AKHIRNYA REMBAU @ GHOMBAU MEMPUNYAI MENTERI |
"WALAUPUN AKU TIDAK MENGENALI KAMU"
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
( Semua yang saya tuliskan dibawah adalah kebenaran dan hanya ALLAH SWT sebagai saksi)
Terpanggil sekali lagi untuk menukilan tentang untung nasib Ggombau (Rembau), yang saya kenali sebagai 'ibu segala tempat' atau ' ibu segala raja'. Kenapa saya mengatakan begitu, saya harap pembaca bolih 'melihat kembali post saya yang lama berhubung Rembau ( Persamaan Rembau dan Jurusalem dan yang lain-lain)
Watak yang saya jadikan topik penulisan kali ini merupakan anak dari darah keturunan bersuku dari Rembau. Walaupun dibesarkan diluar negara dan mempunyai pendidikan yang baik namun semua itu tidak akan merubah hakikat bahawa darah yang mengalir ditubuh beliau adalah 'darah bersuku' walaupun ibunya bukan dari Rembau.
Ditakdirkan beliau bermentuakan bekas Perdana Menteri, dan melalui ikatan yang terjalin tersebut beliau dinaikan kepersada UMNO iaitu melalui Pemuda dengan menaiki 'lif''. Walau apapun ceritanya itulah nasib atau ketentuan yang dijanjikan Allah SWT terhadap seseorang. Kehadiranya dipersada politik amat tidak disenangi oleh orang-orang UMNO, namun semua itu tidak menjejaskan 'langkah' yang 'diatur' oleh Yang Maha Esa.
Pada PRU 12 tahun 2008, beliau telah dicalunkan untuk bertanding parlimen Rembau ,diatas tiket Pemuda. Diatas sebab mengapa dan kenapa beliau yang baru setahun jagung didalam politik disuakan untuk bertanding,hanya terletak serta dirancang oleh bapa mertuanya, iaitu Pengerusi Barisan Nasional atau Pengerusi UMNO. Walaupun pada ketika itu sentimen kebangkitan rakyat atau 'kebencian' rakyat terhadap kepimpinan 'Pak Lah" amat ketara namun semua perancangan itu dilaksanakan juga oleh Pak Lah tanpa menoleh kebelakang.
Setelah berlangsungnya hari penamaan calon, Khairi Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ mewakili BN akan ditentang oleh PKR yang diwakili oleh Chegu Bard. Walaupun kedua-dua calon itu amat baru dan tidak dikenali secara dekat oleh pengundi tetapi kebanyakanya mengenali KJ sebagai menentu kepada Perdana Menteri. Maka berkerjalah juak-juak atau macai-macai masing masing didalam memperkenalkan calon masing-masing kepada pengundi setempat.
Seminggu sebelum berlangsungnya hari pengundian, saya didatangi oleh seseorang yang saya kenali dengan rapat dan beliau merupakan 'askar' atau 'pengapit' KJ bagi cawangan Gadong iaitu 'lubuk KJ". Memandangkan beliau amat rapat dengan saya, oleh itu beliau tidak berasa kekok untuk bertanyakan tentang 'perjalanan' yang bakal dilalui oleh 'ketuanya' iaitu KJ didalam percubaan pertamanya didalam pilihanraya itu (2008). Beliau meminta saya, agar dapat membantu ketuanya didalam 'pertembungan ' ini. Saya tidak menjanjikan apa-apa kepadanya, kecuali, ungkapan , 'inshaallah'
Sehari sebelum hari pengundian berlangsung, beliau datang bertemu saya dan bertanyakan 'keputusan' yang bakal diperolehi olih 'ketua' nya . Pada hari tersebut saya hanya mengatakan bahawa pertembungan itu amat sengit dan keputusan akan berpihak kepada KJ namun majoriti undi tidaklah tinggi. Beliau amat lega mendengar 'perkabaran' tersebut. tetapi sekali lagi beliau bertanyakan kepada saya , adakah peluang 'ketua'nya untuk dilantik sebagi menteri. Saya mengatakan kepadanya bahawa ketuanya akan menang tetapi tidak sekali akan dilantik sebagai menteri.Itu adalah 'ketetapan' kata saya.
Lima minit selepas semua peti undi ditutup diseluruh Malaysia, saya menghantar 'text sms' kepada sahabat saya itu dan 'membuka rahsia keputusan', alhamdullilah ' keputusan yang disampaikan 'bertepatan' dengan keputusan pengundian PRU 2008. Itulah hakikatnya.
Sebelum pemilihan UMNO selepas 'tsunami' politik 2008, sahabat saya datang sekali lagi bertemu saya, sekali ini 'bertanyakan' perihal 'bolihkah' saya membantu 'ketuanya' untuk dilantik sebagai menteri sekiranya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Jawapan saya kepadanya tetap sama, 'beliau' akan memenangi jawatan tersebut tetapi 'jawatan menteri 'tiada untuknya'.Dan 'ketentuan' itu terpakai sehingga tamat tempoh .
Kini sekali lagi KJ akan mewakili UMNO didalam komponen BN, bertanding menentang parti pembangkang. Walau siapapun yang akan menentang KJ sekali ini akan kecundang tetapi pihak lawan, kali ini akan kecundang dengan majoriti yang lebar dan KJ akan tersenyum luas tanda puas dimana kelebihan kali ini bukan diatas dasar Pak Lah tetapi sebagai calon yang berketrampilan dan berwawasan serta sokongan padu dari kawan-kawan berserta 'langkah yang 'telah' diatur"
(Tulisan merah ini tidak tertakluk dengan kesaksian diatas)
Tahniah !! KJ diatas kerja kuat serta 'keikhlasan' berjuang.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment