Thursday, 17 January 2013

BANTUAN ALLAH " TERGANTUNG'?? : UMAT ISLAM HILANG ARAH:

SEMPENA  MAULIDUL RASUL INI MARILAH KITA BERMUHASABAH DIRI. MARI KITA TUNJUKKAN KECINTAAN, KASIH SAYANG DAN KERINDUAN KEPADA  KEKASIH ALLAH  NABI MUHAMMAD S.A.W AGAR DOA UMAT ISLAM DIANGKAT DAN TIDAK TERTANGGUH LAGI  AGAR  KEHANCURAN BANGSA, NEGARA DAN UMAT ISLAM DAPAT DI ELAKAN DAN  DIANGKAT ALLAH SWT KETARAF YANG LEBIH TINGGI DARI BANI ISRAEL DAN NASARA.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Assalammualaikum.

Tidak beberapa hari lagi,  kita umat Islam akan menyambut hari ulangtahun  kelahiran junjungan kita   Nabi Muhammad s.a.w. Berbagai-bagai persiapan dilakukan untuk meraikan harinya. Ada  sesetengah berpendapat  boleh diadakan sambutan dan sesetengah yang lain mengatakan ini adalah bidaah. Samaada kita setuju atau tidak dengan pendapat tersebut, hari itu bakal menjelma beberapa hari lagi.

Terasa amat pelik dan menjengkelkan pula kepada pihak yang tidak bersetuju ini. Kalau hari kelahiran isterinya ke, anaknya ke, atau girlfriendnya, hendak pula disambut dengan 'hidangan' kek yang berbagai perisa, sambil menyuruh yang disayangi meniup lilin. Dan yang paling pelik dan aneh disuruhnya pula yang disayangi itu  membuat 'wish' didalam hati, sambil memohon kepada ' TuhanNya" untuk 'meminta' permintaan. Cuiba fiikir siapalah manusia ' yang disayangi', ini berbanding junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu saya menyarankan kepada semua agar pakat ramai ramai supaya tahun ini kita sambut hari kelahiran baginda secara besar-besaran. Tunjukkan kesatuan hati kita didalam menjunjung agama Islam.

Kita perlu menterjemahkan kasih sayang kita yang tidak berbelah bagi terhadap Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad, dan kita tunjukkan kepada bangsa yang suka menghina Islam agar jangan lagi berani untuk mencemarkan kesucian Islam yang  kita junjung .Sekiranya kita ingin menunjukkan kekuatan kita sebagai penganut Islam, maka, ini adalah masa dan waktu yang tepat untuk kita menzahirkannya. Kita penuhi jalan-jalan raya, kita penuhi mesjid-mesjid, beramai-ramai kita berjalan sambil berselawat dengan  sepenuh jiwa raga kita, tanda kasihnya kita kepada Islam yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Kalau sebelum ini beberapa kerat bangsa asing memperlekehkan agama kita, Islam, kini kita buktikan kejaguhan kita didalam mempertahankan kesucian Islam dan kita tunjukkan kepada mereka bahawa walau apa pun yang terjadi dengan politik, namun, apabila Islam cuba diganggu gugat, maka, keseluruhan umat Islam akan bangkit beramai-ramai untuk 'berjuang' dan menentang siapa yang ingin memerangi Islam. Tunjukkan kepada "musuh dalam selimut kita", walaupun kita berlainan fahaman  politik, tetapi , didalam perihal Islam kita akan bersatu teguh didalam kalimah Allah.

Kenapa Allah SWT menyuruh malaikat dan manusia "berselawat" atau ' memohon kerahmatan" keatas Junjungan kita Nabi Muhammad dan Allah SWT juga ' memberi kerahmatan" keatas diri Rasullulah?
Sesungguhnya Allah SWT menganggap bahawa Nabi Muhammad itu  kekasihnya, Maksuhnya ' orang yang paling disayangi dan dicintai", begitu juga lah Allah SWT inginkan kita Umat Muhammad agar menyayangi dan mengasihi Baginda Rasullulah melebihi segalanya dibumi melainkan Allah SWT.  Tuhan mahukan kita agar menanam perasaan cinta dan kasih tersebut . Benar, memang ramai orang mendakwa bahawa mereka sayang, kasih, dan cinta kepada Rasullulah tetapi sebenarnya 'perumpamaan atau percakapan' itu hanya ibarat ' embun di daun keladi" . Kalau dicatat melalui sukatan ' perkataan, perbuatan dan tingkah laku' bacaan 'graf' nya tidak lebih dari 0.5 dari sepuluh mata penuh. Begitulah sifatnya Umat Muhammad kini.
                                                                                 
   
Kita renung kebelakang, kenapa kini umat Islam terkebelakang , tercicir dan teraniya? Adakah kerana umat Islam itu bodoh, malas, tidak pandai, tidak cekap seperti bangsa lain? Kenapa satu demi satu negara Islam dihancurkan , rakyat dan negaranya? Tidakkah mereka ini beriman dengan Al Quran? Kenapa 'doa-doa' orang yang teraniya ini , doa anak anak fakir miskin, doa doa anak yatim dan doa-doa Imam-imam yang hebat lulusan University serta Alim Ulama yang 'diangkat" manusia sebagai 'wali', doa ini tidak diangkat dan dimakbulkan Allah SWT? Kenapa?? Ditambah pula pada  setiap bulan Ramadhan dan pada setiap Jumaat, Imam-Imam di Mekah terutama yang berdiri dihadapan Kaabah memohon sambil menitiskan air mata kepada Allah SWT agar umat Islam dilindungi dari segala bala namun ' doa' itu juga ' tidak dimakbulkan" Allah SWT, setiap hari kita lihat umat Islam dibunuh, difitnah dicaci dan dicela, ditambah pula dibumi Palestin, setiap hari akan terdapat 'pembunuhan" terhadap orang Islam, kenapa ' doa-doa '  ini tidak dimakbulkan Allah SWT?

Sebabnya amatlah mudah. 
1. Kerana Umat Muhammad tidak cintakan Nabi dan Rasulnya
2. Kerana Umat Muhammad tidak mengikut ajaran Islam cara Nabi Muhammad yang sebanar
3. Kerana Umat Muhammad melebihkan rasa cinta dan kasihnya kepada yang dimiliki berbanding
    Rasulnya.
4. Kerana Umat Muhammad melebihkan kecintaan terhadap dunia
5.Kerana Umar Muhammad mengharapkan ganjaran dan balasan  terhadap perbuatan
6. Kerana Umat Muhammad tiada 'rasa keikhlasan" didalam ibadah
7. Kerana Umat Islam telah kafir di hati  dan hanya Islam di mulut.

Islam tidak berubah tetapi umat Islam yang berubah. Kita perlu berubah kalau  tidak mahu  diubah

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment