MANA YANG MENJADI PEGANGAN : KAJIAN SAINTIFIK ATAU KETETAPAN ALLAH SWT BERMULA MALAM INI LEPAS JAM 11. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Kepercayaan orang-orang barat apabila ternampak 'meteor atau pun yang dipanggil shooting star' maka,mereka akan membuat 'permintaan', ini adalah diantara beberapa kepercayaan-kepercayaan mereka. Tetapi didalam Al Quran Allah SWT berfirman dengan mengatakan kejadian tersebut adalah seperti ayat dibawah ini :-
(Surah Al Hijr.)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
(Al-Hijr 15:16)
Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.
(Al-Hijr 15:17)
Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
(Al-Hijr 15:18)
Kini balingan-balingan atau rejaman ini bukan lagi menjurus atau menghala kelangit tetapi kini telah menghala kebumi. Apakah 'realiti"nya. Adakah Tuhan memberikan isyarat nyata kepada semua makhluk dibumi bahawa tanda-tanda manusia bersifat Kaum Luth akan bermaharajalela atau Allah SWT menghantar' isyarat bahawa ' tiada' lagi rahsia yang tersembunyi" untuk pengetetahuan manusia. Akhir-akhir ini bermacam-macam 'keagungan' Tuhan berbentuk malapetaka membadai bumi.
Kekerapan ini amat 'menakutkan' umat manusia. Berbagai-bagai 'isyarat' telah dihantar kebumi, samaada, manusia itu faham atau sebaliknya, hanya masa menentukanya.
Kini bumi yang kita semakin kerap dilanda gempabumi. Kalau dahulu sekali sekala dalam setahun tetapi kini hampir setiap minggu 'gempa' menerjah dimerata benua. Kiri, kanan, utara dan selatan semuanya tidak terlepas. Tanda menunjukkan bumi tidak lagi "menghargai " nyawa manusia. Laut yang suatu ketika dahulu menjanjikan rezeki kepada manusia kini sudah tidak selamat lagi. Cuaca berubah rupa, kalau dahulu kita boleh menjangkakan akan keadaan langit samaada hujan atau tidak tetapi kini musim atau ramalan tidak boleh diramal , sentiasa berubah.
Perubahan ketara terhadap 'fenomena' ini menjuruskan manusia kepada satu perkara iaitu ' tiada siapa dijamin selamat'di bumi .
Ingatlah satu perkara, apabila langit menggugurkan batuan api, apabila bumi dibelah-belah, apabila hujan membanjir memusnahkan rezeki manusia dan apabila manusia terleka akan keagungan Maha Pencipta, apabila manusia mempersekutukan Tuhan, apabila kebenaran Al Quran 'nyata' dan apabila kesemua nikmat Allah SWT didunia akan menjadi ' kemudharatan' kepada manusia maka tunggulah...... harinya..
Surah Hud : Ayat:82
" Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu."
PANDANGAN SAINTIS
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.
Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.
Memanndangkan manusiakini ramai yang bersifat 'syaitan' dan berleluasa dibumi Allah , maka, 'paparan batuan api ' ini perlu demi mengingatkan diri-diri yang 'menyombong' dan juga kepada manusia yang cuba 'menidakan', kekuasaan Allah SWT.
Dia adalah Tuhan sebenar Tuhan yang berhak dan wajib di sembah serta dipuja dan dipuji.
No comments:
Post a Comment