BERSEDIAKAH UMAT MUHAMMAD MENERIMA 'KEDATANGAN" INI . TERHAPUS RESAH DIHATI, TERKIKIS PRASANGKA DIHATI, HANYA ALLAH SWT MENGETAHUI. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Assalammualaikum.
Merenung kembali sejarah peninggalan Nabi Ibrahim a.s. tentang 'rumah allah' yang diwahyukan kepada baginda untuk membinanya serta menyediakan perkampungan untuk umat selepas Baginda seperti yang termaktub didalam Al Quran. Dan Allah SWT juga berjanji kepada Nabi Ibrahim bahawa perkampungan yang diasaskan Baginda akan dihuni dan didatangi oleh seluruh umat terkemudian dari seluruh dunia serta perkampungan ini akan dilimpahi dengan berbagi nikmat yang dijanjikan, itulah janji Allah SWT kepada bumi Mekah dimana terletaknya Ka'abah, iatuitu 'kiblat' untuk umat Nabi Muhammad.
Setelah beratus tahun berlalu , kini amat malang bahawa 'penguasaan" terhadap bumi ini dikuasai oleh golongan yang "berkiblatkan" keduniaan dan bukan lagi kepada 'Keesaan Maha Pencipta".Kini bumi atau negara tersebut dipanggil Arab Saudi dan diperintah oleh Institusi Beraja yang dikenali sebagai 'keluarga Saud"
Latar belakang dan Sejarahnya
Arab Saudi telah menjadi sebuah kerajaan beraja pada tahun 1932. Keluarga Al Saud telah mengawal sebahagian besar kawasan itu selama dua setengah abad. Kerajaan beraja Saudi runtuh dua kali pada tahun-tahun 1800-an disebabkan oleh perselisihan terhadap perwarisan. Pada 1890-an, keluarga Al Saud telah mengambil tempat sepenuhnya oleh sebuah suku musuh— Al Rashid. Keluarga ini telah mula menentang untuk mengembalikan dirinya menerusi King Abdul-Aziz dan penawanan Riyadh secara pengejut pada tahun 1902.[1]
Abdul-Aziz telah menawan Arabia dan membentuk sekutu-sekutu dengan perkahwinan kepada ahli-ahli kabilahnya yang terbesar. Ini menguatkan lagi kuasanya di dalam jangkauan Al Saud dan melebarkan kesahihannya di Arabia. Baginda mempengerusikan terhadap penemuan minyak di dalam kawasan itu. Baginda mangkat pada tahun 1953.
Kedua-dua anaknya yang paling tua, Sauddan Faisal, telah merebut kuasa selepas kemangkatannya. Lama kelamaan Faisal telah mengukuhkan takhtanya pada tahun 1964 dan membuang Saud daripada kekuasaan. Beliau telah menghadapi satu cabaran kecil daripada Pergerakan Pembebasan Putera sebelumnya, tetapi pegerakan pembaharuan dengan cepatnya dimusnahkan. Pemerintahan popular Faisal telah ditamatkan dengan cepatnya disebabkan pembunuhannya pada tahun 1975. Raja Khalid menaiki takhta dan memerintah sehingga kemangkatannya pada tahun 1982.
Raja Fahd, ketua puak Sudairi, telah memerintah dari tahun 1982 sehingga serangan jantungnya pada tahun 1995. Putera Mahkota Abdullah kemudiannya mengambil alih kawalan hal ehwal DiRaja dena dimahkotakan pada tahun 2005, selepas kemangkatan Raja Fahd. Semenjak kenaikan Fahd ke atas takhta pada tahun 1982, Tujuh Sudairi sudah menjadi sekutu yang paling berkuasa di dalam keluarga DiRaja Saudi.
Raja Abdullah adalah pemerintah terkini bagi Arab Saudi . Sehingga kemangkatannya pada 21 Oktober 2011, Putera Mahkota Sultan adalah pengganti selepasnya kepada takhta tersebut. Timbalan Menteri Kedua Putera Nayef, yang telah dilantik pada tahun 2009, sudah mula memegang banyak tanggungjawab di dalam kerajaan beraja.
Seperti yang kita ketahui bahawa dibumi ini penduduknya mengikut fahaman 'wahabbi' dimana amalannya dan kefahaman tentang Islam amat bertentangan dengan yang kita amalkan disebelah sini.
Manusia sering terleka dengan 'keindahan' dan 'tipuan' dunia. Memandangkan telah berlaku berbagai-bagai 'kekhilafan' terhadap Umat Islam dan kini waktu yang dijanjikan Allah SWT sudah semakin menghampiri dengan berbagai-bagai tanda kecil dan besar tentang pengakhiran telah dijelmakan Allah SWT dihadapan kita maka umat dunia haruslah bersiap sedia, samadada dari segi mental mahupun fizikal. Janji Allah SWT itu benar.
Tanda terbesar yang paling ketara yang diturunkan Allah SWT adalah penguasaan bumi Ka'abah oleh manusia yang ,mengistiharkan diri serta keluarga mereka sebagai keturunan dan berdarah "Raja". Inilah tanda yang paling nyata untuk dilihat dan difahami oleh Umat Islam. Beribu tahun lamanya, sebelum dan selepas Baginda Rasullulah tiada sebarang kuasa atau kumpulan mahupun orang perseorangan yang mengaku bahawa dibumi tersebut dilahirkan manusia yang bergelar ' Raja' cuma bumi ini diperintah mengikut sistem 'Kekhalifahan" . Perlantikan atau penguasaan ' beraja' tersebut banyak dibantu oleh "kuasa Barat" atau Eropah.
Sesungguhnya 'kuasa" yang dimiliki yang bukan 'hak' akan terhapus dengan sendirinya. Terhampar kini berbagai -bagai mala petaka terhadap 'keluarga' tersebut telah berlaku satu persatu sehingga mengusarkan 'keluarga' tersebut dan kini rakyat juga sudah mulai curiga dengan 'kepimpinan' keluarga ini. Walau berbillion dollar kekayaan yang dimiliki oleh keluarga ini melalui 'perdagangan' 'haji' dan 'umrah' , semua itu akan terhapus dalam sekelip mata dengan kehendak Allah SWT.
Inshaallah waktu itu semakin menghampiri. Bumi dimana kiblat umat Muhammad, akan menerima kunjungan 'Yang ditunggu-tunggu". Kedatangan kali ini tidak bersambut, tiada perarakan, tiada sahutan , tiada siapa mengetahui, hanya yang 'mengenali' akan 'terpesona". Datang bukan sebarang datang, datang dengan "satu" tujuan, ' "sekadar datang mencari sahabat'. Siapa terpileh bernasib baik, siapa tertinggal 'dilindungi Allah".
Semoga Allah SWT bersama kamu.
Ikhlas dari " Cahaya Al Majid
Salam. Dah dekat no. Hamba masih meraba-raba. Camna nak buat ni? ......mraja
ReplyDeleteInsyallah tuan..
ReplyDelete