SELEPAS 3 MINGGU MELOPONG SERTA 7 NYAWA MELAYANG, BARU KERAJAAN TERSEDAR BAHAWA MALAYSIA ADA 'UNIT KOMANDO' TENTERA YANG BERSEDIA MENJUNJUNG TANAH AIR . |
'KRISTIAN FILIPINA TERTAWA ISLAM SULU YANG MENANGIS"
Assalamualaikum
Selepas 3 minggu trajedi Lahad Datu di ceroboh oleh ' lanun atau 'buah dam' Kiram ', serta tertumpahnya darah 'wira-wira' Melayu dibumi yang dilolosi oleh 'manusia yang tidak berkerajaan" ini, akhirnya Kerajaan Malaysia telah membuat satu perkiraan atau keputusan yang tepat, itu pun setelah seluruh blogger mendesak dan 'mengkeji' tindakan lembut' Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh "Hishap"muddin Hussein . Dengan amaran yang diwar-warkan setiap hari dimedia elektronik dan media cetak, yang seolah-olah 'didengari; oleh penceroboh telah membuatkan rakyat "panas hati" dengan beliau. Tidak kurang juga yang menginginkan beliau agar 'melepaskan jawatan' yang disandang ataupun dipindahkan beliau ke Kementerian yang senonim dengan perlakuannya iaitu Kementerian Pembangunan Wanita.
Alhamdullilah, syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT, akhirnya Kerajaan telah melakukan satu tindakan yang betul didalam menangani 'situasi' yang meruncing ini. Kebolehan dan kepakaran yang dimiliki oleh tentera komando elit ini amat dinanti-nantikan oleh rakyat didalam 'memburu' serta 'menghapuskan' saki baki penceroboh ini. Samaada penceroboh ini 'sulu' dari Sabah atau Sulu dari Filipina, kedudukan mereka adalah setara sekiranya mereka berkomplot atau bersubahat didalam memerangi Kerajaan. Perlu diingat, perasaan hasad dengki atau perasaan bermuka-muka yang ditunjukkan oleh puak ini harus diperhatikan, kerana, sejarah mereka telah membuktikan bahawa kebanyakan dari mereka adalah 'pejuang militan' yang memerangi Kerajaan Filipina serta ketakutan membunuh atau terbunuh adalah kebiasaan bagi mereka.
PERINGATAN KEPADA TENTERA MALAYSIA AKAN PERANGAI DAN KEKEJAMAN PUAK SULU INI. |
Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II (wafat 1936)
Penceroboh ini akan bertindak ibarat 'sesumpah' yang bertukar warna apabila 'bersatu' dengan kumpulannya. Gaya bahasa pertuturan puak penceroboh ini perlu diambil perhatian. Puak puak ini kebanyakanya menyamar sebagai ' orang baik agama'. Perbualan tentang isu keagamaan adalah 'tektik' mereka, kerana ini akan melalaikan ' musuh' yang disasar. Diharap anggota tentera mengambil iktibar ini didalam 'mengharungi' situasi yang mencabar dan berbahaya ini. Satu lagi yang perlu diambil kira adalah ' handphone' mereka. Selalunya mereka akan menggunakan 'handphone' yang agak canggih seperti handphone yang berupaya menghantar 'text' dengan segera kerana ini memudahkan pergerakan kumpulan mereka.
Diharap didalam berhati-hati mencari penceroboh yang berada dikampung-kampung ini, tindakan mengikut nafsu harus dielakkan dan sentiasa mempunyai sifat ' kecurigaan' tinggi apabila bertemu atau berbual dengan 'orang tempatan'.
P/S : Kenapa Filipina membenarkan Raja Kiram yang didakwanya tidak mendapat pengiktirafan Kerajaan Filipina, menceroboh dan memerangi kedaulatan Malaysia tanpa melakukan sesuatu kepada Raja Kiram atau adakah ini satu perancangan Kerajaan Filipina yang sememangnya bercita-cita untuk mengheret Malaysia ketimbang tara untuk menuntut Sabah? Sifat dan kelakuan orang sulu ini ibaratkan seperti ' terrorist".
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
Salam.
ReplyDeleteAdakah ini satu permulaan kepada sebuah peperangan akhir zaman yang selama ini dilaung2kan dan ditunggu2 oleh kedua2 belah pihak, pejuang islam dan musuh islam??
Yalah pelik aku rasa. Kenapa Filipino sanggup ambek balek dan rawat org sulu ni walhal mereka bermusuh ?? Aku pun rasa mungkinkah ini bibit bibit awal huru hara sebelum kedatangan Mahdi? Tapi aku percaya setiap yg susah itu mesti ada hikmah baiknya nanti. Percayalah.
ReplyDelete