SETIAP JIWA INGINKAN KEPASTIAN DAN KEBENARAN : LUANGKAN MASA MALAM INI UNTUK MENCARI KEBENARAN. INSHAALLAH AKAN KETEMU JAWAPANNYA. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Assalammualaikum
Mungkin t ramai pembaca yang meragui apa yang saya tuliskan dan juga mungkin ramai yang mempertikaikanya. Sesungguhnya saya tidak memaksa jiwa-jiwa sekalian untuk menerimanya. Tetapi, niat dan hajat ini datangnya dari hati yang luhur serta niat yang baik untuk merapatkan 'silatulrahim' yang terjarak yang ditentukan Maha Pencipta untuk "diri-diri " yang dijadikan.
Sebaiknya janganlah ini dijadikan penghalang untuk 'penyatuan' jiwa-jiwa yang tercipta untuk satu tujuan. Mungkin pedoman dibawah ini akan dapat 'merungkai' apa yang 'tersorok' atau ' terikat' didalam diri untuk "dibukakan ikatan" yang tersimpul. Maaf terpaksa menggunakan perkataan 'kiasan' agar tidak difahami oleh musuh yang mencuba memutuskan 'tali' ini. Selamat , kepada yang mencubanya.
Sebelum melakukan solat sendirian ini tentukan keadaan sekeliling adalah sunyi dari kebisingan.
1. Niatkan didalam solat agar diberikan 'petunjuk' oleh Allah SWT ( 2 rekaat)
2. Setelah selesai solat panjangkan atau pohonkan kerahmatan untuk :-
i. Baginda Rasullulah s.a.w
\ ii. Untuk Ibu Bapa
iii. Pohonkan keampunan untuk diri sendiri
3. Niatkan dalam hati sambil meminta atau memohon kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk sambil bertanya "adakah benar apa yang diajarkan oleh 'Cahaya Al Majid" ini, sambil bertanya didalam hati " Sekiranya benar apa yang diajarkan oleh Cahaya Al Majid ini, berikan 'petunjuk" melalui 'tanda gerakan ditangan kanan ku".sambil membaca Al Fatihah sebanyak yang mungkin . Sewaktu melakukan 'arahan' ini diminta agar hati' dapat dijuruskan ke Kiblat.
Semoga saudara saudara sekalian dapat mencubanya, sebaiknya pada malam ini kerana malam ini merupakan malam Jumaat dan cuba lakukannya dengan seikhlas hati.
Saya mendoakan semoga saudara sekalian diberikan 'petunjuk' Allah.
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment