Apabila membaca artikel dibawah ini , secara terangan menunjukkan bahawa bertapa rendahnya tahap pemikiran sipelaku dan bertapa taksubnya mereka kepada kumpulan yang disokong sehingga tergamak mencederakan orang lain. Perlu diingat, sekiranya "sipelaku" didapati bersalah 'confirm' 5 tahun masuk penjara. Siapa bodoh dan siapa pandai!! Lu fikirlah sendiri.
Ahli PAS tetak ahli UMNO dengan pedang!
Bachok. 11.45 mlm 3/4/13 berlaku kes tetak di Pos BN Chabang 3 Melawi. Pemilik kedai di tetak oleh seorang penyokong PAS yang datang bersama adik mangsa.
Mangsa di arah menurunkan semua poster BN. Poster BN kemudiannya di potong dengan pedang dan mangsa di tetak di bahu. Mangsa cedera di bahu kanan dan menerima 13 jahitan.
Kes disiasat Peg. Penyiasat IPD Bachok di bawah seksyen 324. Nombor report1093/2013.
NEGERI JOHOR
Ketika kejadian jam 1 pagi itu, Ahmad Nazim Mohamed, 27, berkata dia bersama seorang rakan sedang memasang sepanduk dan bendera parti sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat hon sebuah kereta jenis Proton Wira yang menuju ke arah mereka. “Sebaik mendengar bunyi hon, saya lihat seorang lelaki sedang berlari di sisi kereta sambil memegang kayu menuju ke arah kami.
Seorang petugas Barisan Nasional (BN) cedera dirempuh kereta dinaiki sekumpulan lelaki dipercayai penyokong pembangkang, ketika mangsa memasang sepanduk di tepi Jalan Teratai dekat Johor Jaya di sini, malam kelmarin.
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
salam..
ReplyDeletejika perkara dilakukan oleh puak2 pakatan terutamanya pas adalah disebabkan oleh fatwa2 dan amanat2 sesat yg dikeluarkan oleh pemimpin mereka, sesat lagi menyesatkan..semoga mereka kalah teruk pada pru kali ini dan semoga parti yg bertopengkan islam ini akan hancur
Mengelak Politik Jijik Pilihanraya
ReplyDeleteBagi mendaulatkan Institusi Raja, Institusi Raja mestilah dikembalikan Kuasa
Perlembagaan untuk pembersihan. Semua kerusi Parlimen dan Negeri semasa mesti dicalonkan kepada kerabat raja negeri masing-masing. Jadi, Institusi Raja
diwarisi mengikut warisan, dan Parlimen serta Negeri di buat secara undian.
Kelak jawatan Perdana Menteri akan dipilih mengikut giliran dari Menteri Besar
negeri mengikut giliran negeri perlantikan DiPertuan Agong.
Bagi undian semasa, Ahli Parlimen yang berjaya akan dilantik memegang portfolio Menteri Parlimen dan yang tidak mempunyai portfolio akan dilantik senator. Timbalan Menteri pula akan dipilih dari Ketua Jabatan yang baru bersara, kerana sememangnya mereka lebih arif tentang jabatan masing-masing dibanding dari menteri seperti yang banyak kali didedah. Sebagai pesara, Timbalan Menteri telah berpencen maka tidak perlulah gaji kecuali elaun. Bekas Panglima Tentera sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, bekas IGP pula Timbalan Menteri Dalam Negeri, dsb. Barulah bertepatan Askar/Polis/Kastam DiRaja di bawah Raja.
Pada pilihanraya akan datang, tiada lagi pilihanraya. Menteri akan meletak
jawatan dan Timbalan Menteri akan menjadi Menteri dan pesara yang baru pula
dilantik Timbalannya. Begitu juga Perdana Menteri akan diganti Menteri Besar
dari negeri DiPertuan Agong. Tidak ketinggalan wakil rakyat Negeri yang turut
mengundur diri. Oleh itu kita akan mendapat Menteri yang memang pandai kerja
dan bukan pandai politik. Fitnah dan politik jijik pilihanraya juga insyaAllah
dapat dielakkan dari diwarisi generasi akan datang.
Undian yang akan diteruskan hanyalah bagi melantik Menteri Besar dari kalangan ketua-ketua majlis negeri masing-masing setiap kali ada kekosongan. Ketua-ketua kampung yang sekian lama terpinggir juga akan memenuhi majlis sebagai ahli majlis mengantikan wakil rakyat. Barulah setiap kawasan akan ada personal touch kerana diwakili oleh penduduk tempatan yang lebih faham masalah on the ground dari 'kejahilan akibat sistem undi tengok parti bukan tengok calon'.
Pembersihan ini perlu dibuat bagi membaiki kerosakkan yang sengaja dilaku keatas Melayu Islam/Institusi Raja yang 'mudah lupa' pada dosa lalu mereka pada keturunan yang tidak lupa ini yang tidak akan berani bertanding di Gelang Patah.
http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-brassall-hh-ibrahim-40.html