Wednesday, 13 February 2013

JANGAN KERANA EGO : AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERGADAI: ANAK CUCU AKAN MENYUMPAH KETURUNAN KITA

DISEBABKAN 'KE EGOAN' PEMIMPIN ARAB ,MEMBUATKAN  RAKYAT BUMI  PALESTIN  DISEMBELIH HIDUP HIDUP TANPA PEMBELAAN. MAHUKAH KITA INI  TERJADI DINEGARA KITA AKIBAT KEEGOAN  PEMIMPIN PEMIMPIN  MELAYU 

Assalammualaikum.

Hari ini saya ingin membincangkan topik yang agak unik dan yang mempunyai persepsi yang tersendiri dari  sisi pandangan masyarakat Melayu terutama yang beragama  Islam kebelakang ini. Sejak dari kewafatan baginda Rasullulah s.a.w ,sehingga ini umat Islam terutama pemimpin-pemimpin Islam serta Imam-iman besar terdahulu kebanyakanya 'terjebak' dalam  sifat 'ego'. Disebabkan sifat keegoan yang menyelaputi diri mereka maka segala input-input atau saranan yang didatangkan oleh orang sekeliling selalunya tidak dipandang. Satu lagi sifat  egoanan bangsa ini terutama Arab , sifat bertolak ansur atau 'bersekutu' untuk 'bersatu'  tidak  membuahkan hasil, dan kini kita dapat lihat hasilnya akibat daripada 'keegoan' bangsa-bangsa ini.

KEMATIAN DAN PEMBUNUHAN SESAMA SENDIRI
                                 

Setiap Iman yang  datang dan menyinari dunia Islam kebanyakanya membawa 'fahaman' yang berbeza . Tiada satupun kesepakatan yang terjalin diantara satu sama lain. Begitulah jadinya sehingga kini. Kenapa begitu?? Semuanya adalah disebabkan sifat keegoan sendiri demi 'menonjolkan' atau 'merasa hebat ' diri masing-masing kepada masyarakat terutama sahabat disekeliling serta pengikut.

Mari kita lihat bertapa luasnya benua yang didiami oleh manusia yang berbangsa Arab.

                           


Kenapa 'ego' menguasai pemimpin Islam.?
Mereka merasakan diri mereka hebat, hebat dari segi keilmuan, hebat disegi amalan serta hebat disegi kefahaman dan hebat dari segi kekayaan . Disebabkan  elemen yang disebutkan membuatkan mereka ini merasa megah diri dan beranggapan bahawa 'pandangan' atau 'kefahaman' mereka adalah bertepatan dengan ajaran yang dibawa Rasullulah. Bagi pandangan mereka sesiapa yang tidak sealiran dengan pandangan dan pendapatnya , maka, orang ataupun puak ataupun  kumpulan tersebut akan menjadi 'seteru' yang nyata bagi mereka.

Sifat keegoan ini amat sinonim dengan diri . Cuba lihat kepada jurai Arab selepas era baginda Rasullulah, bangsa  ini amat merasa tinggi diri serta merasa bangsa mereka melebihi dari bangsa lain yang melata dibumi ini. Disebabkan 'keegoan' mereka, maka wanita telah dijatuhkan ketahap yang paling bawah dan kebanyakan mereka menganggap bahawa 'wanita' hanyalah sebagai alat untuk memenuhi keperluan lelaki dan tidak lebih dari itu.Itulah 'ego' yang meliputi diri bangsa ini.

Begitu juga halnya  dinegara kita. sifat 'keegoan' telah menular dengan semaraknya baik lelaki mahupun wanita .Cuba kita lihat kepada sifat pemimpin ketika ini, 'kadangkala sifat ego mereka amat menyerlah dan ketara. Disebabkan mereka telah berada diatas dan dikelilingi oleh pengikut yang bersetia dengan mereka, kadangkala, sifat ego mereka ini melebihi 'bangsa Yahudi'. Disebabkan kekayaan yang dimiliki melebihi yang lain maka 'ego' mereka bertambah tinggi dan kadanagkala kita sendiri amat meluat untuk  memandangnya. Sifat mereka yang ego ini pula tidak boleh ditegur, apabila ditegur kita pula yang akan menjadi musuh mereka.

Untuk itu ingatkah wahai sahabat sekalian, 'buangkan perasaan 'ego' diri kita . Untuk membenarkan sesuatu perkara yang 'hak' sifat 'ego' perlu ditelan demi kebenaran. Begitu jugalah saya sarankan kepada pemimpin-pemimpin Islam samaada dari parti pemerintah mahu pun dari parti yang diperintah, buanglah sifat 'ego' masing-masing demi membenarkan yang benar. 

Duduklah semeja, rendahkan sayap rendahkan hati ,lapangkan dada ringankan mulut 'bermuzakarah' lah demi mencari satu titek persamaan untuk menyelamatkan bangsa, agama dan negara serta masa depan anak cucu.  Jangan sampai tuan tuan semua disumpah seranahkan oleh  generasi yang akan datang  akibat dari  keegoan diri  masing-masing. Jangan disebabkan 'keegoan' , maka bangsa dan Islam kita gadaikan. Bermusahabah dirilah tika kesempatan masih ada dan jangan sampai terlambat,menyesal kemudian tiada gunanya.

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment