Sunday, 7 April 2013

STRATEGI HALUS MENGHAPUS KUASA ` MELAYU: MELAYU HANYA LAYAK SEBAGAI PAK TURUT

ORANG MELAYU.  ADAKAH MELAYU SEDAR BAHAWA BANGSA MEREKA DICATUR OLEH  PUAK MINORITI DAN KAUM INI BERANGGAPAN  MELAYU  HANYA LAYAKNYA SEBAGAI PAK TURUT.

Assalammualaikum

1957 adalah tahun kerahmatan untuk Persekutuan Tanah Melayu. Pada 31hb Ogos 1957 negara ini telah mencapai kemerdekaan. Majoriti penduduk negara ini adalah Melayu dan dibarisi segelintir kaum Cina dari  Negara Tembok Besar China dan kaum India dari Negara India. Setelah lebih 50 tahun kemerdekaan berlalu, kini bangsa-bangsa kaum pendatang ini telah berkembang biak dan kini diiktiraf sebagai rakyat Malaysia. Diawal kemerdekaan dahulu pembahagian 'kelompok' telah dilakukan oleh British. Orang Cina diutamakan untuk sektor perniagaan dan diletakkan dibandar-bandar atau pun pekan-pekan demi kelangsungan 'ekonomi' penjajah. Orang-orang India pula ditempatkan diestate-estate kepunyaan penjajah dan sesetengahnya pula ditempatkan dipejabat-pejabat puak penjajah. Namun nasib orang Melayu tidaklah sebaik kedua bangsa ini walaupun sebagai rakyat peribumi ataupun tuan tanah.

Memandangkan penjajah telah memulakan sistem persekolahan maka ramai diantara anak berbangsa Cina dan India yang elit dapat menjejaki 'pusat' ilmu ini, tetapi nasib bangsa Melayu masih ditakuk lama cuma  mereka yang bernasib baik serta yang datang dari 'kelompok Melayu elit' saja yang berkesempatan untuk 'menjejaki pusat ilmu ini'. Begitulah kesengsaraan  serta nasib yang dilalaui oleh orang Melayu ketika dahulu.

CINA TERLEPAS KERANA MENGHINA MELAYU. APA MELAYU BUAT??
                                   

Selepas era kemerdekaan, apabila Pucuk Pimpinan Negara diterajui oleh orang Melayu selaku Perdana Menteri iaitu Tengku Abd Rahman Putra Al Haj bermula, maka, banyak perubahan awal dilakukan demi meningkatkan nasib bangsa Melayu ini.  Diawal pemerintahanya, perkara pokok yang membantut 'perkembangan' ekomoni  Negara ini adalah berpunca dari  ancaman komunis. Banyak masa dan usaha digerakkan untuk tujuan ini. Oleh itu 'perseimbangan' dan perbezaan kefahaman diantara kaum-kaum menjadi amat ketara. Bangsa Cina pada waktu itu kebanyakanya berminat dengan 'wang ringgit' atau kekayaan.

Apabila Singapura menarik diri dari Malaysia untuk menjadi sebuah Republik maka parti politik yang diasaskan oleh Lee Kwan Yew terpecah dua. PAP di Singapura dan DAP di Malaysia. Walau apa pun yang terjadi kaun Cina melalui  MCA merupakan sebuah parti yang dominan bagi mewakili Cina didalam kabinet tanpa sebarang kerugian keatas kaum mereka. Tetapi tidak bagi MIC, tiada satupun parti yang mewakili kaum India didalam pembangkang. Kau India yang menentang dasar kerajaan kebanyakanya bernaung dibawah DAP. Tetapi yang amat mendukacita, orang  segelintir orang Melayu  menyertai PAS dimana pada waktu itu  Kelantan dan Terengganu merupakan kubu kuat mereka.

Tetapi kini scenario politik itu telah berubah. Perubahan atau perpecahan yang ketara berlaku pada tahun 2008. Bagi kebanyakan Melayu, India dan segelintir Cina yang gagal menonjolkan diri didalam parti-parti dominan  menubuhkan PKR. Berpandukan sentimen Anwar Ibrahim yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri serta dakwaan ketidakadilan pemerintah didalam menagihkan kek ekonomi serta dakwaan salah pengunaan kuasa dan rasuah maka isu ini diketengahkan untuk 'meraih' sokongan serta simpati rakyat. Akibatnya pada PRU 2008  PKR telah memenangi beberapa kerusi Parlimen yang ditandinginya. Bersandarkan kelebihan kerusi yang dimenanginya , maka, PKR, PAS dan DAP bergabung diatas nama Pakatan Rakyat.

Bersandarkan kepada kepercayaan serta keyakinan bahawa Melayu sudah berpecah kepada tiga bahagian iaitu UMNO, PAS dan PKR, maka, satu perancangan dibuat oleh 'konspirator' untuk meneruskan pepecahan ini. Untuk merealisasikan impian ini maka sekali lagi kaum ini akan bergabung secara keseluruhan bersama kaum India untuk meruntuhkan 'tembok' Melayu ini. Kepada mereka 'peluang' ini perlu digenggam dan percubaan ini perlu dibuat demi kepentingan mereka. Kepada kaum-kaum ini, percubaan ini tidak akan mendatangkan implikasi besar kerana kaum ini beranggapan bahawa kedudukan ekonomi mereka sudah stabil dan tidak merugikan. Oleh itu kesempatan yang datang melalui perpecahan ini akan gunakan secara maximum .

Sekiranya percubaan ini berjaya dilakukan maka kesamarataan diantara kaum kaum di Malaysia dapat  dilakukan  .Keinginan mereka untuk menghapuskan 'keistemewaan' orang Melayu tanpa 'mengusik' hak Raja Raja Melayu akan dapat dilakukan.  Percubaan serta provokasi sudah lama dilakukan terhadap Melayu, selepas PRU 2008 kita lihat telah  berapa banyak kaum ini 'membuat provokasi' terhadap Melayu dan Raja-Raja Melayu namun semua tindak tanduk mereka itu tidak banyak yang dibawa kemuka pengadilan hanya setakat 'bantahan' kecilan dari NGO NGO. Disebabkan 'kemelahan' Melayu didalam menangani 'isu-isu hangat' ini tidak mendatangkan 'kesan' terhadap mereka, maka, kaum ini sudah mula berani untuk bertindak lebih aggresif.

Kini secara nyata, kaum ini  dapat menilai  bahawa Melayu secara terangan bertelagah dan tidak bersependapat diantara satu sama lain. Kefahaman orang Melayu tidak lagi terarah kepada satu  tetapi terpecah kepada beberapa bahagian.

 Walau apapun kebaikan yang  dilakukan oleh parti pemerintah terutama UMNO  untuk kesejahteraan kaum ini, namun semua itu tidak akan 'merubah' niat mereka untuk memecahkan 'benteng' Melayu.  Ditambah dengan 'kelantangan Anwar Ibrahim serta keceluparan Presiden Pas Hj Abd Hadi serta Nik Aziz didalam 'meracuni' hati dan fikiran orang Melayu , maka, kesempatan ini akan berkelebihan kepada kaum ini. Secara zahirnya apa yang dapat diperhalusi , Melayu bercakaran sesama sendiri dan berpecah manakala  kaum minoriti secara terhormat menguasai persada kuasa untuk menakluki yang Melayu miliki.

Sekiranya Melayu tidak sedar akan 'kecelakaan' yang bakal dititi ini, maka, tampok kuasa Melayu akan terhakis sedikit-demi sedikit. Kebanggaan kaum ini akan memuncak dan sifat menghormati terhadap orang Melayu akan terhakis.  Apabila Melayu tidak lagi secara 'mutlak' memegang tampok kuasa sebagai  pemerintah maka yang terpalit dan yang terjejas adalah ' perkembangan dakwah Islam".

                                                      MELAYU FIRKIRKAN LAH
                                               SEBELUM NASI MENJADI BUBUR

                                                     Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid








1 comment:

  1. Cari paku dalam paku...paku datang dari seberang..cari aku dalam aku..aku berselindung di dalam terang...

    ReplyDelete