Sunday 24 March 2013

ISU PEMUDA BANI TAMIN: DIMANA KEBENARANNYA??

JIWA  SEMAKIN MISKIN, HATI SEMAKIN KERAS, KEFAHAMAN SEMAKIN NIPIS KEPERCAYAAN SEMAKIN SONGSANG. KEBENARAN MENJADI FITNAH KEBOHONGAN SEMAKIN PARAH..

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Siapakah dia Pemuda Bani Tamim? Setiap individu yang mempelajari siku-siku perjalanan mesti mengatakan tentang 'Pemuda Bani Tamin', Adakah ' subject' ini merupakan orang peseorangan ataupun  kumpulan atau adakah ianya datang dari keturunan wali-wali , ulama dari kalangan orang kebanyakan ataupun orang berdarjat. Atau adakah 'subjek' ini dari  'ahli tasfis' atau 'ilmuan biasa" , atau adakah  ianya 'subjek, ini 'berjubah' atau ' berpakaian jeans', semua ini menjadi ukuran ,akan ' subjek' yang disebut-sebut ini.

Apakah pegangan serta aliran yang diikuti oleh 'subjek' ini. Adakah dari kefahamanan ' Sunnah 'atau  pun Syiah atau adakah datangnya dari Mahzab Shafei atau Maliki atau Hanafi ataupun Hambali atau apa saja. Apakah pegangan'nya'. Sejauh mana kehebatannya, lmunya, atau adakah dia nya hebat dalam berkata-kata atau sebaliknya. Semua kriteria ini tidak diterangkan atau dijelaskan secara teperinci. Apa yang dapat di'rasa'kan atau 'diperkatakan' melalui 'lidah' yang tidak bertulang adalah ' kedatangannya' yang dikatakan ' yang 'ditungu-tungu'. 

Penyataan  ini didakwa wujud  dari ' Hadith-hadith' yang didakwa pernah dilafaskan oleh Baginda Rasullulah. Sejauhmana kebenaran atau kesahihan 'kata-kata' ini hanya Allah SWT  menjadi saksi diantaranya. Sekiranya kita renung kembali akan ' Firman-firman' Allah SWT yang terdapat didalam Al Quran, secara terangan Allah SWT berjanji bahawa tiada siapa akan  mengetahui 'apa yang terjadi' dimasa akan datang' dan 'menilik masa hadapan' adalah haram disisi Allah SWT.  Dengan ketentuan Allah SWT ini, adakah kita berpendapat bahawa Nabi Muhammad s.a.w akan mendahulukan 'sabdanya' dari 'Firman Allah SWT.

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Ertinya : ” Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT” .

Allah SWT menyatakan: “Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya.” (al-Mu’minun: 71)

“Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta.” (an-Naml: 65)

“Kalau saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain saya hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman.” (al-A’raf: 188)

Berpandukan Firman Allah SWT diatas, maka, tertolaklah apa yang didakwa pernah 'disabda"kan oleh Baginda Rasullulah s.a.w tentang 'hadith' berhubung ' kisah subjek' yang dinanti. Tetapi berhubung dengan kedatangan ' subjek'  yang dibawah ini , ianya merupakan kepastian' yang bakal menjelma dan bakal kunjung datang.

Ayat 61-66 , surah az – Zukhruf
61. Dan sesungguhnya Isa itu benar – benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Oleh itu, janganlah kamu ragu – ragu tentang kiamat itu dan ikutlah Aku. Inilah jalan yang lurus.
62. Dan janganlah kamu sekali – kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
63. Dan taktala Isa datang membawa keterangan, dia berkata : “Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa hikmah dan untuk menjelaskan kepadamu sebahagian dari apa yang kamu berselisih tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah (kepada)ku”.
64. Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah Dia, ini adalah jalan yang lurus.
65. Maka berselisihlah golongan  - golongan (yang terdapat) antara mereka; lalu kecelakaan yang besarlah bagi orang – orang yang zalim, yakni seksaan hari yang pedih (kiamat).
66. Mereka tidak menunggu kecuali kedatangan Hari Kiamat kepada mereka dengan tiba – tiba, sedang mereka tidak menyedarinya.

Firman-firman Allah SWT ini ( Ayat 61-66 Al Zakaruf)  yang terdapat didalam Al Injil mahupun kitab yang terdahulu darinya  yang telah diseleweng dan  Ayat-ayat ini juga  Allah SWT Firmankan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk manusia  yang sanggup  beriman dengan Al Quran   .

Oleh itu kebenaran tantang 'Pemuda Bani Tamim' itu sebenarnya adalah "illusi " yang dipermainkan oleh 'syaitan' untuk manusia yang tidak memahami Al Quran seperti sepatutnya. Hanya mereka-mereka atau kumpulan kumpulan yang berkepentingan saja akan 'memainkan' 'subjek' ini untuk kepentingan kumpulan mereka. Yang perlu diberikan perhatian ialah ' tempat' kelahiran' subjek yang dinyatakan disurah Al Zakruf ini iaitu Ayat 61-66.Perhatian sebenar adalah kepada manusia yang satu ketika dahulu ' disamakan rupanya dengan orang yang lain lalu Al Masih diangkat kelangit'.
 Janji Allah SWT adalah benar, setiap manusia akan menemui kematian oleh itu ' subjek' yang diangkat dilangit masih lagi 'bebas' dan perlu menjalani 'proses kematian' seperti manusia yang lain. 

Selainnya tetap 'rahsia' Allah SWT .

                                                        Ikhlas dari : Cahaya Al Majid                                                                      

22 comments:

  1. Dalam Al Quran mmg tidak ada disebut ttg Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim..tapi ianya disebut dlm Hadis2 Rasulullah...
    Pergi habiskan mengaji ..kalau x Tahu belajar Dari org yg Tahu..

    ReplyDelete
  2. Salam. Allah SWT tidak menjanjikan kebenaran Al Hadith seperti yang saudara dakwa dan saudara pelajari . Maaf, saya tidak beriman dengan Al Hadith tetapi beriman kepada Al Quran dan Kitab Kitab Allah .

    ReplyDelete
  3. tiada Allah maka tiada Muhammad
    tiada Muhammad maka tiadalah Allah dikenal
    maka adanya Allah dan adanya Muhammad
    maka tersingkaplah Al Quran & Al Hadis
    jgn berjauh hati dlm mnunaikan amanah Allah dn Rasulnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari kata-kata tuan , bolih diungkapkan saudara telah "khatam" ilmu mengenal diri. Tetapi sekiranya ilmu sehebat ini yang dimiliki belum lagi berjaya menyakinkan orang yang belum mengambil Allah sWT sebagai Tuhan sebagai Tuhannya ,saya jangka ilmu yang tuan miliki tidak bermenafaat kepada diri dan juga kepada Allah.

      Delete
  4. Adakah anda bermaksud bahawa hadith2 adalah penipu dan tidak benar sama sekali? Ianya menunjukkan bahawa anda masih belum habis mengaji kerana orang yg cukup ilmu itu tidak sama sekali menolak hadith. Apatah lagi belum habis mengkaji hadis Rasulullah saw, sudah membaca kitab2 Allah yang lain. Cetek sungguh pemahaman anda

    ReplyDelete
  5. Untuk persoalan tuan anonymous 10may 2013 sila rujuk post terbaru saya untuk penjelasan. T kasih

    ReplyDelete
  6. Jika benar kamu tidak beriman dengan al hadith tidak perlu lah kamu mendirikan solat...jika kamu hanya berpegang kepada al quran...kamu sudah lupa ke kepada siapa alquran itu diturunkan...tak lain tak bukan kepada nabi muhammad...kalu xpercaya kepada kata2 nabi muhammad buat apa kamu percaya al quran yg dibawa oleh nabi muhammad...kerana al hadith itu ada setiap perkataan, perbuatan dan pengakuan yg disandarkan kepada nabi muhammad...bertaubatlah saudara jika saudara adalah org islam...jgn sampi masa pemuda bani tamim dan imam muncul memenggal kepala saudara kerana disuruh bertaubat tapi enggan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya berpandangan saudara ini tidak dapat membezakan , apa itu sunnah" dan apa itu 'hadith'. Kena lengkapkan ilmu pengajian lagi. Al Quran itu Kata Kata Allah(Firman) dan bukan kata-kata Muhammad. Mana sama tarafnya diantara kata-kata Tuhan ( Firman Allah) dengan Kata-kata manusia (Hadith) Muhammad. Maaf , pengajian saya tiada pula mengatakan kumpulan yang mendakwa Bani Tamin itu bertindak kejam kepada manusia kecuali 'kumpulan yang mendakwa atau sesat" saja yang zalim.

      Delete
    2. Slm.

      Agak ektrimis pernyaataan saudara hingga "Imam Mahadi" terlupa untuk memenggal kepala kafir(dajjal2)hanya muncul memenggal kepala penulis sekiranya tidak bertaubat. Di mana letaknya rukun iman saudara? Di mana letaknya pernafian saudara pada penulis blog ini dalam merujuk rukun iman?

      Delete
  7. Hadis Nabi Muhammad SAW adalah salah satu sumber Syari'at Islam yang wajib dipegang oleh Umat lslam, berdasarkan:

    a) Ayat-ayat al-Qur' an antara lain :

    i. Surat Al-Hasyr: 7 "..apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah, dan bertaqwalah kepada Allah Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya ".

    ii. Surat An-Nisa: 80" Barang siapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barang siapa yang berpaling (dari mentaati itu), maka kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka ".

    iii. Surat AI-Imran, ayat: 31-32"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah : Taatilah Allah dan Rasul-Nya,jika kamu berpaling, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir. "

    http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1827&Itemid=48

    ReplyDelete
  8. Imam Syafi’i rahimahullah pernah ditanya tentang suatu masalah, kemudian belian menjawab dengan hadits. Maka si penanya tadi berkata, “Apakah engkau sependapat dengan hadits ini?”. Maka Imam Syafi’i gemetar dan keluar otot lehernya seraya berkata, “Ya Hadzaa. Bumi mana yang akan aku pijak dan langit mana yang akan menaungiku, kalau aku meriwayatkan satu hadits dari Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam kemudian aku tidak sependapat dengannya?!! Na’am ‘ala sami’ wal bashar (Yakni, kami dengar dan kami taati).” (Sifatu Ash-Shohwah, Ibnul Jauzi juz 2/256).

    Berkata Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah, “Barangsiapa menolak hadts Nabi Sholallahu ‘Alaihi Wasallam, maka dia berada di pinggir jurang kehancuran.” (Thabaqat Al-Haranabilah, 2/11 dan al-Ibaanah, 1/269; lihat Tadhimus Sunnah, hal 29)

    Berkata Imam Al-Barbahari, “Jika engkau mendengar seseorang mencela riwayat-riwayat (yakni riwayat hadits yang shahih), menolaknya atau menginginkan selainnya, maka tuduhlah keIslamannya dan jangan ragu kalau dia pengekor hawa nafsu, ahlul bid’ah”(Syarhus Sunnah, hal 51)

    Berkata Abul Qashim Al-Ashbahani, “Berkata ahlussunnah dari kalangan salaf: Barangsiapa yang mencerca riwayat-riwayat hadits (yang shahih -red), maka sepantasnya untuk dituduh keIslamannya.” (Al-Hujjah fi Bayanil Mahajjah, 2/248; lihat Ta’dhimus Sunnah hal 29).
    Berkata imam Az-Zuhri Rahimahullah, imamnya para imam pada zamannya, “Dari Allah keterangannya, Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam yang menyampaikannya, maka kewajiban kita adalah menerimanya.” (Aqidatus Salaf Ashabil Hadits, hal 249)

    ReplyDelete
  9. wana'uzubillah..selawat dan salam ke atas junjungan nabi muhammad s.a.w.. Allahurabbi..

    ReplyDelete
  10. SALAM. DARI PENELITIAN PERIHAL DI ATAS SAYA DAPATI KEDUA2NYA BETUL. INI BERDASARKAN PEMAHAMAN MASING2. OLEH ITU IZIN SAYA MENCELAH DAN MAAFKAN SAYA KITANYA HURAIAN INI MENYINGGUNG BAGI KEDUANYA. WAHAI SAUDARA KU YANG KU SAYANGI MENGIKUT PANDANGANKU PULA TIDAK LANGSUNG ADA KEDAPATAN SUATU PERCANGGAHAN DIANTARA KEDUANYA BAHKAN KIRANYA KEDUA KAMU ADA KELAPANGAN UNTUK BERSUA MUKA DAN BERBINCANG MAKA ITU ADALAH TERLEBIH BAIK. SETIDAK2NYA KAMU DAPAT MENYAMBUNGKAN LAGI WASILAH DITUNTUT DIDALAM MENGENAL SATU DENGAN YANG LAIN DEMI MERAPATKAN TALI ALLAH (PERSAUDARAAN) SESAMA KAMU MOGA2 DAPATLAH IANYA DIPANJANG SERTA DIKEKALKAN UNTUK PEMBACA MENDATANG. OLEH ITU JANGAN KAMU SESAMA KAMU ADA TERDETIK DI DALAM HATI SALAH MENYALAH DI ANTARA SATU SAMA LAIN KERNA KEDUA KAMU JUGA ADALAH DATANGNYA DARI SATU SUMBER YANG SAMA.

    APABILA KITA BERBINCANG MENGENAI PERIHAL BERAGAMA INI ADALAH TIDAK WAJAR KITA BERSELISIH PANDANGAN DAN PENDAPAT SEBAIKNYA HENDAKLAH KITA BERTEMUSUA DAN MEMELIHARA ADAPSOPAN SESAMA MUSLIN KERNA SEPEMAHMAN SAYA TIDAK PULA DIAJAR UNTUK KITA MENUNJUK2 AKAN KEHEBATAN DIRI KERNA SELAGI IANYA BERNAMA MANUSIA SELAGI ITULAH DIRINYA TIDAK PUNYA APA. JUSTERU, TERLEPASLAH KAMU DARI PERBUATAN SYIRIK.

    SAMADA SAUDARA BERPEGANG PADA AL-QURAN TIDAK PULA HADITH ATAU DAN SEBAGAINYA SAYA AMAT2 FAHAM DAN BAGI SAUDARAKU YANG MENGAMBIL KEDUANYA PULA JUGA SAYA FAHAM. MAKA TIDAK PULA DIRASAKAN ADA PERCANGGAHAN DIANTARA KEDUANYA. CUMA DI SINI INGIN SAYA LUAHKAN HARAPAN SAYA BAHAWA SEKIRANYA ADA KEDAPATAN PERKARA YANG MEMBOLEHKAN KITA BERBALAH SESAMA KITA MAKA CARILAH SUATU JALAN YANG MEMBOLEHKAN KALIAN BERDAMAI DENGAN SEGERA DAN JANGANLAH PULA KITA MENCERCA DAN SEBAGAINYA LANTAS MENJERUMUS DIRI KALIAN KE KANCAH KEMUNGKARAN KERNA AGAMA ITU SATU UDAH TENTU DAN SEMESTINYA MEMBAWA KEPADA PEMAHAMAN YANG SATU BUKAN GITU. AKAN TETAPI APABILA KITA TIADA KEDAPATAN PEMAHAN YANG SATU MAKA INI BERMAKSUD KALIAN PERLU BERKASIH SAYANG. MAKSUD SAYA BERJUMPA DAN BERBINCANG INSYALLAH KALIAN KEDUANYA SUDAH PASTI MEMPEROLEHI KEFAHAMAN YG DIINGINI. JUSTERU, KEHENDAK MAKSUD DARI AYAT BISMILLAHIRAHMANIRAHIM IAITU BERKASIH SAYANG ITU TADI TELAH PUN TERLAKSANA DENGAN JAYANYA. NAH ITU YG DIINGINKAN OLEH SANG PENCIPTA DI DALAM MENCARI KEREDHAANNYA.

    SAYA BERASA AMAT SEDIH KIRANYA SAUDARA2KU BERBALAH DIANTARA SATU DENGAN YG LAIN OLEH ITU SAYA MOHON BAGI KEDUANYA AGAR TIDAK IANYA BERPANJANGAN YA SEMOGA KALIAN DILIMPAHI RAHMAT KEFAHAMAN YG DIINGINI DENGAN SEJAHTERA. INSYALLAH. PADA SAYA DARIPADA TUHAN YG SATU, AGAMA YG SATU DAN BANGSA YG SATU (MANUSIA) HENDAKLAH KESEMUANYA BERDAMAI. OLEH ITU SELAGI NAMANYA MANUSIA ITULAH TIDAK KIRA APA PUN PAHAMANNYA MEREKA ITU TETAP JUA SAUDARA2KU. HANYA KERNA TERSALAH DARI SEGI PEMAHAMANNYA SAHAJA MAKA MEREKA TERSASAR DARI LANDASAN YG SATU.

    "DAN APABILA LAHIR SAHAJA ANAK ADAM KE BUMI MAKA TERPULANGLAH KEPADA KEDUA IBU BAPANYA UNTUK MENDIDIK SAMADA ANAK ITU YAHUDI, MAJUSI, NASARA ATAU MOSTLY(MUSLIM/SYUMUL/KESELURUHAN)"

    MENGIKUT DARI PEMAHAMANKU KIRANYA MANUSIA ITU MENGANGGAP TUHAN ITU ADIL MAKA DIMANAKAH LETAKNYA KEADILAN TUHAN ITU KIRANYA KAMU DILAHIR DIDALAM KELOMPOK MELAYU MAKA KAMU MENGATAKAN AGAMA ISLAM ITU BETUL PADA HEMAT KAMU TAPI APA PULA HALNYA KIRANYA SANG PENCIPTA ITU MENTADIR KAMU LAHIR DIKALANGAN KELOMPOK BUKAN DARI KELUARGA YANG MENGANUTI ISLAM? NAH, COBA KALIAN BERFIKIR SEJENAK. ADAKAH KALIAN AKAN MENGATAKAN AGAMA ISLAM ITU BETUL DAN ADAKAH MUDAH BAGI DIRI SESEORANG ITU MENUKARKAR AGAMA MENGIKUT DARI SUSUR GALUR KETURUNAN SAHAJA? RATA2 RAMAI ORANG YG BERTANGGAPAN BAHAWA MEREKA YG TIDAK MENGANUTI AJARAN ISLAM ITU KAFIR (ENGKAR) SEKIRANYA TANGGAPAN KAMU (MUNGKIN DENGAN IZIN) YA MEREKA ITU TERGOLONG SEBAGAI ORANG YG KAFIR MAKA PERSOALANNYA DIMANAKAH LETAKNYA KEADILAN TUHAN ITU? SEKADAR BERBINCANG....NANTI SENANG KU PANJANGKAN JAWABNYA....

    ReplyDelete
  11. sy juga pusing mencari bani tamim hehe...

    ReplyDelete
  12. Ada apa dgn bani tamim akan menzahirkan diri dlm masa dua tahun lagi adakah anda bersedia atau hanya peminat sahaja .sangup ke sokong seratus peratus atau hanya jadi penonton.atau akan jadi penentang kepada kami .maka tunggulah janji allah azawajallah kemudianya itu dntg janji muhammad rsw mengakhiri zaman .wasalm

    ReplyDelete
  13. Kapan disebut Ratu Adil (Imam Mahdi) ianya dikaetkan dgn Bani Tamim. Karna sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan didahului oleh kedatangan Bani Tamim. Namun Bani Tamim itu bukan berjuang berjalan bersendirian, tetapi mereka itu dibimbing dipimpin oleh Sang Pemuda. Maka sebab itu sering dikatakan PEMUDA BANI TAMIM. Contohnya seperti Nabi Musa AS mencari menjejaki keberadaannya Nabi Khidir AS diperbatasan2, beliau bertemankan SANG PEMUDA (Surah AlKahfi). Maka koq begitu jugalah halnya dgn Bani Tamim itu....

    Berbalik soal siapakah Bani Tamim itu? Mereka itu asalnya adalah Ahlulbait Nasab Nabi SAW yg telah berkembang nasabnya diNusantara. Setelah bercampur Nasab dgn orang2 Timur, maka mereka maseh disebut Bani Ajam. Maka sosok Imam Mahdi itu termasuk sekali dlm golongan Bani Tamim itu juga. Maka Imam Mahdi itu adalah ketua bagi satu pasukan para Wali yg akan berjuang diAkhir Zaman. Namun kekuatan Imam Mahdi dan pasukannya Bani Tamim itu terletak pada SANG PEMUDA. Barang siapa menyangka Imam Mahdi itu sudah wafat ato ghoib bakal hidupkan menjelma semula, itu Mahdi Palsu namanya. Yg ghoib itu Sang Pemuda. Siapakah Sang Pemuda itu? Wallahu'alam....

    ReplyDelete
  14. Antara Pemuda Bani Tamim dgn turunnya Nabi Isa AS mana lebeh illusi?
    AlHadis munculnya AlMahdi akan turunnya Nabi Isa AS kebumi apa erti?
    Pencinta2 Isa sangka setelah diangkat kelangit turun kebumi bertugas lagi.
    Yg tersiratnya muncul AlMahdi Isa turun kebumi diwafatkan ketemu mati....

    Semua para Nabi Rasul setelah tamat tugas mereka berkubur wafat mati.
    Nabi Adam AS usia 1,000 tahun setelah tamat tugas akhirnya wafat mati.
    Rasulullah SAW Habibullah usia 63 tahun tamat tugas akhirnya wafat mati.
    Apakah kelebehan Isa AS sudah wafat hidup semula lantas bertugas lagi?...

    Isa hanya penjawat RuhulQuddus Mukjizatnya alam perubatan mengubati.
    Setelah Isa wafat jawatan RuhQuddus disandang pula oleh Imam AlMahdi.
    Hadis2 Israeliat Nasraniliat Setan2 sesat yg tumpang sekaki itulah yg illusi.
    Oleh itu ummat Muhammad jangan bergayut berpaut pada dahan rapuh lagi...

    Kalo maseh ngak ketemu Bani Tamim cukuplah dulu jadi penggemar Kicap Tamin.
    Kicap pun kicaplah asalkan bisa beriman dgn AlMahdi terajui Pemuda Bani Tamim.

    ReplyDelete
  15. PROMOSI NIKAH SIAM RM 1666
    Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.c0m
    drina1998.blogspot.c0m

    ReplyDelete
  16. SIAPAKAH MEREKA ITU PEMUDA BANI TAMIM..?? Tatakala Bapak Mahathir maseh berkuasa sebagei PM Malaysia, beliau juga mencari2 Pemuda Bani Tamim. Ada diceritakan beliau bersama2 rombongan kabinet Pemerintah Malaysia dlm urusan perdagangan dgn Pemerintah China. Dikesempatan itu beliau telah bawa bersama TokMoh2 dari Indonesia, bagi mencari mengesan power Pemuda Bani Tamim. Berjayakah misi beliau itu..?? Dlm misi urusan perdagangan itu koq agaknya berjaya, tapi misi spiritual itu belum tahu belum tentu.. Apakah Bani Tamim itu juga ada diNegari China..?? Namun Kanjeng Rasol ada berpesan : "Tuntutlah ilmu walau sampei keNegeri China"... "AlMahdi Sejati memerhati - Tok Zulkarnaen mengkhabari.."

    ReplyDelete
  17. SIAPAKAH PEMUDA BANI TAMIM..?? Pemuda Bani Tamim dibilangkan satu pasukan pejuang Islam bakal bangkit diAkhirul Zaman. Kehebatan mereka digambarkan berhati waja seperti singa. Jika dicobak kekuatan mereka bisa ranapkan gunong hingga jadi rata, dsbnya lagi banyak gambaran2 yg diberikan akan kehebatan Bani Tamim itu. Maka dalil2 berupa Hadis mmm... bisa dijadikan rujukan. Siapakah sebenernya mereka itu Pemuda Bani Tamim..?? Biarkanlah ianya menjadi Misteri Akhirul Zaman, sehingga kebangkitan Sang Pemuda Sejati yg memiliki kekuatan membuktikan...

    Maka orang yg percaya sakan lagi beryakinan penuh akan kewujudan Pemuda Bani Tamim, adalah Abuya pemimpin Puak Arkam. Lantas para Puak Arkam menobatkan Abuya sebagei Pemuda Bani Tamim pemimpin paling ajaib dizaman ini. Dasar perjuangan Pemuda Bani Tamim aliran Arkam, adalah menyediakan tapak bagi kebangkitan Imam Mahdi Arkam, Syeikh Suhaimi yg telah mati tapi dipercayai ghuyub menjadi Rijal Ghoib. Asas amalan mereka adalah Kitab Aurad Muhammadiah, yg berlawanan dgn dasar pegangan Jabatan Agama Pemerintah Malaysia. Lantas Abuya serta pengikut2 kanannya ditangkap dihukum. Aduhai kesiannya Abuya, hingga meleleh air liornya tatakala ditortured. Mana dia kehebatan Pemuda Bani Tamim - Abuya..??

    Setelah itu mereka dibebaskan tapi tidak lepas dari perhatian Pemerintah Malaysia. Malangnya belum sempat Abuya Pemuda Bani Tamim buktikan dirinya orang kanan kepada Imam Mahdi Syeikh Suhaimi, akhirnya Abuya meninggal dunia. Puak Arkam bageikan anak2 ayam kehilangan ibu / bapak ayam tempat pergantungan. Karena terlalu taksub pada Abuya, walo sudah sah Abuya mati, tersungkur rebah digerbang syurga, tetapi Puak Arkam bilang Abuya tidak mati, hanya dighoibkan kini sedang bertapa lagi diGua Ashabul Kahfi. Bakal dibangkitkan semula hingga murid2nya setia dikuburnya menanti. Kalo dulu Abuya dinobatkan Pemuda Bani Tamim - Pemimpin Paling Ajaib dizamannya, kini Abuya dibilang orang arwah yg paling kontraversi. Kalo simati menanti yg sudah mati itu dinamakan 2 kali mati....

    Apakah sudah berakhir perjuangan Pemuda Bani Tamim aliran Arkam..?? Ngak tahu.. Pemuda Bani Tamim yg mana satukah yg mahu dicari diikut..?? Allahu'alem... "AlMahdi Sejati sentiasa memerhati - Zulkaenaen bisa menyeksa menghukumi...."

    ReplyDelete
  18. tolongla....lama sangat saya perhatikan....apepasal susah sangat nak terima....hadis tu adalah pelengkap alquran....apa yang tak di sebut dalam quran..disebot dalam hadis...kedua2 saling memerlukan antara satu sama lain.... kamu kata hadis bukan sunnah..bukan perlakuan rasul...habis tuh macamane perlakuan nabi tuh di rakam ?? dalam video? dalam kaset? dalam CD? zaman dulu ade ke semua tuh.....TOLONGLAH BERPIKIR SECARA LUAS

    ReplyDelete
  19. .... SIAPAKAH MEREKA ITU YG BERNAMA BANI TAMIM .... ??

    NAMA BANI TAMIM DLM 2 HURUF ARAB "TA" & "MIM" IA TERSEMBUNYI
    NILAI TA=400 MIM=40 JADI =440 = 44 HARI ALAM PERTAPAAN NABI
    TERHIMPUN KITAB KULIT UNTA MUQADDAM 44 MUKJIZAT PUSAKA NABI
    DARI 44=8= HURUF "HA"=HIDUP TELAH BERKEMBANG AHLULBAIT NABI..

    SEJARAH BERMULA 7 BERADIK NASAB NABI TERTUA KENUSANTARA PERGI
    BERBULAN BELAYAR AKHIRNYA DISATU PANTAI SUNDA MENJIJAKKAN KAKI
    TELAH ISLAMKAN WARGA TEMPATAN MAHARAJA HINDU JAWA SAKIT HATI
    SEDANG SOLAT MLM MEREKA DISERANG DEWA HANUMAN ALLAH LINDUNGI..

    BERNAMA 7 BERADIK "SYED JAMALULAIL" MARTABAT AHLULBAIT TERTINGGI
    AKHIRNYA MEREKA BERPECAH BERPISAH MASING2 KEHALATUJU DESTINASI
    DIINDONESIA 3 TANAH MELAYU 2 KECHINA 2 BERKELUARGA MAHU KENALI
    KINI BERKEMBANG PULUHAN JUTA NASAB NABI BANI TAMIM MAHU DICARI..

    DARI MINANG SUMATERA KEPULAU BESAR MELAKA KE REMBAU BUMI SAKTI
    DARI NASAB SYED ABDUL MAJID TERPILEH TERPENDEM BAKA IMAM MAHDI
    DARI BUMI MIM ALLAH BANGKITKAN IMAM MAHDI SEJATI SEDANG TERAJUI
    DIA NASAB BANI TAMIM DIA JUGA MUHAMMAD KE2 MAHULAH DIHURMATI..

    BERMAKNA BANI TAMIM ITU PEWARIS ILMU KULIT UNTA "44" MUKJIZAT NABI
    HANYA MEREKA DARI DNA WALI 7 NUSANTARA/CHINA NASAB TERTUA NABI
    KARNA PEMUDA BANI TAMIM MANUSIA CAHAYA PILEHAN ADA TUGAS2 ILAHI
    UMMAT NABI LOBEH SONANG JADI PENGGEMAR SETIA KICAP TAMIM HARI2..

    TAHUN 2016 PENUH DEBARAN DUNIA ISLAM DIMEKAH MENANTI2 ALMAHDI
    DIDAHULUI DATANG PASUKAN KECIL PEMUDA BANI TAMIM PIMPINAN MAHDI
    THEY'RE THE YOUNG MAGICIANS GRADUATED 73TH LESSONS OF THE MEHDI
    FELLOWSHIPS AT THE GATE AFTER CROSSING THE GREAT WATER WAJIB TEMPUHI.

    UNTIL FINALLY YOU'RE THE HOLDERS OF THE MAGICAL LIGHT SWORDS THE

    MIRACLE OF ALMEHDI. HERE WE REACH OUR EVENING PERSONAL LIFE, A NEW
    LIFE BEGINS AS THE SUPER PERSONAL OR COSMIC LIFE. WILL YOU GRASP IT
    FIRMLY....?? OR.... WILL YOU TRY TO STAY AS YOU HAVE BEEN DESPITE THE
    LIMITATIONS OF TE HUMAN FORM AND FRAIL SWIFT PASSING..?? THESE ARE
    THE THINGS YOU WILL DECIDE AS YOU LIVE THIS AND ALL YEARS TO COME....

    .... WALLAHU'ALEMMM ....

    ReplyDelete