Kepada semua pengamal-pengamal ilmu , samada berseorangan mahupun berkumpulan, marilah kita bersama bersatu berganding bahu seiringan dan sejalan didalam mempertahankan kesucian agama yang kita junjung dari dicaci, dihina serta dicerca oleh manusia-manusia mahupun didalangi oleh pergerakan-pergerakan yang anti-Islam yang sedang bergiat cergas. Samada kita sedari atau pun tidak perkara ini telah berleluasa tanpa dapat dibendung oleh sesiapa waima pemerintah sekali pun.
Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat 'penghinaan' ini kepada pemerintah untuk menyelesaikan. Ini adalah tanggungjawap kita, iaitu umat yang mengaku Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul terakhir. Kita mahukan pembelaan dilakukan demi mencegah kemuliaan Islam dari dicemar oleh mereka-mereka yang 'berpenyakit hati'.
ANDA INSAN TERISTEMEWA? MARI SERTAI SAYA. DOA ANDA SENTIASA TERMAKBUL, KATA-KATA ANDA BERKAROMAH, PANDANGAN ANDA TELUS, KEBATHINAN ANDA TERHAMPAR. MARI KITA SATUKAN DEMI 'ISLAM' DAN KEBANGKITAN INI . KELUARKAN DIRI ANDA. JANGAN TERBELANGGU LAGI. MASA SEMAKIN SUNTUK. PERJALANAN SUDAH TERHAMPAR. YANG DITUNGGU SUDAH MENGHAMPIRI. |
Kepada mereka-mereka yang 'hebat', saya menjemput 'saudara-saudara' sekalian untuk menyertai saya didalam 'misi' ini. Kepada saudara-saudara yang mempunyai abang atau adik atau diri sendiri atau teman atau ayah atau datuk atau pak chik yang 'hebat' didalam 'keilmuan' ini, sila hubungi saya, kerana saya, ingin menyatukan semuanya, untuk kita mencari 'kesepakatan' didalam menentang 'penghinaan serta kezaliman yang dilakukan terhadap Islam dan umat Islam didunia.Kalau dahulu kita dicaturkan tetapi sekarang kita perlu mencaturkanya Waktu nya sudah sampai ..marilah kita bersatu hati dibawah kalimah' Allah".
Kalau dahulu kita terpisah jauh dan mengamalkan ' ilmuan' ini sendirian, kini masa nya, kita 'satukan' kekuatan bathin' kita yang kita pelajari, yang kita warisi mahu pun yang kita cari, kita gunakan ' kesatuan bathin' ini, untuk tujuan yang satu, iaitu ' Membela dan Mendaulahkan Islam".Mari kita tunjukkan kepada ' dunia' bahawa ' Melayu" adalah umat terhebat. Apabila Islam dicaci maka tarafnya sama seperti mereka mencaci Melayu. Bangsa Melayu Nusantara samaada Melayu Malaysia mahupu Melayu Indonesia, kehebatan 'kebathinan' tidak perlu lagi di pertikai, sesunggunya kehebatan saudara-saudara sekalian amat diperlukan demi memertabatkan kesucian agama kita, Islam. Bangun sahut cabaran ini demi Islam dan umat Islam.
Jangan berlengah lagi..sertai kami..hantarkan e-mail anda. Selamat menyambut 'panggilan'
Kita tawan mereka dengan 'kasih sayang agar mereka tunduk dengan 'kasih sayang Allah".
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Salam. Yg x hebat cam saya leh join ker. myfaizalzeiha@yahoo.com .
ReplyDelete..mraja
kehebatan seseorang bukan ukuran manusia, itu hak Allah menilainya. Alhamdullilah.
Delete