Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Segala Pujian Hanya Untuk Mu Ya Allah. Alhamdullilah syukur kehadrat Allah SWT yang masih lagi memberi 'pinjaman" diatas semua kerahmatan yang dirasai dimuka bumi ini. Tiada ucapan terindah yang terluah diatas segala nikmat yang dihamparkan yang dapat digambarkan dengan 'ungkapan' kata-kata manusia.
Hari silih berganti, minggu bertukar bulan, bulan berganti tahun. Umur semakin bertambah, rambut bertukar warna, kulit menjadi kendur, namun semua itu adalah ketentuan yang wajib dilalui oleh setiap manusia yang bergelar 'manusia'.
Dari satu jadi dua, dari dua jadi tiga , empat, lima dan.......... Bermula sebagai bapa,ayah, babah, daddy...terkemudian...menjadi datuk , atuk, tok wan........yang "terhebat" menjadi 'anyang' ,moyang dan.....Semua itu tidak menukarkan status setiap individu itu melainkan selain "manusia' sahaja.
SIAPA KAH DIRI ANDA. SUDAH KAH ANDA MENGENALINYA?? |
Setiap jiwa yang dijadikan ada yang miskin ada yang kaya, ada tinggi ada yang rendah ada cukup sifat ada yang cacat, ada yang hitam ada yang putih, ada berambut kerinting dan yang lurus ada yang buta ada yang celik tetapi ada juga yang celik mata tapi buta hati, ada yang baik tetapi ramai pula yang jahat, ada yang suka memberi tetapi ramai juga yang lokek, ada yang pandai agama tetapi sesat jalan, ada yang kurang ilmu tetapi baik budi perkerti, ada yang cantik ada yang kurang cantik, tetapi kesempurnaan itu amat sempurna disisi Allah SWT tetapi tidak dimata manusia.
Allah SWT tidak membezakan hamba, tetapi manusia yang membezakan. Manusia yang meletakan darjat sendiri dimata manusia tetapi menolak darjat yang ditentukan Allah SWT. Ilmu yang dipelajari ' diazankan' kemerata pelusuk, ilmu yang dimiliki pula ' disorok' . Pakaian ilmuan keagamaan diuniformkan, pakaian ilmuan yang 'terpilih' diselekehkan, kata-kata agamawan jadikan ikutan, firman Allah SWT dipermainkan. Jenis apakah manusia ini??
Manusia itu suka itu dan suka ini. Suka memiliki. Suka memunyai.Suka disayangi. Suka dikasihi. Suka dipuji. Tetapi amat benci dengan sifat berlawanan ini. Tetapi manusia tidak boleh 'berdiri' diatas kaki sendiri, semuanya 'dimiliki' tetapi suka menafi. Jenis apakah manusia ini?
Apakah keinginan manusia ini??Adakah pernah merasa 'cukup' keatas apa yang dimiliki. Kecintaan hanya tertumpah kepada apa yang dapat dilihat. Bermacam nikmat rasa dilimpahkan tetapi berapa banyak yang manusia "pulangkan" kepada 'pemunya"
Guru sebenar guru bukanlah seorang guru tetapi ilmu sebenar ilmu bukanlah ilmu tetapi adalah 'rasa'.
Cari yang dicari masih tercari-cari. Kenal yang sebenar kenal adalah yang mengenal. Agama yang sebenar agama adalah mengenal agama. Muhammad yang sebenar Muhammad adalah Muhammad. Muhammad yang mengenal diri adalah Ahmad. Muhammad didalam Al Quran adalah Nabi Muhammad.
Oleh itu kenali diri anda., siapa anda sebenarnya.
Nikmatilah kesempurnaan hidup ini walaupun didalam kenikmatan kesempitan
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment