Thursday, 4 April 2013

RENUNGAN JUMAAT SEMPENA PRU 13: SIAPA PILIHAN " TAKSUB KEPADA PEMIMPIN ATAU TAKSUB PADA AGAMA

MANA PILIHAN ANDA : CACI-MENCACI, MAKI-MEMAKI,  ATAU   KATA SEINDAH BAHASA


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Hilang sifat manusia!!! Hilang nilai budi!!!! Hilang sifat kasih sayang!!!! Hilang Pegangan Agama!!! Semuanya  kerana "Politik" atau  ' Kekuasaan".

Setiap hari setiap masa sepanjang tempoh hampir 5 tahun semenjak PRU 12  , Politik Malaysia terpecah kepada dua kumpulan.  5 negeri berjaya diukuasai oleh Pakatan Rakyat , saban hari ruang udara  dan angkasa negara kita diseliputi oleh cacian, makian, sumpah-seranah, umpatan, fitnah, pembohongan, kafir-mangkafir serta apa saja ayat atau ungkapan yang berkaitan dengan 'puak pemerintah' kedengaran' . Tanpa manghirau had usia samaada  anak-anak yang masih dibangku sekolah mahupun  'rakyat' yang menghampiri 'akhir' nyawa, semuanya terpalit dan 'terbalut' dengan 'perlakuan' jijik ini.

Tanpa menghirau status 'peribadi yang dipegang" atau ' yang dijunjung' rata-rata kebanyakan Pemimpin Pembangkang mencetuskan satu suasana yang amat tidak kondusif untuk rakyat 'harungi' atau lalui.  Disetiap ceramah, keagamaan  ataupun ceramah politik, samaada didewan, ditempat awam, disurau mahupun didalam mesjid tidak terkecuali rumah ibadat agama lain, perbuatan 'memburukkan keperibadian seseorang atau  'mempertikai'  kebaikan seseorangi telah menjadi satu 'perkara biasa' . Dengan tomahan serta cacian yang tidak bersempadan telah berlaku  dengan secara meluas. Perasaan 'bersalah' atau ' menyesali' kesalahan  atas  perbuatan yang dilakukan samada melalui 'ungkapan' ataupun  'perbuatan' yang 'menguris' hati dan perasaan orang yang di'serang peribadi'nya, seolah-olah 'tiada berdosa' diungkapnya oleh kelompok ini.

                                    

Menyampaikan 'kata-kata fitnah' atau ' memburuk-burukkan' seseorang tidak lagi dipandang sebagai satu kesalahan. Yang menyedihkan , yang mendengarnya pula., menyampaikan kata-kata yang didengar  kepada pihak yang lain  tanpa menyelidik akan kebenarannya fakta . Perbuatan ' menelan bulat-bulat  ' apa yang didengar tanpa 'menapis' sudah menjadi sebati dengan diri mereka ini  Tanpa menghirau 'serban' yang dikepala, dan jubah yang  membaluti diri, telah dengan rela hati dan ringan lidah menuduh 'kepercayaan' yang dipegang oleh yang ramai sebagai ' tidak betul' dan 'sesat' .. Kesemua 'perlakuan buruk'  perbuatan ini kebanyakanya dilakukan oleh mereka-mereka yang tidak sehaluan dengan penyokong  Kerajaan,  terutama PKR, PAS dan Dap. 

Merendah-rendahkan kebaikan yang dilakukan  serta 'melelong' dakwaan' yang tidak 'sahih'  telah menjadi 'trend' bagi kedua-dua belah pihak,  samaada pihak Pemerintah mahupun Pembangkang', keduanya pun sama. Tetapi 'keburukan' ini terlebih 'berat' kepada 'pihak pembangkang'. Didalam perbalahan ini yang menjadi 'rakan subahat' adalah 'pendengar' atau 'rakyat'. Disebabkan terlampau ingin 'meyakinkan' pengikut maka segala 'strategi' atau apa saja tindak tanduk mahupun 'kata-kata' yang bolih meyakinkan pendengar ' diluahkan' tanpa menghirau kesan kepada masyarakat yang ramai.  Yang paling menyedihkan dari apa yang dilakukan oleh kumpulan ini, 'impak' nya tertunpah kepada Islam atau umat Islam lebih-lebih lagi orang Melayu.

Kesan jangkapanjang terpalit kepada Islam, kerana, kebanyakan Ulama parti Pembangkang menggunakan 'pentas Islam' didalam menjatuhkan 'seseorang' atau kelompok Islam yang besar. Dengan memutarkan atau menterjemahkan isi Al Quran  mengikut 'kepentingan' kumpulan tertentu telah menjadi satu 'malapetaka' kepada 'pemgembangan' agama Islam dinegara kita . Keperibadian orang Islam mula tercemar . Pertelingkahan ini telah mewujudkan  'perpecahan' kefahaman ' kepada orang Islam di Malaysia yang mana  ia sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada orang bukan  Islam untuk mendekati agama Allah SWT . Disebabkan percanggahan pendapatan yang berlaku yang berpunya dari  ' pegangan politik' maka 'penyatuan' atau ' kesatuan Islam' dilihat semakin  lemah dan berpuak-puak.

Kelemahan atau kerapuhan benteng yang dibina oleh orang Islam selama ini telah mula menunjukkan keretakan yang serius. Kalau dahulu institusi mesjid dan surau hanya tertumpu kepada ibadah untuk menyatukan orang Islam serta menyampaikan kata-kata Allah swt serta dibenarkan kepenggunaan' nya hanya untuk majlis-majlis ilmu, tetapi, kini keadaan itu sudah mula bertukar wajah. Orang politik mula menggunakan 'landasan' mesjid dan surau  untuk tujuan mereka . Umpatan, cacian serta fitnah mula kedengaran "diungkapan "didalam rumah Allah. Kenapa ini terjadi?? Salah siapakah ini??

Yang paling memalukan serta yang menjatuhkan maruah umat Islam adalah mereka-mereka yang  'membenarkan' institusi mesjid dan surau di 'kayukan' oleh  ulama Politik. Membenarkan 'orang bukan Islam' berceramah didalam Mesjid dan Surau atau nama 'Politik' adalah satu 'kelacuran terlampau' yang dilakukan oleh 'orang Politik'. Membenarkan ' ayat-ayat Al Quran' dibacakan oleh orang kafir yang tidak mengesakan Allah SWT serta 'nyata' bahawa orang kafir itu 'mengaku beragama lain" selain Islam adalah satu perbuatan ' liwat terlampau' yang rodok kepada seluruh Institusi agama Islam. Dan yang paling menyedihkan ' terdapat' pula umat Islam terutama 'ulama politik' membenarkan 'kaum yang menentang Islam' menggunakan 'ayat al Quran' didalam ceramahnya. dan yang mendengarnya pula adalah kelompok Islam," dimanakah maruah anda sebagai orang Islam" atau 'adakah ini Islam yang anda impikan" atau ' adakah ini kesamarataan agama' yang anda inginkan?" 

Disebabkan kejumudan 'kefahaman' agama Islam oleh puak-puak ini, marilah kita bersatu dan menyeru agar ' kuasa' yang ingin dipinjamkan kepada kelompok  ini diberikan kepada mereka yang benar-benar layak menyandangya. Perjuangan yang didendangkan bagi menyatukan Islam serta sifat tidak mementingkan 'kefahaman' sendiri harus diberikan keutamaan . Sikap menuding jari, menjatuhkan hukum, keperibadian tidak menentu, kata tidak seindah bahasa serta 'perlakuan yang mencurigakan' harus ditolak agar tidak menjadi kudis atau beban kepada keperibadian  Islam. 

           
         Jangan hanya kerana  'politik' dan 'kekuasaan'  anda 'manggadaikan' pegangan anda

                                                  Ikhlas dari : Cahaya Al Majid 

No comments:

Post a Comment