Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Sikap ketakutan atau forbia terhadap agama Islam yang menjadi agama Persekutuan dinegara ini sudah mula diperkotak-katikan olih 'orang politik'. Bermula dengan penggunaan kalimah Allah yang menginginkan agar kalimah tersebut digunapakai didalam 'Kitab Bible' yang diperjuangkan olih ahli politik pembangkang terutama DAP, kini sekali lagi 'tentera kristian' melalui ahli Politik pembangkang berjuang atau bersuara sekali lagi didalam 'hak' menentukan pegangan anak pasangan yang ingin 'bertukar pegangan' terutama yang melibatkan Islam.
Didalam perlembagaan negara telah termaktub bahawa segala perkara berhubung dengan Agama Islam adalah dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agung dan bukan Menteri atau ahli-ahli Politik. Memandangkan isu ini amat sensitif terutama berhubung 'kepercayaan' atau 'pegangan' seseorang maka, ketentuan untuk memilih 'pegangan' seharusnya tidak dijadikan bahan politik atau diperdebatkan di'laman' awam.
Tetapi memandangkan Kerajaan sekarang didapati lemah dan tidak berupaya mempertahankan apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan, seharusnya, perkara yang melibatkan isu ini harus dipanjangkan kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung atau Sultan atau Raja yang memerintah sesebuah negeri. Memandangkan Sultan atau Raja menaungi agama Islam , maka, sesuatu keketapan yang cuba diubah sepatutnya diperbincangkan didalam Majlis Raja Raja . Menteri atau Jabatan sepatutnya tidak 'membelakangi' Institusi Raja Raja didalam membuat perubahan sekiranya ada. Segala pindaan sepatutnya mendapat 'perkenan' Majlis Raja Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agung, dan bukan bolih diputuskan olih Menteri Agama atau Kabinet Najib.
Perlanggaran hak ini sekali gus membuka ruang yang lebih luas buat 'musuh Islam' untuk mencorakan ajenda mereka melalui "tekanan politik". Diharap penghalusan secara khusus terhadap isu ini wajib diteliti akan 'implikasi' nya terhadap Islam terutama dimata masyarakat bukan Islam, agar tidak memandang agama Islam sebagai agama yang 'mengongkong' penganutnya.
Sifat kasihkan sesama umat serta kehidupan yang berukunan berlandaskan keserdahanaan dapat diterapkan kepada masyarakat dapat diterjemahkan agar bukan Islam memandang bahawa Islam adalah sebuah agama yang syumul sepanjang masa.
Gesaan parti pembangkang terhadap isu ini agar disamaratakan dikesemua negeri yang lain seharusnya tidak dilayan. Cubaan Pembangkang untuk menjuarai isu ini, wajib ditentang olih umat Islam. Sekiranya mereka ingin juga mengubal undang-undang Islam yang termaktub didalam Perlembagaan, maka, hak mereka sebagai 'rakyat' negara juga bolih digubal dan diubah mengikut 'pengertian' Perlembagaan Malaysia. Kedudukan mereka sebagai 'rakyat' juga bolih di'cabar' sekiranya kita ingin memanjangkan isu ini.
Kini terpulang kepada pembangkang terutama bukan Melayu, pilih mana yang mereka inginkan. Diubah atau kita ubah...semuanya...terserah..
DAP Lakukan Gesaan Supaya Lima Negeri Pinda Undang- Undang Tukar Agama!!!
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menasihatkan lima kerajaan negeri supaya meminda dan menggubal Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri berhubung isu pengislaman kanak-kanak bawah umur.
Ini kerana katanya, kerana undang-undang pertukaran agama negeri berkenaan bukan sahaja bercanggah dengan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan tetapi juga tidak selaras dengan undang-undang di enam negeri lain.
"Adalah menjadi satu keperluan kepada Peguam Negara untuk menasihati kerajaan negeri berkenaan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk meminda peruntukan perlembagaan berkenaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sesi sidang media di Dewan Rakyat pagi tadi.
Negeri-negeri yang memperuntukkan hanya kebenaran seorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak-anak mereka kepada Islam itu adalah Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Melaka dan Sarawak.
Menurut Nga, negeri-negeri berkenaan hanya menetapkan persetujuan satu pihak memadai bagi ibu atau bapa untuk menukar agama anak-anak bawah umur kepada agama Islam.
Manakala bagi enam negeri yang lain, Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah, Perlis dan Johor menetapkan persetujuan kedua-dua pihak iaitu ibu dan bapa perlu bagi urusan pertukaran agama.
Katanya, berdasarkan kes-kes pertukaran agama sebelum ini, ibu atau bapa bukan Islam tidak boleh membawa masalah mereka kepada Mahkamah Syariah yang sering-kali akan mengarahkan mereka untuk merujuk perkara itu kepada Mahkamah Sivil.
"Jika anak mereka ditukarkan secara tidak langsung oleh pasangan mereka, sebagai ibu bapa bukan Islam, dia tidak boleh mendapatkan penyelesaian perundangan di mahkamah Syariah.
"Sebaliknya Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar pertikaian perkahwinan yang melibatkan mereka yang beragama Islam, sekaligus menyebabkan ketidakadilan terjadi kepada kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat," katanya.
Isnin lalu, kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menarik balik Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang sepatutnya dijadualkan untuk bacaan kali kedua.
Selain itu, beliau turut mengumumkan kerajaan secara rasmi menarik balik Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Pesekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.
Tindakan itu sebagai mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional. ~Antarapos
No comments:
Post a Comment