Tuesday, 12 February 2013

MELAYU vs MELAYU : ISLAM YANG TERHINA: MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI : KESIAN MELAYU :

PERLUKAH KITA MENGULANGI SEJARAH ANDALUSIA.?? PERLUKAH KITA BERTEMBUNG UNTUK MENOBATKAN AGAMA BUKAN  PILIHAN ALLAH DIBUMI MALAYSIA
Assalammualaikum.

Pertembungan politik  sesama Melayu akan mencapai kegarisan. Dengan pengistiharan pembubaran Parlimen yang dijangka akan berlaku didalam masa sebulan dua ini akan menambahkan kegusaran sekalian rakyat terutama kaum yang berbangsa Melayu. Disebabkan pertembungan 'ideologi' serta ' keinginan' seseorang , maka , rakyat, diperlukan untuk membuat pilihan. Sama ada pilihan rakyat itu benar-benar akan merubah 'keadaan' rakyat atau pun sebaliknya, tergantung kepada siapa yang dipileh nanti.

Kini pertembungan dua gergasi bakal berlaku. Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO, MCA , MIC, Gerakan serta parti komponan lain akan bertembung dengan kumpulan yang menggelarkan gagasan mereka sebagai " Pakatan Rakyat'. Pakatan Rakyat pula disepakati oleh PKR, PAS dan DAP. Ketiga-tiga kumpulan ini dianggotai oleh kumpulan yang dibarisi oleh 'ethnik' bangsa iaitu DAP Cina, PAS Melayu, dan PKR campuran atau gabungan tiga bangsa, iaitu Melayu, Cina dan India dan segelintir dari lain-lain ethnik.

Tetapi agenda sebenar kedua-dua gergasi ini adalah ' kuasa'. Kuasa yang dipertaruhkan disini menjurus kepada ' keupayaan mentadbir hasil masyul Negara' demi untuk memajukan Negara. Itu adalah tujuan untuk hakikat atau ' zahir' nya tetapi tahukah kita apakah kekuasaan yang sebenar 'kuasa' yang amat diingini atau yang diperebutkan? Pihak pemerintah melalui janji-janji mereka serta melalui pengalaman yang dilalui selama 55tahun memerintah dan  mendakwa telah membawa berbagai kemajuan kepada seluruh rakyat dan negara. Tetapi bagi pihak pembangkang pula masih lagi cuba menafikan hakikat ini dengan menuduh parti pemerintah telah menyalahgunakan 'dana' negara yang didakwa dibazirkan untuk kepentingan peribadi dan 'kroni' serta 'suku sakat'.

Apa yang dapat kita lihat dari dakwaan ini, sememangnya ada kebenaranya  ianya berlaku, tetapi, kedua-dua pihak juga melakukan perkara yang sama juga.Tiada bezanya. Cuba kita lihat apa yang dilakukan oleh puak pembangkang  yang memerintah negeri dibawah pakatan, tiada bezanya, semuanya sama, tetapi yang makan hati dan terkena tempias langsung adalah rakyat dan yang beruntung adalah mereka. Oleh itu apa bezanya antara pemerintah dan pembangkang.

Sila lihat statistik dibawah untuk mengetahui komposisi sebenar ( Ini adalah untuk tahun 2010 tambahan kini meningkat 2-3% setahun)

Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%).
                                   
Memandangkan ketika ini jumlah undi Melayu telah terpecah kepada 3 kelompok maka 'dengan ini secara 'wajib'nya undi Melayu telah menjadikan Melayu itu 'minoriti' didalam kelompok yang besar apabila dipecahkan . Apabila komposisi terbesar iaitu Melayu terpecah kepada 3 kumpulan maka setiap kumpulan memperolehi 22.46% setiap satu. Maka secara mudahnya Kaum minoriti iaitu Cina dan India akan mendahului Melayu dengan 31.9%, maka dengan mudah kumpulan ini akan menguasai Bumi Melayu ini. Inilah yang saya nyatakan 'kuasa' yang lagi satu iaitu ' kuasa 'bathin" yang ingin diserap daripada kita. Berulang kali saya nyatakan didalam post-post yang terdahulu, "Pemimpin Melayu bertembung,  Melayu yang Tergadai", inilah yang saya maksudkan.

Apa yang saya utarakan dan yang saya tuliskan secara simbolik inilah 'intinya" . Umat Melayu secara keseluruhannya  hanya ada satu saja 'option' yang tinggal, samada 'menolak BN" secara total dan memenangkan PAS semuanya atau tolak PAS semuanya dan ambil BN semuanya. Tetapi keberanian PAS terbatas kerana PAS tidak bertanding dikesemua Parlimen, ini yang buruknya Ini adalah penting untuk Melayu membuat pilihan . PKR tidak tertakluk dengan yang saya tuliskan ini kerana pada kali ini PKR akan hilang suara 'garau' nya.

Cuba kita lihat sebelum Pakatan Pembangkang berpakat, kita tidak banyak melihat wajah-wajah Cina dan India yang 'biadap' kepada Islam dan Institusi Raja, tetapi, apabila sebuah pertubuhan yang 'bermodalkan' Islam menyertai mereka, maka, isu-isu hangat 'kebiadapan' kelompok ini amat jelas dan 'menguris' hati. Adakah ini yang kita mahukan. Melayu boleh bertolak ansur sekiranya Melayu diperlekeh tetapi 'bolehkah"  kita bersabar apabila Islam diperlekeh dan dihina??

Kini orang Melayu membenci Melayu yang lain. Sikap dengki dan busuk hati yang 'terpancar' dihati Melayu dimenupulasi oleh bangsa asing. Tanpa menyedari 'strategi" serampang dua mata kumpulan ini maka Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR bertembung sesama sendiri dan akhirnya akan 'menyerahkan' tampuk 'perbendaharaan Islam" kepada musuh Islam, yang mana akhirnya Melayu juga yang kerugian.

Saya tidak menyalahkan 'pemberontak hati', ini dari bersuara, tetapi pemimpin Melayu perlu 'berubah', sekiranya inginkan Melayu berada didepan, mereka perlu 'berkorban" demi kelangsungan  Islam dan Melayu . Carilah persamaan rungkaikan perbezaan. Orang Melayu faham dan sedar ,bukan semua Melayu UMNO itu tidak elok dan bukan semua pemimpin PAS itu jahil, tetapi orang Melayu berada diddalam 'dilema',ibarat  " Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapak", yang mana satu pilihan ??

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Slm,

    Sangat tepat ulasan saudara dan yg pasti tanggungjawab menggalas Islam & Melayu skrg terletak di tangan individu yg tau sama tau :-)

    ReplyDelete