu UMNO . Dukacita diatas 'ketelusan' dan 'pemberitaan' yang beliau laungkan diserata pelosok negara didalam mahupun diluar negara, sehinggakan 'tempias' implikasi 'ketakutan pelabur' terhadap Malaysia menjadi amat ketara dan ini sebenarnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara kita, dan perkara ini saya jangka adalah satu perbuatan 'menikam rakyat dan negara' dari belakang sekali gus merosakan imej rakyat Malaysua keseluruhanya.
Perbuatan ini adalah keji, sepatutnya Sdr Anwar tidak 'membusukkan' Malaysia tetapi sebaliknya cuba untuk meyakinkan 'orang asing' bahawa 'penyelewengan' serta 'rasuah' yang beliau dakwa dilakukan oleh Pemimpin Pemerintah akan dihadapkan kemuka pengadilan sekiranya dia mendapat 'mandat" dari rakyat untuk menerajui Putrajaya. Tetapi kesilapan inilah yang 'merosakan' imej Sdr Anwar Ibrahim dimata rakyat keseluruhanya. Kekecewaan yang diluahkan diluar negara sedikit sebanyak mencalar intergriti dan maruah Sdr Anwar Ibrahim kerana 'orang luar' akan menganggap Sdr Anwar Ibrahim bukan seorang pejuang tetapi sebaliknya 'pendendam' .Sepatutnya sikap beliau diluar negara lebih rasional dan berhemah demi 'menentang' penyeleweng yang 'didakwa'. Disebabkan 'keterlanjuran ' kata-kata beliau maka 'pihak yang tidak menyenangi Malaysia ' mula merapati Sdr\Anwar Ibrahim, samaada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Mungkin diri Sdr Anwar Ibrahim ingin 'membetulkan' keadaan didalam negara seperti yang didakwa, tetapi adakah rakan sekutunya ' sehati' dan 'sejiwa' dengan perjuangan Sdr Anwar Ibrahim, atau sekadar 'mencari keuntungan" atau 'laba'.
Tidak dinafikan semamangnya Sdr Anwar seorang yang berkarisma namun , dengan berkat kesabaran serta kepetahan beliau berpidato serta 'aura' yang kuat telah membuatkan 'Parti Pemerintah" lintang pukang dan tidak keruan apabila Sdr Anwar mengusik atau menyebarkan sesuatu perkara .Ada sesetengah dari mereka ini bertukar 'kiblat' dan ' berpindah hati' apabila Sdr Anwar Ibrahim 'berdehem'. Bagi mereka-mereka yang sudah dipenghujung 'karier' atau ' yang dipanggil ' ayam sabung pencen', kini berjinak-jinak serta ingin menjadi teman rapat kepada Sdr Anwar Ibrahim, untuk tujuan apa, hanya mereka sendiri yang mengetahui. Kalau dilihatkan kepada prestasi dan keperibadian mereka, selayaknya mereka ini menjadi 'umpan buaya ", tiada siapa yang kepingin lagi dan ini sedikit sebanyak merencatkan .
Dari hasil kepaduan dan kepetahan kata-kata Sdr Anuar Ibrahim yang sememangnya 'berapi' dan beremosi dipersada politik , parti pemerintah dengan rela hati telah 'menghadiahkan' berjuta-juta ringgit kepada rakyat . Disebabkan kelantangan dan berbisanya suaranya yang diibaratkan seperti 'halilintar' telah mengecutkan 'hati' pemimpin parti pemerintah. Dan kini hasilnya semua lapisan rakyat yang selama ini tidak pernah sekali menerima apa-apa imbuhan dari parti pemerintah sejak berpuluh tahun merdeka, tetapi, kini alhamdullilah, setiap hari rakyat Malaysia dicurahkan dengan berbilion ringgit samaada warga tua, muda, remaja, ibu tunggal, dan segala jenis bangsa , kini semuanya menikmati hasil yang diusahakan oleh Sdr Anwar Ibrahim. Terima kasih Bro.
Kini rakyat Malaysia terpaksa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr Anwar Ibrahim kerana tanpa beliau melaungkan 'kepincangan' kerajaan pemerintah atau pun parti memerintah , semua ini tidak akan dapat dinikmati oleh rakyat merhean. Walaupun apa yang dilaungkan oleh Sdr Anwar Ibrahim itu hanya 'dakwaan', kemungkinan, 'benar' namun semua itu tidak menjadi persoalan,yang penting rakyat" merasa" hasil secara langsung dari kerajaan.
Sdr Anwar Ibrahim juga berjanji bermacam-macam kepada Rakyat terutama ketika PRU 12 dahulu, tetapi malangnya, janji tersebut tidak ditepati dan masih lagi 'tergantung' sampai kini. Memang benar, kalau dilihatkan kekuatan parti yang dikuasai Sdr Anwar Ibrahim, kita merasakan 'amat sedih' dan 'bersimpati' dengannya, tetapi itulah hakikat yang perlu dilalui oleh Sdr Anwar Ibrahim didalam mengharungi 'ranjau' politik ini.
Sungguhpun begitu, jasa dan kesungguhan Sdr Anwar Ibrahim didalam memperjuangkan isu-isu hangat dan panas, namun apa yang dapat dilihat, kerajaan pemerintah dan pemimpin tertingginya seolah-olah gagal didalam menepis isu yang dibangkitkan oleh Sdr Anwar Ibrahim . Benar bagai dikata, Sdr Anwar Ibrahim mempunyai 'aura' tersendiri didalam ketokohan sebagai pemimpin tetapi bagai yang dikata' kesalahan yang didakwa' oleh segelintir 'bekas sahabat didalam BN" banyak meranapkan imej Sdr\ Anwar Ibrahim sendiri . Itulah yang harus ditempuhi. Sebenarnya orang Melayu bersimpati dengan Sdr Anwar Ibrahim tetapi disebabkan 'keceluparan' serta 'tindak tanduk' Sdr\Anwar Ibrahim , didalam menangani sesuatu isu membuatkan ' rakyat terpaksa membuat 'pilihan'
Sebenarnya , sekiranya Pakatan Rakyat tiada Sdr Anwar Ibrahim bersama,sudah lama DAP dan PAS berseteru. Tetapi disebabkan 'kelicikan' strategi Sdr Anwar Ibrahim didalam mencorakan DAP dan PAS membuatkan kedua 'kuda' tunggangan ini mengikut kata. Sejauhmana 'setia' nya DAP kepada Sdr Anwar Ibrahim tentang 'perjuangan' memertabatkan Melayu dan Islam 'acuan' Sdr Anwar Ibrahim, saya rasa Sdr Anwar Ibrahim sudah boleh menciumnya.
Maaf, saya bukanlah 'peramal' atau ' fortune teller", tetapi, didalam 'rasa' , cita-cita Sdr Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri adalah terlalu besar dan 'tinggi' . Walaupun itu adalah jawatan impian setiap pemimpin politik untuk menalklukinya,namun semua itu adalah ketentuan Allah SWT. Walaupun pada hakikatnya Sdr Anwar Ibrahim 'berkelayakan"untuk mengisi jawatan nombor satu ini namun 'hajat "itu tidak kesampaian . Sebenarnya, saya juga ingin melihat Sdr Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi, 'roh' atau ' nur' beliau untuk memegang 'tampuk' itu tidak menyebelahi dirinya. . Itulah yang dapat saya katakan pada diri Sdr Anwar Ibrahim.
Setidak-tidaknya rakyat Malaysia akan berterima kasih kepada Sdr Anwar Ibrahim kerana dengan adanya beliau dipersada politik sekurang-kurangnya banyak menafaat yang rakyat nikmati dan dengan kehadiran beliau juga akan membuatkan kerajaan sediaada berbelanja secara berhemah. Dengan adanya Sdr\Anwar Ibrahim dipersada sekurang-kurangnya 'penyelewengan' di Kementerian dapat dikurangkan.
Setidak-tidaknya Sdr\Anwar Ibrahim masih lagi 'bersuara' di Parlimen.
Sekian.
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment