Tuesday, 5 February 2013

ADAKAH PENGAJIAN INI BENAR ATAU BIDA'AH : PERNAH KE NABI MENGKAJINYA SEDANGKAN BAGINDA SEORANG UMMI. NAK IKUT SIAPA??

KEFAHAMAN SIAPA? HURUF HANYA UNTUK MENGEJA SESUATU UNTUK DIJADIKAN PERKATAAN. PERLUKAN MENGKAJI HURUF ARAB UNTUK MENGENAL ALLAH SEDANGKAN HURUF ARAB DIGUNAPAKAI SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD.
Perlukah  Pembelajaran Mengkaji Huruf Arab
Ini adalah diantara pelajaran-pelajaran yang dikatakan amat tinggi nilai oleh  pengamalnya. Ilmu mengenal diri. Katanya , "Tak kenal diri maka tidak kenal Tuhan". Tuan tuan tolong baca keseluruhan text dibawah dan dihujungnya saya akan membuat komentar :-

1.Jika Allah kita tidak kenal, jikalaulah IBLIS menyamar maka akan tunduk dan patuhlah mereka itu pada IBLIS kerana perasan mendapat Petunjuk Allah. Tambahan pula IBLIS tahu kelemahan anak cucu Adam takut pada Rukun dan Hukum Syariat.


2.Maka Iblis pun menasihati janganlah kamu tinggalkan rukun solat lima waktu, banyakkan zikir dan sebagainya. Bila sembahyang Iblis berdiri didepannya dan sembahyanglah manusia yang alim itu siapakah yang disembahnya………….?

3.Firman Allah surah Al Jin Ayat 06 “Dan bahawasanya ada beberapa orang laki laki diantara manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara JIN , maka Jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan”.

4.Inilah diri manusia yang menipu dirinya sendiri. Buat Amal Ibadah kerana ikut Rukun & Hukum tanpa mendalami apa itu RUKUN dan apa itu HUKUM. Kajilah kedua-duanya mulai Alif hingga Ya (muqaddam)  dan kepada Al-Quran bermula dengan ALIF–LAM-MIM.

5.Kalau tidak kenal Tuhan , bagaimana hendak tahu apa itu ALIF dan apa bezanya dengan HAMZAH sebab dari segi bunyi ianya sama. Alif untuk Tuhan (Alif–Lam–Lam–Ha) tegak lurus dan tidak bengkok saperti hamzah.

6.ADAM dimurkai Allah dikeranakan IBLIS. Disebabkan ADAM pula, Iblis pula dilaknati Allah. Maka berkatalah Iblis di-dalam Al-Quran dengan penuh DENDAM.Dan lantaran ENGKAU (Allah) telah menyesatkan diri saya,pasti saya akan halangi mereka (manusia) ke JALAN YANG LURUS.

7.Maka bagi yang belum MENGENAL ZAT,SIFAT,ASMA’ & AFAL ALLAH,RASUL dan ULIL AMRI secara mendalam, ayat (AMARAN IBLIS) diatas adalah satu ANCAMAN kepada mereka dan lain lain manusia sejagat.

8.Iblis SANGAT PINTAR dalam muslihatnya sehingga manusia ADAM & HAWA yang SUDAH BERJUMPA ALLAH pun DAPAT DITIPUNYA hingga dimurkai Allah dan dihantar kedunia ini.

9.Inikan pula kita sebagai manusia yang TIDAK PERNAH BERJUMPA ALLAH dan KENAL PUN TIDAK akan ALLAH itu. Barangkali pada Iblis manusia sekarang ialah manusia hingusan yang layak diketuk ketuk kepalanya oleh Iblis.Adakah MANUSIA YANG BERIMAN sanggup diketuk-ketuk kepalanya oleh Iblis?

10.Mereka tentu tersenyum melihat Iblis dan Iblis pula melarikan diri bila nampak orang yang benar benar beriman di SISI TUHANnya. Kerana apa ? Kerana Iblis malu kerana orang orang itu tahu akan SALASILAH DIRI IBLIS itu…..

Pengkajian inilah yang saya maksudkan. Apakah ini kebenaran atau andaian pengkaji. Contoh :-

Apa itu Iblis(Alif–Ba–Lam–Ya–Shin).              A001
Alif    -    Diri Bagi Zat
Ba     -     Sifat Bagi Zat
Lam   -    Asma’ Bagi Zat
Ya     -    Apaal Bagi Zat
Shin   -    Sirr Bagi Zat

11.Manusia tidak mengenal Alif itu Zat, Ba itu menyatakan Sifat bagi Zat sehingga Zat itu MELIPUTI dan berAsma ALLAH.Dalam kata yang mudah ialah: IBLIS = MANUSIA YANG HIDUP TIDAK MELIHAT DIRINYA UJUD DARI ZAT DAN MEMBELAKANGKAN HAQ ZAT.

12.Manusia cuma pandai mengatakan: Memanglah semuanya Gerak Allah TETAPI tidak mengaku kenyataan dan mengemukakan bermacam-macam dalih sehingga akan LENYAP HAQ ditutupi JASAD.

LENYAP HAQ–MENANG YANG BATIL=IBLIS.

13.Bagi yang mengetahui Zat itu ujud, bahawasanya Zat jua menyatakan ujudnya melalui KIDAM yakni Sifat Muhammad dan Sifatnya ialah BAQA’ didalam Jasad atau Tubuh manusia bernama atau berAsma’ sebagai ADAM.

14.Adapun YA–SHIN adalah KENYATAAN dan PERAKUAN ZAT kepada SIFAT. Itulah SIRR (Rahsia) yang penuh dengan HIKMAH.

15.Kesimpulannya IBLIS itu adalah PERBUATAN NAFSU manusia dalam mengerjakan Amal Ibadah dengan MENSYIRIKKAN yakni MENDUAKAN ALLAH.

16.YA-SIN maksudnya ialah manusia yang beriman yang MENGESAKAN ZAT,SIFAT,ASMA’ & AFAL dan BERTAUHID bahawa segala perbuatan mereka adalah Af’al Allah belaka.

Persoalan yang perlu dijawap :-
1. Bila  Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasullulah dan berapa umur baginda ketika itu?
2. Apakah bahasa yang dipertuturkan oleh Baginda  pada  sebelum dan selepas baginda diangkat menjadi Rasul?
3. Adakah  tulisan arab yang digunakan  didalam   Al Quran ujud selepas  turunnya Al Quran?
4. Adakah Kitab-Kitab terdahulu sebelum Al Quran diturunkan atau ditulis didalam bahasa Arab?

Huraian saya :-

Tulisan Arab yang digunakan didalam Al Quran telah digunapakai oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Baginda Rasullulah. Sewaktu itu  masyarakat Arab hidup tiada berpedoman, ada diantaranya beriman dengan Kitab-Kitab terdahulu dan ada diantaranya pula  merupakan penyembah 'berhala".
Memandangkan Baginda Rasullulah merupakan seorang yang Ummi atau tidak tahu membaca, lalu Allah SWT melancarkan penyampaian kata-kata Baginda dengan melancarkan lidahnya dan kata-kata itu keluar melalui 'hati' nya yang sememangnya dijagai atau terpelihara oleh ' Jibrail" melalui ' kebenaran Allah SWT yang kini disebutkan sebagai  'sabda" dan bukan lagi kata-kata. Disebabkan baginda dilahirkan dari keturunan berbangsa Arab diatas sebab hanya Allah SWT saja yang mengetahui akan 'ajenda' nya maka perkara ini tidak perlu diperbahaskan.
Disebabkan Baginda berketurunan Arab maka wajiblah bagi Baginda menyuruh para sahabatnya menuliskan wahyu yang diterimanya itu dibukukan serta  dituliskan didalam bahasa iaitu  tulisan yang boleh dibaca oleh masyarakat sekeliling iaitu Arab  serta memudahkan para sahabat dan pengikuitnya membaca dan  bukan kerana ada sebab lain.

Oleh itu dimana 'sahih' nya atau kebenaran  huruf  atau abjad  arab itu perlu diterjemahkan atau disimbolkan kerana huruf atau abjad itu  ujud  atau digunapakai seharian oleh Bangsa Arab sebelum datangnya Nabi Muhammad. Tetapi sekiranya huruf atau abjad ini sememangnya datang bersama atau huruf yang  baru dikenalkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w maka kewajaran atau kewajipan untuk memecah 'pengertian' setiap huruf adalah perkara wajib.  Sesungguhnya tulisan Arab itu adalah medium termudah untuk menyampaikan  maksud kepada golongan sasaran serta  tulisan yang melambangkan gaya bahasa yang  bermaksud.  Sekali gus memudahkan orang ramai membacanya  untuk tujuan pembacaan dan pembentukan  masyarakat sekalian. Yang suci dan yang benarnya adalah ' kata-kata atau ayat-ayat  yang dibaca" dan bukan tulisannya.

Masyarakat kita terbawa-bawa serta terikut-ikut dengan pemahaman yang dibincangkan ini, serta ianya menjadi perkara 'taksub' dikalangan masyarakat 'pencari' Tuhan atau 'Mengenal Tuhan".Disebabkan ketaksuban ini maka bermacam-macam fahaman timbul dikalangan masyarakat Islam kini. Berbagai-bagai dakwaan dibuat, ada yang mengatakan sekiranya tidak kenal diri maka  tidak  kenal  Tuhan,  maka kehidupan beragama tiada bererti  dan amalan akan jadi sia-sia serta bermacam-macam lagi kekeliruan yang cuba dicetuskan. Inilah fenomena yang melanda 'masyarakat jiwa yang diawangan"  ini. Maaf sekiranya ada diantara tuan puan berasa hati akan tulisan ini.

Apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Baginda Rasullulah s.a.w kepada umatnya adalah kata-kata atau 'sabda' baginda yang berupa ' wahyu' dari Tuhan untuk disampaikan kepada  manusia untuk dijadikan pedoman dan pegangan hidup didunia serta kewajipan . Kata-kata atau 'sabda' yang berupa Firman Allah itu datangnya, ada yang bermaksud secara terus terang dan sesetengahnya didalam gaya bahasa 'berkias'.

Sebenarnya Allah SWT menyuruh kita menyampaikan kata-katanya, iaitu menyuruh manusia membuat kebaikan dan menjauhi larangan  dan kehidupan manusia ini berpandukan 'Firman  didalam Al Quran' , dan bukan untuk  ' mengkaji 'huruf'  Al Quran. Sehinggakan ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad juga  menyuruh baginda  sebut  iaitu ' iqra". Ada sesetengahnya pula berpendapat bahawa Nabi disuruh 'baca" tetapi 'hakikat'nya baginda bukan membaca tetapi sebaliknya hanya ' menyebut atau ,mengeluarkan suara menyebut 'iqra'. Iqra disini bukan membawa maksud 'baca' (seperti membaca buku) tetapi merujuk kepada perbuatan untuk  ' bersuara atau bertutur menyebut perkataan iqra".

Oleh itu saya tidak nampak keperluan untuk 'memecah' atau 'menggali' maksud huruf-huruf tulisan Arab memadailah dengan hanya ' memahami maksud setiap ayat-ayat' yang disampaikan serta yang tertulis didalam Al Quran untuk amalan manusia.

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment