BENARKAH BUKAN MELAYU BERMIMPI DIMALAM BULAN GERHANA |
Hari ini bertarikh 3hb April 2013 merupakan tarikh yang ditunggu oleh seluruh ahli-ahli politik dinegara kita. Dengan pembubaran Parlimen yang dibuat oleh Perdana Menteri, maka berakhirlah satu episod atau teka teki yang bersarang dikepala setiap ahli-ahli politik. Namun semua itu belum meredakan keadaan, keresahan masih lagi menyelubungi kerena tarikh penamaan calon serta tarikh membuang undi masih lagi ditangan Suruhanjaya Pilihanraya.
Kebanyakan kerusi yang ditandingi parti pembangkang, semuanya calonnya masih tidak berubah cuma `15-20% saja muka baru diketengahkan. tetapi di pihak parti pemerintah, muka lama dan pemimpin yang dianggap tidak membawa 'kebaikan' kepada parti diketepikan dan kumpulan ini merupakan 25% yang akan digantikan dengan muka baru atau calon baru .Kestabilan serta kelebihan kedudukan pemimpin dari parti UMNO mendemonasi kerusi yang dipertandingkan dan inshaallah keputusannya dijangka mengembirakan keseluruhan ahli-ahli UMNO. Tetapi yang membimbangkan adalah kerusi yang dipertaruhkan kepada MCA, Gerakan , MIC mahupun IPP atau sebagainya.
Sentimen undi bangsa Cina untuk DAP dan undi kaum India untuk Pembangkang, akan menjejaskan keseluruhan peluang Bangsa Cina dan kaum India untuk 'menapak semula' dikabinat Parti Pemerintah. Kemungkinan India dan Cina untuk berada dipersada Kabinet akan datang didalam Parti Pemerintah amat nipis dan kemungkinan sebahagian dari kelompok ini akan diserap melalui jawatan yang disahkan melalui jawatan berstatus ' senator'.
Inshaallah, melalui kerusi majoriti Parlimen akan dimenangi oleh UMNO dan majoriti kerusi pembangkang akan hadir melalui DAP. Dengan penolakan majoriti undi Cina dan India kepada BN akan melonjakan 'maruah melayu' dipersada politik negara. Kalau dahulu kedudukan parti pembangkang amat seimbang dengan parti pemerintah telah mengakibatkan 'kelemahan' kepada parti pemerintah iaitu BN.
Kalau dapat kita imbaukan ' kedua bangsa ini amat lantang didalam menentang Melayu selepas PRU 2008. Peluang menanguk diair keruh digunakan sepenuhnya oleh kaum ini. Kelantangan suara mereka serta tindak tanduk mereka terhadap ' sentiviti' orang Melayu telah membuatkan orang Melayu rasa terhina dan kepercayaan kepada kedua kaum ini banyak meragukan disegi tindak tandukya. Ditambah dengan perisa dari segelintir kaum India yang sentiasa dilihat amat condong dan berat kepada pembangkang ditambah pula dengan cabaran dan serangan keperibadian terhadap pemimpin melayu , telah banyak menusuk hati pemimpin Melayu serta orang Melayu. membuatkan orang Melayu hilang rasa kepercayaan terhadap kaum ini.
Begitu juga dengan segelintir pemimpin kaum Cina terutama dari Ngo Ngo yang berselindung disebalik tabir telah mengeruhkan lagi keadaan. Sifat kepura-puraan kaum ini dapat dinilai dengan nyata. Kelantangan mereka didalam memperjuangkan sekolah aliran Cina telah memulas tangan Kerajaan dan secara halusnya membakar hati kaum mereka untuk membenci Kerajaan terutama orang Melayu. Sifat gergaji dua mata ini amat ketara kepada kaum ini.
Berbagai imbuhan telah kerajaan korbankan untuk kepentingan dua kaum ini, tetapi, peralihan tanggapan untuk mereka memilih kerajaan yang bertunjangkan Melayu amat dicurigai oleh mereka. Setiap kebaikan yang ditunjukkan pemerintah untuk membela dan menyenangkan kaum ini dipandang serong dan tidak dihargai. Apa yang dapat kita saksikan hanya UMNO memomokan akan kedudukan kaum ini tetapi pada hakikatnya pemberian ini mereka ibaratkan seperti 'mencurah air didaun keladi'.
Kegagalan kedua kaum ini didalam menterjemahkan kebaikan pemimpin Melayu terutama UMNO akan memakan diri mereka. Dengan bersandarkan keyakinan pembangkang akan dapat mengungguli PRU 13 ini akan merobah langskap politik negara terutama komposisi kedudukan didalam Parlimen mahupun DUN. Majoriti Parliment bagi pemerintah akan diungguli oleh wakil UMNO dan majoriti pembangkang adalah kaum Cina. Kaum India akan terpinggir sepenuhnya. Untuik sekalian kalinya India akan duduk disideline diatas kesilapannya, dimana kaum ini selalu beranggapan bahawa kedudukan mereka yang sentiasa berada diatas pagar akan menerima hukuman diatas kesalahan diri mereka sendiri.
Kegagalan kedua bangsa ini didalam menganalisa 'politik' Melayu akan membuatkan mereka kerugian untuk jangka masa yang panjang. Dengan mengecilnya 'wakil' mereka dipihak pemerintah akan membuatkan mereka berasa terancam terutama kaum India. Peluang yang telah UMNO berikan kepada kedua bangsa ini tidak dimenafaat sepenuhnya. Untuk Melayu ini adalah satu permulaan terbaik tetapi untuk dua kaum ini yang terbiasa dengan BN tetapi memilih pembangkang akan mengakibatkan kedudukan ' komposisi' didalam Kabinet akan membuatkan 'wakil' kaum ini terasa 'terpinggir' .
Walaupun Melayu tidak berhasrat untuk 'menidakkan' hak mereka tetapi disebabkan 'tindakan' kaum mereka, membuatkan 'hak mereka' tertolak dengan sendiri. Inilah harga yang perlu dibayar oleh kaum ini apabila 'mengkhianati' 'salam yang dihulur oleh Melayu..
Untuk pertama kalinya kita akan dapat lihat bahawa, proses untuk 'Memalaysia'kan bangsa ini menemui kegagalan. Segala tuntutan yang cuba dibuat oleh dua kaum akan ditepis oleh 'ultra kiasu' Melayu secara lantang dan untuk pertama kalinya ' suara Melayu' menjadi amat 'garang' dan 'bersemangat'. Kata bidalan perpatah Melayu ' Melukut ditepi gantang' akan terpakai kepada bangsa ini terutama kaum India. Untuk pertama kalinya kedua kaum ini akan 'terpukul' dimuka mereka akibat dari 'tikam dari belakang'yang dilakukan oleh kaum ini.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Mudah-mudahan perkara ini akan berlaku..Amin
ReplyDeleteAlhamdullilah313....Aminnnn99...mudah mudahan Dipermudahkan oleh Allah SWT yg MAHA PERANCANG.
ReplyDelete