JALAN YANG MANA SATU YE? ADAKAH ANDA MENGIKUT JALAN YANG DIBENTANGKAN RASULULLAH ATAU HAMPARAN PERMAIDANI DARI PEMIMPIN POLITIK ANDA? MANA PILIHAN ANDA? |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim,
Nampaknya pertembungan pendapat dan kecelaruan fahaman didalam menterjemahkan isu' kalimah Allah" masih lagi belum reda. Setiap entiti yang berwajib serta yang tidak berwajib melontarkan berbagai-bagai pandangan serta hujahan demi menegakkan 'kepercayaan serta keyakinan' sama ada untuk tujuan sebenar-benar 'menegakkan' atau pun untuk tujuan kepentingan politik, hanya Allah SWT yang tahu akan 'niat' mereka ini.
Yang teramat mendukacitakan, pihak yang telah diberikan amanah atau pun pihak yang sememangnya memikul amanah ini, samaada mereka ini secara sukarelanya atau pun secara terpaksanya tidak bersuara walau sepatah pun kecuali Sultan Selangor, iaitu DYMM Sultan Sharifuddin. Yang selebihnya hanya tunduk membisu seribu bahasa , lidah kelu tidak terkata dan hanya membiarkan 'isu' ini dibahas secara umumnya oleh masyarakat .
Kalau kita perhatian secara dekat, Parti Pemerintah, iaitu parti teras, UMNO secara umumnya tidak menyatakan pendirian berhubung perkara ini, tidak kedengaran atau pengumuman secara 'tegas' menyuarakan pendirian mereka , hanya segelintir saja pemimpin mereka yang menyatakan pendirian atau pandangan peribadi saja. UMNO mahupun melalui sayapnya Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO tidak dengan secara jelas 'menegakkan ' isu Kalimah Allah ini atau menentang akan kepenggunaan 'kalimah Allah" ini oleh Gereja Kristian. Kenapa?
Apa yang dapat kita saksikan hanya badan-badan NGO yang bernaung dibawah UMNO dan Barisan saja yang mempelopori isu ini dengan lantang, itupun melalui suara-suara dari mereka yang 'belum' ada taring. Tidak kedengaran suara Ketua Wanita, tidak kedengaran suara Pemuda UMNO tidak kedengaran suara Putera dan Puteri UMNO, kenapa??
Slogan yang di laungkan adalah untuk mempertahankan Negara, Bangsa dan Agama, tetapi apabila isu 'kalimah Allah" yang diusik, kenapa membisu seribu bahasa?? Begitulah adanya pertubuhan ini yang mengaku menobatkan agama sebagi tiangnya.
Begitu juga dengan pertubuhan yang satu ini, iaitu pertubuhan yang didakwa Islam dimana lambang pertubuhannya yang menyerupai Islam dan menggunakan Islam sebagai wadah perjuanganya, tetapi, disebabkan keangkuhan dan kebengapan Presiden serta ahli Majlisnya, dengan senang hati dan secara terbuka membuat 'pengistiharan' bahawa 'kalimah Allah" boleh dan dibenarkan kepengunaan kepada pihak Gereja untuk menggunakan nama 'Allah" .Fahamkah mereka ini bahawa Gereja Kristian menganggap Jesus Christ atau Kristus sebagai 'Tuhan Tiga Dalam Satu", dan ingin "menobatkanya" secara bertulis didalam naskah pembacaan yang didakwanya 'Kitab".
Itulah diantara kelemahan serta kedunguan Pemimpin Islam yang berpaksikan kepada politik ini. Bagi mereka kuasa untuk 'menakluki' tampok pemerintahan ini tiada batasan walaupun terpaksa menggadaikan 'kalimah Allah". Dan bagi rakan sekongi mereka pula,iaitu 'pencatur atau strategis", parti yang dianuti oleh ' puak pelampau' Hindu " yang dianggap berbilang kaum ini hanya menurut kehendak rakan seperjuangan mereka iaitu parti yang sememang memusuhi orang Melayu dan Islam sejak azalinya, bertegas inginkan agar Majlis Syura yang menaungi parti yang bertemakan dan meng'uniform' kan Islam ini agar 'mengkaji" semula keputusan mereka terhadap isu 'kalimah' Allah" ini . Tetapi , Alhamdullilah, mungkin Majlis Syura , yang merupakan badan tertinggi berhubung 'kepentingan Islam" didalam Pertubuhan ini, maka dengan tindakan dan kesepakatan ahli Majlis nya , telah berjaya menyelamatkan ' segelintir' pemimpin pertubuhan ini dari terus hanyut dan terbuai dengan ' kelalaian' dan ' bayangan kekayaan' serta 'gambaran kekuasaan' yang dimainkan serta yang dijanjikan oleh 'syaitan' secara terangan ini.
KIRI ATAU KANAN. PILIHAN DITANGAN ANDA. |
Persoalan atau provokasi ini tidak terhenti disini sebenarnya. Apa yang terjadi sekarang, persoalan ini sebenarnya dihimpunkan dibahu umat Islam Malaysia untuk memikulnya.Keputusan Majlis Fatwa disangkal, keputusan Mufti dan cerdik pandai agama diketepikan tetapi keputusan dari pemimpin politik pula yang ditagih? Kenapa??? Adakah pemimpin politik yang berkuasa terhadap 'isu kalimah' ini? Diwaktu yang getir ini, walaupun didalam Perlembagaan Negara secara mutlak telah meletakkan ' Raja Raja Melayu" sebagai ketua Agama, namun, agak terkilan rasa dihati, sehingga kini Majlis Raja Raja Melayu yang dinaungi oleh Yang Di Pertuan Agung, gagal didalam melaksanakan amanah Allah SWT yang dipikul dan dijunjung.
Benar seperti apa yang dicatitkan didalam Perlembagaan, Yang Di Pertuan Agung serta Raja Raja Melayu hanya bertanggungjawap sebagai ' Penurun tanda tangan" saja , tanpa kuasa .Segala kuasa mutlak adalah ditangan pemimpin politik. Itulah kebenaran.
Wahai Umat Islam, Umat yang mengaku Nabi Muhammad sebagai Rasulnya serta yang beriman dengan Al Quran dan hari akhirat, bangunlah, sedarlah, bahawa Islam diMalaysia telah sampai ke persimpangan. Siapa ikutan mu, adakah Muhammad s.a.w Imam mu atau Pemimpin Politik ikutan atau kepentingan mu. Dimana kamu letakkan kepentingan mu,? Adakah kepentingan dunia melebihi segalanya?? Ingatlah..sesungguhnya kekuasaan didunia ini hanyalah sementara dan alam akhirat itu lan yang kekal bagi kamu. Hendakah kamu dipersaksikan diakhirat nanti akan kejahilan otrang yang kamu 'puja dan puji'?, sanggupkah kamu 'bertarikat' dengan manusia yang menyekutukan Allah SWT? sanggupkah kamu direndam dengan air yang panas demi 'membenarkan' pemimpin kamu yang jahil ? Adakah pemimpin kamu ini dapat menyelamatkan kamu dari api neraka?
Ingatlah wahai manusia, selagi nyawa belum bercerai badan, insaflah, kembalilah, ikutlah,bertaubatlah dan pohonkanlah keampunan dari tuhan Mu agar kamu dipelihara dari bersengkokol atau bersarikat dengan musuh Allah SWT. Akhir kalam..hanya kamu yang menentukan kemana arah kamu dan kamu yang bertanggungjawap diatas kesalahan kamu sendiri dan tiada orang lain yang akan menanggung 'kesalahan' atau ' dosa" kamu.
I N G A T
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment