KEMUNGKINAN NAJIB TIDAK SEDAR BAHAWA KALI INI MERUPAKAN PERTEMBUNGAN KUASA DIANTARA GABUNGAN CINA DAN INDIA MENENTANG MELAYU MENGGUNAKAN MELAYU DEMI MENGUASAI MALAYSIA |
Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh bakal-bakal Yang Berhormat. Siapa yang mengail dan siapa yang terkail, terjawap sudah. Namun dari apa yang dapat diperhalusi kebanyakanya daripada calon calon yang diketengahkan oleh DS Najib Tun Razak merupakan calon-calon yang dikatakan sebagai ' calon boleh menang'. Samada seseorang calon itu berwibawa atau 'terbawa-bawa' hanya akan ditentukan nasibnya oleh pengundi.
Apa yang dapat saya perkatakan disini, banyak calon 'recycle' yang diketengahkan oleh DS Najib, samaada BN ketandusan pemimpin atau 'termakan budi' hanya Najib yang mengetahui. Selayaknya pemimpin-pemimpin 'recycle' ini seharusnya digantikan dengan muka-muka baru tetapi DS Najib melakukan sebaliknya.
Penggantungan harap terhadap individu-individu yang pernah 'mencalarkan' imej Barisan Nasional masih diberikan keutamaan didalam pertembungan ini. Namun semua sejarah hitam yang pernah dilalui oleh seseorang calon itu seolah-olah tidak mengusarkan DS Najib akan akibatnya. Benar!! Barisan Nasional akan berjaya menguasai Parlimen tetapi DS Najib harus ingat bahawa setakat ini tiada 'sabotaj' berlaku dikalangan 'penyokong tegar BN", tetapi didalam beberapa hari ini 'kemungkinan' peristiwa lama akan berulang.
Dengan mengekalkan beberapa kuota kerusi yang pernah dimiliki oleh BN suatu ketika dahulu yang diperuntukan kepada parti komponen telah tergadai kepada Pembangkang disebabkan 'kegagalan' membaca pemikiran penyokong namun nampaknya sejarah PRU 12 seolah-olah tidak dijadikan pelajaran oleh BN dan fenomena pengundi setempat memberi 'signal' 'berulang' kembali. Benar, BN mengutamakan ' pengkongsian kuasa' tetapi untuk PRU 13 ini sentimen pengundian sudah jauh berubah dan UMNO terpaksa 'bertolak ansur' tetapi bolih ke 'penyokong' menerimanya??Ini yang gagal dibaca oleh DS Najib.
Dengan beranggapan bahawa 'calon' atau parti komponen BN yang pernah dikalahkan dahulu akan dapat menawan kembali ' sesebuah kerusi' tersebut adalah 'nipis'. Strategi untuk memenangi hati pengundi India dan Cina untuk menyebelahi BN amat kritikal dan meragukan. Kebergantungan BN kepada kaum India dan Cina amat merbahaya. Harapan BN hanyalah kepada kaum Melayu saja.
Disebabkan 'kecelakaan' yang dicipta sendiri oleh PAS dan PKR , maka, 'percaturan' ini akan memberikan 'kelebihan' kepada BN atau calon UMNO untuk mengungguli kawasan yang ditandingi. Tetapi terdapat juga DUN BN yang terangan akan kalah sebelum bertanding kepada pembangkang sebelum hari pengundian disebabkan tersalah calon yang diketengahkan.
Nama nama besar yang diharapkan menang akan menjadi 'kejutan' samaada dipihak kerajaan mahupun pembangkang. Kelebihan masih tetap kepada calon dari UMNO dari BN. Kemungkinan DS Najib gagal membaca 'sentimen' setempat atau diberikan taklimat kurang tepat hanya akan terjawap pada 5hb Mei 2013.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment