Wednesday, 1 May 2013

RAMAINYA PENONTON BUKAN BERERTI MENANG: TETAPI STRATEGI" KAFIR " BERJAYA MELUNTURKAN HATI MELAYU

SUDIKAH  MELAYU DIJADIKAN ALAT UNTUK KEMENANGAN BANGSA  ASING.

                          APABILA MELAYU MENGGADAIKAN MARUAH BANGSANYA
                                      APABILA MELAYU MENGGADAIKAN AGAMA NYA
                                     APABILA MELAYU MENGGADAIKAN NEGARANYA
                           KAFIRUN TERSENYUM GEMBIRA TANDA KEMENANGAN

SalamunAlaykum.

Walaupun beribu-ribu orang  bersesak-sesak mengunjung ketapak ceramah pilihanraya namun semua itu tidak akan merubah keputusan yang telah 'termaktub'. Walaupun dengan ucapan fitnah, pembohongan, memenupulasi serta merendahkan kebaikan seseorang namun semua itu  tidak mendatangkan keuntungan samada kepada 'sipenutur-kata ' mahpun 'yang diperkata'. Tetapi adakah 'pendengar' itu sedar bahawa 'fitnah,pembohongan serta penghinaan' yang didengari itu lebih buruk dan sama besar skala  'dosa' nya dari sipelaku?

Yang paling utama ialah kepercayaan kepada 'kebenaran'. Tetapi kepercayaan kepada kebenaran sudah tidak relevan lagi bagi kelompok ini. Apa yang penting 'kepuasan hati' . Samaada ianya bersifat menjurus kepada kebaikan atau sebaliknya, tidak lagi menjadi persoalan. Asalkan 'hati puas'. Inilah sikap yang 'tergaul' dan yang tidak dapat dipisahkan terhadap mereka-mereka yang gagal mengenali hati sendiri dan tidak pernah mengenal 'puas'. Kegelocakan hati dicampur bisikan syaitan' serta perasaan was-was telah 'mengungguli' persada hati dan akalnya, maka gagallah mereka mengimbangi akan kebaikan yang  telah dirasai dan yang tertumpah selama ini.

Sifat manusia kebanyakannya suka kepada perkara yang 'berkelebihan' kepada dirinya. Kepentingan kepada yang ramai tidak lagi menjadi keutamaan. Walaupun empunya diri melakukan berbagai-bagai kerosakan kepada diri sendiri serta famili terdekat namun semua itu ditolak ketepi dengan beranggapan semua itu bolih dimansuh  atau dicuci dengan mudah iaitu dengan menunaikan 'Haji dan Taubat' kepada Yang Maha Esa. Itulah 'pegangan' umat Islam masa kini. Kesalahan yang dilakukan sedikitpun tidak meresahkan diri  akan akibatnya. Semuanya dianggap mudah dan bolih ditebus.

Mendengar kabar angin dan berita tidak sahih selalunya digembar-gemburkan. Kegagalan diri didalam menilai berita yang diperolehi kebanyakanya meninggalkan kesan yang dalam didalam perjalanan kehidupan seharian. Berita yang tidak sahih akan bertukar tangan melalui 'teknologi' terkini  samaada talipon, ipad atau apa saja teknologi dan semua berita itu dapat diakses dengan mudah olih sesiapa jua. Ketidakbenaran berita selalunya dipaparkan dimedia sosial  ini. Akan tetapi kerosakan sesebuah temadun bangsa, keluarga serta negara amat mudah dicaturkan iaitu melalui minda 'pelaku'. Tetapi sedarkah kita bahawa 'manusia' kini sedang dicatur tetapi bukan oleh 'pencipta'Nya tetapi dicatur mindanya melalui perasaan ketidakpuasan hati yang  dibisekkan  yang dilakukan oleh 'syaitan' yang direjam. Namun, ketidakwarasan fikiran serta kegagalan 'hati' didalam menimbang maka perbuatan kita akan menjurus kepada perkara yang berlawanan dengan kehendak sebenar.
NAMPAKNYA MELAYU SANGGUP MEMBUNUH MELAYU ATAS ARAHAN KAFIR. ADAKAH INI YANG INGIN MELAYU JEMPUT MASUK. ATAU SANGGUPKAH MELAYU MENERIMA TAKDIR BAHAWA JENAZAH ISLAM TIDAK DIKEBUMIKAN LAGI TETAPI TERPAKSA DIBAKAR DISEBABKAN TIADA KEMANPUAN  WANG RINGGIT UNTUK MENGURUS DAN MENGEBUMIKAN JENAZAH. SEMUA INI TIDAK MUSTAHIL TERJADI SEKIRANYA MELAYU SANGGUP MENGGADAIKAN  JIWA MELAYUNYA KEPADA ORANG KAFIR.
                                           
Benar, manusia diberikan kelebihan untuk membuat pilihan tetapi adakah manusia 'berjaya' didalam membuat penilaian itu. Selalunya manusia suka membuat 'trial & error', mencuba dengan beranggapan 'keputusan' yang dibuat adalah bertepatan dengan jiwanya tetapi selalunya pertimbangan ini amat jauh tersasar dari kebenaran dan akhirnya 'terlanjur' dan rosak segalanya. Begitu jugalah halnya didalam perjalanan manusia didalam memilih pemimpin yang di'kategori' sebagai ' dunia demokrasi'. Perlu kita tanya diri kita adakah 'perkataan demokrasi' ini sebenarnya membawa kebaikan atau kemudaratan kepada sesebuah institusi seperti, kenegaraan, berpersatuan, berkumpulan atau didalam sesebuah gabungan? Apa yang dapat ditakrifkan 'demokrasi' ini diujudkan untuk menentukan pemilihan seseorang melalui suara ramai. Sesiapa yang mendapat suara yang banyak maka berhaklah seseorang itu dipilih. Namun cara pemilihan cara itu tidak lagi diguna pakai dan kini 'undian' diperkenalkan untuk tujuan mencari pemenang. ( Kisah seperti ini Allah gambarkan didalam Al Quran berhubung nasib Nabi Yunus yang akhirnya 'tinggal' didalam perut ikan) begitulah kehendakNya Allah SWT terhadap Nabi Yunus yang 'mengingkari' perintah Allah SWT tentang 'undi nasib'.

Sepatutnya negara kita tidak mengamalkan sistem bagini sejak dari dahulu sekiranya benar negara kita mengamal atau mengikut Al Quran tetapi disebabkan negara kita terjajah maka negara kita terpakai akan sistem ini namun pendukong-pendukong agama Islam mahupun ulama-ulama atau pun cendiakiawan agama gagal 'mengutarakan' kepentingan ini. Samaada Parti Perikatan atau pun PAS ketika itu semuanya lalai didalam 'mengolah' isi Al Quran. Disebabkan 'kedengkalan ilmu' Raja Raja Tanah Melayu  serta pembesarnya  didalam 'menilai atau membentuk 'piagam' yang ingin dinobatkan dinegara ini maka sistem berorientasi  'demokrasi' diperkenalkan tanpa dibahas atau didebat olih cendiakiawan Islam.Disebabkan kelalaian itu
maka sehingga kini sistem 'demokrasi' itu terpakai sehingga kini.

Walau apapun perancangan yang berlaku, kini kita berdepan dengan situasi yang meruncing. Yang dikata meruncing adalah institusi atau agama Islam. Kalau suatu ketika dahulu agama Islam mendahului segalanya dan penganutnya sanggup 'mati' walaupun 'tidak disyahidkan' . Agama Islam dijunjung , dipagar imejnya serta diletakkan ditempat yang paling tinggi tetapi kini Islam sudah mula diperlekehkan . Yang melakukanya bukanlah orang bukan Islam tetapi dilakukan olih orang Islam sendiri. Benteng Islam dibuka seluas-luasnya, ayat Al Quran tidak 'dijagai' seperti sepatutnya, institusi mesjid bukan lagi tempat tumpuan beribadat atau tempat merapatkan silaratulrahim tetapi kini dijadikan tempat melemparkan cemuhan sesama Islam, keji mengkeji, hina menghina serta kafir-mengkafir. Apakah yang terjadi??

Kalau dahulu institusi mesjid atau pun surau, ahlinya bersatu padu dan sealiran pendapat dan jawatankuasanya dipilih olih rakyat setempat tetapi kini semuanya berubah. Disebabkan perbezaan pendapat atau berbeza kefahaman 'politik' atau berlainan 'guru mushid' maka perpecahan ini menjadi keterlaluan dan amat membimbangkan. Disebabkan perbezaan pendapat serta kefahaman ini maka berlakulah 'berjemaah dua imam' kenapa?? Ada mesjid pembangkang dan ada mesjid pemerintah. Apa yang sebenarnya diajarkan atau digarap olih 'guru-guru' mereka?sehingga perkara ini berlaku. Penceraian disebabkan perbezaan politik juga terjadi. Anak menantu dan mertua berbeza pemahaman politik juga mengakibatkan penceraian atau bapa tidak mengaku anak dan sebaliknya. Apakah Islam yang diterapkan olih 'guru-guru atau ulama politik' ini? Apa yang diharapkan olih mereka?? Kemana mereka?? Adakah ulama-ulama atau guru-guru ini 'berpuas hati' dengan apa yang terjadi apabila jurang perbezaan atau tidak sehaluan didalam agama ini terjadi dimerata pelusok. Adakah ini ajenda mereka?? Atau mereka ini di 'ajendakan'.

Kini kejadian yang amat ketara ialah perbezaan pendapat dan pegangan  politik serta perbezaan kafahaman agama. Disatu pihak 'membenarkan 'kalimah Allah' digunapakai olih bukan Islam didalam 'Injil' versi bahasa Melayu. Rata-rata perselisihan pendapat dikalangan umat Islam dinegara ini 'bergelora'.Kalau 60 tahun dahulu, sekiranya isu ini dibangkitkan olih orang bukan Islam maka 'akan ada nyawa' akan melayang atau kampung dibakar tetapi kini keadaan itu samasekali berbeza. Kini akan ada 'pembela' pula dari kalangan umat Islam untuk membenarkannya pula. Yang paling menyedihkan, 'pembela'nya pula merupakan orang Melayu beragama Islam dan kumpulan ini terdiri pula dari Ulama-ulama politik. Dimanakah sandaran mereka? Adakah disebabkan 'kekuasaan politik' yang didahulukan melebihi 'kesucian Islam'.

Apa yang dapat ditakrifkan mereka ini telah menggadaikan jiwa dan raga mereka kepada ' kekuasaan' Tiada lagi perjuangan 'mensuci'kan Islam . Dikalangan mereka pula terdapat pula ulama-ulama yang bermanis mulut dan berimej suci dimata ramai tetapi perlakuan dan tingkah laku serta hemburan kata-kata tidak langsung mencerminkan Islam seperti yang didakwa. Kata-kata carutan, hemburan makian dan kata-kata fitnah sudah tidak lagi menjadi penghalang dan semuanya adalah 'dihalalkan' untuk menyebutnya. Imej Islam yang sepatutnya tidak digambarkan atau dipertontonkan olih golongan ini. Serban, kopiah ,jubah serta tasbih ditangan hanyalah 'kosmetik' semata. Itulah imej yang dipaparkan kepada umum. Tetapi yang menghairankan pengikut mereka nampak bersetuju pula dengan perlakuan ulama-ulama ini. Apa yang dihemburkan olih pemimpin ini diibaratkan seperti bauan 'kasturi' dari syurga, itulah yang menyesakan fikiran.

Kebenaran kata-kata  hikmat, "  hari itu semakin nyata kebenaranya' . Apabila lahirnya ulama-ulama yang jahat, jahat perkataan, jahat perbuatan, jahat tingakah laku serta jahat perancangan maka tunggulah harinya.....apabila pemerintah menzalimi yang diperintah...apabila pemimpin curang terhadap yang dipimpin.....

                                 "Serahkahkan kuasa dan amanah kepada yang berhak" 

                                                Ikhlas dari _ Cahaya Al Majid








2 comments:

  1. Tahniah, insyallah ada lagi Hati2 manusia yg bergelar Melayu Islam di Tanah Melayu ini yang belum dibutakan mata hatinya oleh Allah swt. Bersiap siaga & bersedia.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah. Semoga kerahmatan Allah dicurahkan kepada saudara.

    ReplyDelete