'INI ADALAH TANDA KASIH DAN SAYANG KU PADA MU YA RASULLULAH"
Ingin menanam rasa kecintaan terhadap Rasullulah s.a.w? Baca sepenuhnya 'Kisah terakhir baginda"ini. Semoga anda mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Sekiranya anda mempunyai perasaan kasih dan sayang yang teramat tinggi terhadap junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w sepertimana kasihnya ALLAH SWT terhadap 'kekasihNya', maka, marilah kita memanjatkan doa serta memohon 'kerahmatan' keatas diri Baginda dengan melafaskan :-
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, limpah kurniakanlah kerahmatan yang termulia keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya, sepertimana Kau berikan kerahmatan keatas semua para para Nabi dan Rasul yang terdahulu' dan kami juga bermohon pada Mu Ya Allah, limpahkan rasa kasih dan sayang serta kecintaan kami terhadap kekasih Mu, Nabi Muhammad s.a.w"
Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w bin Abdullah
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan di Mekah pada 12 Rabiul Awal tahun gajah atau 20 April tahun 571 M.
Pada malam 17 Ramadhan,bersamaan 6 Ogos 610 M, baginda di datangi malaikat Jibril membawa wahyu dan menyuruh Nabi untuk membaca. Inilah wahyu pertama yang diturunkan Allah SWT,
27 Rajab tahun ke-11 sesudah beliau diangkat menjadi Rasul, Allah SWT menjalankan baginda Rasulullah dalam satu malam yangf dipanggil Isra’ dan Mi’raj dari Mekah ke Baitul Maqdis dan naik kelangit ke-7 lalu dibawa ke Sidratul Muntaha.
Melakukan haji Wada’ ke Mekah, pada tanggal 25 Dzulhijjah 10 H.
8 Dzulhijjah 10 H, Rasulullah menyampaikan amanat kepada kaum muslimin di Bukit “ Arafah “, sebelum kembali ke Madinah.
12 Rabiul Awal 11 H atau 8 Juni 632 M Rasulullah kembali kehadrat Allah SWT dalam usia 63 tahun.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w pun berkata, " Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa didalam pertolongan dan pemeliharaan ALLAH S.W.T, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada ALLAH S.W.T dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian Rasulullah s.a.w pun pulang ke rumah baginda. Kemudian ALLAH S.W.T mewahyukan kepada malaikat Izrail a.s, " Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau di izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu kerumahnya dan kalau tidak diizinkan kamu masuk, maka hendaklah kamu kembali kepadaku."
Setelah mendapat perintah dari ALLAH S.W.T, maka malaikat Izrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat Izrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w, maka ia pun memberi salam, " Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah Nabi dan sumber risaalah, boleh saya masuk?) Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia pun berkata, " Wahai hambaallah, Rasulullah s.a.w sedang sibuk dan sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat Izrail berkata lagi seperti permulaannya dan kali ini seruan malaikat itu didengar oleh Rasulullah s.a.w dan baginda bertanya kepada Fatimah, " Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu?" Maka Fatimah r.a pun berkata, " Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggilmu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, " Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?" Jawab Fatimah, " Tidak, ayah."Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan memutuskan segala nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan memusnahkan semua rumah, serta meramaikan kubur." Fatimah r.a tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah s.a.w mendengar tangisan Fatimah r.a, maka beliau pun berkata, " Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w pun mengizinkan malaikat Izrail masuk. Maka malaikat Izrail pun masuk dengan mengucap , " Assalamualaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w menjawab, " Wa alaikas saalamu, wahai Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka malaikat Izrail berkata: " Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau tidak diizinkan maka aku akan kembali. " Berkata Rasulullah s.a.w, "Wahai Izrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata Izrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak berapa lama kemudian Jibril a.s pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w.
Apabila Rasulullah s.a.w melihat kedatangan Jibril a.s maka Rasulullah s.a.w pun berkata: " Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat? " Berkata Jibril a.s, " Ya aku tahu." Rasulullah s.a.w bertanya lagi, " Wahai Jibril, beritahu kemuliaan yang menggembirakan aku disisi ALLAH S.W.T ". Berkata Jibril a.s, " Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah di buka dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah s.a.w, Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s, " ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah s.a.w , " Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: " Wahai Izrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu malaikat Izrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w pun berkata: " Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s itu maka Rasulullah s.a.w pun berkata: " Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s berkata: " Wahai kekasih ALLAH, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" " Apabila ruh Rasulullah s.a.w telah sampai di dada ,baginda telah bersabda, " Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali r.a berkata:" Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan bibir beliau sebanyak dua kali dan saya meletakkan telinga saya dengan Rasulullah s.a.w dengan berkata: " Umatku, Umatku."
Telah bersabda Rasulullah s.a.w bahawa: " Malaikat Jibril a.s berkata kepadaku, " Wahai Muhammad, sesungguhnya ALLAH S.W.T telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu berselawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
Semoga kisah pengakhiran riwayat baginda Rasullulah s.a.w ini akan mendatangkan lagi rasa kecintaan yang mendalam terhadap perjalanan dan pengorbanan Baginda untuk kita . Setitis air mata kita berjujuran dipipi apabila membaca kisah terakhir ini maka kasih Rasullulah s.a.w akan tertumpah dihati kita.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua.
SALAM MAULIDUR RASUL
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment