Saturday, 4 May 2013

MUNAJAT : ISLAM MENGIKUT KEFAHAMAN NIK AZIZ DAN PAS

ADAKAH DOA NIK AZIZ AKAN TERMAKBUL APABILA KATA-KATA SERTA   PERBUATANNYA MENYALHI  ATURAN AL QURAN.   MUNAJAT ITU BAIK, BERSOLAT ITU DITUNTUT, BERJAMAAN ITU TERBAIK TETAPI PERLAKUAN SI IMAM YANG BERMULUT JAHAT AKAN TERBALAS DENGAN KEHINAAN.

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Segala Pujian hanya untuk Mu Ya Allah. Segala yang terjadi adalah diatas ketentuan Mu jua.


Dibawah ini saya ungkapkan kembali apa yang pernah didakwa olih Nik Aziz terhadap Islam yang beliau 'fahami' dan 'pelajari".

Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah. 
“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” 

(Kenapa  libatkan politik yang anda ceburi dengan  Nabi Muhammad, sedangkan  anda (Nik Aziz) sendiri tidak mengiktiraf Nabi Muhammad sebelum beginda dilantik sebagai Nabi sehingga sanggup menyamakan Baginda seperti Amat Amat  di kelantan).


Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. 
(Nik Aziz berlagak seolah-olah dia 'pengusasa Allah'  sehinggakan layak menentukan siapa dapat pahala siapa tidak. Pertanyaan : Bagaimanakan bentuknya 'pahala' tu?"

 Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam. 
“Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. 
( Untung nasib sendiri pun belum tahu lagi. Kalau dah ada "kuasa"  kenapa perlu bertanding? Nyahkanlah yang menentang di DUN tu)

Menyamakan Kelahiran Baginda Rasullulah sama macam kanak-kanak lain

Kata Nik Aziz, zaman kanak-kanak dan remaja Nabi Muhammad sama seperti pemuda-pemuda yang lain. Kata Nik Aziz, Nabi Muhammad tidak ada beza dengan pemuda-pemuda lain seusianya sebelum menjadi rasul. Nabi Muhammad sama macam budak-budak lain je sebelum jadi Rasul. Nabi Muhammad tidak ada perkaitan dengan umat Islam sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad hanya dipandang tinggi setelah diangkat menjadi Rasul! 

DENGAN SYAITAN BOLEH KAWAN, DENGAN IBLIS YANG TAK BOLEH ! - NIK AZIZ

Kalau dah bolih berkawan dengan 'syaitan'kenapa mendahulukan bacaan ayat-ayat Al Quran dengan bacaan  ' Aku berlindung dari syaitan yang di rejam")??

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu.


Doa  Nik Abdul Aziz.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.
(Jawapan saya : Adakah umat Islam di Malaysia menyerahkan Islam untuk dijagai olih Nik Aziz?
Dengan ungkapan diatas menunjukkan kegagalan beliau didalam menjaga Islam seperti yang didakwa.
"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa yang dibacakan dalam Munajat rakyat Kelantan bagi menghadapi PRU 13 di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 3.00 pagi tadi.

Catatan :- 
Sekiranya beginilah perlakuan serta tuturkata yang dilontarkan olih seseorang yang telah diberikan gelaran sebagai 'Ulama' olih pengikutnya maka , tiada apa yang tinggal lagi keatas beliau. Kefahaman yang dirasakan 'berpandukan' kepada syariat Islam serta 'kejanggalan' perlakuan Nik Aziz sebagai seseorang yang berilmu sudah jauh terpesong jauh dari 'kejernihan Islam' yang dibawa olih Baginda Rasullulah s.a.w dan jauh sekali dari apa yang dibenarkan olih Allah SWT terhadap umatnya terhadap orang lain.

Berlandskan kepada kefahaman beliau yang jauh tersasar dari landasan Islam amat merugikan terutama kepada golongan yang dipimpinnya. Kebaikan budi perkerti serta kerendahan tutur kata hanya terbatas kepada yang mengikutnya saja tetapi tidak kepada yang tidak sealiran dengan kefahaman beliau. Sekiranya inilah contoh yang dipaparkan kepada umum berhubung perlakuan yang dituntut Allah agar berbuat baik sesama insan serta menegur dengan perkataan yang baik-baik tidak dipraktikkan olih seseorang yang didakwa 'berilmu' tinggi, dikhuatiri ilmunya adalah 'ciptaan hawa nafsu dari bisekan syaitan'. Olih itu manusia begaini harus ditegur atau dipinggirkan . Kemudaratan yang diciptanya amat berbahaya kepada pengikut yang tidak berilmu..

Bersandarkan kepada tutur kata, perlakuan, pakaian yang disarunnya, menggambarkan bahawa beliau hanya layak dipanggil 'pendusta' dan pembohong serta pemfitnah Nabi Muhammad s.a.w serta 'menidakkan' kebenaran ajaran Islam seperti yang terkandung didalam Al Quran serta sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasullulah s.a.w.

Disebabkan perlakuan Nik Aziz ini sudah terlampau 'jahat' dan 'menyesat'kan kefahaman orang lain, maka, 'kifarah' terhadap perbuatan yang beliau lakukan  kekejian serta penghinaan' olih masyarakat akan tertimpa keatasnya.

Allah SWT itu maha adil dan saksama, mendoakan kehancuran orang lain akan tertimpa keatas diri sendiri , orang yang paling disayangi  serta  orang yang mengikut.

                                                    Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. nik mat pegangannya adalah wahabi..
    bin nik mat lagilah hebat pegangan yang dibawanya.
    wahabi::doktrin yg telah diprogram untuk memusuhi ahlul sunnah..musah dalam selimut!

    ReplyDelete
  2. astaghfirullah...kita hanya makhluk nk menilai amal perbuatan, dosa dan pahala org lain..xda hak langsung nk menilai

    ReplyDelete