ALLAH SWT MENYERTAKAN PENASIHAT 'BAIK DAN BURUK' KEPADA SETIAP MANUSIA. KENAPA BEGITU?? HANYA ALLAH SWT YANG TAHU 'MUSLIHAT NYA |
Dibawah ini adalah comments yang dihantar kepost saya. Oleh itu terpanggil saya untuk menerangkannya agar terhindar salah faham dikalangan sahabat-sahabat berhubung "Qarin".
KERIS MELAYU
Hamba rasa dah ramai sangat penulis2 dan pembaca blog yg merasakan dirinya al mahdi a.s kerana ilmu akhir zaman yg dimilikinya.........nasihat hamba cuma satu "hati2 dengan jin qarin kamu iaitu teman kamu yg lahir bersama2 kamu yg sentiasa cuba menyesatkan kamu dengan apa sahaja yg kamu nampak dan kamu ketahui.........."
mohon maaf kpd sesiapa sahaja yg terasa hati dengan nasihat hamba ini....
Jawapan saya kepada KERIS MELAYU :-
Cahaya Al Majid <puteramariam@gmail.com>
7 Feb (3 days ago)
to KERIS
Salam. Terima kasih diatas peringatan tuan. Sekelumit rasa pun tidak terdetik dihati untuk menganggap begitu. Hanya apa yang diharapkan 'pengetahuan' yang Allah SWT juruskan ini, dapat merapatkan, saf-saf yang terpecah jua.Tetapi pada pandangan saya, biar berjuta Al mahdi wujud dibumi (kerana Al Mahdi hanyalah Gelaran" )asalkan tujuannya adalah untuk 'memperkasakan serta menjunjung Al Quran dan As\Sunnah. Sama ada ianya benar-benar akan muncul atau sebaliknya, itu adalah urusan Allah SWT kerana, watak tersebut tidak dinyatakan didalam Al Quran. Tkasih.
Penerangan berhubung 'makhluk' yang dinamakan 'Qarin".
Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."
Perkataan Qarin berasal daripada bahasa Arab yang bererti "teman", "pasangan" atau "pendamping".
Kemudian cerdik pandai seperti Imam imam Besar dan Ulama mentaksirkan pula seperti dibawah :-
Istilah Qarin kemudian meluas yang memiliki erti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehingga dia meninggal dunia.
Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf
“ Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:
Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain
perkataan yang indah-indah untuk menipu.
Merujuk kepada tajuk yang dibincangkan, disini saya berpandangan bahawa setiap sesatu yang disertakan kepada setiap makhluk yang bernama manusia adalah dengan 'arahan" Nya. Tiada sesuatu yang melata dialam 'kejadian' Allah ini diadakan untuk suka-suka tetapi semuanya adalah dengan 'kehendak' dan 'ketentuan'Nya. Ini adalah 'ujian' sebenar yang perlu ditempuhi atau dilalui oleh setiap manusia. Keinginan menjurus kepada kebaikan dan sebaliknya, semuanya datang dari dalam 'diri' sendiri. Samaada kita dapat memandu 'keinginan' tersebut ke destinasi yang kita " rasakan" samaada ianya akan menjurus kepada kebaikan mahu pun keburukan semuanya adalah diatas pertimbangan diri sendiri. Disini 'hati' dan ' akal' memainkan peranan yang besar didalam mengimbangi sesuatu keputusan seseorang manusia.Tetapi sekiranya seseorang manusia itu 'ikhlas' didalam setiap perbuatan , inshaallah, keputusan terbaik pasti dapat dikecapi.
APA BENARKAH PAPANTANDA 'DANGER' ITU MERBAHAYA? ANDA SUDAH MELALUINYA?? JANGAN TERPEDAYA |
Berhubung dengan 'makhluk' yang disebutkan didalam Al Quran iaitu "Qarin" yang membawa maksud 'pendamping yang diserta", namun semua ini tidak menjadi halangan sekiranya kita mengerti dan mengetahui ' tujuan' kita didunia ini. Qarin ini adalah ciptaan Allah yang kategorinya adalah seperti ' malaikat". Mana mungkin 'jin" kerana 'Qarin" adalah ' imbangan sifat negatif" yang terdapat didalam diri seseorang dan begitu juga 'malaikat yang memberikan aura positif' kepada diri manusia. Ini adalah 'pemgimbang' kepada setiap diri yang dipanggil ' manusia anak Adam".
Sesungguhnya kita sebagai manusia yang dijadikan Allah SWT sebagai 'kejadian' nya yang paling sempurna, maka, kita seharusnya bersifat berterima kasih dan kita seharusnya 'tidak' menyalahkan 'Qarin' didalam tindak-tanduk kita yang berlebih-lebih. Disebabkan manusia mempunyai keinginan yang melebihi dan mencintai apa yang dilihat dan yang dapat dirasa maka perasaan keinginan memiliki 'tercetus' didalam diri seseorang. Sekiranya ' aura negatif Qarin" dan "aura positif' malaikat" dapat diperseimbangkan dengan bantuan 'penghulu hati' serta 'berjantungkan akal" inshaallah, keputusan 'adil' akan dapat kita capai dan sepakati didalam 'diri".
Untuk menyalahkan 'Qarin' didalam perlakuan manusia yang melakukan kejahatan adalah satu 'tindakan' atau ' kefahaman' yang salah. Sesungguhnya sekiranya tiada 'Qarin" yang disertakan maka tidak akan ada malaikat yang akan mendampingi anak adam, maka, jiwa anak adam itu akan hanyut dan perjalanan kehidupan ini adalah 'one way street'. Maka semua manusia hanya akan menyukai satu perkara saja . Dengan ketiadaan makhluk Qarin ini maka Allah SWT tidak perlu menghimpunkan manusia diakhirat dan tiada hari pembalasan . . Untuk mengimbangi 'nikmat syurga' maka Allah SWT mengadakan " syurga neraka" untuk golongan ini.
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment