Dibawah ini adalah sebahagian daripada gambaran kezaliman serta penghinaan yang dilalui oleh umat Islam dimerata tempat didunia. Adakah mengcukupi dengan mengatakan " Masyaallah, zalimnya" tanpa kita melakukan apa-apa. Saya memohon sekali lagi kepada semua saudara-saudara se Islam dipelusuk dunia terutama Melayu yang masih lagi 'bersyariat' Islam agar , kita satukan ' kehebatan kebathinan" untuk menentang kezalimanan serta penghinaan ini kepada umat Islam.
Cukup sudah mereka mengataka Islam itu bodoh, Islam itu primitif, Islam itu terrorist dan segala bala ungkapan yang mencontengkan ' maruah" kita sebagai Umat Muhammad. Setiap diri Melayu telah diserta dengan berbagai ilmu, ada yang diserta sejak azali , ada yang diwarisi, ada yang belajar dan ada yang mencari. Semua ilmu itu boleh dimenafaat sekiranya kita 'bersatu' demi membela kecintaan kita kepada agama Islam, agama yang dipileh oleh Allah SWT untuk umat Muhammad. Mengeluh dan bersimpati tidak akan merubah keadaan tetapi 'berikhtiar' dengan ilmu Allah atau Ilmu dunia, tidak bersalahan..semuanya kerana kalimah ' la ila ha ailallah"
Kekuatan ilmu bersaorangan tidak akan sama dengan ilmu berkumpulan. Nur atau 'hawa' akan berlainan apabila bersatu. Inshaallah, sekiranya ini dapat dimenafaatkan serta digabungkan, 'hujan boleh ditunda', angin boleh di arah', laut boleh diatur', tanah bisa diangkat'.oleh itu sekali lagi saya menyeru kepada semua pengamal ilmu dunia dan ilmu akhirat, marilah kita bersatu menentang kezaliman tehadap 'manusia' ini.
Bukan kita menentang kerana agamanya, tetapi kita menentang perilaku kejahatan mereka.
Hantarkan e-mail anda untuk tujuan ini.
Terima kasih kepada : Blog abatasa ii. yang mengutarakan kisah benar ini.
Sebahagian kisah sedih dan pilu yang menghantui Umat Islam : Dr Aafia Sidiqui
Pedih dan sedih. Pilu menusuk sukma bila membaca kisah ini. Amerika oh Amerika, negara yang disanjung tinggi sebahagian umat Islam adalah syaitan yang paling terkutuk. Perlakuan, kekejaman dan penghinaan kepada umat Islam tidak akan diampunkan.
Mereka bukan lagi manusia, malah lebih buruk dari binatang, nauzubillah.
Adakah mereka (USA) ada maruah dan rasa malu? Mungkin tidak kerana mereka adalah hamba
Iblis.
Bagaimana pula dengan diri anda? Adakah anda (muslim) sudi menerima bantuan USA? Melalui wakilnya di Malaysia dalam usaha menawan negara ini, mereka akan lakukan apa sahaja sebagaimana spring-spring Arab. Masanya untuk celik. Nasib kita akan diketahui satu hari nanti.
Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.
Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?
"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah.
Siapakah Aafia?
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.
Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.
Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ***** untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.
Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya semasa di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma.
Sekarang tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.
Syahid
Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.
"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."
MARILAH KITA SAMA-SAMA BERGANDING BAHU MENGHENTIKAN KEZALIMAN TERHADAP BANGSA YANG BERNAMA MANUSIA INI.
kita bela bukan kerana bangsanya tetapi kita bela kerena mereka itu Islam.
Kita bertuhan kan Allah SWT.
Kita mengucapkan 'sahadah' yang sama.
Kita berkiblatkan yang sama
Kita membaca Kitab Al Quran yang sama
Kita ber'nabi' dan ,ber' rasul' yang sama, Muhammad s.a.w.
Oleh itu apa perbezaanya diantara mereka dangan kita?
Kita adalah serupa.
Ikhlas dari " Cahaya Al Majid.
BERIKHTIAR KITA UNTUK MENGHENTIKAN KEKEJAMAN INI.
p/s : sila panjangkan kepada para sahabat yang lain .
No comments:
Post a Comment