Monday, 28 January 2013

BUMI TERPILEH DAN BERTUAH :NEGERI SEMBILAN DAN PEMIMPIN AHKIR ZAMAN BERMULA DISINI

PERMATA DUNIA MELAYU ISLAM  : KELAHIRAN TERAKHIR PERMATA DUNIA  BERKILAUAN DI NEGERI 9. MALAYSIA ADALAH JANTUNGNYA SEMENTARA N. SEMBILAN  ADALAH ' HATI' NYA. TERUSKAN PENCARIAN ANDA

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Mungkin apa yang ingin saya paparkan disini akan membuatkan ramai diantara pelayar-pelayar atau pembaca setia akan tertanya-tanya kenapa saya mengutarakan tajuk yang disebut. Kenapa saya berani mengatakan sedemikian? Semuanya bersebab dan sebahagian  permulaan dari cerita ini telah saya caturkan diawalan perjalanan blog ini. Diharap bagi mereka yang belum mengetahuinya diharap dapat melayari post-post berkenaan dilaman ini.

Berbalik kepada topik yang ingin dibahas atau yang dibincangkan. Masih ingatkah kita permulaan negara kita iaitu Malaysia. Negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan gerakan atau usaha-usaha kearah kemerdekaan itu pula bermula seawal dari itu. Dari gerakan-gerakan tersebut maka tercetuslah isi pati perjuangan yang menghasilkan  ' kemerdekaan'. Didalam 9 negeri yang dinaungi Raja Raja Melayu,  Raja Yang Dipanggil "Yang Di Pertuan Besar " dari Negeri Sembilan telah dipileh untuk menyandang jawatan Yang Di Pertuan Agung yang pertama bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia ketika itu. Yang Di Pertuan Besar atau Yang Di Pertuan Agung Pertama bernama  Tuanku Abd Rahman ibni al Marhum Tuanku Muhammad.

Wang and duit yang kita gunakan dari dahulu sehingga kini masih mengekalkan potret atau gambar Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan atau Yang Di Pertuan Agung Pertama. Sudah melebihi 55 tahun wajah tersebut terpampar disetiap helaian ringgit Malaysia yang berada dipasaran antara bangsa dan diri setiap warga asing yang melancong ke Malaysia atau pun berurusan dengan kewangan mahu pun perdagangan dari yang halal mahu pun yang haram, maka, wajah ini akan dikenalai sebagai ' legal tender" atau ' 'cop mohor' tentang kewangan Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Setiap negara mengakuinya secara sah untuk digunakan secara meluas tanpa had sempadan. Begitulah sinonimnya wajah Yang Di Pertuan Agung yang lahirnya dari Negeri Sembilan ini. Dan sekira ada diantara mereka yang bertanya wajah siapa kah ini atau dari mana negeri Raja ini berasal, jawapannya, adalah Negeri Sembilan. Begitulah hebatnya nilai Sembilan ini.

Dengan penggunaan 'wajah' ini, ianya menandakan bahawa bahawa Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang amat unik dan bertuah lagi terpileh. Uniknya sistem pemilihan dinegeri ini ,Yang Di Pertuan Besar hanya akan dipileh oleh Dato' Dato' Undang Yang Empat, yang mewakili jajahan masing-masing iaitu Luak Sg Ujong, Luak Jelebu, Luak Johol dan Luak Rembau dan Undang yang Empat ini pula merupakan Raja yang menaungi suku yang 12 dari jajahan masing-masing. Keunikan yang lain pula negeri ini dikenali  dengan 'angka' dan bukan abjad. Itulah keunikan yang ketara bagi negeri ini.

Yang bertuahnya pula, Yang Di Pertuan Agung pertama pula datangnya dari Negeri Sembilan, iaitu apabila negara ini mencapai kemerdekaan daripada British, Maksudnya permulaan penubuhan atau permulaan bagi ketua Negara Malaysia adalah dari Negeri Sembilan dan merupakan jawatan Raja Yang Tertinggi bagi mewakili Kerajaan untuk dikenali oleh anggota badan dunia.

Kenapa saya katakan Negeri ini merupakan negeri yang terpileh?.
Negeri Sembilan terdiiri daripada 7 daerah tetapi tetap dikenalai sebagai Negeri Sembilan. Dato' Dato' Undang Yang Empat berketurunan dari bangsa yang menghuni dimuara sungai dan akhirnya bercampur dengan orang Ulu atau orang asli , hasil percampuran ini,  mereka berkahwin dan hasil dari benih ini, maka lahirlah jenerai atau jurai yang  dikenali sebagai ' Biduanda". Hanya benih atau jurai Biduanda ini saja yang boleh dinobatkan atau ditabalkan sebagai Dato' Undang Yang Empat dan keturunan ini adalah penduduk peribumi atau penduduk asal bagi jajahan di Negeri Sembilan sementara penduduk yang lain pula majoritinya berasal dari kepulauan Sumetera .

 Disebabkan mereka ini datangnya dari berbagai keturunan maka disini mereka dikenali dengan ' suku' bangsa  serta dikehendaki secara rela 'berajakan'  Biduanda sebagai 'Raja' bagi mereka yang datang.  Disebabkan terdapat terlalu ramai penduduk "penghijrahaan" dari bumi Sumetera ini maka ketua atau Raja  dari suku mereka dibawa kesini untuk tujuan 'mengawal' kaum pendatang ini. Dan apabila kesepakatan dibuat oleh Dato' Dato' Undang Jajahan Yang Empat maka Undang Yang Empat melantik salah seorang dari keturunan Suku Pagar Ruyung untuk dijadikan 'Tuan' bagi penduduk dari Sumetera ini, dan diberi anugerah atau gelaran "Yang Di Pertuan Besar" atau yang membawa maksud ' Yang Di Tuan kan" dan Yang Dipertuan Besar ini diletakkan di Seri Menanti.  Dan sehingga kini jawatan Yang Di Pertuan Besar adalah Raja atau Tuan yang berkuasa di sekitar jajahan itu saja. Itulah serba sedikit sejarahnya.

Berbalik kita kepada topik asal, kenapa saya katakan Bumi ini, Negeri Sembilan bertuah??
Kini penduduk Malaysia terdiri dari berbilang bangsa dan kepercayaan yang berbeza-beza. Dan komposisi rakyat pula terdiri dari 65peratus Melayu dan bumiputra, dan selebihnya adalah Cina, India serta lain lain bangsa . Kini Malaysia dihuni seramai lebih kurang 26 juta penduduk. Tetapi yang anehnya dari 26 juta penduduk Malaysia ini, sebutir permata negara yang datangnya dari Negeri Sembilan yang telah melalui berbagai-bagai tahap pemeriksaan, sama ada  mental mahupun fizikal serta  perlu dilalui untuk sesi pemilihan 'angkasawan' pertama Malayasia untuk dihantar keangkasa. Berpuluh-puluh warganegara lelaki dan wanita memohonnya dan pemohon perlulah mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta mempunyai kelayakan yang secukupnya untuk dipileh menyertai misi ini. Setelah melalui bebarapa saringan mental dan fizikal serta kredibiliti maka seorang lagi anak kelahiran Negeri Sembilan telah dipileh untuk menyertai misi ke angkasa ini.dan kini nama beliau terpahat sebagai satu sejarah terunggul di Malaysia terutama Negeri Sembilan. Alhamdullilah 'umat ' yang berakar-umbi dari negeri ini  dipileh untuk menyertai misi 'berani mati' ini. Itulah kelebihan  Negeri yang bernama ' angka'.

Apakah kelebihan angka "sembilan "mengikut kajian spritual

Nine looks like PHI, the golden mean ratio, and is an upside down 6.  216 is the smallest cube that's also the sum of three cubes 3,4, and 5 cubed to get 6 cubed, 6x6x6= 216 digits add up to 9.  Hidden code that reveals the greatest truth of all and it is encoded into the construction of our universe and affects our lives called the 9 code
The 9 code is hidden as numbers in ancient books, music, art, religion, scrolls, architecture, and pyramids all over the world
The Intelligent design of our universe is geometrical and congruent forming beautiful shapes and images with the number 9 as a proof of concept stamp on it given by God. From atoms to galaxies and even our DNA is surrounded by geometrical shapes and patterns with the number 9 hidden inside as proof of creation. The 9 code was created to hide the message from the beast which wants to destroy it to hold us captive as slaves forever.
The number 9 has been encoded into our universe, by God.
Untuk mengetahui selanjutnya sila type : The Secret of number nine



TIDAK HAIRANLAH MENGAPA ALLAH MEMILIKI ASMA YANG 99 JUMLAHNYA!!

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul Husna (nama-nama yang baik).” – Al-Quran, Surah Thoo-Haa, Ayat 8.
“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”  (‘ukuran’ membawa maksud kepada pengiraan.)
Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment