Friday, 8 February 2013

MANUSIA : ANAK CUCU ADAM : SUDAHKAH ANDA LUPA PERJANJIAN??

PERMULAAN ANDA : APABILA SUDAH 'PANDAI' TUHAN PUN   KAMU PINGGIRKAN  . ITULAH MANUSIA
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Alhamdullilah syukur kehadrat Allah SWT yang sehingga kini masih lagi memberikan ruang , peluang serta input untuk saya kongsikan pandangan saya  serta meneruskan penulisan di Blog ini. Walaupun pada zahirnya saya bukanlah hebat seperti yang saudara sangkakan namun 'mungkin' keikhlasan diri yang ditanamkan dihati membuatkan saya 'beremosi" dalam kecintaan untuk terus menyampaikan perkara yang 'hak' untuk  merenung serta berfikir dan dikongsikan bersama sama  dengan  para sahabat semua.

Menyinkap kembali kisah  Nabi Adam dan Hawa yang diturunkan kebumi sebagai manusia pertama dan bukan ' makhluk Allah ' pertama mendiami dunia ini , namun semua itu bukan rahsia lagi dan kisah perjalanan  ini diperturunkan dan diceritakan oleh setiap manusia yang berasal dari keturunan Adam .  Walauapun Adam dijadikan dan ditempatkan didalam syurga milik Allah SWT namun, perancangan Allah SWT mengatasi segalanya dan hanya Dia (Allah) sahaja yang mengetahui sebab dan musababnya.

Penjejakan kaki Adam dibumi disertakan dengan pasanganya iaitu Hawa dan penciptaan kedua-dua ini  telah membuka satu lambaran penciptaan yang termulia dan tertinggi bagi Allah SWT Tuhan Semesta Alam . . Pasangan ini (Hawa)  yang dijadikan Allah SWT , apabila mendapati Adam bersendirian serta  kesunyian  (Ini adalah persepsi manusia saja), sebenarnya Allah SWT merancang semuanya sebelum sesuatu.   Adam dan Hawa merupakan pasangan dialam syurga yang dijaga rapi dari segala sudut namun didalam kerapian  penjagaan yang begitu hebat  , masih lagi terdapat ruang untuk ditembusi oleh makhluk  'ciptaan' Allah SWT yang lain iaitu 'syaitan" untuk menembusnya.. Disebabkan kelemahan 'keimanan' ataupun ' hawa nafsu' maka tergadailah keimanan Adam dan Hawa didalam 'alam syurga" Tetapi Allah SWT didalam Al Quran telah berjanji bahawa 'syurga' yang dipersiapkan untuk manusia adalah bebas sebebas-bebasnya untuk melakukan seadanya. (Tetapi "perakuan"  ini tidak 'tertakluk' kepada Adam dan Hawa.  Kenapa?? Hanya Allah SWT saja yang tahu dan mengerti akan 'perancanganNya".

Dibumi Nabi Adam dikurniakan cahayamata, maka pada saat itu bermula era manusia atau kejadian "tertinggi" Allah SWT untuk anakcucu Adam berkembang dibumi ini.  Sebagai pedoman untuk kedua-duanya maka Allah SWT dengan limpah kurnianya   'membekalkan", kitab pertama kepada Adam, dan dibumi baginda mengenali segala sesuatu mengikut ketentuan dan pedoman 'kitab' tersebut. Dengan itu maka bermulalah era manusia yang bernama Adam mengesakan TuhanNya dan bermulalah kisah 'memohon keampunan" dari Tuhan.

Samaada 'kitab' yang dibekalkan kepada Adam berbentuk 'pembukuan' seperti 'Kitab-kitab" selepasnya hanya Allah SWT saja yang mengetahui. Tetapi yang pasti, manusia dizaman sebelum tibanya Nabi selepas Adam semuanya melakukan perkara yang sama iatu 'mengesakan Tuhan" dan ' memohon keampunan" itulah fitrahnya manusia .
                                            
PERTEMBUNGAN KEFAHAMAN ANTARA MEREKA MENYEBABKAN PERTUMPAHAN DARAH DAN PEMBUNUHAN  :  MANUSIA  AKAN TAHU  KEBENARAN ALLAH SEHINGGALAH  MEREKA  MENEMUI KEMATIAN.  TIADA SIAPA BOLEH MENGHUKUM KECUALI ALLAH
Kini manusia sudah mempunyai berbagai-bagai persepsi tentang Tuhan. Dizaman Nabi Ibrahim lagi terdapat golongan manusia yang 'bertuhankan" berhala serta bermacam-macam lagi. Dan apabila Nabi Isa diturunkan pula, maka sesetengahnya menganggap pula Isa Putra Maryam sebagai anak Tuhan. Begitulah pusingan dan kegilaan manusia. Dan pada ketika itu, dizaman Isa Al Masih, Bani Israel masih berpandukan kepada ' hukum' Musa (Torah) tetapi kebanyakan Bani Israel berimankan kepada Book of David ( Kitab Nabi Daud). Walau apapun kepercayaan manusia pada ketika itu, mereka masih lagi merujuk kepada Tuhan Yang Esa atau Satu tetapi berlainan dengan umat peninggalan Nabi Isa a.s . Mereka telah membuka lembaran baru dengan mengasaskan satu agama yang diberinama Kristian. Dan puak ini tanpa kerelaan Isa Al Masih atau Jesus Sons of Maryam telah mengangkat Jesus sebagai anak Tuhan dan membuat ketetapan bahawa didalam diri "Jesus" tersebut dinaungi oleh tiga roh iaitu ' Roh Anak, Roh Bapa dan Roh Ruhul Kudus", tetapi mereka masih lagi mempercayai bahawa diatas "Jesus" itu masih adalah Tuhan yang lebih Besar iaitu Tuhan Bapa atau Tuhan Maha Esa.

Disebabkan kecelaruan minda dan fikiran manusia serta kepentingan sesuatu 'perkumpulan' maka berbagai-bagai ' andaian' dan 'kefahaman' dilakukan terhadap manusia. Disebabkan 'pengaruh' sekekeliling maka berkembang biaklah anutan-anutan ini yang disangkakan ;kebenaran', walaupun jauh disudut hatinya 'menidakkan' hakikat ini, namun disebabkan 'kepentingan' dan 'kecetekan minda' maka jadilah Tuhan yang disembanya 'bersekutu" dan tidak Esa.

Berlainan pula pada era kedatangan Nabi Muhammad, pada waktu kelahirannya, isi kitab Injil serta Taurat dan Zabur telah diubah . Ini difirmankan Allah SWT didalam Al Quran. Maka pada zaman itu terdapat berbagai-bagai kepercayaan, ada yang menyembah berhala, ada pengikut  agama Yahudi dan tidak kurang yang menganuti agama Nasrani.Apabila Nabi Muhammad s.a.w diangkat sebagai Nabi dan Rasul dengan membawa Kitab yang dipanggil Al Quran maka bermulalah era Islam. Berpuluh tahun baginda menegakkan Islam maka akhirnya Islam diterima oleh dunia dan dikembangkan diserta tempat. Dengan tertegaknya agama Islam dibawa Rasullulah, maka, Islam amat dihormati oleh agama-agama lain. Agama bawaan Nabi Muhammad ini berlandaskan Al Quran semata dan umat Islam diingatkan didalam Al Quran agar mengikut Sunnah Rasul. Disini banyak yang terkeliru. Sunnah yang dimaksudkan didalam Al Quran merupakan 'contoh' perbuatan kesemua Rasul yang dinyatakan  didalam Al Quran bukan merujuk kepada Baginda Rasullulah seorang.

Setelah kewafatan Baginda Rasullulah, maka bermulalah percakaran sesama mereka dan pengikut Baginda. Melalui ' kata-kata" yang didakwa disebut sebagai Hadith Rasullulah, yang melebihkan puteri bangind iaitu Farimah r.a serta Syaidina Ali maka disini bermula perlebaran ketidakpuasan hati dikalangan Imam-Iman pada waktu itu. Dengan terbelahnya dua kelompok ini maka, masing-masing mengikut haluan dan fahaman mereka, satu pihak dipanggil Sunni dan satu pihak lagi dipanggil Syiah. Kedua-duanya menegaskan   bahawa fahaman yang mereka anuti  adalah benar  serta mengikut Al Quran atau Baginda Rasullulah.

Perlu diingat, tiada siapa diantara mereka yang  boleh mengaku bahawa mereka melebihi pihak yang lagi satu, dan mendakwa apa yang dibawa dan  dipraktik adalah benar.  Sebenarnya, mereka-mereka ini hanyalah 'bersangkaan' saja. dan tiada satu pun diantaranya yang benar melainkan sekiranya mereka beriman dan mengesakan  Allah SWT. Sepatutnya, apabila mereka tidak dapat merungkaikan permasalalahan itu mereka sepatutnya  'menyerahkan' kepada Yang Esa , seperti yang dinyatakan didalam Al Quran dan FirmanNya , bukannya mengambil jalan kekerasan  'berperang' atau berbuhuhan sesama sendiri. Disinilah terpancarnya kecetekan ilmu dan keimanan kelompok ini didalam 'memertabatkan agama yang disebut oleh Allah SWT iaitu Islam. Kejumudan pemikiran ilmuan-ilmuan terdahulu telah menyebabkan 'perkembangan" ketamadunan Islam terencat, semuanya disebabkan oleh pemimpin , Khalifah mahupun Ulama-ulama mereka yang selalu berselisih 'kefahaman'.

Disebabkan keterlanjuran mereka maka kini dunia Islam terpecah kepada beberapa kelompok, ada yang mengikut Hambali, Maliki, Shafei, dan Hanafi . Dan kelompok Arab ini pula terpecah kepada dua golongan samaada Sunni atau pun Syiah. Itulah yang berlaku sehingga kini. Dimana silapnya? atau dimana nokhtah persamaannya? Kemungkinan persamaan nya  hanyalah satu iaitu menyembah pada tuhan yang satu yang dipanggil Allah .Itulah saja.

Oleh itu dari zaman Adam sehingga zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga kini., yang meyakini bahawa tuan semesta Alam ini adalah Allah SWT, adalah  mereka-mereka yang 'mengesakan' 'Nya" iaitu Allah SWT, selebihnya  'adalah " mengikut 'nafsu" sahaja. Oleh itu ingatlah semua, sepanjang perjalanan kehidupan kita dibumi ini selain dari 'bersifat' manusia maka tugas kita  adalah untuk mengesakan Allah SWT dan memohon keampunanya . Dari manusia pertama sehingga manusia terakhir, hanya satu tujuan, iaitu menuju kealam "ALLAH AL WAHEED'

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment